Monday, September 30, 2013

Mati

Mati itu pastinya akan hidup kembali,
nanti di sana semua akan dihimpun dan dibangkitkan,
untuk dunia kekal abadi,
yang percaya mahupun tidak,
pasti akan bangkit menerima hukuman,
bukan hukum karma,
kerana karma itu hanya nama lain,
Ia hukum tuhan,
yang baik dibalas mulia,
yang jahat dibalas hina.

Kalau hari ini kau tidak rasa apa-apa,
mengambil yang sesuatu bukan hak kau,
lagi-lagi nyawa,
kau tunggu didunia sana.

Tapi terlalulah lama untuk menanti masa tersebut,
sehari di padang mahsyar pun lamanya tiada siapa yang tahu,
hanya tuhan maha mengetahui,
jadi hari ini,
kita perlu berusaha,
mencari jalan menegakkan keadilan,
kalau bukan untuk kita, 
biarklah untuk mereka yang mati itu.

Sunday, May 12, 2013

Cerita

Bukan senang membuat cerita,
Rumit untuk memperkemas,
Kalau tak kemas,
Tiada siapa suka,
Tiada siapa percaya.

Perlu ada ilham,
Kreatif kritis,
Jangan pernah sama,
Jati diri,
Emosi,
Jalan cerita,
Watak,
Latar,
Ikut kata hati,
biar boleh puaskan semua orang.

Tuesday, April 9, 2013

Bumi


Mati itu pasti dan hidup itu mungkin. Sebesar mana pun rumah bermula dengan seketul bata, dihias indah bagai mana pun bila mati nanti dalam tanah jua tempatnya. Besarnya hanyalah muat-muat badan. Dibumbungkan dengan beberapa kepingan papan lalu dikambus tanah yang berisipadu 7 kaki darab 7 kaki darab 3 kaki. Lalu ditandakan dengan 2 batang nisan.

Talkin dibacakan bukan atas sebab soalan bocor bagi simati, tapi sebagai peringatan pada yang hidup. Yang mati itu telah mati, dan yang hidup perlu teruskan beringat akan kewajipan hamba pada sang pencipta.
Suasana pada petang itu sangat hening. Dengan hanya dihadiri beberapa orang saudara mara, jenazah Esah dan Husin dikebumikan. Berita kematian itu tidak dapat dihebahkan meluas kerana mengejar masa. Mayat yang telah siap di mandi dan dikafan kan sejak dari hospital kota tinggi, hanya menunggu dimuatkan kedalam liang lahad.

Mujur rintik hujan hanya turun seusai bacaan talkin. Lalu semua yang hadir bergegas pulang. Si ibu dan bapa si mati juga tidak menunggu lama, kerana ingin segera pulang dan menyediakan persiapan untuk majlis bacaan tahlil. Jef malam ini akan turut serta membacakan tahlil kedua-dua mayat di masjid arrahman. Masjid bertentangan dengan tanah perkuburan tersebut.

...

Maklumat yang diperolehi dari emak Esah dijadikan panduan bagi Jef. Lalu pada jam 9 pagi dia bergerak dari Balai Polis jalan Travers dan terus menuju ke Kolej kediaman ke-12 Universiti Malaya. Sasarannya adalah pejabat kolej kediaman tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang Dani. Pada mulanya pegawai yang bertugas tidak mengendahkannya sangat. Mungkin terlalu sibuk atau hanya mengular membuang masa.

Setelah Jef menerangkan situasi sebenar, barulah si staf tersebut melayaninya. Diberikan serba sedikit butir peribadi Dani seperti nombor telefon bimbit, nombor bilik dan juga jurusan pengajian. Ternyata nombor telefon yang dicatatkan adalah sama seperti yang diberikan emak Esah dan masih juga tidak dapat dihubungi. Lalu dia membuat keputusan untuk pergi sahaja ke bilik Dani dan mencarinya di sana.

Jef baru perasan yang diluar pejabat adalah kantin. Lalu dia singgah sebentar untuk mengisi perut. Dipesannya teh tarik dan juga nasi lemak. Makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ternyata harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga diluar kampus. Tetapi kualitinya sedikit mengecewakan. Mungkin sebab itu tak ramai mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil sarapan.

