Monday, January 28, 2013

Pasrah

Di tengah malam itu, ketika sebahagian manusia sedang enak dibuai mimpi, suzie berkemban ke bilik mandi. Rimas dibelenggu bau setanggi bomoh mail. Air pili dibuka, memerpik membasahi kaki, lalu .... menangis dia sendiri dibasahi air mandi dan juga air mata.

 Usai mandi, dicapai diari tempat berkonsgi suka dukanya. Dicomot cantikkan oleh mata pena yang menari sesugul wajah suzie. Dan dia berhenti menulis, lalu menitis lagi air matanya.

 Patah hati, putus asa. Sudah tidak tahu apa lagi yg harus dilakukan. Sudah sebelas tahun dia berusaha menambat hati dani. Namun semuanya hampa.

"Aku sayang kau, sama macam aku sayang saudara perempuanku." Family zone.
 Pasrah. ...

 Walau badan letih mata mengantuk, otak belum mahu mengalah. Biar dah jam 4 pagi, masih belum terlelap walau sesaat. Dalam berusaha untuk tidur, satu whatsapp masuk.

"Happy birthday suzie. Semoga bahagia selalu. Esok pagi pukul 10 jumpa dekat cafe boleh, ada hadiah untk you."

Owh, sedih sampai lupa birthday sendiri. Tersenyum kelat. Baru pasrah nak lupakan, namun dani tetap dtg. Bagai tak mahu lepaskan. Buntu, keliru. Kalau dulu segala masalah dikongsi dengan dani, tapi masalah ini, tak boleh. Waktu terus berlalu tanpa mempedulikan suzie. Dan ada ayam mabuk yang telah berkokok walau baru sepertiga malam. Tapi kokokan itu memberi ilham padanya agar mengadu pada pencipta.

 Wudhu membasahi anggota, sejadah dihampar, telekung disarung, takbir diangkat, sujud merendah diri tenggelam khusuk meminta petunjuk ke jalan lurus.

Thursday, December 20, 2012

Bomoh Mail

Hari mendung, awan hitam berarak perlahan, dari pagi sehingga ke petang. Entah apa yang didukakan si awan hitam. Angin juga bertiup sejuk nyaman. Jarang cuaca sejinak ini. Semalam semalam sering sahaja panas terik sehingga merenjis peluh membasahi busana.
Lagi indah kerana hari ini Esah ditemani Dani berjalan-jalan di Mid Valley mundar mandir melihat baju dan kasut. Yang itu dicuba, yang ini disarung, namun tiada satu pun yang dbeli.
…………………..
Dari jauh ada mata cemburu yang melihat keintiman Esah dan juga Dani. Api cemburu itu ialah bara yang tersimpan elok dalam bekas yang kalis panas. Langsung tidak terasa panasnya, tapi membara membakar dari dalam.

Nekad sudah disimpul kejap keinginannya untuk berdampingan dengan bomoh Mail, biar boleh hantu jembalang digunakan bagi memisahkan Dani dan Esah. Jijik dia melihat mereka berpimpin tangan. Berdosa besar. Jika memegang babi boleh lagi disertu dengan 7 kali basuhan air tanah, jika memegang bukan muhrim dosanya entah bagai mana.
…………………..

Malam ini bulan terang memantulkan cahaya yang dipinjam dari matahari. Dan malam ini juga, wajah bomoh mail bersinar dihias senyum panjang. Sudah lama dia tidak didatangi oleh sesiapa. Maklumlah sekarang zaman moden. Tak perlu lagi tuju2 dan sebagainya, hanya memerlukan sebuah telefon pintar subsidi kerajaan, seseorang itu telah Berjaya mendapat cinta, menabur fitnah. Semuanya bergantung pada strategi masing-masing.

“haa, tepat pada masa yang dijanjikan.”
Bomoh mail menyambut salam si tetamu dan mengajaknya masuk ke dalam.

“Tak apa, tak perlu di beritahu hasrat di hati, atok dah tahu dah. Maklum lah atok ni kan bomoh berteknologi. Tadi SU atok dah brief dah email yang kamu hantar tu. Gambarnya pun atok dah print.”

“Jadi tok, sebelum kita mulakan, boleh saya tahu berapa pengerasnya.?”

