Wednesday, December 30, 2009

kucing yang malas

kucing suke tidur kan,
kat mane2 pun dia leh tido ngan pelbagai gaya seksi,
huhu...

xtau pe tujuan post ni,
klu korang terer, teka a pe tujuan post ni,
huhum aku membiol disini....

Sunday, December 27, 2009

rakan2

post ini kas buat semua yang pernah menjadi rakan-rakanku.
-SK Kg Panchor
-SMK Tun Habab
-MRSM Serting
-Matrik Melaka
-Universiti Malaya.


kita pernah berjuang bersama-sama,
dan kala itu kenangan indah tercipta,
bagai bunga dan rama-rama,
bagai pelangi dan hujan renyai,
semuanya indah,
enggan berpisah,
dan ingin tua bersama.

tapi semamangnya masa mencemburui kita,
dengan kekuatannya dan magisnya,
ia bawa kita melangkah,
meninggalkan kenangan itu demi mencipta sejarah baru,
namun magisnya hanya mampu membawa jasad pergi,
gambar dan video indah masih kekal tersimpan,
dalam komputer super ciptaan ilahi.


Thanx budak2 Al Haizan, mini reunion.
pada kawan2 yang lain, aku rase cam rindu lak nk mengimbau sejarah lalu. huhu
good luck la dalam pe pun yang korang wat

Friday, December 25, 2009

25 disember 2009

12 am- bertolak dari rumah ........
1230am- damn, nape gate 5th ni da ttp, awal gile.
130am- tidur sudah
1010am- "bodoh" aku bermonolog luaran. lupa tiket bas kul 11am
11am-aku kejar bas, berpeluh, tapi berjaya naik gak. yeah.....
130pm- sampai di melaka sentral dan mkn mcd.
330pm- family aku baru jumpa melaka sentral dan amik aku ke afamosa resort
530pm- sampai je vila yang disewa bapak aku, tengok ada pool sebelah rumah, trus je tanggal baju, pinjam suar pendek bapak aku dan mandi.
630pm- kuar kolam and mandi di bilik air, siap2 untuk pulang ke KL
710pm- gerak ke melaka sentral
800pm- skali lagi tahan bas.
1030pm- berjaya sampai ke UM
1135pm- tulis blog
1159pm-mungkin tidur, esok kerja

Tuesday, December 22, 2009

masih sama

Masih memandang dinding yang sama,
Masih mendengar angin yang sama,
Masih menghirup udara yang sama,
Dan masih mengenang kekasih yang sama.

Terus rindu tiap hari,
Menginginkanmu ada di sisi,
Agar aku bisa menggenggam erat,
Tangan lembutmu menghangat cinta kita.

Friday, December 11, 2009

mas kahwin selangor RM300

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

link kat atas ni dari kosmo online, kadar mas kahwin terkini di sekitar malaysia.
perlu ke mas kahwin ni banyak2??
soalan ni ditujukan untuk semua, lelaki dan perempuan.

mari aku bawa korang mencongak.......

akaun dating dengan awek hari ini...
secret recipe..............RM50
movie..........................RM25
main bowling..............RM25
sewa hotel...................RM100
total.............................RM 200

wa, 200 je da leh wat macam2 da, da leh kahwin da. kahwin la bukan nikah...
ye a, nk nikah skang ni paling kurang k ada RM300.
x kire lagi nk wat majlis.

aku rase makin kuranglah orang yang nikah,
tapi makin banyaklah maksiat, anak luar nikah, buang bayi dan sebagainya.

bukan naksuruh orang wat maksiat,tap persekitaran seperti memaksa.
sepatutnya perkara2 macam tu di permudahkan,
agar semua orang memilih jalan yang betul.
tapi skang macam makin nak menyusahkan.

aku harap, anda dan aku kuat iman, tetap pendirian.

Thursday, December 10, 2009

saya mahu menulis

seyes aku nak menulis, tapi aku xtau nak tulis ape,
yang penting aku rindu family aku,
dan juga family to be aku, huhu.

skang ni aku da start LI,
so penat sikit la,
tapi best, suke sbb orang kat site sume best.

malam lak, aku g tgk budak2 training drama,
best gak la drama ni,
nnt kite g tgk ramai2 e.

da la tu, xau da nk tulis pe,
huhu.
bye

Saturday, November 14, 2009

best sangat ke NUR KASIH ???


