Showing posts with label pandanganku. Show all posts
Showing posts with label pandanganku. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Revolusi Libya

Selepas 42 tahun diperintah Muamar Gaddafi, akhirnya tahun ini rakyat libya, (negara Afrika terkaya) memberontak menuntunt Gaddafi digulingkan dan beliau telah dibunuh dan kini mayatnya dijadikan bahan pameran yang bukan sahaja menjengkelkan, tapi cukup membusuk. Rakyat Libya masih berdendam dengan beliau dan beliau diletakkan sehina-hina kedudukannya.

Gaddafi, jasa dan Libya
1. Memperkenalkan buku hijau. Mengandungi 3 jilid dan jilid ketiga yang mengandungi teori antarabangsa ke tiga adalah teori yang paling popular. Beliau menyeru seluruh Libya mengkaji dan mengikuti ideologi yang di sampaikan melalui buku hijau yang ditulis olehnya sendiri.
2. Segala perbelanjaan pendidikan dan kesihatan adalah free. Selain itu, banyak barang yang disubsidikan, rumah juga murah-murah.
3. Beliau turut mencadangkan bahawa pekerja jangan diberi gaji, sebaliknya diberikan share. Maka jika syarikat untung, pulangan pada pekerja juga banyak.
4. Selain itu Gross Domestic Product (GDP) meningkat sebanyak 10.6% pada tahun 2010. Wiki.
Sila rujuk laporan Libya; A Country Study yang ditulis pada 1987.

Nampaknya banyak juga jasa yang disumbangkan Gaddafi kepada Libya. Tapi kenapa rakyat Libya sangat-sangat membenci arwah. Tambahan lagi kenapa pihak barat turut membenci beliau. Pihak barat dengan senang hatinya melaburkan wang, menghantar tentera bagi memburu Gaddafi yang dikatakan membunuh rakyat Libya. Tetapi mereka tetap membisu, membiarkan bumi palestin di jajah rakan sekutu mereka.

Sebab barat membenci Gaddafi.
1. Barat takut akan keberanian Gaddafi dan idea radikal Gaddafi yang tidak memihak kepada barat. Barat gentar dengan ketegasan Gaddafi untuk menjual minyak menggunakan dinar emas dan memulaukan US dollar serta Pound Sterling.
2. Terdapat khabar angin mengatakan Gaddafi sering memberi bantuan kepada penduduk Palestin bagi berjuang demi tanah air mereka.

Sebab-sebab rakyat membenci Gaddafi.
1. Disebabkan keinginan beliau memperjuangkan ideologi buku hijau tulisnya sendiri, beliau telah membunuh ramai pelajar dan cerdik pandai yang ingin membantah ideologi tersebut.
2. Mungkin juga disebabkan pemerintahan beliau yang terlalu lama dan ada kemungkinan pentadbiran itu akan diserahkan kepada anak beliau, jika mereka masih hidup.
3. Di ambang kebangkitan para pejuang bagi menggulingkan beliau, dengan sewenang-wenangnya beliau membunuh rakyat awam dan pemberontak.

Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Apalah nasib Libya selepas ini. Jangan nanti terus dirundung malang dijajah Barat.

Tuesday, January 18, 2011

Isu payudara Wanita Hari Ini

Aku tak tengok tv, sebab kat rumah ni tak ada tv, kalau ada pun tak kan pernah aku nak tengok Wanita Hari Ini. Baca kosmo barulah tau, yang semalam Wanita Hari Ini ada bincangkan isu membesarkan payudara. Korang suka ke besar-besar? setuju ke dengan membesarkan payudara? Tapi bukan isu tu yang aku nak bincang, jawapan korang terhadap soalan aku tadi terpulang, nak jawab ke tak.

Pastu habis facebook WHI tu menerima macam-macam komen, kosmo pun tak ketinggalan menerima macam-macam call, lain-lain aku tak tau, sebab kosmo state benda tu je. Dengan tiba-tiba je aku terpikir.....

"Orang Malaysia ni belum terbuka lagi dari segi membincangkan isu-isu macam tu, tapi mereka dah terbuka untuk membuka payudara."

Tuesday, January 11, 2011

Ana rafali, Fasha sanda dan Dr. Rozmey

Ana Rafali
Tahniah Ana Rafali menang AJL. Tapi nak buat camne kan, dah ko tak ramai peminat, pulak tu lagu ko susah sangat orang nak faham. terlalu puitis. Pasrah je la orang membenci kau ye.

