Thursday, February 28, 2013

Tidur

"Sudahlah, jom kita semua tidur. Dekat hutan ni bukan boleh buat apa pun. Nak main internet pun betri hp dah habis kan."
Suzie bukan memberi cadangan, sebaliknya seperti mengarah, kerana lekas-lekas api dipadamkan. Lagi pun semua orang dah penat seharian berendam dalam air terjun yang sejuk itu.

"Lagi satu, aku nak pesan ni. Kita ni tidur dalam hutan, tempat dimana habitat haiwan dan juga jin. Bukan kawasan kita, jadi kalau ada dengar bunyi pelik-pelik, bau yang pelik-pelik, abaikan sahaja. Jangan diiendah dan jangan ditegur."
Dani bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya dia bercakap berdasarkan pengalamannya sewaktu kecil.

Sememangnya dia budak kampung, dan dia tinggal terpencil di atas bukit tiada berjiran. Maka untuk pergi mengaji dan kelas tambahan bapanya terpaksa menghantar ke kampung sebelah dengan menaiki motorsikal. Jadi pada suatu hari, pabila selesai kelas tambahan, 2 beranak itupun pulang ke rumah. Melalui jalan tanah merah yang tidak rata dan dikelilingi pokok durian serta semak samun. Kalau orang yang tidak biasa lalu, mungkinlah seram juga. Tapi bagi Dani dan bapanya, alah bisa tegal biasa.

Sampai di satu jalan pintas, hidung Dani terhidu bau seakan bangkai. Kerana kenaifannya pada waktu itu, dengan serta merta soalan terpacul dari mulutnya.
"Apa bau yang busuk macam bangkai ni Abah? Ada bau tak?"
"Tak ada bau apa-apa pun."
"Ada ni, kuat gile bau dia ni."
"Dah la, tak payah tegur."

Dani pun diam sahaja, sebab bau busuk itu pun tiba-tiba sahaja telah hilang. Mungkin ada bangkai musang dibalik semak samun yang hitam ditelan pekat malam. Atau mungkin ada bangkai burung hantu yang terjerat duri semalu ketika menyerang tikut dibawah semak. Dan tentu sahaja bangkai tersebut mereput statik dan baunya pun hanya menerawang dalam lingkungan jejari yang tertentu. Jadi semua ini memang biasa. Namun sesuatu yang luar biasa kini berlaku. Tiba dikaki bukit rumah Dani, sekali lagi bau yang sama menyerang saraf baunya.

"Hah, ni ada lagi bau bangkai ni. Sama bau dia. Abah tak bau ke?"
"Tulah kau, sapa suruh kau tegur. Kan dia dah ikut balik rumah. Kau jangan banyak bunyi, diam je. Nanti dah sampai rumah terus amik air sembahyang dan solat sunat. Malam ni kau tidur seorang, kalau ada yang kacau nasib la kau. Berani sangatkan tegur, pandai-pandailah kau malam ni."

Terkedu Dani. Cuak dia tidur seorang di ruang tamu malam itu. Perisai yang dia ada hanyalah selimut busuk bekas air liur basinya. Namun dia selamat, dia tidak didatangi sesiapapun, melainkan emaknya yang ayu kejutkan pagi esoknya.

.........

Mungkin penat, mungkin selesa dengan suasana nyaman hutan, Dani malam ini tidur nyenyak. Dengkurnya pun lain dari biasa. Lebih gembira bunyinya. Namun dalam ketenangan suasana nyaman itu, Husin tidak mampu melelapkan mata. Bukan kerana insomnia, tetapi kerana perutnya memulas-mulas. Puas digolek-golek, puas diusap-usap, namun najis-najis itu semakin banyak berkumpul diusus besar. Banyak juga yang menanti di hujung kolon. Kentut entah berapa kali, dan mungkin tiada lagi angin dalam perutnya.

Lalu dia nekad untk pergi memuaskan nafsunya hanya didalam semak. Dia yakin tiada apa yang perlu ditakutkan. Dan dia bernekad untuk mencatat rekod peribadi terpantas. Biar sepantas kilat, yang penting tidak lagi kolonnya terseksa.

Sepantas mana pun sasarannya, akhirnya masa sebenar telah diperolehi. Husin memerlukan 5minit 20saaat untuk menyelesaikan hajatnya. Dengan hati gembira, perut lega dia bersiul pulang untuk tidur. Belum sempat masuk ke khemah, terdengar dia suara Esah menjerit dan khemah yang ditiduri 2 gadis bergegar-gegar.

........

Sebenarnya Suzie tidak lagi tidur. Bukan sakit perut seperti Husin, tapi dia memikirkan cara yang terbaik bagi mencapai objektif percutiannya ini. Telah pun difikirkan beberapa alternatif, tetapi kemahiran pemikiran kritikal perlu dipraktikkan agar objektif sebenarnya tercapai tetapi tiada sesiapa yang mengesyakinya.

Objektif: Menghapuskan Esah.
Cara 1: Menekup mulut dan hidung Esah agar tiada udara baginya untuk hidup lalu mati.
Cara 2: Mengelar urat leher Esah lalu biarkan dia mati menggelupur.

Setelah berfikir panjang, Suzie memilih cara 2. Lebih mudah. Dengan 1 tindakan dengan masa yang singkat, akan tercerailah nyawa dan jasad. Kalau guna cara 1, kebarangkalian untuk Esah melawan itu tinggi, lalu kebarangkalian untuk gagal juga tinggi.

Nekad. Kini Suzie telah melutut di atas Esah. Perut Esah betul-betul diantara 2 lutut Suzie. Lalu Suzie mendongakkan Esah dan meletakkan mata pisau perlahan-lahan, betul-betul di atas kulit gebu Esah. Diletak tanpa sebarang tekanan. Biar telah tekad, tapi takut masih ada. Kini tiba masanya syaitan memotivatikan Suzie bagi melengkapkan apa yang telah dimulai.

Wednesday, February 27, 2013

Hantu 2

Erat genggaman tangan Husin, merimaskan Suzie, erat genggaman tangan Esah, menyenangkan Dani. Terkumat kamit Esah membaca ayat kursi yang lintang pukang tajwid makhrajnya, terkumat kamit jugalah Husin membaca bismillah dan juga alhamdulillah. Kalau diteliti bacaannya seperti nyanyian hasyid raihan. "Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah."

