Thursday, October 29, 2009

peperiksaan

i
bagaikan 1 peperangan,
yang disertai para pahlawan,
dengan buku, kertas dan pena,
bukan pedang, panah dan kuda,
dalam bilik sejuk beku,
bukan padang pasir gersang,
mencari satu pemenang,
yang pulang dengan tawa,
meninggalkan si kalah,
terkulai layu menunggu peperangan lain.

belajarlah dikau menjadi pejuang,
dan pulang dengan girang bertemu ayah bonda,
jangan layu menunggu esok untuk bangkit,
kerana mungkin esok hanya tinggal nama.

ii
bagaikan 1 pertandingan,
yang disertai cerdik pandai,
menguji kepintaran dan kekuatan,
mencari satu wira yang bakal memimpin,
membina perpustakaan menjadi ulat buku,
yang hanya menghafal dan diberikan nilai angka,
memberi kasta membeza kedudukan,
dengan hanya melihat angka statistik yang tempang.

belajarlah menjadi pemimpin,
yang bisa membina piramid,
bukan hanya melatih ulat,
agar tiada lagi statistik tempang,
menjajah minda masa depan.

dah lama rasanya tak post puisi, puisi ni dibuat atas mood exam. dan sekarang ni rase gembira kerana di hari keempat study week, aku baru leh nk fokus kat exam. before ni just pikir pasal esemen dan presentation saja.
kepada rakan-rakan yang ada exam, gud luck. kepada yang sesiapa yang baca, maafkn daku andai ada kesalan dan doakan kejayaang aku sekali ye.

Tuesday, October 27, 2009

Saturday, October 24, 2009

kenapa daud bukan daus??

nama saya firdaus bin mohd salim, boleh panggil saya daud...
eh knp daud plak, knp x daus je? tu la persoalan yang sering diutarakan bila aku memerkenalkan diriku yang comel ini. jadi marilah saya menjawab nya agar semua orang tahu kebenarannya ye. dan kebenaran yang akan saya ceritakan ini adalah mak abah saya yang cerita, kalau mereka tipu saya, anda semua pun kena tipu la juga.

aku xda mood nk tulis, nk karang cite panjang-panjang, jadi aku nak terus ke perkara yang ingin dibincangkan ye. nama firdaus itu berat, dan aku tak mampu untuk membawanya. paham ke tak korang ni?? diringkaskan, nama firdaus tu tidak sesuai dengan aku, sebagai inisiatif, atuk aku pun bagi la nama daud kat aku. dan lekatlah nama daud tu sampai sekarang.

ada sekali tu seorang kawan aku tanya, orang still panggil kau daud lagi ke??
dan mesti la iya, sebab aku nk guna nama ni sampai aku mati. huhu, nama yang membesarkan aku, dari rumah, ke tadika, ke sekolah dan ke universiti. sampai mati pun aku nk orang masih panggil aku daud, tapi aku nak gak simpan nama firdaus tu. sebabnya, best bile ada org yg confius dengan nama aku. haha.

sekarang aku nak masuk cerita yang lain pulak sikit, tapi masih mengenai zaman bayi aku. mak abah aku kate dulu, aku asyik menangis je kalau kat rumah, tapi bila kuar rumah, contohnya mak aku bawa ke rumah jiran sebelah, aku berhenti menangis. cuba korang teka kenapa perkara macam ni terjadi??

sebab, kat rumah yang aku duduk tu dulu ada hantu belaan orang india. tapi dia tak da lah kacau yang teruk, teruk. dia just kacau aku. mak aku kata, dia pernah masukkan aku dalam buai, dia g dapur n datang balik, tgk aku da kat luar buai tu. huhu, seram gak la dulu aku dengar.

tapi mak aku kate, hantu tu dah xda lagi da, da ada sorang sami tu dah pindahkan hantu tu. dan aku pun dah tak duduk kat rumah tu lagi. yang lagi best aku sehat je sampai sekarang. kesimpulannya, jangan lah takut ngan hantu, sebab tak da nya dia datang cekik2 ke apa. huhu, tu sume cite kat tv je. kalau ada tu aku tak tau a, rezeki korang la ye. huhu.

chow...............