Tapi sebenarnya, janganlah membenci si Ana Rafali ni, dia tak bersalah, dia nyanyi je, yang bersalah juri-juri tu. Marahlah kat juri ye lepas ni. haha.

Fasha Sanda
Seyes dia ni memang lawa, tapi..................................
Awal-awal tahun dah kecoh gambar pakai bikini. Dan dengan seronoknya banyak surat khabar menayangkan gambar-gambar hot dia. Walaupun dia dah menyesal, tapi kerana dia jugalah, anak penerbit, penulis dan pembaca surat khabar teringin nak berpakaian sebegitu.
kan catik pakai macam ni, udah-udah lah tu pakai seksi-seksi. kalau korang nak tengok dia berbikini, carilah sendri ye.

Dr. Rozmey
Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Dr. Rozmey yang berambut hensem ni? mesti semua dah kenalkan. Mungkin peminat Facebook yang bersedih pada bulan 3 akan datang, akan berterima kasih dengan Dr. Rozmey.

ni memang aku printscreen dari fb dia,
tak ada sebarang photoshop,
Dr, lu memang bercita-cita tinggi,
tapi gua tak minat rambut lu.

Sunday, January 9, 2011

Facebook ditutup bulan 3


uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Facebook akan ditutup pada 15 march 2010. Begitulah yang diberitahu oleh artikel ini.

Kalaulah betul Facebook akan ditutup, macam manalah rakyat Malaysia nak mengisi masa lapang lepas ni. Haha. Macam manalah pulak kita nak buat reunion dengan kawan-kawan lama kan. mesti dah susah.

Disebalik kerisauan itu semua, ramai juga yang menganggap beritu tu palsu. Harap-harap palsulah.
Pengasas facebook tu cakap dia tak mau duit, dia dah penat uruskan facebook, dia nak kehidupan dia yang dulu. Kalau macam tu, aku cadangkan kat Zuckerberg supaya dia jual atau pun sedekah je facebook ni kat sesiapa yang rajin nak mengelolakannya. Ye tak?

house mate aku sorang takut tak boleh main game kalau FB dah tutp. haha.

Tuesday, January 4, 2011

tanda akhir zaman

dulu time sekolah, ustaz ustazah pernah cakap tanda-tanda akhir zaman. pastu aku pun pikirlah, bila kita dah diberi tahu tanda-tanda tu, takkanlah kita nak buat dan mendekatkan kiamat tu dengan kita.

Contoh tanda kiamat yang aku rasa boleh dielak.
banyak bangunan pencakar langit dibuat. tapi masalahnya, semakin hari semakin ramai pulak yang berlumba-lumba buat bangunan tinggi-tinggi. diorang tak tahu ke atau sengaja tak nak tahu.

pastu aku ada dengar ustaz cakap pasal gurun-gurun, padang pasir akan menjadi hijau.
maknanya akan suburlah kan. dan hari ni, terbaca pasal cara sainstis buat hujan dekat gurun.
satu teknologi genius, dan sepatutnya menjadi ingatan untuk kita semua. jangan jadi macam mereka, yang sanggup berbogel dalam sejuk demi sepasang baju berjenama.

Sunday, December 5, 2010

seksi untuk diri sendiri


nita seksi untuk diri sendiri
kejadah apa seksi untuk diri sendiri tapi ambil gambar, masuk paper bagi aku tengok. pastu aku bagi korang tengok pulak. kan dah jadi nita seksi untuk kita semua.

tips seksi untuk diri sendiri.
1. mandi sorang-sorang, pakailah mini skrit, bikini. bogel terus pun tak pe.
2. time tak da orang kat rumah, berjalanlah, berlarilah, bergoleklah dari ruang tamu ke dapur tanpa sebarang pakaian atau baju-baju yang tak cukup kain.
3. seksi-seksi lah depan cermin atau bogel terus. pujilah diri sendiri bagi menaikakan keyakinan diri.

barulah betol nak seksi untuk diri sendiri. jangan bagi orang tengok.



