
sebenarnya burger daging keju. tapi tidaklah seperti burger di mc donalds. sebab roti pun pakai roti potong biasa je.
bahan-bahannya.
1. mesti ada daging burger ye. pastikan ramli. lain2 pun boleh. kalau dah xda sangat korang guna belacan pun boleh.
2. roti. x kesah lah apa jenis roti sekalipun. roti burger la kalau nak lagi feel. tapi kalau nak try dengan roti nan, roti canai pun apa salahnya. burger korang, masuk dalam perut kuar ikut bontot juga.
3. keju. pergi je suparmarket, insyaallah ada. kalau pergi kedai runcit kat kampung janganlah berharap sangat. jangan dimarahnya orang jaga kedai tu kalau dia tak jual keju.
tadi bahan-bahan utama, ni bahan-bahan sampingan pulak.
1. tomato. dulu punyalah aku tak suka tomato, tapi tetiba sekarang suka pulak. rasa juicy pulak tomato tu dalam burger, rasa nikmatlah.
2. kobis.
3. jeruk. kalau korang perasan, dalam burger mcd, dia ada letak benda hijau masam-masam. mana sebenar aku tak tahu, so aku panggil jeruk je. letaklah pape jeruk pun. burger keju aku tu, aku letak jeruk pelam je. pergh sedap siot.
4. letak sos secukup rasa.
5. apa-apa lagilah yang korang nak letak.
cara-cara memasak
1. senang aja kalau korang ada mak yang serba boleh. haha.
2. tak pun korang ada adik kesayangan yang menurut perintah.
ekstra note: aku suka blog aku yang dah ada fb like button. sila klik beramai-ramai ye. dan sesiapa yang nak install fb like button tapi tak pernah berjaya. try klik link ni.