“La, tak da ke dalam web page atok. Apelah SU ni. Makan gaji buta ke apa. Tak berkat gaji.”

“Tak pe tok, atok santau je dia.”

“Ish tak elok camtu. Bukan sape pun, bini atok juga. Bini no 3. Mungkin lagi muda dari kamu. Rugi lah kalau santau awal2. Belum habis getahnya lagi. Hehe”
Ketawa bomoh mail menampakkan giginya yang buruk seburuk gigi Gollum.

“Ok berbalik kepada persoalannya tadi, pengeras ye. Tak mahallah Cuma Rm1000 je. Tapi, memandangkan year end sale, atok bagi discount 30%.”

“hah, mahalnya sampai RM700.”

“Memanglah mahal, supply kurang kan. Kalau tak nak tak apelah.”
Sindir bomoh mail. Marah dia dengan mentality masyarakat sekarang. Semuanya nak murah belaka.

“Err, ada warranty ke tok benda ni jadi. Saya bayar mahal-mahal nanti kalau tak jadi rugilah.”

Tak dapat menahan baran tua nya, Bomoh Mail mula meninggi suara.
“kamu ingat aku ni ape? Telefon Samsung S3, iphone 5? Ada waraanty bagai. Ingat kereta proton ada warranty. Aku ni professional!”

Bentak Bomoh mail sambil mengurut dadanya.
“macam doctor, kau demam pergi amik ubat dengan dia kau ada mintak warranty? Macam lawyer ko kalah kes, kau kena bayar juga kan. Aku pun macam tu. Professional.”

Terkedu Suzie ditengking Bomoh Mail.

“Harap muka aje lawa, tapi bodoh.”

“Tak pelah tok, saya balik dulu.”

“Baliklah, kalau tak puas hati depan tu ada kotak complaint. Tapi borang complaint tu harga dia RM50. Sewa pen RM10.”

“Taka pa lah, saya email je nanti.”


Saturday, December 8, 2012

Window 8

Window lapan .... Produk terbaru dari microsoft. Macam menarik, tapi aku pun belum cuba. Baru sahaja baca review dari Amanz.my
Lagi lah tambah berminat. Di bawah adalah carta prestasi window sejak dahulu kala sehingga window yang terkini. Carta dari salah seorang penulis amanz.


Menurut penulis, pengalaman pertama agak mengujakan dan digambarkan dengan graf dibawah.



Untuk window 8 ni, microsoft turut menghasilkan sebuah tablet iaitu surface-rt. Macam menarik juga. Tapi apakan daya sebagai kuli batak, mana kan mampu untuk ku memiliki kesemuannya. Sesiapa yang banyak duit boleh lah baca review dari amanz.



Kalau yang tengah berpikir-pikir nak bli notebook atau tablet, mungkin boleh consider surface juga. Tapi rasanya menatang ni belum sampai lagi kat malaysia.

Ajari aku

Anuar Zain...
Siapa tak kenal lelaki bujang lapok ni. Kalau cakap kat lelaki ramai yang akan eeeyuuu, kalau cerita kat perempuan ramai yang aaaaaa anuar zain, jadilah pacarku, even boyfeind mereka ada disebelah.

Aku bukan peminat Anuar zain tapi orang yang aku minat, minat kat anuar zain. Dan berdasarkan lagu sedetik lebih, video klip dia best. Maka sambil bekerja, layan lah seketika video klip untuk lagu ajari aku. Pergh mantap...

Sila layani bersama.




Suka aku ngan cinematography video ni. Dari costume sampai ke angle camera. Just nice. Dan yang paling aku suka adalah suit anuar zain. Suit up.

Tapi seperti juga yang dikatakan peminat anuar zain yang aku minat tu, dia x paham pe kena mengena video klip yang sedih ni dengan lirik lagu nya. Lirik lagu seperti dibawah.

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Sumber video dari youtube. Sumber lirik dari liriklagu.

Thursday, December 6, 2012

Perjalanan

En John, seorang lelaki biasa berkaki dua bertangan dua. Sihat, cerdik cerdas dan juga subur.