Sedang dia menikmati hidangan pagi, matanya melilau ke kiri kanan. Melihat gadis-gadis muda. Ada yang cantik berbaju kurung, dengan rambut diikat kemas. Ada juga yang selekeh bagai belum menggosok gigi. Tiba-tiba, matanya terpandang wajah seorang lelaki. Lekas-lekas dikeluarkan kertas-kertas yang disalinkan oleh staf di pejabat dan diperiksanya gambar diborang salinan itu. Ternyata wajah yang sama dilihat di meja penjuru kiri dan juga di borang tersebut. Jef pasti, lelaki yang dilihatnya itu adalah Dani.

Dihampiri lelaki itu. Lelaki yang ditemani seorang wanita.

“Assalamualaikum. Adik ni Dani ke?”
“Waalaikum salam. Ye nama saya Dani. Kenapa?”
Salam dihulur lalu Jef tersenyum. Kerjanya semakin mudah. Salam disambut dan senyum dipaksa. Hairan dipagi hari disapa lelaki tak dikenali.

“Saya inspector Jef. Dari Balai polis air tawar 2 kota tinggi. “

Monday, April 8, 2013

Pengsan


Pagi ini awan hitam menyelubingi langit daerah Kota Tinggi. Mendung gelap membawa angin  sejuk. Suasana murung ini tidak menghalang Emak Esah dan ibu Bapa Husin dari tercongok di hadapan balai polis air tawar 2 seawal jam 8 pagi menunggu jef dengan penuh debaran. Mereka yang di jemput oleh jef melalui telefon semalam kini dalam debaran. Diharap mayat mangsa yang di ceritakan Jef bukanlah anak mereka yang telah beberapa hari hilang.

“Assalamualaikum.  Saya Jef. Ini EncikBot ke?”
“Waalaikumsalama. Ye saya”
Bapa Husin iaitu En Bot menyambut salam yang di hulurkan Jef. Terpamer dari riak wajahnya kebimbangan yang terkandung dalam hatinya.

“Encik dan puan, mari ikut saya ke kantin dahulu. Kita sarapan bincang kan apa yang patut.”
Mereka semua hanya menurut lngkah Jef ke kantin. Nasi lemak  dan kopi o menjadi pilihan.

“Boleh saya tahu serba sdikit tentang Husin dan Esah?”
“Husin anak saya. Dia belajar di Universiti Malaya dan beberapa hari yang lalu,Husin ada beritahu yang dia nak pergi bercuti. Tapi tak ada pula dia pergi ke mana dan dengan siapa.”

“Dan Esah pula anak saya. Dia pun mahasiswi kat UM. Tapi dia taka da pula beritahu dia nak kemana mana. Dia kata dia nak lepak dekat UM nak siapkan assignment. Tapi lepas tu saya langsung tak dapat khabar berita dari dia. Telefon tak berjawab. SMS tak dibalas.”
Tiba-tiba telefon bimbit jef berdering. Terpapar nama si penunggu blik mayat. Menandakan isyarat yang mayat-mayat tersebut sudah siap sedia untuk diperiksa dan dikenal pasti. Lalu Jef mengajak tetamu-tetamunya menaiki kereta lalu dia membawa mereka ke Hospital Daerah Kota Tinggi.


Pintu dibuka, hawa dingin menyerbu keluar meremang bulu roma. Tegak berdiri. Si penjaga bilik mayat mengenakan sarung tangan getah dan memandu mereka semua ke kabinet penyimpanan mayat. Ia merupakan sebuah peti sejuk yang besar, bagi membekukan mayat-mayat tersebut dan memberhentikan proses pereputan. Tiba di suatu sudut. Terdapat label pada 2 pintu laci tersebut. Duduknya di ketinggian yang sama, bersebelahan dan labelnya hanyalah tarikh dan jantina. Tiada nama. 

"Boleh saya buka sekarang?"
Mereka yang berada di situ hanya mengangguk. Debaran dihati bukan kencang, tetapi semakin perlahan. Sejuk seluruh tubuh kerana hawa dingin dan juga darah yang perlahan dipam oleh jantung. Doa dipanjatkan dalam hati, agar mayat yang ditemui bukan hasil dari kandungan mereka.

Laci ditarik separas dada mayat dan terserlahlah wajah mereka. Masih elok tetapi sedikit pucat. Wajah mereka nampak tenang. Tidak semena-mena 2 orang wanita yang sedari tadi menahan sebak, rebah menyembah bumi. Mereka tidak lagi merasa kaki, bagai lumpuh, mata gelap pitam pengsan.

