Saturday, November 13, 2010
boring lagi
Saturday, October 23, 2010
bangun pagi
Sunday, October 10, 2010
10,10,10,10,10,10
Thursday, June 10, 2010
berehat sebentar
Thursday, May 20, 2010
MATI
aku telah cuba untuk tidak mati pada malam ini, tapi tiada apa yang dapat menggantikan mati ini. telah kucuba berpuisi, telah ku cuba bercerita, apa yang jadi cuma bogel. tapi aku tidak puas dengan bogel, minda ku terus inginkan mati ini. jadi aku ini mati, dan aku harap akan ada pembaca yang menghargai mati ini.
kita tidak tahu bila kita akan mati, kita juga tidak tahu bila orang disekeliling kita akan mati. kalau kita ni pembunuh sekali pun, kita takkan tahu bila sebenarnya orang yang kita bunuh itu mati. yang tahu hanya pencabut nyawa yang diarahkan Allah sahaja, dan kita langsung tidak bisa lari.
beberapa minggu lepas, jari kawan aku hampir mati, tapi dengan teknologi sekarang, jari itu dapat disambung semula. minggu ni pula, seorang anak kawan kerja aku ni mungkin akan mati. anak dia baru berusia 3,4 tahun dan dia kata ada kanser. doktor kata anak dia tu dah tak da harapan.
dia kata, "kalau tuhan nak amik, amiklah, biar dia tunggu aku kat syurga" dia kata lagi, "duit dah banyak dah habis, tak tahu nak buat macam mane lagi".
slalu kita hanya dengar, bapak dia meninggal. jadi kita kadang2 cuba letakkan diri kita kat tempat dia. kita rase sedih, sebab kita taknak kehilangan orang yang kita sayang, even kita tak da pun jaga dia. ni 1st time dengar pasal anak dah xda harapan, aku pun cube letak diri kat tempat dia. seyes, aku tak tahu nak buat apa. walau tak da anak lagi, tapi dapat rasalah.
harap anak dia cepat sembuh atau dapat pergi dengan mudah.
bogel
berbogel sampaikan mesej keamanan. nilah yang dinamakan hate war, make love. beromen jelah. dah bogel2 tu kan. kalau ye pun nak aman2, kenapalah perlunya berbogel. banyak lagi kot cara lain. sapa lah yang ajar dia agaknya.
Friday, May 7, 2010
Darah...
darah yang mengalir di hujung jari ini juga yang merepek menjadi pembuka kata...
secara jujurnya, aku tak takut darah, tapi aku geli ngan darah. kalau tengok darah, tak dalah aku sampai pitam atau rase nak pengsan, aku cume geli. badan tanpa kawalan bergoyang sedikit. gelilah senang cite. x leh tengok, x suka.
Sunday, April 25, 2010
Best resume ever - The possimpible by Barney Stinson
Cara baru buat resume, 110% mesti jaya. mari2, tgk dulu ye. pasni kita komen.
Kalau aku bos, aku nak je hired orang yang send video resume camni. gampak gile beb. tapi watak barney ni memang legend wait for it dary. memang best la dia blakon. dari cite how i meet your mother. pada sesapa yang lum tengok, g la cari kat kwn2 mahupun download sendiri. promote lak aku kan. cam lah aku ni duta How i meet your mother.
video ni amik kat youtube and dari how i meet your mother season 4 episode 14, The possimpible= where the possible meet the impossible.
Monday, April 12, 2010
potong saga
mari2 menonton 1 lagi video hebat dari 15 malaysia p1wimax. x perlu bg tau sinopsis kot. nanti x best, meh tengok dulu e.
tak leh blah tol, siap leh pakai suar jeans lak pastu kn. naiki motor la lg, tgk awek lagi, sungguh seksa, x dapat ku bayang kan.
Thursday, April 8, 2010
rumah kita takkan sama dengan rumah orang lain...
tak tahu lah korang nak suka ke tak. tapi ni ape yang aku rase betol2 terjadi dalam dunia ni. yang kaya selalunya takkan ambil peduli si miskin. sebenarnya kalau setakat nak tolong sikit tu, harta dia tak luak pun.
perhatikan muke2 pelakon. terserlah emosi. watlah penilaian sendiri k.
sungguh aku tak puas hati dengan cikgu seni itu... huh.
Sunday, March 28, 2010
Monday, November 2, 2009
1 malaysia by faizal tahir
lagi satu ada la minah tu, dia suke faizal tahir ni,
k, jom nyanyi ngan penuh patriotik.
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 19, 2009
lirik miasara (lagu dalam filem papadom)
miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebuti telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai
ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah
miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu
ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah
bagi sesiapa yang dah tengok papadom, korang perasan x lagu ni ada kuar. dia kuar time kita nk kuar panggung. nk uploadkan gak lagu tu, tapi aku xda, yg ada cume lirik. n aku nk sangat lagu n lirik lagu yang ada makan aiskrim comot2 tu. haha.
lagi satu yang best, tgk perenggan 2nd last, direct gile ayat. haha.