Friday, August 3, 2012

Cerita mengarut ilham dari mimpi

Amaran keras: Cerita ini berdasarkan mimpi, sila jangan mempertikaikan segala ketifak logikanya.

Suatu petang yang hening. Zainudin bersiar-siar menikmati angin sepoi bahasa di kampong halamannya yang 12 purnama telah ditinggalkannya. Out of the blue, dia terlihat sebuah warong yang tidaklah semeriah mana, tapi ramai juga orang dating sebab ia bukan sekadar warong, tapi juga merupakan kedai runcit. Serba sedikit barang keperluaan boleh didapati disini. Tapi rasenya keperluan nafsu berahi tidak dijual di situ.

Di hadapan warong itu seorang gadis berbontot besar sedang menebas rumput dan lalang yang tumbuh lebih tinggi dari bontot gadis tersebut. Mungkin kerana semangat jiran tetangga, atau hanya semangat untuk mengayat, dengan yakin Zainudin hendak menolong gadis tersebut menebas.
“Mek, ada sabit lagi. Boleh ke gerangan abang menolong mek ni.”

“Boleh abang, apa salahnya.”
Lalu si gadis berteriak. “Rosman, tolong tunjukkan abang ni sabit, rajin dia nak tolong kite.”

Rosman datang sambil tersengeh menunjukkan giginya yang putih bersinar. Selalu jumpa doctor gigi agaknya.
“kat sebelah sana tu bang, tak pelah biar saya saja yang pergi ambilkan.”

Dalam pada Rosman mahu merentasi semak ke sebelah, tiba-tiba matanya ternampak ular sawa berkulit coklat cair. Lain warnanya, bukan seperti sawa lain yang sawo matang, ini mungkin ular sawa eropah. Batiknya pun tidak seindah batik ganu.
“Berdiri diam-diam je. Jangan gerak” beritahu Zainudin kepada Rosman.

Kerana getaran suara Zainudin, ular itu bergerak. Mungkin terkejut dengan kemerduan suara tersebut. Apabila melihat situasi tersebut. Mereka panic, tapi yang lebih panik adalah ular tersebut. Kelam balut puan ular menyusup dengan pantasnya.
Kerana pergerakan tiba-tiba puan ular, encik ular juga tersedar. Oh, rupanya ada 2 ekor bukan seekor.  Mereka berpelukan tadi. Lagilah Rosman panic. Tetapi bila diamati, encik ular sebenarnya sedang membelit seekor kambing. Dan masa encik ular bangun, ia mematahkan tulang kambing. Krup-krup bunyinya. Lalu encik ular menelan si kambing busuk. Melihat situasi tersebut, Rosman pun lari. Zainudin serta beberapa pelanggan warong bersorak. Lari,lari,lari. Dah macam suasana olimpik lah pulak.

Disebabkan Rosman berlari, sekali lagi encik ulaar terkejut. Lalu dia mengejar rosman. Nasib hanya dikejar separuh jalan. Rosman semasa itu telah masuk ke dalam warung. Encik ular hanya melihat dari luar. Lalu dia beredar pergi. Tiba-tiba seekor monyet melompat ke atas encik ular. Memasukkan beberapa butir peluru, melaraskan senapang patah dan bang menembak rosman. Nasib bidikannya tidak tepat, hanya beberapa butir yang terkena tiang warong dan sebutir terkena jari kelingking kaki rosman.
Melihat keadaan tersebut, Zainudin nak jadi hero. Lalu dia menjerit, “Hoi.”

Monyet tersebut mengubah pandangan, melaras kepada Zainudin dan terus menembak tanpa sebarang arahan. Nasib sempat dielak. Dan monyet bersama ular itu hilang dari pandangan.
Dalam gegak gempita gelabah, tiba-tiba Mariam datang. Cucu kepada dukun terkenal kampong.

“ Hoi apasal korang kalut sangat. Aku dah ready dah nak tangkap ular tu, korang pulak buat kacau.”
“Tak sengaja lah yam, mana kitorang Nampak dia duduk melingkar dalam semak tu.”

“mana ada semak, korang ni kenapa. Kan ke ular tu ngah berjemur. Nak bagi kulit dia tan.”
Ah sudah, semua orang kebingungan. Melihat wajah-wajah bingung tersebut, Mariam masuk ke dalam warung dan memeriksa sekeliling.

“Aku rasa korang kena pukau tadi. Check tengok duit korang.”
Zainudin menyeluk saku poketnya. Ah duit pemberian lelaki dalam lift tadi telah hilang. Dia periksa pula dompetnya, RM1300 juga telah hilang. Terduduk dia mengenangkan duit roadtax kereta beliau.