Cepat-cepat si penjaga bilik mayat mencapai telefon dan menelefon jururawat bagi membantu situati tersebut.

...

Alhamdulillah, ibu Husin cepat sedar dan kembali tenang. mungkin kerana datangnya dia dengan seorang suami. Yang sentiasa melindunginya dan menjadi sumber kekuatan. Tetapi lain pula situasunya dengan Emak Esah. Dia masih lagi tidak sedarkan diri. Dan melalui pemeriksaan doktor, dia terpaksa dimasukkan ke dalam wad bagi sementara waktu. Tekanan darahnya dikatakan berada pada paras bahaya. Mungkin disebabkan terlalu sedih.

"Jadi Encik Bot, benarlah itu mayat anak encik?"
"Ye memang betul. Nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia. Tapi kalau boleh, En. Jef tolonglah berkas si pembunuhnya."

"Saya akan cuba. Tetapi saya perlukan kerjasama dari pihak encik untuk memberikan keterangan, mana tahu encik ada mengesyaki sesiapa."
"Maaf, saya ni terlalu sibuk dengan kerja. Sampaikan tak dapat nak berbual dengan anak saya. Jadi saya tak tahu apa-apa. Saya juga sebenarnya menyesal dengan keadaan ini. Tapi tak apalah, saya yang memilih begitu."

"Oh, jadi puan ada tahu apa-apa. Mungkin tentang kawannya di Universiti atau dengan siapa dia ke mari."
Ibu Husin hanya menggelengkan kepala. Lalu air matanya berderai. Di rebahkan kepalanya ke bahu Encik Bot. tidak pernah dia terfikir perkara sebegini akan terjadi.

"Tak apalah. Nanti kalau ada apa-apa maklumat encik dan puan boleh hubungi terus no telefon bimbit saya. Sekarang saya akan uruskan tentang van jenazah dan kalau tiada masalah, encik dan puan bolehlah menyelesaikan upacara pengebumian pada esok hari.

...

Dalam tidur, dalam pengsan. Mulut emak Esah terkumat kamit. Wajahnya resah lalu dia terjaga dan menangis. Jef yang sejak dari tadi hanya memerhati gerak laku emak Esah dan kini dia cuba menenangkan orang tua itu.

"Sudahlah tu emak Esah. Jangan bersedih. Kita doakan sahaja yang terbaik untuk dia."
"Ye aku tahu. Tapi air mata ini tak nak berhenti."

"Saya harap emak Esah dah tenang. Saya akan cuba siasat siapa pembunuhnya dan kita bawa ke muka pengadilan."
"Aku rasa aku tahu siapa pembunuhnya."

"Siapa?"
"Dani. Teman lelaki anak aku. Sebab beberapa hari lalu, aku ada call dia. Tapi dia tak angkat dan sekarang langsung tak boleh dapat. Macam ada sesuatu yang mencurigakan."

Selesai mendapatkan butiran terperinci mengenai Dani, Jef beredar dan seorang doktor memeriksa emak Esah. Segalanya berjalan lancar dan 2 buah van jenazah siap sedia untuk membawa mayat Husin dan Esah ke ibu kota. Jef juga turut serta bagi menemani emak Esah dan ketua mengarahkannya terus berada di Kuala Lumpur bagi memberkas Dani, suspek yang disyaki oleh emak Esah. 

Thursday, April 4, 2013

Laporan

Isnin, siapa yang sukakannya. Tentu sahaja sangatlah sedikit. Sebab isnin itu biru. Mata kelat, badan malas dan belum ada desakan untuk bekerja tak kira usia tak kira bangsa. Dari budak sekolah sampai ke orang dewasa, dari bangsa melayu sampai ke orang putih semua lembik longlai. Mungkin tak cukup cuti atau lama sangat telah bercuti.

Tapi bukan bagi Jef, isnin adala hari yang ditunggu-tunggu olehnya. Jadualnya hari isnin sangat padat seberat sarapan yang biasa diambilnya. Dimulakan latihan menembak seawal jam 9 pagi. Semacam dalam cerita di layar perak, Jef akan berlatih dengan melerai dan mencantumkan semula pistol. Selepas itu dia akan memulakan latihan menembak. Selalu sasarannya hanyalah papan-papan berimej seperti manusia dan terdapat lingkaran markah. Tapi kadang kala dapat juga dia menembak gel-gel balistik. Dia tak kisah pun, yang penting hanya menembak.