Kira-kira belasan tahun dahulu, En john tidaklah sepandai mana, SPM pun terkontang kanting, tidak seperti rakan-rakannya yang lain, sana sini A tegak. Mungkin dia malang atau sedikit malas ketika dahulu, maka tidaklah dia dapat sebarang tawaran melanjutkan pelajaran, tidak walau ke tingkatan 6. Sedih malang nasib dirinya, nasib tidak dibuang keluarga.

Mujur ada seorang kawan yang menghampirinya dan mengajaknya bekerja di sebuah syarikat perundingan. Maka bekerjalah beliau sebagai kuli tukang lukis pelan. Lukis guna pensil atas kertas. Gaji pula entah berapa sen. Maklumlah zaman dahulu kala. 
Kesimpulannya, bodoh belajar, bodoh jugalah kerjanya.

Kerja punya kerja, demi kerajinan dan juga nasfu mencari wang, akhirnya si bos menghantar beliau mempelajari autocad. Teknologi baharu bagi melukis pelan. Tidak perlulah lukis di atas kertas biru lagi. Lalu apabila mahir sudah, hatta dinaikkan sedikit martabat menjadi seorang designer. Belajarlah beliau serba sedikit teori itu dan ini. 

Dasar bos, mentang-mentang syarikat dah maju, projek dah banyak, designer dihantar pergi ke meeting itu dan ini. Kalau bayar lebih tak apa, ini bayarannya designer juga. Habis teruk dimarahi semua pihak. Yelah hendak menjawab masih bodoh, hendak buat keputusan takut salah. Tapi dari situ jugalah dia belajar dan memperbaiki kelemahan diri. Lama kelamaan dia sudah matang dan pandai, lalu boleh pula memarahi orang lain. Dan dalam diam dia menggunakan wang kocek nya sendiri melanjutkan pelajaran ke Universiti Swasta.

Oleh kerana kejayaannya yang berbagai itu, ramai orang yang mempercayai kebolehan dirinya. Lalu ada seseorang yang menawarkan jawatan jurutera. Bekerja beberapa tahun sebagai jurutera bawahan, tiba-tiba ada pula yang berminat menjadikannya rakan kongsi. 
Inilah cerita budak lepasan SPM kini menjadi bos pula. Kalau mahu berusaha pasti berjaya.

Monday, December 3, 2012

Masa

Masa itu emas,
tapi kadang ada orang buat masa macam sampah,
lagi-lagi kalau masa itu bukan miliknya,
dia sibuk menilai masanya,
sampai terlupa harga masa orang lain.

Jangan biarkan masamu diurus orang,
lalu jadi sampah,
tapi uruslah sendiri,
agar ia lebih berharga dari ferrari.

Wednesday, October 24, 2012

Senggugut

Nekad, hari ini Esah tak nak pergi ke kelas. Perutnya sakit, rahimnya bagai dicakar iblis, belakangnya lenguh lesu longlai. Mahu bangun pergi mandi pun tidak mampu rasanya. Teruslah dia meringkuk diantara tilam dan selimut busuknya itu. Dan dari celah pintu yang ternganga, ibunya perhatikan sahaja. kesian memang kesian tapi dah memang begitu sakitnya. Dia pun begitu juga dan mungkin sakit itu diwariskan kepada anaknya, sebab sekarang dia dah tak senggugut. maklumlah, dah tamat tempoh.

Dipejam-pejam matanya agar tidur biar larut sakitnya dalam mimpi. Tapi tidak berjaya, kerna telah lama sang puteri beradu. Lalu dicapai laptop, saja-saja melilau mencari sesuatu tentang senggugut. Apa ke jadahnya google suggest "senggugut cakaran syaitan". lepas tu kait kan dengan surah An Nahl ayat 69. Macam tak ada kena mengena langsung.

Baca punya baca jumpa lah pulak petua mengurangkan sakit senggugut. Ada yang sarankan agar menonggeng. katanya rahim akan tergantung dan membuatkannya rehat. Jadi Esah pun cubalah. Hmm selesa rasanya.

Mak Esah yang melihat gelagat anaknya itu, perhilah merakam video. Video tarian punggung yang dilakukan oleh Esah. Beliau berniat untuk menjadikan video tersebut sebagai bahan ugutan, agar anaknya jadi rajin menolong beliau.