Lampu suluh sememangnya berada dalam genggaman Dani, tetapi Suzie tidak membenarkan ia dinyalakan. Katanya takut nanti mereka senang menjadi perhatian. Maka mereka berempat berjalan dibawah sinar rembulan. Cahaya yang dipinjam dari sang mentari yang kini berada di dunia sebelah sana. Malam ini malam ke 15 kalendar bulan, jadi sememangnya bulan penuh dan setiap hantu bagi apa jua masyarakat kaum bumi ini, ketika inilah kebarangkaliaan untuk melihat mereka itu tinggi. Bagi manusia yang percaya dan takut, teruslah takut tanpa mengetahui kebenaranya, dan bagi mereka yang berani, ada yang mencabar dan ada juga yang mencari bagi memenuhkan pengalaman dijiwa.

2 tingkat dibawah tapak khemah mereka, bunyi hilai tawa suara garau tapi makin jelas. Mungkin bunyi itu datangnya hampir dengan tapak khemah paling bawah. Semakin dekat mereka dengan tapak khemah terbawah, semakin jelas dan kuat suara tak diundang itu kedengaran.

Disebalik pohon ara itu akan terlihatlah tapak khemah terbawah, dan ketika itulah angin bertiup menyapa lembut muka mereka, membuaikan rerambut Husin dan Dani, mengibarkan tudung selendang Esah dan Suzie. Angin malam sejuk berembun itu dicemari bau busuk mencucuk hidung. Mahu sahaja Husin mencarut, namun pantas Dani menegur.
"Jangan ditegur, kita bukan dekat kawasan kita."

Di hadapan mereka kini adalah tapak khemah terbawah. Suzie mengarahkan rakan-rakannya membongkok bersembunyi di balik semak samun yang setinggi peha. Ternyata tiada apa-apa ditapak khemah tersebut. Namun suara itu tetap kedengaran. Mereka semua terus melilau mencari sumber suara tersebut dan tidak semena-mena Husin kaku. Dani menyedari keganjilan dalam perilaku Husin lalu menampak lembut pipi gebu Husin.

"Apsal kau tiba-tiba termenung."

"Hantu." 
sambil menuding ke arah jam 10.

ketiga-tiga mereka memalingkan muka perlahan-lahan ke arah jam 10. Dengan Esah yang menutup mukanya tetapi tidak menutup mata.

"Eh, itukan orang. Apa kau ni. Buat suspen je. Tu lelaki 2 orang. Pakai serba hitam rambut panjang."

"Owh, selamat. Dah nak tercabut dah jantung aku ni. Jomlah kita tegur."
Baru sahaja Husin hendak bangun menuju ke arah mereka, Suzie menarik tangan Husin.

"Jangan, mereka semua tu tak siuman. Semua dah hilang akal. Bahaya kalau pergi dekat."

"Kenapa pulak tak siuman. Janganlah stereotipe sangat. Lelaki rambut panjang je kau cakap diorang tak elok. Jangan fitnah diorang macam tu."

"Bukan sebab diorang rambut panjang. Tapi aku rasa diorang da mabuk tu. Minum banyak sangat. Bau busuk tadi tu aku rasa bau arak kot."

"Ooo budak-budak minum. Haah, ni memang bau beer. Beer murah. Selalunya efek dia sikit je. Tapi mungkin tak biasa minum tu yang mabuk kaw-kaw tu."
Baru Husin perasan yang itu bau beer. Tak ada lah kuat mana pun bau tu. Tapi dah semua orang lagi takutkan orang dari hantu, biarlah.

"Mana kau tau bau beer murah ke mahal? Kau pernah minum ke?"
"Pernahlah, aku tau aku ni memang jahat. Tapi minum arak tak ada apa lah kalau sikit-sikit. Setakat 1 tin tiger beer tu aku tak mabuk pun, leh pandu kereta bawa balik lagi."

"Owh, kau minum?"
Terpacul soalan itu dari mulut Dani. Hari tu, beriya-iya si Husin tu share macam-macam pasal pizza, mcd dan burger ramli tak halal. Tak cukup share kat FB, dekat twitter, instagram dan emel pun dia heboh sekalian alam. Ada DNA babi bagailah semua. Tapi rupanya dia togok arak yang terang-terang lagi bersuluh benda tu haram. Kalau kita makan pizza, mcd dan burger tu tak halal tak apa lagi, sebab benda tu samar-samar. Tapi kalau mampu elak,elak lah kan. Ni terang-terang arak tu haram, haramlah juga. Mungkin kurang didikan agama, kalau boleh nanti doakanlah dia agar mendapat hidayah.

"Dah, nampakkan tak ada hantu. Orang je tu yang cuba nak jadi hantu. Jom la kita balik tidur."
"Jom balik. kali ni aku pulak pimpin tangan kau ye Suzie."
Tanpa menanti sebarang respon dari Suzie, Husin terus sahaja menggenggam lembut jemari mulus Suzie.
Dani dan Esah hanya tersenyum gembira melihat perkembangan bunga cinta 2 sahabat mereka itu.

Sesampai di tapak khemah mereka, tiba-tiba satu lagi bau busuk menerpa. Kali ini busuk nya tidak sama, cukup berbeza dengan yang tadi. Dan lekas-lekas Husin berkata,"Jangan tegur." Lalu dia tersengih sendiri menahan malu terkentot didepan kekasih yang belum dipunya.

Tuesday, February 26, 2013

Hantu

Apabila garis jingga kelihatan dicelah-celah dedaunan, tika itu jugalah 2 buah khemah siap didirikan. Lantas mereka berempat sepakat untuk mendirikan solat maghrib berjemaah dengan diimami oleh Dani. Mungkin dia bukanlah yang paling alim tentang ilmu agama, tapi 2 orang perempuan tentulah tak boleh menjadi imam, dan Husin pula hanya belajar agama mengikut buku teks tanpa dipraktikkan. Ilmu agamanya hanyalah sekadar ikutan semata-mata dan islamnya dia hanya kerana dilahirkan sebagai anak orang yang mengaku dirinya islam serta telah tertulis jelas dalam kad pengenalannya yang dia beragama islam. Itu sahaja, islam hanya nama.

Beza khusuknya solat di kelilingi semata-mata ciptaan Allah. Bermula dengan sejuk segarnya wudhu dari air terjun, sehinggalah bacaan surah fatihah yang disahut riang-riang dan cengkerik hutan. Tahap khusuk juga lebih tinggi dari biasa apabila nikmat berzikir dan berdoa dibumbungi langit hitam dihias bintang helium hidrogen yang terbakar jauhnya beribu juta cahaya serta pelakuran yang berlaku mencecah ribuan darjah celcius.