Berlatih menembak pistol ini memerlukan tangan yang tegap kerana sentapannya amat kuat. Ini disebabkan prinsip momentum iaitu hasil vector antara halaju dan juga jisim. Dikaitkan pula dengan konsep keabadian momentum. Pada awalnya jisim penuh satu sistem itu terdiri daripada jisim pistol dan juga pelurunya. Tapi desebabkan belum ada sebarang pergerakan, jadi momentumnya adalah sifar. Namun apabila sebutir peluru memecut dari pistol, satu gerakan kebelakang akan terhasil bagi memansuhkan momentum peluru itu. Maka kalau tangan seseorang itu tidak tegap, mungkin pistol tersebut akan membawa tangan kebelakang atau ke atas. Lebih teruk jika terkena ke muka. Boleh biru lebam jadinya.

Keterujaan Jef terhadap isnin tidak hanya terhenti di situ. Hari ini, dia lebih bersemangat kerana, dia ingin menunjukkan hasil kerjanya malam tadi kepada ketua balai. Bukan berniat untuk membodek. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan seumpama itu. Dia buat kerja sehabis baik. Segala tugas yang diamanahkan, akan dilakukan dengan ikhlas. Bukan untuk nama tetapi demi rezeki yang berkat.

"Assalamualaikum Tuan."
"Waalaikum salam. Ye Jef, ada apa perkembangan?"

"Err, ni bukan tentang kes di air terjun Tuan. Ini tentang kes semalam, tentang tayar hilux meletup tuan."
"Kes semalam? Apa yang kamu dapat?"

"Semalam sebab saya tak bertugas, jadi saya menyertai majlis kunjungan PM sebagai orang awam dan banyak mengambil gambar. Jadi terdapat gambar beberapa individu yang mencurigakan tuan. Ini merupakan individu tersebut tuan. Ada 3 semuanya. Nampaknya macam bukan orang sini."
"Terima kasih Jef. Awak memang bagus. Tetapi saya dah berikan kes air terjun tu pada awak. Jadi sila serahkan segala maklumat yang awak perolehi kepada inspektor Mizal. Saya mahu awak fokus pada kes awak dulu."

"Baik tuan."
Walau sedih dimarahi sebegitu, tapi dia sedar tentang tugasnya. Sepatutnya dia tidak mengganggu siasatan yang dilakukan orang lain. Ia selalunya bukan mengganggu tapi hanya mengelirukan. Jadi Jef akur dengan arahan ketuanya.

"Awak dah telefon saudara mara mangsa?"

"Belum tuan."
"Pergi telefon cepat, saya mahu mereka datang dan tuntut mayat mangsa secepat mungkin. Saya juga mahu kamu tanya mereka, mana tahu mereka saling mengenali dan ada suspek yang disyaki mereka. Ingat Jef, kita perlu cepat dan cekap. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." 

Sebaik sahaja keluar dari bilik ketua, Jef mengeluh. Memang salahnnya, dan dia terus tersedar, mengeluh sahaja tak berguna. Dia perlu bertindak segera bagi melunaskan kerjanya. Mungkin selepas itu, dia boleh menyertai Inspektor Mizal menjejak individu-individu mencurigakan itu.

Melalui maklumat yang diberikan unit forensik mengenai butir peribadi mangsa, Jef mencari pula nombor telefon yang berkaitan dengan alamat kad pengenalan kedua-dua mangsa dengan menggunakan buku panduan kuning dari syarikat telekom malaysia. Setelah 3 cawan kopi hitam pekat tanpa gula diteguk, akhirnya berjaya dia mendapatkan nombor telefon rumah Esah dan juga Husin.

Ternyata, orang tua kedua-dua mangsa amat terkejut dan bagaikan tidak percaya.

Wednesday, April 3, 2013

Gambar

"Cukup,cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja."
Terdengar radio dari rumah jiran, dan cukuplah sudah dia merenung gambar hawa. Memang tidaklah sehebat mana gambar yang diambil, tapi dia puas hati dengan tekniknya. Imej wajah Hawa jelas dan gambar sekelilingnya kabur. Memang cukup untuk menggambarkan perasaannya ketika mengambil gambar itu. Jef hanya mahu melihat dia. Biar dunia ini gelap tiba-tiba, tapi biarlah wajah Hawa tetap cerah tercetak di balik korneanya. Mungkin kala ini, hawa sedang leka melayan kerenah anak-anaknya dan suaminya.

