Monday, September 14, 2009

masa saya kecik dulu

jam 6 pagi di kejut emak,
mandi dan berpakaian seragam sekolah,
mengendong beg menjinjing bekal nasi,
berjalan mamai menunggu van biru apek,
kadang berbau serai,
kadang berbau getah sekerap.

perut berbunyi tanda lapar,
tanda tidak sarapan dan ingin diisi,
dengan kuih berharga 2 kupang,
cukup untuk mengalas usus menunggu rehat,
lalu bermain kejar mengejar keliling sekolah,
di atas padang hijau berembun nipis,
dan berhenti tika loceng berbunyi,
tidak penat hanya gembira,
bersama rakan dan guru berdedikasi.

jam 10pg rehat bermula,
berkongsi bekal bersama rakan,
ditepi longkang mengadap laut,
tapi kadang ada tahi ayam menggugat selera,
lalu ayam diserang batu kerikil,
dan terbang berlari disebalik belukar,
di tepi rimbunan bunga kuning kecil.

abang baju biru panggil beratur,
di tengah panas sebelum kembali ke kelas,
walau terik namun tak sebahang kini,
mentari dulu hanya sehangat susu bayi,
dan angin sepoi menggegar dedaun pokok,
menyejat sejuk peluh di tengkuk.

kelas terus disambung,
masa terus berjalan,
hidup terus ke depan,
umur kian meningkat,
meninggal kenangan menjadi sejarah.

sedikit catatan masa lalu.

Saturday, September 12, 2009

jumaat (11 september)


11 september 2001 kot, time ni aku form 1. mase aku masih comel (sebenarnya skang pun masih comel) korang tau pe x yg berlaku?
ha, mase ni la ada bgunan kat us kena langgar dengan kapal terbang. stail kan runtuhkan bangunan ngan kapal terbang. haha.
tp sampai skang kita x tau, itu adalah konspirasi us gak o serangan pengganas.


tapi malas a nk cite kejadian 8 tahun lalu, skang da 2009 da beb. aku da tahun 3 kat um.
wa sungguh cepat da tahun 3.
11 september 2009 lak, aku dan dia berjumpa dia dan dia.
dia mengajak menonton wayang, ingatkan aku dibelanja rupenya hampeh bayar sendiri, huhu
pastu aku mengikut mereka yg kononnya mencari baju raya,
tapi aku dan ira kn tggl, dia dan dia hilang.
cam sedih, tp best gak, diorg tu sibuk je. haha.
tp kitorng bertemu kembali mase nk tgk muvie,
seyes lucah, sape la yang memilih ni, x patot sungguh,
(tajuk muvie dirahsiakan),

lepas je tgk muvie yg mengurangkan sedikit sebnyk pahala,
kami pergi duduk kat burger king untuk berbuka,
diorg g brator nk bli makann dl,
tapi kitong yang lebih cepat,
kenapa?
sebabnya ikut kiri jika xnk memotong,
diorg duk lane kiri, bawa slow cam kure2,
banyak jentera brat lak tu.
tapi mereka pun maybe jentera berta gak la, haha.

lalu kami pun membeli ini,

agak2 korang habis x kami makan semua ini?
cepat teka, sape betol aku bg burger king,
logo dia je la, burger bli sendri.

Wednesday, September 9, 2009

crocs untuk 'adik' adikku

crocs untuk adikku

crocs ni namenya baya berharge RM65, n aku ngan murah hatinya bg kat adik aku. bgs x aku. huhu. tp, jgn harap a aku nk bg kat korang. klu nk bli sendri.


crocs untuk 'adik'

yang ini namanya santa cruz n berharga RM95,


ha, yang ni aku nya. everlast

aku pakai yang ni je dala kan. huhu. korang ada yang nak crocs x?? bg duit, nnt aku blikan. huhu.
sebenarnya aku da xtau nk tulis pe ni. korang layan je la e. huhu.

tambahan, hari ini aku sungguh dahaga, cepatla masuk waktu maghrib.