Sedang leka Esah menonggeng, sedang khusuk mak beliau merakam. Tiba-tiba... Prooot. Bunyi kentut yang maha kuat kedengaran. Terkejut masing-masing. Mak esah tak menyangka bunyi yang sekuat itu mampu dihasilkan oleh kentot.

"mak buat apa tu?" Esah berpaling dan terus bertanya.
"Sori, mak ingat bunyi slow je" Mak Esah sebenarnya yang terkentot, bukan Esah.

Wednesday, October 17, 2012

Mandi Pagi

Orang tua-tua cakap, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki ditarik balik. Entah mana hadisnya mana dalilnya semua orang cakap sahaja. Tapi tak pelah, sekali sekala rasa hangat mentari pagi bagus juga. Banyak vitamin D, baik untuk kulit. Tapi nak buat apa ya. Bumi twitter pun masih sepi, buka tv pun ada kartun je. Duduk termenung Dani bermonolog dalaman.

Orang tua-tua cakap kalau nak cari isteri, carilah dekat pasar tani di pagi ahad. Tapi orang muda-muda cakap kalau nak cari teman wanita, carilah dekat taman jogging petang-petang.

Bagus juga tu kalau pergi jogging. Nak mandi pun sejuk lagi. So baik panaskan badan, keluarkan peluh pergi jogging hirup udara segar. Hari ni target nak jogging dari UM ke taman petaling jaya sebelah Amcorp Mall lalu jalan gasing.

Jogging perlahan-lahan, membiarkan kereta motor memintas. Jalan nampak lengang, tidak sesesak pagi-pagi biasa. Namun ketika peluh membasahi ketiak, sesampai di simpang KWSP perasaan pelik menyelubungi diri.
Apsal banyak kereta parking tak keruan di tepi jalan ni. Ada event apa-apa ke?

Dani memperlahankan lariannya dan meninjau serba sedikit. Oh, ada gereja rupanya. Orang kristian sembahyang la ni. Tak ubah seperti umat islam ke masjid pada hari jumaat. Habis semua bahu jalan dijadikan   tempat parking. Maklumlah kereta mampu milik.

Larian disambung. Terdetik kagum dihati. Pagi-pagi begini pun ramai jemaah yang berjaya dikumpulkan bapak-bapak paderi. Semestinya ramai cina-cina yang masih belum mandi di dalam sana. Sana macam Dani. Tapi kisah apa mandi ke tidak. Paling kurang mereka dah celik mata melihat dunia, mengutip rezeki dunia. Kawan-kawan Dani, masih diulit mimpi. Kewajipan tuhan kelaut, kewajipan dunia ke sungai. Seringkali kelas pagi jam 8, ponteng. Membiarkan si mata sepet membodek pensyarah, lalu dengan mudah melebal perkauman.

Salah siapakah semua ini? Memang bukan salah ibu mengandung, tapi mungkin salah ayah yang lambat cabut. Sepatutnya ketua keluarga inilah yang mendidik anaknya, solat itu lebih baik dari tidur. tapi yang diajar yang diamal, mandi itu lebih baik dari solat. Kalau tinggal solat tak apa, tinggal mandi jangan sesekali kau keluar rumah.

Mengenangkan kepincangan keluarga nya, Dani jadi sebak. Lalu dia berazam akan didik dan tunjukkan contah yang baik buat anaknya nanti. Semoga diizinkan Allah.

Allah!
Hampir... kemaluan Dani mahu melanggar pili bomba warna kuning. Nasib dia segera tersedar dari khayalannya tadi. Jika tidak mungkin musnah harapan Dani untuk ber anak.

Saturday, October 13, 2012

Permulaan

"Dani, bangun.. dah subuh."
Deras jari jemari menekan butang hantar. Kemudian mata dipejam semula bagi memuaskan nafsu tidur yang tidak pernah cukup. Memang seringkali begini, kalau set alarm tu mungkin 5 kali snoose pun belum tentu nak bangkit. Baru nak terlelap tiba-tiba terasa hidungnya dihimpit dan ditarik manja.