Thursday, December 2, 2010

najib vs dr m, menara warisan merdeka

kata najib
1. menara berdaya maju, untuk buka peluang pelaburan dan sebagainya.
2. ini projek PNB. duit PNB. kerajaan tak rugi.

kata Dr. M
1. takut lebihan bangunan. tak ada orang nak guna nanti.
2. tak mahu menara berkembar dilawan orang. tunggulah dia dah tak ada baru buat menara baru.

kata aku.
1. kalau memang duit PNB, buatlah apa pun korang nak buat. tapi aku cadangkan, buatlah juga kat tempat lain. contohnya, kat kota tinggi ke. haha.
2. perlulah kaji tentang lebihan bangunan tu nanti. dah banyak dah tempat yang kena krisis macam ni. contoh kat Dubai. jangan nanti dia efek ekonomi seluruh negara. belajarlah dari kesilapan orang lain.


the crisis of credit..

aku tahu berok band korang ada yang macam siput. meh aku terang serba sedikit.
1. video ni pasal investor (bank), rumah dan pembeli.
2. orang beli rumah pinjam duit dari bank. modal bank pula datang dari orang-orang kaya. so adalah percent2 diorang semua kan. dividen dan sebagainya.
3. tapi, sometimes, akan ada orang yang x dapat bayar rumah tu. jadi dah kuranglah pulangan yang invester dpt.
4. so, bila sangat ramai yang x dapat bayar rumah, income investor(bank) pun berkurang. maybe terus tak ada. bankrupt.
5. bila ni berlaku, kira semua pelabur akan bankrupt juga. tu jadinya crisis of credit tu.

hope korang paham dengan penerangan aku. tak paham, korang load n tengoklah sendri.

nota penting: kenapa dalam diam dalam tenang, tiba-tiba harga minyak naik harga gula naik? kalau dulu sebab harga minyak global naik, sekarang???

Wednesday, November 10, 2010

review ESTET


poster estet
filem tamil by mamat khalid

estet by mamat khalid.... citer tamil. dia berjaya wat citer tamil, sama berjaya cam dia wat citer hitam putih (kala malam bulan mengambang).

bak kata cinta hatiku. "banyak-banyak citer mamat khalid, ni lah citer dia yang paling tak logik".
pada aku ok je, just sebab dia ni citer real life, so susah la kita nak menerima benda mengarut yang dia wat tu. tapi keseluruhannya best la. lawak dia tetap bodoh.

pelakon paling aku rasa bagus adalah rosyam noor. sindrom down tol dia dalam citer ni. watak paling kesian pulak adalah watak aru dilakonkan oleh arumugan. malang sungguh watak dia.

finally, aku bagi lah 5 bintang. memang citer ni kurang bagus compare magika, tapi kalau korang leh terima idealogi mamat khalid, pergilah tengok.

Thursday, November 4, 2010

jersey malaysia baru

semalam tertengok berita, terdengarlah pasal pelancaran jersey malaysia yang baru yang akan mula dipakai pada sukan asia nanti. cari-cari akhirnya jumpa gak kat blog ideas.

nilah dia jersey malaysia yang baru,
aku tak minat sangat design dia,
yang lama lagi garang, lagi nampak gagah.

jersey malaysia lama.
garang dan gagah kan.
kuning dia tu mengancam.

iklan jersey yang lama.
patriotik sungguh iklan ni,
last sem selalu tengok iklan ni time balik kerja,


Sunday, October 24, 2010

menara warisan merdeka, 100 tingkat

menara warisan merdeka ada 100 tingkat. wow, hebat2. mesti leh jadi kebanggan macam KLCC.

inilah persektif pertama aku bila dengar berita ni, tapi tak tahu pulak pasal kenapa mengapa dan bagaimana ada orang yang membangkang pembangunan menara ni.

1. mula-mula terpikir juga kenapa, maybe sebab mereka rasa dari buat menara baik bagi kat aku je duit tu. 5 bilion tu. kalau bagi sorang seribu wat modal MLM pun masyuk pe.

2. tapi selepas membaca sikit-sikit, cerita sikit, dengarnya 5 bilion tu bukan duit kerajaan mahupun duit najib. tapi duit PNB. dan PNB yang dengan suka hati nak wat menara tu.

3. so aku pun ok jela. kalau da dia nak buat, buat je la. kalau dia tak buat pun tak da nya dia nak sedekah kat aku duit tu.