Seusai doa dipanjatkan lilin askar dibakar. Kelengkapan memasak seorang palapes dikeluarkan, dan malam ini hidangan segera ala palapes menjadi santapan dan pengalas perut mereka. Mujurlah makanan tersebut hanya perlu dipanaskan beberapa minit, jadi kelaparan akibat berendam terlalu lama di dalam air siang tadi akan dapat diatasi dengan segera.

Sebelum memulakan suapan makanan, Dani membacakan doa makan dalam bahasa arab beserta terjemahan bahasa melayunya. Masing-masing mula makan dengan lahap dalam sopan.

"Hebatlah kau Dani, terjemahan pun kau tahu ye."

"Haha, aku ni pun belajar dengan anak sedara aku yang umur 5 tahun. Sekarang ni tadika semua da bagus da. Dia ajar budak-budak baca macam-macam doa dengan terjemahannnya. Jadi kita pun boleh belajar dengan budak-budak tu."
"Oh yeke. Esah dulu belajar masa kat tadika yang bahasa arab tu je. Lepas tu cikgu tu cakap kena baca doa atau baca bismillah sebelum makan. Kalau tak nanti ada syaitan yang ikut masuk dalam perut."

"Jadi sampai sekarang kau masih percaya kata cikgu kau tu? Kau masih percaya yang kalau telan biji limau nanti tumbuh pokok limau dalam perut."

"Tak adalah nak percaya sangat, tapi syaitan tu kan makhluk halus, mana kita nampak. Dan aku tak adalah bodoh sangat nak percaya pasal pokok limau tu."
Ye, memang Esah dah lama tak mempercayai pasal pokok tu. Sebab dulu dia banyak tertelan buah limau, tapi tak ada satu pun yang berjaya tumbuh dari perutnya. Atau sebenarnya pokok tu dah tumbuh dan berbuah, tapi sebab buah tu pun dalam perut, jadi secara automatik Esah makan terus buah tu. Tu yang berat badan bertambah walau tidak makan apa-apa. 

Dalam asyik makan dan berbual kosong, tiba-tiba mereka semua menangkap suatu suara yang dibawa angin.  Mulanya angin yang sepoi bahasa itu hanya membawa sedikit perkhabaran, namun dalam sekejapan angin kuat melanda sehinggakan lilin askar juga terpadam. Mujurlah Husin memegang sebuah lampu suluh ditangannya. Kalau tidak bergelap gelita mereka.

Makin diamati, makin kuat bunyi beberapa suara manusia bergelak tawa. Bukan sahaja mengganggu kedamaian malam hutan, ia turut mengganggu mereka berempat. Entah bunyi asli manusia atau bunyi tiruan yang diolah oleh makhluk halus penunggu air terjun lagenda ini.

"Jom kita pergi cari sumber bunyi tu tadi."
"Hah? kalau kau nak pergi, pergilah sendiri Suzie. Aku takut la."
Husin menyanggah segera cadangan dari Suzie.

"Takkan kita nak biarkan Suzie pergi sendirian, jom kita teman dia Dani. Awak beranikan."
"Hmm ye lah. So kau Husin taknak ikutkan. Jaga khemah."
Arah Dani.

"Kalau semua nak pergi aku pun pergilah."
Cepat-cepat Husin memegang tangan Suzie. Kalau Dani pegang tangan Esah bagi mengurangkan takut Esah, Dani pula pegang tangan Suzie sebab dia yang takut.

"Kalau hantu macam mana?"

"Kalau hantu kita larilah, baca ayat kursi ke"

"Ayat kursi tu apa, apsal nak kena baca ayat kursi."
"Hish korang ni penakut betul lah. Kalau jumpakan bagus. Rezeki. Bukan semua orang leh jumpa."


Monday, February 25, 2013

Hotel

Kecut jari jemari, gigil seluruh badan. Masing-masing dah mengalah, tak mahu lagi duduk berendam dalam air. Ada yang duduk bertenggek di tepi batu, dan ada juga yang dah berjalan pulang sepertimana pulangnya mentari mengundang malam.

Rombongan Husin, Dani, Esah dan Suzie juga bergegas mendapatkan tandas awam untuk membilas dan mandi manda serba sedikit. Selesai bersolek ala kadar, mereka menuju ke hotel yang terletak bersebelahan pintu masuk ke air terjun. Sebuah hotel tanpa bintang, tetapi mungkin berbinatang terutamanya serangga seperti lipas dan anai-anai.

"Encik, berapa ringgit sebilik."
melihat suasana yang tidak semeriah mana, Husin terus sahaja menanyakan harga bilik.

"Satu malam RM120."

"Boleh guna kad kreadit?"
Husin bertanya sebab dia tidak mempunyai cash, dan barulah bergaya pakai kad. Si penjaga kaunter hanya mengangguk dengan senyuman manis berkumis.

"Nah, saya nak dua bilik ye. Sebelah-sebelah."

"Maaf cik, kad tak boleh guna."

Merah padam muka Husin. Ni mesti sebab bapak dia tak bayar lagi hutang-hutang yang dulu-dulu tu.

"Jap ye cik."
Husin berpaling dan mendapatkan rakan-rakannya yang lain.

"Wei kad aku tak boleh pakai lah. Korang ada cash tak. Kita tong-tong a bayar duit hotel."
"La tak ada duit ke. Suzie pun x bawa duit ni."

"Aku pun tak ada duit. Aku ingat ko fully support."
"Bila Dani tak ada duit, Esah pun tak ada duit la."

"Duit aku memang dah habis. Ni mengharapkan credit card je. Tapi siallah bapak aku. Boleh pulak dia tak bayar lagi. Dah berapa kali dah aku remind kat dia."

"Pe kau ni Husin, tak eloklah cakap macam tu pasal bapak kau. Kan dia dah bersusah payah besarkan kau."

"Kau apa tau Esah. Bapak aku tu berjasa dengan memancutkan sperma dia je ke dalam rahim mak aku. Sejak aku lahir sampai sekarang tak ada pun dia pedulikan aku. Semua mak aku je yang uruskan aku ni tau."

"Apa pulak, bapak kau kan dah berusaha bagi membahagiakan kau. Mungkin dia tak tunjukkan dengan layanan secara langsung. Tapi dia mesti kuat bekerja untuk memberikan kesenangan untuk kau."

"Betul cakap Esah tu Husin. Dulu masa belum dapatkan kau, tiap malam kot dia berusaha. Lepas dah dapatkan kau, lagilah dia kena berusaha kuat. Maklumlah kau kan banyak menhabiskan duit dia je."