"Benda yang sudah biarlah berlalu. Sampai bila aku nak mengejar benda yang dah jadi milik orang. Kalau dah bukan jodoh, buat macam mana pun takkan dapat. Percayalah pada qada' dan qadar."
Monolog Jef mengingatkan dirinya.

Ditekan sahaja butang pangkah, terus teringat akan gambar individu-individu yang mencurigakan tadi. Gambar itu diekstrak keluar dan dipindahkan ke folder yang dikhaskan buat mereka lalu dinamakan sebagai "ANCAMAN". Dibuka setiap gambar dan dibesarkan satu persatu. Wajah mereka diperhatikan. Ada 2 orang berambut panjang dan seorang berkepala botak. Kesemuanya memakai kaca mata hitam. Dari segi pakaian pula hanya berbaju T dan jeans sahaja. Lagaknya kasual.

Di edit sedikit gambar-gambar mereka, hanya memfokuskan ke wajah. Lalu gambar-gambar tersebut dimasukkan ke dalam internet. Dengan menggunakan enjin carian google beberapa gambar yang mengandungi wajah mereka muncul di kaca komputer. Lagi bernasib baik, ada gambar yang berkait terus dengan profil facebook mereka. Lalu di ambil beberapa butir peribadi yang terdapat di laman facebook tersebut. Selepas puas mencari maklumat mengenai gambar-gambar tersebut. Jef membuat slide show bagi memudahkannya untuk membentangkan hasil kerja pada ketua balai nanti.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Jef berbaring dan menutup mata. Matanya terasa letih, otaknya berasa penat dan badannya mahu tidur. Di ambang sedar dan tidur, suara Hawa kedengaran dan gambar wajahnya hadir dengan senyuman. Pantas dihalau pergi kerana tidak ingin lagi dia mengenang kisah silam. Antibodinya tidak kuat. Luka yang dulu pun masih terasa sakitnya.

Penat seharian berkayuh dan berpanas, sampai tiada mimpi datang bertamu.

.....

"Bagi gambar awak pada saya boleh?"
"Kalau saya bagi, apa saya dapat?"

"Saya bagilah gambar saya pada awak. Kita tukar-tukar gambar dan saling menjagai. Gambar ni macam tanda cinta kita berdua. Andai kata satu hari nanti awak dah tak nak sayang saya, awak pulangkanlah gambar ni pada saya. Tak payah cakap pun tak apa. Nanti saya paham dah."
"Apa awak ni. Belum sehari bercinta dah fikir pasal nak putus."

"Bukan tu maksud saya. Cuma saya nak simpan sesuatu yang istimewa tentang diri awak."
"Cukuplah awak dah ambil hati saya. Tak cukup istimewa ke?"

"Alah awak ni. Kita nak serius dia nak main-main pula. Tak nak kawanlah."
"Hek eleh, janganlah merajuk. Awak ingat awak seorang je boleh main-main? Saya pun boleh nak bergurau."

Bunyi cengkerik menghiasi imbasan kisah cinta mereka. Memang mereka sudah putus, tapi gambar masih tetap tersemat di dompet. Masih belum ada hati untuk memulangkannya. Keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Dani tidak tahu adalah keputusannya kini adalah yang terbaik buat semua orang. Tapi setakat ini, hanya ini yang mampu dilakukannya. Tidurnya berteman air mata. Biar pedih dihati hanyut. Walau apa yang terjadi, dia pasti mencari penyelesaiannya untuk terus hidup.

Monday, April 1, 2013

hawa


“Jef apa khabar? Sihat?”
“Err, Jef ok je. Macam ni jelah Hawa. Tak ada apa yang berubah."

“Jef masih kerja polis lagi?”
“Haah, kerja ni je yang Jef tahu buat dan sekali da masuk polis, sampai tualah jadi polis.”

“Tak bertugas pulak hari ni? Ke ada tugas-tugas khas?”
“Hari ni memang off, lagipun Jef tak terlibat dengan majlis hari ni. Jef ada kes lain.”

“Kes apa? Serius ke tak kes ni?”
“Kes bunuh kat air terjun Kota.”