4. tapi 1 je la, niat najib nak bangunkan negara, nak jadikan menara tu tempat berniaga bumi dan non bumi. kalau jadi nanti tolonglah bagi sikit modal untuk aku berniaga kat sana ye. jangan rancang baik punya, nanti da jadi, kita gak merempat kerja makan gaji je kat situ. contohnya, KLCC. berapa banyak kedai & ofis orang melayu, tapi berapa banyak pulak pekerja makan gaji melayu.

andai ku salah betol kan, andai kau salah, jangan malu nak betol kn.

Sunday, October 10, 2010

Einstein syiah? biar betol!!!


















ni lah pak cik einstein, kenal kan? dia ni memangt terkenal dan genius dulu, sekarang da mati da orang tua ni. teori dia yang paling terkenal, tu E=mc2. bapak senang nak ingat. lecturer aku pernah kata, equation yang pendek2 ni la yang tepat, equation yang panjang nak mampus tu, lum tentu dia betol.

back to einstein story. di petang yang damai ini, aku pun berblog walking. tetibe singgah la aku ke blog faisal tehrani. dengan teruja aku baca entry einstei pun syiah dan juga lagi kesyiahan einstein. sebenarnya aku kurang paham, tapi malas nak kaji bebanyak, sebab kang sibuk study pasal einstein, esemen aku lak yang ke parit.

jadi aku harap pembacaan dan penulisan tak seberapa aku ni, leh menjana kerajinan aku untuk mendalami ilmu alquran yang sebenarnya penuh dengan ilmu2 yang engineering dan lain2. aku je yang dah makin lama makin malas nak ngaji. hish pe nak jadi ni.


PMR sedang nazak...

haha, g mati lah kau PMR. dah nazak da sekarang, menteri da cakap da, jangka hayat ko tinggal 5 tahun je. 2016 nanti da ganti dengan yang lain.

aku setuju dan suka kau nak dibunuh. cam kejam je bunyi e. haha.

aku bukanlah cakap PMR tak bagus, bagus gak sebenarnya. tapi aku rasa kita perlu tukar format. jangan jadikan budak2 tu sumenya nerd. negara kita ni tak perlukan nerd2, kita perlukan pemikir2 kraetif, contohnya bloggers. haha.

aku harap nanti format baru yang ganti PMR tu leh la jadikan pelajar kita kreatif dan kritis. selain itu, dapat hasilkan gak pelajar yang berani ke depan, bukan hanya perut kedepan.

anugerah pelajar terbilang hari ni, aku bg kat mak cik bawah ni.
gambar makcik zaidah dan anaknya siti hawa,
baru grad, dpt 3.7+,
sumber google.

mak cik ni, selama 3 tahun duk kat U jaga anak dia yang sakit ni. mak cik, you are so awesome. membuat aku teringat kat mak plak.

Friday, October 1, 2010

review magika


dari 10 bintang, aku bagi 5 bintang je.

dia best sebab
1. dia muzikal 1st kot yang orang malaysia buat. (yang aku tengok la).
2. dia punya latar tempat memang cun. cantik giler. i like.
3. pelakon perempuan dia best2. contohnya, maya karis jadi puteri bunian), syarifah amani n aleeya (bawang putih bawang merah), vanidah imran (mahsuri), ziana zain (nenek kebayan), raja azura (mak andeh), adibah noor (mak bawang), ning baizura (putri gunung ledang). ada lagi kot yang tak tersebut. pelakon laki pun not bad, tapi xnak sebut. cam gay je. haha.
4. merujuk senarai nama dan watak kat atas, cerita ni memang mengunpulkan banyak cerita rakyat kat malaysia. siap ada naga lagi. tapi moyu cakap, naga tu bukan naga asia. camne dia tau tu kena tanya dia. dia memang ada minor naga. haha.

dia tak best pulak sebab
1. banyak sangat nyanyi dan semua lagu bergenre kru. jadi sesiapa yang memang membenci lagu-lagu kru, dinasihatkan jangan tengok magika ni. ada orang sebalah aku ritu, telinga berdarah, mulut bernanah. tak berenti bising, nyampah asyik nyanyi je.
2. ni punca utama aku letak cite ni 5 bintang. sebab, pelakon utama perempuan dia adalah diana danielle. lain kali guna pelakon perempuan lain ye. huhu.

lagi cerita magika, klik sini.
pergilah tengok ramai-ramai kalau nak tengok filem malaysia genre baru.
janganlah pergi, kalau korang nyampah nak dengar lagu kru yang stereotaip tu.