"Sudahlah, buat apa nak cakap pasal bapak aku. Sekarang ni macam mana. Nak tidur mana malam ni?"

"Camping je lah."
tiba-tiba Suzie mencelah. Semua menukar titik tumpuan daripada Husin ke Suzie. Dah hilang akal ke budak ni. Tadi dia juga yang cerita mitos pelik-pelik. Sekarang dia pulak yang nak duk bercamping.

"Ala apa nak ditakutkan. Hutan je pun dan aku dah biasa dah. Akukan palapes. Semua makanan askar tu aku dah bawa. Takut-takut kecemasankan."

"Tapi aku takut hantulah Suzie."
Esah menyuarakan kebimbangan utamanya.

"Mana ada hantu dalam dunia ni. Tahyul je semua tu. kalau ada pun tu semuanya jin dan syaitan. Diorang tak kan boleh buat apa-apa punya. Selama aku duk masuk hutan, tak ada apa-apa pun yang berlaku."

"Yelah Esah, mana ada hantu."
Husin mencelah, agar duit dia tak habis begitu sahaja.

"Kalau ada hantu pun kita baca jelah ayat kursi."
Giliran Dani pula mencelah. Walau sebenarnya dia sendiri kurang fasih membaca sepotong ayat yang dinamakan ayat kursi itu. Dia pun tidak pernah tahu kenapa ayat itu mujarab bagi melindungi umat manusia dari segala gangguan syaitan. Yang dia tahu dalam karya-karya ramlee awang murshid, ayat ini sering diangkat sebagai ayat pendiding pada laksamana sunan. Ayat yang dilindungi dirinya dari segala macam kejahatan. Tapi maksud sebenarnya dia pun tak pernah tahu dan belum mahu ambil tahu.

Terdetik lagi dihatinya, mengapa sebanyak-banyak ayat dalam al quran, mengapa ayat itu dipilih sebagai ayat pelindung. Apakah rasionalnya? Dulu pernah kawan Dani menyuruhnya mengamalkan ayat seribu dinar. Dikatakan mampu memurahkan rezeki seseorang. Tapi bila di tanya mengapa, apakah rasionalnya. Dia hanya jawab manalah aku tau, kan dah memang orang ajar macam tu, dan terbukti. Dah ada banyak cerita-cerita sirah yang menceritakan. Ikut sajalah dan bukan semua benda manusia sebagai hamba Allah ni mengetahui. Memang tak perlu difikirkan, takut nanti salah tafsir boleh menggugat iman.

Mungkin ini sebab sebenar kenapa umat islam, lagi-lagi yang melayu ni mundur. Malas berfikir, hanya ikut sahaja dan suka memberi seribu satu alasan. Padahal banyak juga dah cerita-cerita tentang saintis kafir yang melakukan kajian mengenai islam lalu mendapat kebenaran dan diberi hidayah dari Allah. Hanya kita yang lahir-lahir sebagai muslim, mungkin riak dalam tak sedar sehingga terlupa segala tanggungjawab sebagai muslim.

"Hoi apa ko termenung tu. Moh kita naik ke bukit sana, pasang khemah, hari dah nak senja dah ni. Takkan nak buat kerja dalam gelap. Sekarang kita ikut kada komando Suzie. Sebab dia je budak palapes yang kenal dengan suasana hutan."

Suzie hanya tersenyum. Senyum manis yang terukir menyembunyikan hasrat hati yang bengkak membusuk.


Wednesday, February 20, 2013

Air terjun

Honda civic fiore silver dengan kelajuan 110km/j menghala ke Selatan tanah air, dengan tujuan serampang 2 mata. Pergi untuk bercuti lalu membawa pulang kekasih hati yang belum dimiliki. Dari tol sungai buluh ke tol kulaijaya melalui lebuhraya utara selatan, mereka berempat sempat bersembang serba sedikit.

Mula dengan Esah yang memujuk semua orang untuk singgah ke Johor Premium Outlet (JPO). Ada brangan berjenama dengan diskaun pelbagai. Ok juga tu, semua sepakat nak pergi walau semua tak berduit. Cuma pergi cuci mata dan hanya pergi bila balik nanti. Kalau pergi sekarang, dah terbeli itu ini, takut hilang ditengah jalan. Tambahan lagi bila balik nanti mesti dah penant dan dah kurang rambang matanya.

Lepas tu ternampak segerombolan manusia-manusia kaya yang berkonvoi motosikal berkuasa besar. Yang perempuan mulalah cerita pasal laki dauk siti nurhaliza dan yang lelaki mula berangan menunggang satu dibonceng awek berbontot besar.

Tak sampai seremban tiba-tiba semuanya senyap tak terkata, Tinggal Dani si pemandu kereta yang gagah. Yang lain dah bantai tidur dengan mulut ternganga.

...

Berkat redbull 2 tin, minyak berharga RM50, sampailah mereka di Air Terjun Kota Tinggi. Kalau dulu nak masuk tak payah bayar, sekarang dah kena bayar. Entah apa tujuan dia minta bayaran pun tidak siapa yang mengetahuinya.

Memang segar dan nyaman suasana di air terjun ni. Meriah dengan pengunjung yang berbilang bangsa. Dari pintu masuk mereka berjalan sampai lah di bawah kaki air terjun yang paling tinggi. Dengan tenaga keupayaan yang dijana oleh ketinggian batu batan, air menderu-deru terjun dengan gagah beraninya. Mereka memilih lokasi tersebut untuk bermandi manda. Nampak seperti sedikit dalam di situ.

"So malam ni kita semua tidur kat mana Husin? Hotel depan tadi tu ke?"

"Hmm aku ingat lagi best kalau kita camping je."

"Haahlah, kan best kalau camping, barulah lagi feel."
"Tapi kita ada bawa ke khemah semua?"
"Tu lah, orang sibuk berkemas barang keperluan awak sibuk pilih baju. Kan dah tak tau. Ada ni khemahnya. Tinggal nak pcak dan pasang je."

Husin angguk sahaja. Dia sebenarnya bukan kisah sangat dengan feeling-feeling ni. Dia lagi kesahkan duit dia yang didapatkan secara percuma dari bapa tercinta.

"Betul ke korang semua nak bercamping je? Air terjun ni keras tau."
Kata Suzie sambil tersengih.
"Tak payahlah nak takutkan orang pulak."
Sanggah Husin.

