Friday, May 15, 2009

kongkongan atau kasih sayang?

beberapa tahun yang lalu, kire2 lepas aku spm la. seperti anak remaja yang lain, lesen memandu adalah sesuatu yang penting, begitu juga dengan aku. dan sebagai anak yang baik, aku meminta izin dari kedua orang tua ku untuk mengambil lesen. tapi diorang x bg. kenapa? sebabnya dia kata bawa motor bahaya, nnt kalau accident kan ssh. maklumlah ak masa tu x cukup umur nak amik lesen kete lagi. geramnya saya dengan jawapan itu.

tapi x pe lah, aku memujuk hati ini. masa cuti spm kan lama kan, jadi aku pun try la nak bekerja. ni sama juga, diorang x bagi. diorng kata baik duk rumah je, tolong mak. tapi kat rumah tu nak buat ape sangat. aku kan lelaki, malas la nak mengemas ke, basuh baju ke pinggan. kalau setakat sekali sekala xpe la, kalau hari2 xnak aku. so, dengan hati duka lara, aku pun duk kat rumah makan tido je. nak berjalan-jalan pun xda lesen. so tu je la keje aku.

tapi setelah aku duk UM ni, da jarang balik rumah, mak bapak aku da x sibuk sangat jaga tepi kain aku macam dulu. bagus la juga kan. dah jauh kot, x pun diorang dah open sikit. Alhamdullilah.

nak di jadikan cerita, peristiwa lebih kurang di atas kena pula kat kawan aku yang tua setahun dari aku. sian kan. dan aku yakin ramai je orang yang ditakdirkan begini. kadang-kadang tu da kahwin anak 3 pun masih macam ni.

so, apa sebenarnya semua ini? kongkongan atau kasih sayang? perlukah kita menurut atau melawan?

entahlah, masing-masing ada pandangan masing-masing. pada aku, mereka sebenarnya belum yakin dengan kita, so pandai2lah kita meyakinkan diorang dan bile diorang da bagi kepercayaan, jaga kepercayaan diorang. selain itu jangan lupa menjaga diri sendiri.

ha, tambah la pape pun kat komen e. korang leh nak meluahkan protes korang atau pembelaan korang terhadap ibu bapa yang kita semua sayangi, walau kadang2 dia menyakiti kita dan kadang-kadang kita menyakiti mereka.

Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu

hari ibu akan berulang setiap tahun, dan setiap tahun itu jugalah tiada ucapan "selamat hari ibu" yang dilafazkan cinta buat ibunya kasih.

jika ditanya sahabat handai mahupun hati sendiri, cinta akan menjawab "hari ibu ni bukan sehari, hari ibu ni sepanjang masa". jawapan yang semamangnya lahir dari akal demi mematikan hujah mereka. dan cinta sendiri sememangnya menyayangi ibunya setiap nano saat. (nano tu sama dengan 10^-9). sebenarnya setiap mase. xda nya leh kire nano ke piko ke.

kadang kala cinta sangat takut untuk mendegar radio menjelangnya hari ibu, kerana terlalu banyak ucapan dan dedikasi yang ditujukan kepada ibu-ibu mereka. ada yang begitu menyentuh naluri keibuaannya. namun dia tetap teguh dengan prinsip atau alasannya.

sebenarnya, dia bukan mahu memberi seribu satu alasan, tapi dia tidak bisa melafazkan kata keramat itu. dia tidak mampu menzahirkan perasaan sayangnya kepada kasih, lidahnya kelu, akalnya mati memikirkan cara terbaik untuk menyatakan ucapan itu.

sama seperti tahun2 yang lalu, tahun ini dia tidak bisa lagi mengucapkan kata2 itu. dan hari kini berganjak menjadi hari yang baru, hari ibu telah menjadi semalam. dia hanya mampu mengumpul kekuatan dan azam mengucapkan selamat hai ibu pada tahun hadapan. dia berdoa agar dia mampu mengucapkannya tahun hadapan.

dia melihat ibunya, yang semakin hari semakin dimamah usia, semakin hari semakin lemah. entah bila izrail datang menjemputnya. dia hanya mampu berharap agar ibunya tahu cinta sayangkan kasih dan dia mampu melafazkan kata-kata manis itu suatu masa nanti sebelum mereka terpisah antara dimensi.

Saturday, May 2, 2009

exam hari ini (termo)

disebabkan study past year malam tadi, aku tido lambat. memahami segala jalan kerja, mengingat rumus dan beberapa perenggan karangan, ini semua disebabkan cara study yang x bgs. jgn tiru mcm saye e, std last minute. kesannya, pagi tadi mate sangat sukar untuk melihat dunia, sebab x buka lampu lagi time subuh. haha. da pas solat, saya pun membaca dan menulis beberapa siri sms ngan orang di seberang jalan.

matahari pun menyimbahkan cahaya diluar bilik yang sinarannya tidak terlepas dari memasuki bilikku, lalu perut berbunyi "saya nak makan". perut cakap camtu, lalu saya pun mandi2 trus ke dewan makan memakan roti potong 3 keping cecah ngan air milo yang panas sambil menonton oggy n cockroach. best o, layan. perut da diam, dengan semangat nak baca note, tetibe mate yang penat mlm td memberat. alahai, nape la ekau ni. saya pun mengambil inisiatif memberatkan badan diatas katil. huhu.

exam kul 1130, kul 1030 ak bgn la siap2 g exam. dengan yakinnya melangkah ke dewan exam. ye a, da wat past year kan. hehe. duduk2 je, budak cina kat depan senyum riang, dia kate sebijik past year. hah, best gile. saye pun ngan konpiden menjawab. tapi............

saye terlupa satu rumus yang menjadi kunci kejayaan bg satu soalan ni. sedihnya, tgk, mase pun da nk hbs. sebab jwb soalan yg lain td. argh, tenseinya, x ingat. xpe, blagak cool dulu, ada mase lagi. n dalam keadaan genting ni dapat idea, try la tny lec, mane tau dia nk tlg. tp hampeh, x tlg langsung. ak bkn x tau, cume x yakin je ngan equation tu. sian aku. tetibe mase pengawas ckap mase menjawab da tamat, barula ak sedar dan konpiden balik yg rumus ak wat tu btol. oh, mase da xda. sedihnya. uhuk2.

moral of the story: study la sampai lebam.