Nur kasih, satu drama berepisod yang sangat di gilai sekarang ni, baik kawan perempuan mahupun lelaki sume pakat duk tengok cite kabir bakhtiar ni. best sangat ke??

boleh x korang berikan beberapa sebab kenapa aku perlu tengok cerita ni juga?

cam nk layan gak, sebab ada yang kate sama hebat ngan prison break, ye ke? membe aku yang study kat US pun layan. tol ke best ni???

bagi sinopsis sikit.............

Friday, November 6, 2009

filem melayu vs holywood

aku suka menonton filem, tak kira lah cirite melayu mahu pun mat salleh. aku tak under estimate mana2 cerite, aku main tengok je, da tengok baru aku nilai best ke tak best.

1. memang tak dinafikan cerite2 dari holywood atau oversea memang best tapi ada gak la yang x best sebenarnya. tapi yang aku x berkenannya, ramai orang malaysia, melayu bukan setakat tak support cerita melayu, tapi terlalu mengagung-agung kan cerite orang putih tu.

2. aku cakap camtu sebab, ramai yang cakap "aku tak layan cite melayu".

3. kalau cerite tu tak best, sampah, aku tak marah pun, tapi cerite tu best, telah dibuktikan. semua yang pergi kate best gile. tapi diorang tetap gak x percaya. diorang kate, "xpelah, nnt ada lah yang download, tengok yang download da lah".

4. download>> ni lagi satu benda best. mmg la bestkan dapat tengok benda free. tapi nasihat aku, kalau cite melayu yang best tu, g la tegok kat wayang, bagi diorang duit, biar leh dapat beli teknologi yang best2, biar cite melayu jadi best. kalau korang duk download, cetak rompak je, memang tak kemanalah.

5. stop mempromote cerite melayu yang hanya beberapa je yang best, nnt orang kate aku kolot lak, tengok cerita melayu.

6. bagaimana nak buat cerite melayu box office?
  • pengarah dan penggiat seni kena kaji macam mane filem luar negara leh power, tak perlu holywood, dapat lawan filem indon ngan thailand pun jadilah.
  • pelakon-pelakon pun kenalah berlakon dengan hati, bukan dengan muka. kalau setakat muke je cantik tapi belakon keras cam kayu, baik amik aku berlakon. (hehe)

7. ni pun antara cadangan yang perlu diikuit.

  • wujudkan adegan seks, maklumlah sekarang ni baik remaja, kanak-kanak dan juga warga emas, sume nak beromen je.
  • wujudkan adegan yang kejam-kejam, cam bunuh-bunuh darah pancut-pancut. kita didik generasi kita jadi kejam, biar nanti esok lusa diorang ni yang ragut kita, terajang kita.

8. kalau korang perasan lah, cerite holywood ada faktor-faktor no 7 di atas. korang pun suke benda camtukan, dah bosan dengan cerite jiwang karat melayu yang masih ditakok lama.

9. aku tulis post ni bukan sebab nak tembak mane-mane pihak, sebab aku nk kita setaraf dengan orang lain. setaraf dengan identiti kita. tak nak lah setaraf, tapi mase tu kita dah bukan kita, kita da jadi dia. bile kita jadi dia, propaganda globalisasi tercapai dan tak mustahil satu hari nanti bumi ni diperintah mereka saja. kita hidup care mereka, kite makan makanan mereka, kite ikut agama budaya mereka, kite dijajah lagi......

Monday, November 2, 2009

1 malaysia by faizal tahir

lagu ni aku suke, dan mungkin ramai gak yang suke,
lagi satu ada la minah tu, dia suke faizal tahir ni,
k, jom nyanyi ngan penuh patriotik.

Thursday, October 29, 2009

peperiksaan

i
bagaikan 1 peperangan,
yang disertai para pahlawan,
dengan buku, kertas dan pena,
bukan pedang, panah dan kuda,
dalam bilik sejuk beku,
bukan padang pasir gersang,
mencari satu pemenang,
yang pulang dengan tawa,
meninggalkan si kalah,
terkulai layu menunggu peperangan lain.

belajarlah dikau menjadi pejuang,
dan pulang dengan girang bertemu ayah bonda,
jangan layu menunggu esok untuk bangkit,
kerana mungkin esok hanya tinggal nama.

ii
bagaikan 1 pertandingan,
yang disertai cerdik pandai,
menguji kepintaran dan kekuatan,
mencari satu wira yang bakal memimpin,
membina perpustakaan menjadi ulat buku,
yang hanya menghafal dan diberikan nilai angka,
memberi kasta membeza kedudukan,
dengan hanya melihat angka statistik yang tempang.

belajarlah menjadi pemimpin,
yang bisa membina piramid,
bukan hanya melatih ulat,
agar tiada lagi statistik tempang,
menjajah minda masa depan.

dah lama rasanya tak post puisi, puisi ni dibuat atas mood exam. dan sekarang ni rase gembira kerana di hari keempat study week, aku baru leh nk fokus kat exam. before ni just pikir pasal esemen dan presentation saja.
kepada rakan-rakan yang ada exam, gud luck. kepada yang sesiapa yang baca, maafkn daku andai ada kesalan dan doakan kejayaang aku sekali ye.

