Wednesday, October 24, 2012

Senggugut

Nekad, hari ini Esah tak nak pergi ke kelas. Perutnya sakit, rahimnya bagai dicakar iblis, belakangnya lenguh lesu longlai. Mahu bangun pergi mandi pun tidak mampu rasanya. Teruslah dia meringkuk diantara tilam dan selimut busuknya itu. Dan dari celah pintu yang ternganga, ibunya perhatikan sahaja. kesian memang kesian tapi dah memang begitu sakitnya. Dia pun begitu juga dan mungkin sakit itu diwariskan kepada anaknya, sebab sekarang dia dah tak senggugut. maklumlah, dah tamat tempoh.

Dipejam-pejam matanya agar tidur biar larut sakitnya dalam mimpi. Tapi tidak berjaya, kerna telah lama sang puteri beradu. Lalu dicapai laptop, saja-saja melilau mencari sesuatu tentang senggugut. Apa ke jadahnya google suggest "senggugut cakaran syaitan". lepas tu kait kan dengan surah An Nahl ayat 69. Macam tak ada kena mengena langsung.

Baca punya baca jumpa lah pulak petua mengurangkan sakit senggugut. Ada yang sarankan agar menonggeng. katanya rahim akan tergantung dan membuatkannya rehat. Jadi Esah pun cubalah. Hmm selesa rasanya.

Mak Esah yang melihat gelagat anaknya itu, perhilah merakam video. Video tarian punggung yang dilakukan oleh Esah. Beliau berniat untuk menjadikan video tersebut sebagai bahan ugutan, agar anaknya jadi rajin menolong beliau.

Sedang leka Esah menonggeng, sedang khusuk mak beliau merakam. Tiba-tiba... Prooot. Bunyi kentut yang maha kuat kedengaran. Terkejut masing-masing. Mak esah tak menyangka bunyi yang sekuat itu mampu dihasilkan oleh kentot.

"mak buat apa tu?" Esah berpaling dan terus bertanya.
"Sori, mak ingat bunyi slow je" Mak Esah sebenarnya yang terkentot, bukan Esah.

Wednesday, October 17, 2012

Mandi Pagi

Orang tua-tua cakap, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki ditarik balik. Entah mana hadisnya mana dalilnya semua orang cakap sahaja. Tapi tak pelah, sekali sekala rasa hangat mentari pagi bagus juga. Banyak vitamin D, baik untuk kulit. Tapi nak buat apa ya. Bumi twitter pun masih sepi, buka tv pun ada kartun je. Duduk termenung Dani bermonolog dalaman.

Orang tua-tua cakap kalau nak cari isteri, carilah dekat pasar tani di pagi ahad. Tapi orang muda-muda cakap kalau nak cari teman wanita, carilah dekat taman jogging petang-petang.

Bagus juga tu kalau pergi jogging. Nak mandi pun sejuk lagi. So baik panaskan badan, keluarkan peluh pergi jogging hirup udara segar. Hari ni target nak jogging dari UM ke taman petaling jaya sebelah Amcorp Mall lalu jalan gasing.

Jogging perlahan-lahan, membiarkan kereta motor memintas. Jalan nampak lengang, tidak sesesak pagi-pagi biasa. Namun ketika peluh membasahi ketiak, sesampai di simpang KWSP perasaan pelik menyelubungi diri.
Apsal banyak kereta parking tak keruan di tepi jalan ni. Ada event apa-apa ke?

Dani memperlahankan lariannya dan meninjau serba sedikit. Oh, ada gereja rupanya. Orang kristian sembahyang la ni. Tak ubah seperti umat islam ke masjid pada hari jumaat. Habis semua bahu jalan dijadikan   tempat parking. Maklumlah kereta mampu milik.

Larian disambung. Terdetik kagum dihati. Pagi-pagi begini pun ramai jemaah yang berjaya dikumpulkan bapak-bapak paderi. Semestinya ramai cina-cina yang masih belum mandi di dalam sana. Sana macam Dani. Tapi kisah apa mandi ke tidak. Paling kurang mereka dah celik mata melihat dunia, mengutip rezeki dunia. Kawan-kawan Dani, masih diulit mimpi. Kewajipan tuhan kelaut, kewajipan dunia ke sungai. Seringkali kelas pagi jam 8, ponteng. Membiarkan si mata sepet membodek pensyarah, lalu dengan mudah melebal perkauman.

Salah siapakah semua ini? Memang bukan salah ibu mengandung, tapi mungkin salah ayah yang lambat cabut. Sepatutnya ketua keluarga inilah yang mendidik anaknya, solat itu lebih baik dari tidur. tapi yang diajar yang diamal, mandi itu lebih baik dari solat. Kalau tinggal solat tak apa, tinggal mandi jangan sesekali kau keluar rumah.

Mengenangkan kepincangan keluarga nya, Dani jadi sebak. Lalu dia berazam akan didik dan tunjukkan contah yang baik buat anaknya nanti. Semoga diizinkan Allah.

Allah!
Hampir... kemaluan Dani mahu melanggar pili bomba warna kuning. Nasib dia segera tersedar dari khayalannya tadi. Jika tidak mungkin musnah harapan Dani untuk ber anak.

Saturday, October 13, 2012

Permulaan

"Dani, bangun.. dah subuh."
Deras jari jemari menekan butang hantar. Kemudian mata dipejam semula bagi memuaskan nafsu tidur yang tidak pernah cukup. Memang seringkali begini, kalau set alarm tu mungkin 5 kali snoose pun belum tentu nak bangkit. Baru nak terlelap tiba-tiba terasa hidungnya dihimpit dan ditarik manja.

"Hoi Esah, kau tu pun emak yang kejut, ada hati nak kejut boifren. Huh"
"Alah biar la... mak ni jeles lah tu. Tapi camne mak tau?"
"Dah kau pergi send dekat aku apsal, nak aku yang forward ke dia? Kalau dia tak bangun juga, biar aku call kan aja."
"Hehe, tak pe mak, tak pe. Sori e salah send."

Pantas menekan butang telefon dan diperiksanya item dihantar. Haahlah, salah send. Jadi takut salah send lagi ataupun typo, Esah terus sahaja menelefon si Dani.
Trot,trot... bunyi telefon tak di angkat. di cuba lagi berkali-kali. namun tetap sama tidak dijawab.
..........

"... apa wahyu pertama Allah kepada nabi kita? Ye betul, Iqra' bacalah. Tapi berapa ramai antara kita, umat islam, bangsa melayu, rakyat Malaysia ini yang membaca setiap hari. jangankan baca quran, yang belajar kat universiti pun tak nak membaca buku-buku pelajaran. Sebab tu kita mundur. lepas tu kita kena ingat, memang perintahnya membaca, tapi kalau baca je tak paham, tak guna. Sama macam belajar tapi tak praktis, bagai pohon tak berbuah. Wajib tebang je, ganti dengan yang lain."

Itu antara kata-kata tuan imam semasa kuliah subuh tadi. Sesampai di rumah, Dani menelefon kembali Esah. maklumlah, dah 20 misscall esah buat.

"Hello, kenapa tak angkat telefon. penat tau call tak berjawab."
"Pergi masjid tadi."
"Kenapa tetiba pergi pulak. lepas tu kenapa tak beritahu."
"Saja nakpergi, dah lama sangat tak pergi... dah rasa jauh sangat dan ingat tak nak kacau awak tadi. Awakkan period pain malam tadi."