"Hoi Esah, kau tu pun emak yang kejut, ada hati nak kejut boifren. Huh"
"Alah biar la... mak ni jeles lah tu. Tapi camne mak tau?"
"Dah kau pergi send dekat aku apsal, nak aku yang forward ke dia? Kalau dia tak bangun juga, biar aku call kan aja."
"Hehe, tak pe mak, tak pe. Sori e salah send."

Pantas menekan butang telefon dan diperiksanya item dihantar. Haahlah, salah send. Jadi takut salah send lagi ataupun typo, Esah terus sahaja menelefon si Dani.
Trot,trot... bunyi telefon tak di angkat. di cuba lagi berkali-kali. namun tetap sama tidak dijawab.
..........

"... apa wahyu pertama Allah kepada nabi kita? Ye betul, Iqra' bacalah. Tapi berapa ramai antara kita, umat islam, bangsa melayu, rakyat Malaysia ini yang membaca setiap hari. jangankan baca quran, yang belajar kat universiti pun tak nak membaca buku-buku pelajaran. Sebab tu kita mundur. lepas tu kita kena ingat, memang perintahnya membaca, tapi kalau baca je tak paham, tak guna. Sama macam belajar tapi tak praktis, bagai pohon tak berbuah. Wajib tebang je, ganti dengan yang lain."

Itu antara kata-kata tuan imam semasa kuliah subuh tadi. Sesampai di rumah, Dani menelefon kembali Esah. maklumlah, dah 20 misscall esah buat.

"Hello, kenapa tak angkat telefon. penat tau call tak berjawab."
"Pergi masjid tadi."
"Kenapa tetiba pergi pulak. lepas tu kenapa tak beritahu."
"Saja nakpergi, dah lama sangat tak pergi... dah rasa jauh sangat dan ingat tak nak kacau awak tadi. Awakkan period pain malam tadi."

Sunday, September 23, 2012

"Ok kita dah sampai dah." Keluar2 kereta je, semerbak bau ikan bakar menerobos ke dalam lubang hidung. Harum dan mengghairahkan. Asid perut turut melonjak berbaur tidak sabar untk beraksi. Nama restoran seiring suasana dicipta. 'Aroma ikan bakar'

Jalan seiring berpegang tangan. Duduk bersama dipondok buluh. Betul2 nenghadap laut biru. Hembus bayunya membuai rambut sang puteri. Terserlah ayu wajah pujaan.
"Sayang makan la ape pun yg sayang nak. Hari ni abg belanja. Abg tau syg gatal2 kalau makan seafood. Tapi sekali sekala menggatal apa salahnya kan".

 Nasi putih, tomyam ayam, kangkung belacan, sotong goreng tepung, ikan steam dan sajian finale ketam sambal. Makan sampai lupa kekasih betapa comot buruknya kekasih menratah ketam. Yang penting senyum gembira sidia yang jadi ingatan. Yang didambakan. Sambil menyuap nasi. Bergurau senda, nikmati tiap saat yang dikurnia tuhan untuk bersama dia.

Dan tika mentari menjejak air, tika bibit merah meneroka kaki laut menghasil garisan melintang, tika itu aku lihat senyum mu melebar. Akhirnya berjaya aku kabulkan hajatmu untuk menonton mentari terbenam di tepian pantai.
"sayang kejap ye... nak pergi toilet."

Si kekasih hati membenarlan dengan seulas senyuman indah. Kembali bukan dengan tangan kosong. Kembali dengan dejambak ros merah. Ada 11 kuntum semuanya dan terselit sekeping nota yang tertulis "cintaku hanya akan kekal sampai layunya mawar yang terakhir"

 Muka si puteri dikit berkerut terkejut. Bunga semuanya akan layu, walau secantik mana, sesegar mana pun, tetap akan layu. Dan dia tidak pernah berfikir akan hidup tanpa lelaki ini. Sedar akan kegundahan hati sang puteri, tangan diusap dibelai. Lalu sekuntum mawar dari jambangan itu ditarik keluar dan disuakn pada sidia. "Tunggu sampai bunga yang ini layu, Bunga yang ini tak akan layu sayang sama seperti cinta abg pada sayang. Tak akan layu pudar selagi sayang menjaganya."
Lalu puteri menerima kuntum itu tersenyim dan melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu.