"Keras ke tak tu aku tak tau lah. Tapi ada mitoslah pasal Air Terjun Kota Tinggi ni. Dulu ada seekor ular yang sangat besar kat atas bukit ni. Di sekitar air mata air sumber mengalirnya air terjun yang sejuk dan menyegarkan ni. Ular tu tidak lah mengganas, sebab dia hidup hanya didalam sebatang pokok sebesar 3 pemeluk lelaki dewasa. Makanannya pulak hanyalah burung-burung yang singgah bertenggek di puncak pokok tersebut. Demi mengelak dari dikesan manusia dan mungkin malas, dia hanya duduk bermastautin di dalam pokok tersebut."

Khusuk semua mendengar sambil separuh badan duduk dalam air menggeletar kesejukan.

"Lalu pada suatu hari, pokok di mana habitat ular gergasi itu ditebang. Semasa ditebang itulah darah memercik, memancut. Ular itu turut ditebang."

"Mengarutlah."
"Dah nama pun mitos. Normallah tu. Tapi mungkin juga kot. Hutan ni macam dara je lagi. Macam masih tebal, tak diteroka. Redupnya pun bukan main, langsung tak rasa hangat mentari."

"Kau ni orang Kota Tinggi ni ke. Mana kau tau cerita ni. Ke google je. Tak pun baca blog budak Kota Tinggi yang IQ nya tak tinggi?"
"Ada pulak cakap macam tu. Aku ni keturunan orang Kota Tinggi lah. Atok aku yang cerita. Dia sebenarnya keturunan ke-6 Laksamana Bentan. Bapak aku keturunan ke-7 dan aku keturunan ke-8. Mungkin aku keturunan pertama Laksamana Bentan yang jejakkan kaki ke Kota Tinggi ni. Keturunan pertama sampai ke 7, tak boleh lepas dari jambatan sungai Kota tu. Kalau tak muntah darah."

Semua terkesima. Tak tersangka daulat sultan yang selama ini disangka hanya mitos tahyul, benar-benar dipercayai dan ada kesannya. Sebenarnya Suzie pun sangsi dengan dakwaan daulat sultan itu, sebab dia tak pernah melihat depan mata yang pakcik makcik atuk neneknya ke kota tinggi dan mati muntah darah. Hanya cerita yang disampaikan dari satu mulut ke satu mulut, dari generasi ke generasi.

"Ok, aku tak nak camping." Esah bersuara.
"Hmm, Suzie macam mana?"

"Lagi bagus tidur hotel kot. Lagi selesa."
"Oklah dah majoriti nak tidur hotel. Jom lah."
Terpaksalah Husin mengalah, sebab dia juga takut akan ular gergasi. Sesampai sahaja tadi, sewaktu mendaki tangga, dia sendiri sudah bergambar dengan ulat gonggok sebesar lengan. Jadi tak mustahil ada ular yang bersais luar biasa.

"Suzie, ingat deal kita. Kau jangan nak bergembira je pulak ye."
Bisik Husin pada telinga Suzie. Rapat, memang rapat, bagai mahu bercium.
"Ye, I will surprise everyone."
Seusai membalas bisikan itu, Suzie kiss pipi Husin. Berderau darah Jantan husin. Mujur Esah dan Dani tak melihatnya. Kalau tak, pasti mereka cemburu.


Tuesday, February 19, 2013

Dating berganda

"Nabi yusof tu Nabi yang hensem tu lah. Yang nak kena rogol dengan Siti Zulaikha tu."
"Owh yang tu. Yang baju koyak kat belakang tu kan."
"Jadi time bercuti tu nanti aku perangkap la Dani, Lepastu biar Esah nampak kami berseronok dan terjegillah biji mata beliau."
"Brilliant, sungguh bijak kepala hotak kau ni. Mesti dulu kecik-kecik minum susu Everyday,"

Bijak pandai Suzie bukanlah sebab minum susu everyday, tapi sebab minum susu ibu. Selain itu bisikan ilham dari langit jugalah yang membantunya mengeluarkan idea bernas tersebut.

...

Depan kedai cincau jembalang, Esah dan Dani membeli air minuman, Seorang minum jagung cincau seorang minum milo cincau. Dengan pilihan air yang pelbagai, harga yang murah dan juga servis yang sangat laju, memang kedai itulah pilihan no 1 bagi mana-mana individu yang bertandang ke cafe kolej diraja tersebut.

Seusai mendapat air yang dipinta, Esah dan Dani secekap mata helang, melilau mencari kerusi meja yang kosong. Setelah terpusing kepalanya 270 darjah barulah Esah melihat sepasang merpati 2 sejoli duduk bergelak ketawa di meja sudut kiblat. Tanpa berlengah, Esah menggenggam dan menarik tangan Dani lalu meluru ke meja sasaran.  

"Hai korang."
"Wah,wah, wah, happy dan bahagia korang ye. Macam mana Suzie hadiah hari jadi aku, OK tak?"

"Ok sangat" Tangan di bahu mata ke atas.
Husin mampu senyum sahaja.

"Oh Esah, kau sungguh lawa malam ini. Manis senyummu semanis gula pasir, mungkin tak 100% sama manis, tapi ia telah cukup untuk membuat terujaku mendaki sehingga 90 darjah."
Monolog dalam hati Husin.

"So, boleh ke kita orang duduk sini ni. Tak ganggu?"

"Duduklah Dani tak ganggu pun. Bagus juga korang datang, boleh aku ajak korang pergi holiday sama-sama. Nak pergi berdua je dengan Husin macam seganlah pulak."

"Apa Husin, kau dah ajak Suzie pergi holiday. Baru kenal seminggu dah ajak pergi holiday. Mamang padulah  bro."
"Nak pergi mana? boleh,boleh. Bila,bila?"

"Bila dan di mana tu kena tanya bos Husin kita."
"Eh, tu aku pun tak tahu lagi. Nantilah aku confirmkan."

"Ok, tapi jangan hujung sangat, sem ni aku nak study lebih. Nak score."
Tersengih Dani membicarakan kata-kata tersebut. Lalu dia mengenyitkan matanya kepada Husin. Dah macam Morse code jadinnya.

"Yela,yela, nanti apa-apa aku gtau lagi. Tapi yang pasti aku nak Esah jadi biro makanan dan pastikan kicap jalen ada. Tak ada kicap Jalen, saya pun tak lalu makan.
Berdekah mereka semua gara-gara Husin mengajuk loghat Abon dalam iklan kicap terseohor di seluruh Malaysia.