Monday, October 19, 2009

lirik miasara (lagu dalam filem papadom)

miasara

waktu pagi kau sinari hidup ini

bangun papa bangun mami

kau sebuti telinga kami

satu hari kau kan pergi

tinggal kami bersendiri

walau apa kan terjadi

kau tetap akan kami cintai


ohh.. miasara tidur lah

kamikan bersama mu

dibuai mimpi nan indah

dan doa papa dan mama mu

tidur lah miasara

tidur lah miasara

tidur lah


miasara

yang pertama anugerah terutama

senyuman mu belai jiwa

pengubat hati yang lara

tuhan lindungi permata

selamatkan sentiasa

dari duka di dunia

akan kita hadapi bersama

rambut mu mata mu bibir mu hati mu

senyum mu tawa mu di hatiku selalu


ohh.. miasara tidur lah

kasihani mama mu

kerana dia menunggu

untuk bersama bapa mu

tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah


tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah miasara

hooo.. tidurlah


bagi sesiapa yang dah tengok papadom, korang perasan x lagu ni ada kuar. dia kuar time kita nk kuar panggung. nk uploadkan gak lagu tu, tapi aku xda, yg ada cume lirik. n aku nk sangat lagu n lirik lagu yang ada makan aiskrim comot2 tu. haha.


lagi satu yang best, tgk perenggan 2nd last, direct gile ayat. haha.

Wednesday, October 14, 2009

final exam menjelang assignment berlambak

setiap kali final exam menjelang, tiap kali tu la lecturer baru sekonyoh-konyoh nak bagi assigment. kenapa perkara seperti ini terjadi dan macam mana nak tangani nya?

1. sebagai seorang pelajar, sudah tentu hamba nak menyalahkan pensyarah-pensyarah yang da tua dan sungguh berpengalaman itu. sebabnya tindakan mereka itu sungguh tidak patut dan tak membantu dalam menjana minda cemerlang pelajar-lajar kesayangan mereka.

2. tak tahu la aku kalau kat universiti korang lecturer tak macam ni. kat sini, terutamanya mechanical engineering, universiti malaya kebanyakan nya macam ni. dan kesannya kat kitorang sume. bilenya nk study klu asyik wat esemen je. tol x kawan2?

3. so disini ingin aku mencadangkan beberapa care untuk mengurangkan atau mengelakkan perkara ini berlaku, dan anda semua sangat di alu-alukan memberikan sedikit sebanyak pandangan dan cadangan serta komen.

4. caranya ialah, apakata assignment sume diberikan di awal semester bukan di akhir semester. memang la ramai yang akan kata, belum belajar, macam mane nak buat. tapi boleh je sebenarnya, korang (lebih tepat aku) mase da hujung sem ni pun bukan tau ape yang di ajarkan, sebab dalam kelas ada badan je, jiwa tak ada.

5. jadinya, pabila esemen telah selesai awal2, boleh la kita semua fokus bila final exam menjelang. bukan kita (pelajar) je yang dapat faedah, pensyarah pun akan senang mase tu. mereka cume perlu fikir buat soalan exam. tak gitu pensyarah??

6. satu lagi idea paling best, tapi pasti sangat jarang dipraktikkan. jangan bagi esemen. haha.

7. aku tulis ni sebab, skang, pada masa ini, aku ada satu esemen bagi setiap subjek yang aku amik. kire2 ada 6 esemen la ni, n nk kena submit sume minggu ni n minggu depan. anda pula bagaiman??

8. selamat buat esemen dan study ye kawan2. semoga kita semua berjaya wat esemen, jwb exam, kerjaya dan jgn lupa rukun islam.

tekanan

Bebanan kerja, malas dan masa,

Sering memberikan tekanan buat kita,

Kita yang lemah,

Dalam mengawal sekitar dan diri sendiri.


Jangan biarkan tekanan menekan kita,

Belajar menekan tekanan,

Agar kita bisa,

Memanipulasi mengubahnya,

Menjadi kelebihan bukan kelemahan kita.

Sunday, October 11, 2009

sosial

bandar raya kuala lumpur, bandar yang besar yang memuatkan ramai manusia dari serta negara dari serata pelusuk dunia dan aku juga ada di sini mencari pengalaman mencari ilmu mencari tamadun yang kian hilang ditelan kemodenan sosial yang diimport dari negara maju yang menolak tepi kesopansantunan warga timur.