Friday, August 3, 2012

Cerita mengarut ilham dari mimpi

Amaran keras: Cerita ini berdasarkan mimpi, sila jangan mempertikaikan segala ketifak logikanya.

Suatu petang yang hening. Zainudin bersiar-siar menikmati angin sepoi bahasa di kampong halamannya yang 12 purnama telah ditinggalkannya. Out of the blue, dia terlihat sebuah warong yang tidaklah semeriah mana, tapi ramai juga orang dating sebab ia bukan sekadar warong, tapi juga merupakan kedai runcit. Serba sedikit barang keperluaan boleh didapati disini. Tapi rasenya keperluan nafsu berahi tidak dijual di situ.

Di hadapan warong itu seorang gadis berbontot besar sedang menebas rumput dan lalang yang tumbuh lebih tinggi dari bontot gadis tersebut. Mungkin kerana semangat jiran tetangga, atau hanya semangat untuk mengayat, dengan yakin Zainudin hendak menolong gadis tersebut menebas.
“Mek, ada sabit lagi. Boleh ke gerangan abang menolong mek ni.”

“Boleh abang, apa salahnya.”
Lalu si gadis berteriak. “Rosman, tolong tunjukkan abang ni sabit, rajin dia nak tolong kite.”

Rosman datang sambil tersengeh menunjukkan giginya yang putih bersinar. Selalu jumpa doctor gigi agaknya.
“kat sebelah sana tu bang, tak pelah biar saya saja yang pergi ambilkan.”

Dalam pada Rosman mahu merentasi semak ke sebelah, tiba-tiba matanya ternampak ular sawa berkulit coklat cair. Lain warnanya, bukan seperti sawa lain yang sawo matang, ini mungkin ular sawa eropah. Batiknya pun tidak seindah batik ganu.
“Berdiri diam-diam je. Jangan gerak” beritahu Zainudin kepada Rosman.

Kerana getaran suara Zainudin, ular itu bergerak. Mungkin terkejut dengan kemerduan suara tersebut. Apabila melihat situasi tersebut. Mereka panic, tapi yang lebih panik adalah ular tersebut. Kelam balut puan ular menyusup dengan pantasnya.
Kerana pergerakan tiba-tiba puan ular, encik ular juga tersedar. Oh, rupanya ada 2 ekor bukan seekor.  Mereka berpelukan tadi. Lagilah Rosman panic. Tetapi bila diamati, encik ular sebenarnya sedang membelit seekor kambing. Dan masa encik ular bangun, ia mematahkan tulang kambing. Krup-krup bunyinya. Lalu encik ular menelan si kambing busuk. Melihat situasi tersebut, Rosman pun lari. Zainudin serta beberapa pelanggan warong bersorak. Lari,lari,lari. Dah macam suasana olimpik lah pulak.

Disebabkan Rosman berlari, sekali lagi encik ulaar terkejut. Lalu dia mengejar rosman. Nasib hanya dikejar separuh jalan. Rosman semasa itu telah masuk ke dalam warung. Encik ular hanya melihat dari luar. Lalu dia beredar pergi. Tiba-tiba seekor monyet melompat ke atas encik ular. Memasukkan beberapa butir peluru, melaraskan senapang patah dan bang menembak rosman. Nasib bidikannya tidak tepat, hanya beberapa butir yang terkena tiang warong dan sebutir terkena jari kelingking kaki rosman.
Melihat keadaan tersebut, Zainudin nak jadi hero. Lalu dia menjerit, “Hoi.”

Monyet tersebut mengubah pandangan, melaras kepada Zainudin dan terus menembak tanpa sebarang arahan. Nasib sempat dielak. Dan monyet bersama ular itu hilang dari pandangan.
Dalam gegak gempita gelabah, tiba-tiba Mariam datang. Cucu kepada dukun terkenal kampong.

“ Hoi apasal korang kalut sangat. Aku dah ready dah nak tangkap ular tu, korang pulak buat kacau.”
“Tak sengaja lah yam, mana kitorang Nampak dia duduk melingkar dalam semak tu.”

“mana ada semak, korang ni kenapa. Kan ke ular tu ngah berjemur. Nak bagi kulit dia tan.”
Ah sudah, semua orang kebingungan. Melihat wajah-wajah bingung tersebut, Mariam masuk ke dalam warung dan memeriksa sekeliling.