"Pandai ke Esah masak?"
Dani mempersoalkan soalan berani mati,

"Pandailah cuma tak yakin."
"Haah, tak yakin dan malas. Sama lah macam adik saya. Bukannya x selalu masuk dapur. Tapi masuk mesti nak tunggu mak. Padahal dah diajar semua kot. Apa lah nak jadi perempuan zaman sekarang ni."
"Yelah memang perempuanlah yang salah kalau tak pandai masak semua. Lelaki memang kerjanya mengangkang je dekat rumah."
"Apa pulak mengangkang aja. Lelaki kan selalu penat kerja, balik rumah nak relaks la, nak bini buatkan air, masak sedap-sedap, malam nak kerja puaskan bini pulak."
"Ok, kalau awak cakap macam tu, lepas kahwin nanti saya tak nak kerja. Awak sara la saya, saya nak beg tangan LV, saya tau saya boleh dapat. Lepas tu kalau awak nak tau kebanyakan perempuan kat Malaysia ni tak puas sexually. So pastikan awak berjaya puaskan saya. Kalau tak saya simbah asid nanti."

"Apa korang ni. Dah2, cerita rumah tangga lain kali cerita ye."

"Inilah situasi keluarga di Malaysia. Penat isteri-isteri bekerja di pejabat. Kadang-kadang bukannya mereka nak bekerja, tapi almaklumlah harga barang naik mencanak, gaji pulak sama sahaja dari tahun ke tahun. Mahu tak mahu terpaksalah isteri-isteri turut bekerja meringankan beban keluarga. Malangnya, lelaki-lelaki urban sekarang ni masih tak menyedari akan keperluan mereka mengurangkan beban kerja rumah. Masing-masing nak ambil kesempatan terhadap lemah lembutnya perempuan tapi menggunakan mereka seperti kekuatannya melebihi lelaki berperut boroi. Tapi kalau Dani jadi laki aku, jangan risau, semua benda aku setlekan, dia duduk rumah je goyang telur pun tak apa."
Monolog dalam hati Suzie sambil tersenyum sendiri.

Monday, February 18, 2013

Makan malam pertama

Telefon bergegar menandakan masuknya beberapa rangkap whatsapp.
"Husin= Dani cakap dia nak kawin dengan Esah. Tapi mak Esah tak bagi. Jom jumpa."

Mujur bukan 3310 dalam genggaman. Kalau tidak mahu dibaling ke dinding. Rindu dia dengan telefon pertama yang dihadiahkan oleh Dani suatu masa dahulu. Telefon dulu-dulu kuat dan tahan lasak. Telah dibaling berkali-kali tetap gagah mengharungi tiap detik suka duka. Bukan macam telefon Iphone 5 yang baru sahaja dibelikan Husin. BUkan setakat tak boleh dibaling, siap kena pakai sarung getah serupa kondom.

...

"Hei senyumlah sikit."
"Tak boleh nak senyum."
"kau tau tak senyum memerlukan otot yang lebih sedikit dari nak buat muka masam."
"Ye aku tau, sebab tu aku x buat apa-apa dengan otot aku. Senyum tak masam pun tidak."
"Tak payahlah angin sangat dengan hasrat murni Dani tu. Bukan boleh ke mana pun. Emak Esah pun tak bagikan."
"Aku bukan marah, aku sakit je. Sakit hati, sakit perut. Period pain."
"Ooo, mari aku belanja kau susu. Susu boleh redakan PMS."
"Dakyah je semua tu, marketing strategy bagi nak lariskan jualan susu diorang."

Diam, senyap. Husin pandang Suzie, Suzie pandang lantai. 
"Kau dah makan? dah makan ubat?"
"Belum, diet."
"Kalau x tahan, baliklah rest. Nanti baru discuss. Sori kacau kau time-time susah macam ni."
"Tak apa, tak sakit sangat. OK je ni."
Petua deal dengan orang-orang PMS. Minta maaf je walau kita tak tahu apa salahnya. Pasti berjaya. 

"Aku lapar, nak pergi order nasi goreng kejap."
"Belikan mee goreng."
"Tadi kata diet."
"Mee tak pe, jangan nasi."
Suzie senyum dalam paksa. Berbunga juga hati husin melihat senyum manis yang dibuat-buat itu.

"Nah, mee goreng kau. Senyumlah sikit. Lawa bila kau senyum. Kenapalah Dani tu tak nampak."
"Bila aku senyum je ke lawa? Patutlah kau pun terkejarkan Esah, bukan aku."
"Eh, kau lawa juga. Tapi hati aku ni dah lama terpaut dengan Esah. Dah susah dah nak ubah."
"Terima kasihlah dengan ayat-ayat manis kau tu."
"Betullah kau lawa, tapi lelaki ni kan setia jenisnya, bukan macam perempuan. Hati senang berubah. Lelaki ni kalau dah sayang, sampai mati dia sayang yang tu."
"Haha, gile! Perempuan barulah setia. Lelaki semua sama je, buaya."

Kesimpulannya 2,2 sama sahaja. Pokoknya kena bersyukur, barulah boleh setia. Kalau tak pandai bersyukur, tu yang asyik jumpa orang yang lebih baik. Dan pencarian tu takkan pernah berakhir sebab diri sendiri pun makin hari makin jadi lebih baik, Kalau jadi lebih teruk dari semalam dah jadi orang celaka lah pulak.

"Apa tengok-tengok. Nak ke mee goreng ni?"
"Err boleh ke?"
"Boleh tapi aku nak nasi goreng tu pulak."
"Ko tak kesah ke tukar-tukar makanan ni?"
"Kenapa, kau ada HIV ke sampai aku kena takut?"
"Tak da lah aku ada HIV. Tapi kan kau diet."
"Ah motivasi aku terbunuh malam ni. Sebab aku kurus cam mana pun, aku pakai susuk macam mana pun takkan ada orang nak kat aku."
"Haha, ok jom tukar. Kalau ada lelaki lain selain Dani nak kau, kau layan ke? Kata setia."
"Entahlah, sebab aku dah macam nak give up menanti bulan jatuh ke riba. Dan kalau betul Esah boleh bahagiakan dia, biarlah dia bahagia."
"La dah nak give up ke. Kesianlah kat aku ni. Aku nak kat Esah."
"Jadi apa idea yang kau ada nak pisahkan mereka?"

Mata bertentang mata, menyelami perasaan, cuba berhubung secara telepati memikirkan bersama sebuah idea memopak perandakan hubungan cinta Dani-Esah.

