Monday, January 28, 2013

Pasrah

Di tengah malam itu, ketika sebahagian manusia sedang enak dibuai mimpi, suzie berkemban ke bilik mandi. Rimas dibelenggu bau setanggi bomoh mail. Air pili dibuka, memerpik membasahi kaki, lalu .... menangis dia sendiri dibasahi air mandi dan juga air mata.

 Usai mandi, dicapai diari tempat berkonsgi suka dukanya. Dicomot cantikkan oleh mata pena yang menari sesugul wajah suzie. Dan dia berhenti menulis, lalu menitis lagi air matanya.

 Patah hati, putus asa. Sudah tidak tahu apa lagi yg harus dilakukan. Sudah sebelas tahun dia berusaha menambat hati dani. Namun semuanya hampa.

"Aku sayang kau, sama macam aku sayang saudara perempuanku." Family zone.
 Pasrah. ...

 Walau badan letih mata mengantuk, otak belum mahu mengalah. Biar dah jam 4 pagi, masih belum terlelap walau sesaat. Dalam berusaha untuk tidur, satu whatsapp masuk.

"Happy birthday suzie. Semoga bahagia selalu. Esok pagi pukul 10 jumpa dekat cafe boleh, ada hadiah untk you."

Owh, sedih sampai lupa birthday sendiri. Tersenyum kelat. Baru pasrah nak lupakan, namun dani tetap dtg. Bagai tak mahu lepaskan. Buntu, keliru. Kalau dulu segala masalah dikongsi dengan dani, tapi masalah ini, tak boleh. Waktu terus berlalu tanpa mempedulikan suzie. Dan ada ayam mabuk yang telah berkokok walau baru sepertiga malam. Tapi kokokan itu memberi ilham padanya agar mengadu pada pencipta.

 Wudhu membasahi anggota, sejadah dihampar, telekung disarung, takbir diangkat, sujud merendah diri tenggelam khusuk meminta petunjuk ke jalan lurus.