Tuesday, March 27, 2012

Motivasi

Penat-penat tusyen pun tak pela. Ada kawan-kawan. Lepas penat buat soalan UPSR, boleh bbq dan borak sampai pagi.

"Ok, mari kamu,kamu,kamu dan kamu. Kita ada sesi motivasi."

Alamak, baru nak rest. Nak pergi bakar lokan. dah kena motivasi la pulak. jangan ada makanan yang basi dah la.

"Pegang tangan kawan-kawan dan pejam kan mata anda."

Apalah yang mak cik ni membebel, perut aku dah lapar ni. Dah masuk angin dah ni. Takpe sabar-sabar.

"Ok, tarik nafas slow2. Tahan, dan lepas slow2. Bayangkan pergerakan angin tu dan masa lepaskan nafas berbau tu, bayangkan dia membawa pergi segala masalah dan kepenatan dan kepala otak anda semua."

"Grup, grup"

Ah, sudah. Perut bunyi lah pulak.

"hahahahah." Berdekah semua yang ada kat situ. Dah tak jadi lah pulak nak pejam mata dan motivasi semua.

"Apa gelak-gelak. Orang serius nak tolong dia main-main pulak."

Ah, sudah. Dah la lapar. kena marah la pulak.

Hidup-hidup.

Monday, March 26, 2012

cerita

Ada apa-apa yang perlu dicerita?
ada apa-apa yang perlu dikongsi?
bila hari-hari pun kerja kita sama,
kau tengok katil,
aku tengok paip.

Selalu tiada apa yang menarik,
kalau ada pun hanya masalah propa yang diadu,
tapi aku tetap dambakan ceritamu,
walau kadang tiada ingin ku endah.

Tapi malam tadi mimpiku indah,
mimpi tentang kita berdua,
dan aku rasa aku dah ceritakan padamu,
ku harap kau suka jalan ceritanya,
dan ku harap kukan bermimpi lagi.

Sunday, March 18, 2012

pandang pertama

Masih ingat lagi ketika mahu menghantar borang PTPTN. Masa tu kelam kabut macam ape. Dengan aturan yang tak teraturnya, dengan tak tau caranya, main tanya le lah sesapa pun kan. Orang salah kita pun ikut salah juga. Lalu aku pun sembang dengan ex-classmate aku.

Aku:wei saper nama member ko tu tadi?
Rakan:yang mane?
Aku:ala yang salah ajar tampal stem hasil tu, tak pasal-pasal aku da rugi 10 henggit.
Rakan:ko nak mintak ganti rugi ke? tak gentlemen langsung.
Aku: Haah, nak ganti rugi. tp bukan nak 10 hinggit. aku nak 10 digit.
Rakan: 10 digit? apakah?
Aku: no telepon dia la.
Rakan: nak watpe no dia, no aku kan ada.
Aku: sebab da ada no ko la aku minta no dia.
Rakan: ko suke kat dia e. Eh, dia yang tak pakai bedak, yang comot camtu pun ko nak ayat ke? tak da taste tol la ko ni?
Aku: oooo, comot ke? apsal aku tak nampak?