Thursday, September 30, 2010

cikgu shida

korang tau sape cikgu shida? dia ni hanyalah "artis indie" haha. sebenarnya dia ni nak jadi youtube sensation. tapi dia bukan buat video lucah mahupun mengajar kanak-kanak pendidikan seks. tapi dia hanyalah miming (mengikut, mengajuk) nyanyian artis-artis popular.


pada aku dia berjaya buat orang terhibur dengan gaya giler-gilernya. mungkin ada orang yang tak setuju dengan cara dia berkarya. kalau korang tak caya, korang gitau bape banyak orang yang kondem dia compare dengan yang sokong dia. tengok kat youtube ye.

sian juga aku baca komen2 dia. sepertinya mereka membunuh karya dan idea-idea baru, kenapa tidak kita bunuh saja artis-artis malaysia yang kadang-kadang lagi tak senonoh dari artis luar malaysia.

aku bukan sokong seratus peratus cikgu shida ni. tapi jangan lah membunuh terus kekraetifan dia. kepada cikgu shida, bacalah juga ye komen2 yang mencemuh ko tu, dan ambil mana yang baik.

sebenarnya aku sering bosan dengan idea-idea stereotaip yang sedia ada. aku nak sesuatu yang baru. nak buat sendriri tak pandai. so cikgu shida, sila buat miming lagi yang best2 ye.

Tuesday, August 31, 2010

merdeka lagi dan takut pun datang lagi... damn

hari ni hari merdeka. apa aku buat? duduk terperap dalam bilik je. buat assignment sikit. blogwalking dan lain2. sebab dah bosan blogwalking kat blog rakan-rakan yang hebat, aku pun bacalah blog2 pakcik2 yang hebat, kickdefella = bahagian 2, memahami perpecahan melayu dari sudut orang biasa.

Dari dalam sudut hati dan kepala hotak aku, aku terpikir dan sedikit takut. macammana kalau semua ni betol2 terjadi? pastu aku roll2 lah pulak kat link2 blog orang2 lain yang ada kat blog dia. blog2 orang politik. dan seperti biasa, hari-hari bermain politik. aku tak tahulah depa ni ada pikir nasib aku ke tak. harap2 jangan politik je.

kadang rasa jemu nak memikirkannya, tapi bila kita tidak pikirkannya, dan tiada siapa memikirkannya, dengan cepat dan pantas mereka mengambilnya dari kita.

aku harap tahun depan masih ada merdeka.



Saturday, August 14, 2010

Salleh Gregor Samsa "berpuasa"

bangun-bangun je dah pukul 1215, capai keyboard, capai mouse aku pun blog walking. tetiba di blog terbangtinggitinggi dan mofasad aku terbaca salleh gregor samsa: kepada yang berpuasa, Fuck you off. lihat gambar di bawah.

kalau xdapat nak baca, korang try terbangtinggitinggi, mofasad atau sini.
kredit gambar ni kat mofasad. n kalau en mosafad x bagi gambar ni wujud dalam blog ni, sound je. dengan patuh aku remove gambar ni nanti.

kepada salleh gregor samsa:
aku tak tau la nak fuck you back ke tak. haha. baca kau punya conversation dengan rakan-rakan kau tu, rasa kesian pun ada. tapi nak buat macam mana, kau dah duduk malaysia. kalau tak suka kat kerajaan, ko undilah pakatan, kalau tak suka malaysia, ko pergilah lari negara lain. kami rakyat malaysia sikit pun tak kesah kau ada ke tak.

sebenarnya malaysia ni tak halang pun kau tak nak berpuasa. malaysia cuma halang kau makan minum dan buat benda tak senonoh di hadapan orang yang berpuasa pada bulan ramadhan ni. hormatlah kami wei. bangsa dan agama lain pun leh hormat, leh paham keadaan ni, takkan kau tak paham. ke ko sebenarnya "mat salleh" yang kena buang negeri.

malas dah nak condemn en salleh ni banyak-banyak. ko dah besar dah kan. sila la berpikiran sendiri dengan waras. kalau tak nak puasa pun janganlah tunjuk kat orang. pandai-pandai la sorok. orang perempuan yang period pun segan tau nak makan minum depan orang. makan pun sorok-sorok je. akhir kata, semoga en salleh dapat hidayah. kalau bukan hidayah kembali ke pangkal jalan pun, at least timbul rasa hormat dia kat orang yang berpuasa.