'lek dulu mat, malam masih muda' kata kurt, rakan serumahku.
nama dia sebenarnya karim, ntah camne leh dapat nama kurt ntah, aku pun xtau. aku da ngatuk ni, letih da, aku bkn cam diorang yang bgn kul 12 tgh hari, aku bgn subuh pastu terus siap2 ke kelas dan sebagainya. mungkin aku skema, tapi nk wat camne da tu mmg aku, n budak yang x skema cam diorg tu pun bukan bgs sangat. bagus bersosial je kot. tu xtau la klu diorg nk kuar g club plak ke kan jap lg.

dalam penat2 aku tu, dalam mate da terpejam rapat, namun telinga dan otakku masih degil tak mahu tidur. jadi secara tak sengaja aku pun mendengarlah perbualan rakan serumahku, kurt dan juga mus.

kurt: wei, camne awek yg kt club semalam?
mus: kelab mane??
kurt: nite club a, xkan club mewarna plak?
mus: ooo, yang tu. x best a, baik sangat, macam2 alasan, sial tol.
kurt: ye a, ko tu cepat sangat, slow2 a cucuk jarum. da masuk jarum baru leh slow cucuk b****g ko.
mus: haha, sial je ko e.
kurt: wei bro, bile kita nk didik mat ni jadi sosial cam kita? asik terperap je kat rumah ni, kesian aku tengok.
mus: x yah la, mat ni mmg sial. cam org kampung x berkembang langsung. aku pun xtau la bile dia nk maju. dari ko riso pasal mat ni baik ko layan benda ni. best tau, rase cam sial.
kurt: benda apa tu, mane ko dapat?
mus: ntah pe ntah name dia, budak2 pusher tu tolak kat aku, diorg cakap mat saleh kat us sane suka amik benda ni. pe lg aku pun bedal l.
kurt: xpe a, ko layan a dulu, aku xda mood a.
mus: wei sial, lawa a kasut ko yang hitam tu. bape ko bli?
kurt: mmg a lawa cam sial, aku beli mahal tu, dekat rm500. import dari uk tau.
mus: ulu klang? haha
kurt: united kingdom la beb. mana main barang2 malaysia ni.
mus: tol la, barang malaysia ni mmg sial, tgk harga da tau, murah, kualiti pun kurang a. wei aku da lalok a, benda ni mmg power cam sial, aku nk masuk bilik dulu a. nk layan video panas jap. nk join?
kurt: xpe a, ko g sorg. aku nk layan facebook ni. laman sosial yang popular skang, huhu.

suasana kembali sunyi, dan aku pun mula berfikir?
tol ke klu x bersosial, xleh maju? tol ke klu nk bersosial kn g nite club?
tol ke brg2 import lebih bgus dari barang malaysia?

ntah la banyak lagi yang aku pikir sebenarnya, tapi malas a nk pkr byk2. biarlah aku x mendapatkan jawapannya, sebab aku rase kehidupan sosial rakan2 serumah aku tu semuanya so sial, dan aku gembira dengan cara aku sendiri. cara seorang melayu islam malaysia.
aku bangga memakai barangan tempatan, makan makanan tempatan, mendengar muzik tempatan dan menonton cerita tempatan.

aku saje e tulis cite ni, xda kene mengena pun. xda idea nk tulis menda lain. tajuk ni aku dapat dari tgk papadom ekstantial sial. so aku pun terpikir so sial, je la menaip.

Saturday, October 10, 2009

papadom best

xnk cite cerite dia, nk cite pe yg aku rase.
1. best gile, lawak2 yg sengal dan emosi yang bisa menggegar jiwa.
2. pelakon2 yang hebat yang pandai gile berlakon. berlakon dengan jiwa, bukan berlakon dengan muka.
3. berjati dirikan malaysia dan sangat dekat dengan korang.
4. kalau korang tgk cite ni, rase cam dekat je. situasi, lawak dan sebagainya.
5. pakat lah tengok cite ni reramai, confirm x rugi.

best o, klu ada sesapa nk blanje aku tgk cite ni lagi, aku nk ikut.