"Jom pergi bercuti."
"Kenapa nak pergi bercuti pulak? dan ada duit ke kau dan diorang tu semua nak pergi bercuti. Makan pun sesak dah hujung-hujung sem ni."
"Guna duit kau lah, kau kan load. kau nak Esah tak?"
"Ok, beritahu aku dulu apa perancangan kau."
"Cerita Nabi Yusof. Apa guna baca al quran tapi tak belajar daripadanya kan."
"Nak pergi oversea?"
"Buat apa pulak pergi oversea, dalam Malaysia sudahlah."
"Nabi yusof yang kena telan dengan ikan paus tukan."
"Tu Nabi Yunus lah. Kau ni memang fail lah sejarah Nabi. Sebab tu kau ambil kejuruteraankan."

Sunday, February 17, 2013

Ala emak kahwinkan aku...

"Husin, aku ingat aku nak kawen la dengan Esah."
"Bila?"
serta merta Husin pause game PES dia dan duduk mengadap muka Dani.

"Kau biar betul Dani. Baru 3rd year ni. Mak kau dan mak Esah tak kisah ke?"
"Tu lah masalahnya Husin, mak Esah tak bagi. Dia cakap nanti dah kawen nak bagi anak dia makan apa? Makan pasir?"

Husin terus sambung balik main PES. Lega dia mendengar halangan mak Esah.

"Memang pun, kau ingat senang ke nak kahwin ni. Kalau senang dah lama dah aku meminang."
"Pinang siapa? Suzie?"
"Bukan Suzie tapi Esah tu." Monolog dalam hati Husin.

"Masalahlah Husin, lemah semangat aku bila mak dia cakap macam tu. Aku ingat dia nak support aku, sekali dia condemn pulak. Makin malas aku rasa nak belajar."

"Apalah kau ni Dani. Orang kalau nak berjaya, dia kena pandai menukar masalah jadi peluang. Tapi kalau orang tu taknak berjaya, peluang pun dia boleh tukar jadi masalah."

"Apa maksud kau?"

"Patutnya kau kena bersemangat lepas dengar komen macam tu. Kau tak boleh putus asa. Nilah masanya kau nak tunjukkan kat semua orang yang kau mampu berjaya. Kalau belajar pun dah tak mampu nak cemerlang gemilang terbilang, mcam mana pulak kau nak jaga anak orang."

"Haah la, memang selama ni pun aku tak pernah belajar betul-betul. Jangankan nak 4 flat, nak lepaskan 3 pun susah."

"Bagus, semangat macam tulah yang kau perlu ada. So, sekarang nak lawan PES?"

"Apa lah kau ni, tadi suh aku belajar, sekarang kau pulak ajak aku main PES."

"Aku lain, aku anak orang kaya, pas habis belajar ni aku nak jadi artis. Degree ni wat cukup syarat je."

"Untunglah, tak macam aku, belajar pun pinjam PTPTN. Kalau dapat belajar free kan bagus. Patut nya belajar ni dibayar gaji. Barulah boleh kurangkan anak luar nikah. Belajar dapat gaji, leh kawin. Sape yang berjaya, dapat result gempak dapat bonus. Barulah kita ni semua semangat nak belajar. Ye tak."

"Kau giler ke apa, Malaysia ni bukan kaya sangat. Amareka tu pun tak nak buat macam ni."

"Duit petronas kan banyak, apa salahnya laburkan dekat kita-kita ni.Ini tak, suruh pulak pinjam PTPTPu. Habis-habis belajar, belum dapat kerja dah nak pikir hutang lagi."

"Haha, kalau aku perdana menteri pun, aku taknak melabur kat budak-budak U macam kita ni. Semua haprak. Buat assignment pun memain, copy paste google je. Buat tesis pun tak serius, buat ala kadar. Tak menjanjikan apa-apa pulangan berfaedah pada negara."

"Haha, betul juga tu. Buat habis duit je kan. Wei, macam mana perkembangan kisah kau dan Suzie. Ok?

"Oklah, semalam kita orang keluar pergi tengok hantu kak limah 2. Tak best. Tak macam cerita-cerita dia yang lain. Aku tak dapat rasa jati diri filem tu. Ni nak tunggu Rock oo je. Harap-harap tak mengecewakanlah."

Husin tutup game bola PES dia sebab asyik kalah je dari tadi. Satu pun tak ada yang menang. Orang main game bagi hilang tensen, dia main makan tertekan. Lalu dia pun buka youtube dan play lagu "Ala emak kawenkan aku."

Friday, February 15, 2013

14 Februari

Esah ni orangnya memang calendar bergerak, dari happy new year sampailah ke hari radio sedunia. Semua tarikh dia tau, negeri mana yang cuti umum pun dia tau. memang hafallah dan sebolehnya memang nak menyambut segalanya. Tapi bukanlah sampai nak percaya agama orang, cuma bersama-sama berkongsi kegembiraan.

Hari ni pulak 14 Februari, valentine day. Mestilah dia happy nak keluar dating dengan Dani. Dah siap cantik-cantik, salam emak dia, dia pun keluar rumah. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang asing di depan cermin kereta.

Owh, sweetnya. Ada mawar merah dan sekeping kad. Ni mesti salah satu cara boify2 nak suprise gugirl diorang. Entah apalah yang Dani nak suprise untuk dia nanti. Tak sabar rasanya nak menggedik mengeletis.

Dalam tren pun banyak couple yang menggedik pegang tangan peluk-peluk. Lagi2 yang cina dan india. Maklumlah, diaorang tak takut ngan Jais. Benci Esah melihat suasana seperti itu. Lalu dia terpikir, mungkin orang lain pun benci tengok dia menggedik ngan Dani.

Ten Ten Tin Tun, Mid Valey.

Sampai-sampai je di mid valley terus Dani menanti Esah di pintu keluar dari stesen Komuter.

"Eh, tangan kosong je? mana bunga untuk saya?"
"Bunga apa pulak, dan kenapa nak bagi bunga.?"
"Hari ni kan V day."
"Hah V day? V for vendetta? bukan tu 5 november ke?
"Bukan cerita tulah, valentine day la."
"Owh, valentine day. Tak payahla sambut. Dan saya tak suka bagi bunga pun. Nanti dia layu."
"La, kita keluar ni bukan nak sambut valentine day ke? awak ni x romantik la, x macam orang lain yang bagi-bagi bunga tu. biarlah layu pun, tapi saya suka."