“Aku rasa korang kena pukau tadi. Check tengok duit korang.”
Zainudin menyeluk saku poketnya. Ah duit pemberian lelaki dalam lift tadi telah hilang. Dia periksa pula dompetnya, RM1300 juga telah hilang. Terduduk dia mengenangkan duit roadtax kereta beliau.  


Tuesday, June 26, 2012

rahsia air mata


memang tiada siapa pun yang sempurna
tapi kau sempurna bagiku,
kau juga menyempurnakan aku,
alhamdullillah, segala puji bagi Allah,
kerna aku ditakdirkan bertemu kamu.

semua orang tau perangai burukmu,
panas baranmu,
sampai ada yang bertanya,
dah kenal ke dengan si dia,
tapi mungkin yang bertanya,
itu yang tidak mengenalimu.

walau kau marah, meninggi suara,
tapi amarah itu diakhiri air mata,
air mata penyesalan yang kau rahsiakan,
sesal dengan sifatmu,
namun itu hanya rahsia,
tiada siapa yang tahu hanya aku.

sebab tu aku sayang kamu.

Tuesday, May 29, 2012

Jam 11 pagi....
Bunyi lagu lucky laki menjerit dengan sangat kuat.
Azhar: Hello, hrmm nape?
Intan: Lah tidur lagi ke. Ingat dah siap. Kata nak kuar.
Azhar: Sorry, sorry. Tak terbangun la. Nape sayang tak kejut?
Intan: Bapak awak hensem... saya dah kejut dari kul 9 tadi. Tapi semua perempuan yang angkat.
Azhar: Perempuan? mak saya amgkat ke tadi? Dia borak ape dengan awak?
Intan: Haah, mak awak. Dia cakap, Please try again later.
Azhar: haha, jangan a marah. marah2 nanti kena jual.
Intan: dah la, pergilah mandi cepat.

Sedang azhar mandi, Intan bergenang air mata. Menangis sendirian. Mana tidaknya, dahlah malam tadi tak wish beday, sekarang nak keluar pun tak serius. ...

Azhar: Hmm sayang nak hadiah ape ni?
Intan: Taklah. Merajuk.
Azhar: Kenapa pulak nak merajuk. Tak best ladating kalau merajuk.
Intan: Ah nak merajuk juga. Dah lah lambat wish, lepas tu nak keluar pun tak serius.
Azhar: Sorry lah. Tak sengaja. Nak tahu tak kenapa I lambat bangun. I lambat sebab I mimpi kan you. I mimpi I dah tengah date dah dengan you. Dah pergi bawa makan kek, dah pergi beli hadiah. Dah siap nak balik dah. Tu yang tak bangun tu. Ingat ngah date.
Intan: Yelah tu. Tak percaya lah.
Azhar: Betol, nasib ada adegan pelik dalam mimpi tu. Tu yang I bangun.
Intan: Ape dia?
Azhar: Sikit lagi nak mimpi basah. Hahaha.

Tergelak kecik Intan, lalu memukul bahu azhar sampai lebam.

Azhar: haaa. senyum pun. So, nak hadiah ape hari ni.
Intan: Kena ke mintak hadiah?
Azhar: Huish bagus tul xnk hadiah. Ni yang tambah sayang ni.
Intan: Ok lah, kalau gitu Intan nak dua hadiah. Satu untuk Intan satu untuk Ibu.
Azhar: Hah, nape nak bagi ibu. Beday ibu gak ke?
Intan: taklah, bukan beday ibu. Just nak bagi ibu hadiah. Dari kecik memang tak pernah minta hadiah time beday, Intan yang bagi hadiah kat Ibu. Yelah, sian dia ngandungkan Intan 9 bulan. Sakit dia beranakkan intan. Penat dia tak tidur malam jaga Intan. So time ni lah patut kite hargai dia. Kalau tak kerana dia, tak ada intan sekarang.

Mata mereka saling bertentang dan dalam hati Azhar bermonolog.
Pergh awek aku ni, sweet giler. Gua akan pastikan kau menjadi ibu pada anak-anak ku.