Friday, October 9, 2009

satu hari di air terjun

pada suatu hari minggu yang indah, ketika mentari bersinar indah dengan hanya haba suam2 kuku, beberapa pemuda kacak telah pergi ke air terjun yang cantik lagi bertambah seri dengan awek2 cun pelbagai bangsa.

sedang asyik bermandi manda da terketar-ketar, mereka pun meminum la air dan memakan sedikit bekalan yang di bawa dari rumah. yang mak diorang masak tadi, tapi mak dia x g pun air terjun, mak diorang g berkelah tepi perigi je.

sedang leka meminum, tetibe datanglah seorang lelaki yang agak kurang segak dan lebih istimewa dari anda semua. bajunya hanya masuk belah tepi kanan je ke dalam seluarnya yang senget sebelah dan dengan gagahnya beliau tidak memakai selipar mahupun kasut. beliau merayau2 lalu berhenti beberapa depa dari kumpulan lelaki kacak tadi. dia minta air tin. dia kata dia x pernah minum air tin, dia slalu minum fresh oren, air kotak air sungai dan lain2.

dengan sedikit perasaan kesian dan terpaksa, mereka pun sedekah la setin air coke. mamat 3 suku tu pun pe lagi buka dan minum a. tetibe je, dia ludah balik air tu dan buangkan air tin bersama tin-tinnya ke dalam air terjun. nasib baik air terjun tu x jadi hitam dan manis cam coke.

pastu mereka pun pelik dan tanyala, 'nape encik buang air tin yang kami beri td?'
dengan muke marah dia jawab ' air tu gigit lidah, xnk la, nnt lidah luke'

cerita di atas xda kaitan ngan aku, aku pernah dengar kat ne ntah, aku pun x ingt. saje je nk menaip, bagi korang yg mls std bace. huhu.

Sunday, October 4, 2009

irama jantungku

Jantung ini terus beritma,

Dan aku bersyukur Ia masih membenarkan,

Benarkan jantung ini berirama.

Tapi hari ini,

Iramanya lain sekali,

Sungguh tidak keruan,

Dan membuat aku gundah gulana.

Masa terus beredar,

Saat menjadi minit menjadi jam,

Mentari terbit dan telah tenggelam,

Ku harap sebentar lagi,

Jantung ini kembali berirama merdu.

Rentak yang bisa buat aku tersenyum,

Rentak yang bisa buat dia tersenyum,

Rentak yang bisa buat mereka gembira,

Dan merestui keharmonian lagu cinta,

Yang aku dan dia mainkan,

setiap waktu untuk selamanya.

Saturday, October 3, 2009

kete sewa

aku da call da mamat ni nk sewa kete malam td,
dia suh aku call pgi esok (sabtu),
aku call la dia pagi,
dia kate call lg 15 min,
aku call la lg 15 min,
dia kate tgu tgh hari.

klu dia x call gak aku b4 kul 1,
da malas da nk berharap kat dia,
harapan tinggal harapan.
tapi aku kan cube jayakan juga pe yg aku nk hari ni.

walau hujan, walau lapar, walau kedit aku da habis,
aku tetap tabah berusaha sehingga trase ketiak x selesa.

Thursday, October 1, 2009

cuti raya da habis

semalam ada rakan sekerja (kerja ngan blogspot. huhu) da sound aku. tny nape aku x da post baru. dia cakap udah2 la beraya.
oleh sebab itu aku pun stat la keje skang, haha. cerita baru selepas raya.

1. capstone hantar 22 okt, semngt aku nk siapkan b4 1 oct terus dijirus cecair kemalasan.
2. course work vibrasi>> da hampir berjaya nk wat experimen. hati da lega.
3. tetibe je yuran aku berbaki lagi. baik2 nk wat tuto aku geram n terus melepaskannya dengan mengeluarkan peluh dalam kuantiti yg banyak.
4. main kejap je, sejam kot. pastu balik n wat tuto 4 n 6 je. yg 5 x pndai n da mls pkr.
5. bgn pagi n g klas tuto yg aku wat mlm td. duk dlm kire2 10 min, class rep kt klas batal.

itulah yg jadi bile cuti raye da habis.

++ apek, minta maaf a, lupe ooo. aku mase tu pkr nk blk raye je.
happy belated beday. (17 sep yg lalu)