"Saya dating dengan awak hari ni bukan sebab valentine day la. Saya dating sebab nak jumpa awak, nak borak-borak dengan awak, nak tengok muka awak. Saya sayang rindu awak tak kira masa tak kira  hari. Saya bukan sayang awak pada hari kekasih je. Saya pun bukan tak romantik bila tak bagi bunga, sebab saya tak nak bunga melambangkan cinta kasih saya pada awak. Cinta kasih saya pada awak grafnya malar dan meningkat, takkan pernah ada menurun. Bukan macam bunga yang kembang mekar hari ini, lalu esok lusa layu cantiknya hilang. lalu jadi sampah. mungkin bunga sesuai buat mereka yang nak hubungan bersifat sementara."

Terkesima Esah.

"yelah, yelah... Just jeles, tadi pagi tengok ada bunga dan kad atas kereta orang. Macam sweet je."
"haha, pelah awak. Tu gimik dari DBKL tu. Kad tu surat saman. Bersepah dalam FB ni orang post. kad kad tu dia tulis:"
            Anda telah disaman kerana memakir kereta ditempat yang tak sepatutnya.
            Saman Clamp = RM50
            Bunga hidup = RM50

"La saman ke."

"Pastu kalau awak nak tahu, ada ustaz cakap haram menyambut hari-hari macam ni. Sebab bila kita sambut dan wish kat kawan-kawan kita, dia ibarat kita mengiktiraf kepercayaan tersebut. Kita macam mengiktiraf paderi yang buat perayaan ni."

"Ala, bukan nak iktiraf dia pun, just kita nak suka-suka."

"Entahlah, daripada confius dosa ke tak, baik saya tak payah sambut. Tak rugi apa-apa pun, duit pun jimat. Tak adalah kena belikan hadiah untuk awak."


Wednesday, February 13, 2013

Husin, Suzie dan dot dot dot

"Selamat hari lahir Suzie, ni aku perkenalkan Husin."
hai berbalas hai, senyum berbalas senyum.

"Okaylah, aku nak pergi sambung main game. Korang borak lah ye."

Hadiah birthday dari Dani. Sungguh tak disangka. Api cemburu yang mula reda kini membara kerana amarah.

Setelah tujuh langkah Dani beredar, Husin memulakan bicara.
"Nak join tengok Husin, Mon & Jin pakai toncit?" Sambil tersengih macam kerang busuk.
"Maaf, hati ini masih tiada hati."
"Haha (gelak tak ikhlas), sudah lama aku perhatikan kau. Mungkin kau sahaja yang tidak tahu. Telah lama juga aku memendam rasa, tapi tiada siapa yang perasan. Mungkin aku ini tiada bakat menunjuk perasaan."

Suzie bangun mahu pergi. Tapi langkahnya terhenti, tangannya ditarik agar duduk kembali.

"Janganlah cepat sangat kau pergi, aku ke sini bukan kerana inginkan hati kau, tapi aku ke sini inginkan pertolongan kau. Biar nanti kau dapat apa yang kau idamkan dan aku perolehi apa yang aku impikan. Sudikah kau bekerjasama denganku?"

"Apa maksud kau?"
walau Husin hensem kacak dan bergaya, tapi hati belum ada hati. Suzie belum bersedia menerima mana-mana lelaki lain. Maklumlah, hatinya dimiliki Dani sejak sekian lama. Tapi dari getar suara dan permainan kata Husin, bagai ada suatu ikatan yang menarik mereka agar sama-sama bertentang mata, memahami hati budi masing-masing.

"Usah terburu-buru, mari kita tengok Husin, Mon & Jin pakai toncit."

"Kau belanja? Hari ni kan birthday aku." Senyum manis diukir manja. 

"Apa pulak nak belanja-belanja, mamat khalid curi nama aku, patut aku ada royalti, so kita masuk free."

Esok...

Otak masih lagi ligat berputar pada paksinya, biar mata sudah berat, biar badan lembik tidak bermaya. Solat dan munajat tadi tidak dapat menenangkan jiwa bergelora, mungkin tiada khusyuk atau mungkin hati penuh bintik hitam. Ye, Suzie sedar yang dia hanya ingat tuhan kala diuji tika dalam kesusahan. Kalau dalam senang, sejadah pun dia tak pandang. Biarlah orang nak kata munafik atau apa, dia sudah bosan mendengar kata orang.

Kerana mendengar kata orang jualah dia, dulu dia berjinak-jinak dengar kata syaitan. "Kenapa kau nak hipokrik, hanya ingat tuhan bila susah. nanti orang cakap macam, macam. baik kau konsisten. Bila senang tak ingat tuhan, bila susah pun tenang je lupakan agama. Hidup ni hanya berdasarkan usaha kau. Tak ada maknanya rezeki, berkat bagai. kau rajin, nasib kau baik, di atas lah kau. Kau malas, nasib kau malang, dibawahlah kau." Dulu Suzie begitu, tapi dia kini cuba menjinakkan kembali dirinya ke jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya, dia perlu tidur kala ini, sebab esok dia perlu bertemu Dani. Ada hadiah mungkin...

Esok? apa yang dinamakan esok.
Selepas jam 12 tengah malam atau selepas tidur dan bangun semula.
Ada orang cakap kau takkan pernah jumpa esok. Sebab esok adalah hari ini, dan esok lagi adalah hari ini. Sampai bila pun kau takkan pernah bertemu esok...

14 februari 2000
"Esok aku nak jumpa dengan Mila la. First date kitorang. Ko ada apa-apa cadangan tak nak bagi hadiah apa." Dani meminta cadangan dari kawan baiknya.

14 februari 2005
"Esok aku nak study group ngan Lin la. Kau tak yah ikut ye." Dani memberitahu kawan baiknya.

14 februari 2009
"Esok aku nak pergi berkelah dengan Syikin." Dani berkongsi berita gembira.

Dan semua pertemuan itu digagalkan dengan jayanya oleh Suzie. hanya pertemuan tidak disangka dengan Esah, Suzie tidak berjaya menyekat.

Esok biarlah dia berubah, biar tiada siapa tahu dia berubah, biar jadi rahsia dia sendiri.

Dalam lena, telefon berdering,
"Hoi mak cik bangun, dah pukul 945. kan nak jumpa aku."
"Alamak aku terkesiangan."
"Dah agak dah ko mesti lambat punya. Cepat a bangun."
"Ok 5 minit."

...

"So, macam mana?"
"Dia cakap 5 minit, tapi 5 minit dia kira kena darab 6 la. memang teoremnya begitu. Perempuan kalau bersiap, setiap minit perlu di darab dengan 6."