Sunday, August 1, 2010

awek vs kawan

awek vs kawan, mana lagi penting?

jawapannya mestilah family kan. haha.
kalau awek lawan ngan kawan tu korang kena la wat ujian bulanan atau kuiz kat awek korang dulu ye. kalau diorang mengikut kriteria2 di bawah, memang wajarlah awek tu lebih penting dari kawan-kawan korang tu.

1. awek tu lagi rela tengok ko bogel dari kau tengok dia bogel.

tetibe aku dapat pikir 1 kriteria je. lain2 korang sila tambah ye.

tapi dalam memilih kawan, lagi2 sejenis, jangan lak korang 2,2 berbogel bersama-sama ye. nanti terlanjur kang, nabi tak ngaku umat. korang kena cari nabi baru nanti. haha.

jangan tiru macam mereka!!!

Wednesday, July 28, 2010

sorcerer's apprentice- magik vs teknologi

sape dah tengok cerita ni?
best ke x? kalau tanya aku best je, sebab (sile rujuk bawah).
1. dia menggabungkan benda mengarut ngan sains dan teknologi.
2. mencipta teori-teori baru yang macam bangang.
3. skrip yang kelakar, semua watak kelakar even dia watak jahat yang serius.
4. hero dia lagi x hensem dari aku.
5. herion dia agak cun gak la.
6. ada burung helang besi, cool.
7. cerita disney selalu memang best. har-har.

dah cukup la, nanti orang-orang yang lum tengok marah aku. kata aku wat cerita yang best tu jadi tak best.



Tuesday, July 20, 2010

horlick panas dalam polystrene cup

horlick panas + kuih muih = sarapan tadi pagi.

horlick panas cam haram. tak tau la nape masih ada pembuat air yang tetap sengal. buat air tu biar le orang boleh minum, ni tak, kadang2 da cakap nak suam pun dia bantai panas gak. kalau melecur bibir aku ni korang nak bayar? camne aku nak kiss2 soft toy yang awek aku bagi nnt. da susah aku nak tdo malam.

x suke horlick tu sbb panas, 1 lagi sbb dalam polystere. tau tak pe polystrene? kalau tak tau g kolej 12. kat situ sume pakai polistrene, dari piring ke cawan ke mangkuk semuanya polystrene. kalau korang tak caya pergi lah check sendri, kalau x polystrene pun cawan plastik yang nipis tu.

UM care sungguh kan peniaga2 di kolej 12. kata lah, UM nak suruh didik student bawa tupper ware sendri. kitorang x nk. haha, degil gak kan. so, UM da gagal kat situ, biar je la e. biarkan poster2, bunting2 tergantung, melambai2 tanpa sebarang makne?

kalau teruk sangat staff UM x leh pikir solution, meh aku bg idea.

korang tau x kertas minyak? tau, so, suh la cafe2 tu sediakan and bungkus makanan diorang dalam tu. tak pun pki la bekas yang cam polystrene tu tp yang warne coklat. dia bukan polystrene, cam kotak gitu. pe ntah nama dia.

um care kan, so, kuarkan la peraturan tu untuk semua cafe ikut. x nak ikut terminate je contract. pe susah, kita ada power. ni tempat kita.

mane lah MPMUM yang sibuk bermenifesto pasal polystrene ni dulu. da menang diam je e. ingat o, nnt masuk neraka. janji dimungkiri. orang2 besar UM yang lain pun sama. haluansiswa bgai nak rak promote UM care, tapi kat 12th tu bersepah pinggan polystrene. diorang x mkan kat 12th kot.

jadi korang nak bw tupperware ke, nak suh cafe2 tu sediakan pinggan2 bukan polystrene cam dulu? atau cadangan lain ke. yang penting aku x suke polystrene, x best., tapi sering terpaksa.

Thursday, July 8, 2010

putus

putus itu sakit,
tak nampak darah,
tapi bisa membunuh,
tiada darah,
tapi nanah busuk,
yang akan jadi dendam.

jangan mudah kata cinta jika mudah lafaz cerai....
bukan jadi kat aku, tapi beberapa rakan yang aku sayangi....
buat je pe yang korang rase betol, sbb korang je yang paham hati korang,

dengan cinta aku berharap,
ada cinta menanti di hadapan.