Saturday, October 24, 2009

kenapa daud bukan daus??

nama saya firdaus bin mohd salim, boleh panggil saya daud...
eh knp daud plak, knp x daus je? tu la persoalan yang sering diutarakan bila aku memerkenalkan diriku yang comel ini. jadi marilah saya menjawab nya agar semua orang tahu kebenarannya ye. dan kebenaran yang akan saya ceritakan ini adalah mak abah saya yang cerita, kalau mereka tipu saya, anda semua pun kena tipu la juga.

aku xda mood nk tulis, nk karang cite panjang-panjang, jadi aku nak terus ke perkara yang ingin dibincangkan ye. nama firdaus itu berat, dan aku tak mampu untuk membawanya. paham ke tak korang ni?? diringkaskan, nama firdaus tu tidak sesuai dengan aku, sebagai inisiatif, atuk aku pun bagi la nama daud kat aku. dan lekatlah nama daud tu sampai sekarang.

ada sekali tu seorang kawan aku tanya, orang still panggil kau daud lagi ke??
dan mesti la iya, sebab aku nk guna nama ni sampai aku mati. huhu, nama yang membesarkan aku, dari rumah, ke tadika, ke sekolah dan ke universiti. sampai mati pun aku nk orang masih panggil aku daud, tapi aku nak gak simpan nama firdaus tu. sebabnya, best bile ada org yg confius dengan nama aku. haha.

sekarang aku nak masuk cerita yang lain pulak sikit, tapi masih mengenai zaman bayi aku. mak abah aku kate dulu, aku asyik menangis je kalau kat rumah, tapi bila kuar rumah, contohnya mak aku bawa ke rumah jiran sebelah, aku berhenti menangis. cuba korang teka kenapa perkara macam ni terjadi??

sebab, kat rumah yang aku duduk tu dulu ada hantu belaan orang india. tapi dia tak da lah kacau yang teruk, teruk. dia just kacau aku. mak aku kata, dia pernah masukkan aku dalam buai, dia g dapur n datang balik, tgk aku da kat luar buai tu. huhu, seram gak la dulu aku dengar.

tapi mak aku kate, hantu tu dah xda lagi da, da ada sorang sami tu dah pindahkan hantu tu. dan aku pun dah tak duduk kat rumah tu lagi. yang lagi best aku sehat je sampai sekarang. kesimpulannya, jangan lah takut ngan hantu, sebab tak da nya dia datang cekik2 ke apa. huhu, tu sume cite kat tv je. kalau ada tu aku tak tau a, rezeki korang la ye. huhu.

chow...............

Monday, October 19, 2009

lirik miasara (lagu dalam filem papadom)

miasara

waktu pagi kau sinari hidup ini

bangun papa bangun mami

kau sebuti telinga kami

satu hari kau kan pergi

tinggal kami bersendiri

walau apa kan terjadi

kau tetap akan kami cintai


ohh.. miasara tidur lah

kamikan bersama mu

dibuai mimpi nan indah

dan doa papa dan mama mu

tidur lah miasara

tidur lah miasara

tidur lah


miasara

yang pertama anugerah terutama

senyuman mu belai jiwa

pengubat hati yang lara

tuhan lindungi permata

selamatkan sentiasa

dari duka di dunia

akan kita hadapi bersama

rambut mu mata mu bibir mu hati mu

senyum mu tawa mu di hatiku selalu


ohh.. miasara tidur lah

kasihani mama mu

kerana dia menunggu

untuk bersama bapa mu

tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah


tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah miasara

hooo.. tidurlah


bagi sesiapa yang dah tengok papadom, korang perasan x lagu ni ada kuar. dia kuar time kita nk kuar panggung. nk uploadkan gak lagu tu, tapi aku xda, yg ada cume lirik. n aku nk sangat lagu n lirik lagu yang ada makan aiskrim comot2 tu. haha.


lagi satu yang best, tgk perenggan 2nd last, direct gile ayat. haha.