Sunday, September 6, 2009

melayu (tambahan untuk rodi)

1. dari dulu sampai sekarang bangsa melayu bangsaku suka meniru. tapi meniru itu tidak ada silapnya, yang silap meniru bodoh dan agungkan apa yang ditiru sehingga terpijak apa yang ada yang kadang-kala lebih baik dari yang ditiru.

2. antara sifat negatif yang ada dan telah bersarang serta telah diwarisi dari dulu hingga kini dan mungkin di masa depan, melayu ni malas, mudah berpuas hati dan tidak berwawasan.

3. kenapa kita ada sifat di atas? persoalannya bukan kenapa dan x perlulah kita sibuk mencari sebab punca, marilah kita sama2 mencari cara untuk meningkatkan diri kita.

4. untuk menjadi rajin, pertama sekali kita perlu menyiapkan segala kerja dengan segera. jangan bertangguh, kerna suka bertangguh itulah yang menjadikan kita malas.

5. jangan mudah berpuas hati. bunyinya seperti orang yang tidak bersyukur. tapi konsep syukur tak pernah menyuruh kita berhenti dari terus berusaha, cuma konsep ini ingin kita lakukan sebaik mungkin dengan nikmat yang kita perolehi.

6. untuk memupuk sikap susah puas hati tapi bersyukur, kita perlu selalu membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya dari kita. setelah berjaya menjadi lebih baik dari org itu, bandingkan lg dengan org yg lebih berjaya.

7. namun kita perlu ingat, banding saja tidak cukup, kita perlu juga usaha dan jgn sesekali melupakan org yg kurang berjaya dari kita. bantulah mereka dari segi moral metarial dan juga doa.

8. wawasan sebenarnya berkait rapat dengan sikap berpuas hati di atas. jadi caranya lebih kurang sama cuma di sini kita perlu keluar dari kepompong kita. perlu melakukan sedikit kajian tentang apa yang berlaku di luar kita yang menyebabkan kita di belakang.

9. sebagai contoh, seorang pemotong kelapa sawit yang sangat rajin dan xpernah puas dengan hasil yang diperoleh dan dia bercita-cita ingin memotong sawit dengan lebih banyak di masa akan datang. tapi hajatnya x tercapai kerana, buah sawit di pokok telah habis.

10. tapi bila dia keluar dari kebun sawitnya dan melakukan sedikit kajian camne orang lain boleh dapat lagi banyak. dan dia pun sedar, yg pokoknya baru sebatang, tp orang lain ada 10. sbb tu org lain lg dpt byk sawit. (pe aku merepek ni, harap korg phm la, huhu)

11. kesimpulannya bagi pejuang dan pencinta bangsa melayu, marilah kita sama2 mencari jalan dan berkongsi idea serta menunjukkan teladan yang terbaik untuk dipelajari dan diwarisi, jgn hanya perhati dan geram. kerna mereka bukan hanya tidak sedar, tetapi langsung x paham.

Saturday, September 5, 2009

Jantina (separa Lucah)

Aku lelaki dan aku hebat,

Kacak bergaya tak kira masa,

Bertubuh gantang menjadi pujaan,

Kadang boroi tetap digilai,

Berkumis berjanggut penambah seri,

Dan kadang bulu liar berkeluarga di dada,

Menambah saham aku lelaki,

Satu asset diidam wanita,

Namun burung kuat ini untuk teristimewa.

Dia perempuan dan dia mempersona,

Cantik ayu harum sentiasa,

Bertubuh langsing bak jam pasir,

Tapi kadang bak labu sayung namun anggun,

Lemak lebihan di dada dan punggung,

Membuat mata tak ingin berkelip,

Saham meningkat seiring ketinggian lemak,

Namun lemak itu untuk teristimewa.


bersyukurlah dengan kejadian kita. kalau dijadikan lelaki tu, jadilah cam lelaki dan mencari wanita. huhu, sesapa yang terasa harap maaf la ye.

Wednesday, September 2, 2009

spiderman

gambar spiderman ni di ambil di Blok A kolej kediaman ke lima, power kan KK5. huhu

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA ++


nilah meja aku yg berbendera. huhuhu