“Kes bunuh yang macam dulu tu ke? Yang kes budak sekolah kita mati seorang tu.”
“Tak tahulah, gayanya macam bergaduh. Tapi, mangsa bukan orang Kota rasanya. Lepas tu mangsa pun dalam lingkungan 20-an. Tak tahulah belum habis siasat lagikan. Hawa pulak macam mana? Sekarang kerja dekat mana?

“Kerja dekat KL, dengan maybank, jadi ejen pinjaman.”
“Owh, bagus-bagus. Ni semua anak Hawa ke? 3 je?”

“Haah ni je sekarang. Yang tua ni Mimi, yang nombor 2 ni Aan dan yang bongsu ni Fiq. Jef datang seorang je ke, tak bawa orang rumah, tak bawa anak?”
“Tak ada orang rumah, macam mana nak bawa.”

Masa bagai terhenti, bibir bagai terkunci, lidah bagai terkelu. Hawa rasa bersalah bertanyakan soalan itu dan Jef juga rasa tak patut memberikan jawapan sebegitu. Mungkin dia patut berbohong mengenai status dirinya walau hatinya masih belum berubah.

“Hurm, Hawa jalan dulu ye Jef. Fiq ni meragam pula. Hawa doakan yang terbaik untuk Jef. Biar jumpa orang yang lebih baik dari Hawa.”

Jef hanya mengangguk. Mengiyakan tidak, menafikan tidak, mengaminkan juga tidak. Biarlah jodoh itu letaknya di tangan tuhan. Tapi kalau jodoh itu datang pun nanti, kalau boleh biarlah dengan perempuan yang mampu membuka pintu hatinya.

“Ibu, lawalah gambar ibu ni.”
Tanpa seorang pun mengetahui, Mimi mencuri tengok gambar dalam kamera Jef dan gambar itu adalah gambar curi yang diambilnya tadi.

“Maaf Hawa, Jef ambil gambar curi tadi. Rindu. Tapi Jef sedar, sekarang ni bukan milik Jef lagi. Izinkan Jef simpan ye. Biar tak dapat miliki tapi cukuplah dapat melihat sekali sekala.”

Hawa hanya tersenyum lalu melangkah pergi bersama anak-anaknya. Senyum dibibir tapi dihatinya sebak. Tidak disangka Jef masih lagi setia dengan dirinya. Sebak dari dada naik hingga ke mata lalu diterjemahkan dalam bentuk air mata. Cepat-cepat dilapkan.

“Kenapa Ibu menangis?”
“Mana ada menangis, habuk ni Mimi.”










Sunday, March 31, 2013

Tayar


Bagaimana tayar Hilux tadi boleh pecah? Tayar kenderaan itu bukan sama seperti tayar kereta biasa yang hanya dipenuhi angin. Tetapi tayar tersebut telah dicipta dengan teknologi yang dibangunkan oleh pelajar kejuruteraan sebuah university tempatan. Projek tahun akhir pelajar tersebut telah diserap guna oleh tentera diraja Malaysia dan di tambah baik lalu diguna pakai semua kenderaan pihak berkuasa. Sebab itu tak ada kenderaan polis dan tentera yang pancit di tepi jalan. Sebenarnya Jef pun tidak faham sangat tentang teknologi tayar tersebut, yang dia tahu kejadian seperti itu tak mungkin akan berlaku. Mungkin ada lagi ancaman terhadap perdana menteri. Lalu dia terus mencari pemandu hilux tadi.

“Jensen, kenapa boleh meletup?”
“Entahlah, saya pun tak paham. Rasanya dah check angin dah tadi.”

“Eh pakai angin lagi ke? Ingat tak pakai dah. Bukan tayar ni tayar yang dah ada teknologi baru tu ke?”
“Memang nil ah tayarnya. Tapi teknologi tu boleh mengelakkan tayar dari pancit je, Kalau meletup tu masih boleh lagi rasanya.”

“Kenapa tak boleh pancit tapi boleh meletup pula?”
“Dalam tayar ni, ada satu lapisan gel bawah getah hitam ni. Jadi kalau tayar ni langgar paku atau benda tajam, lubang kesan dari tusukan tu akan terus ditutup oleh gel ni. Tapi kalau dia nak meletup, meletup la juga.”

“Mungkin sebab tekanan tinggi sangat kot.”
“Entahlah, aku dah ukur pagi tadi. Tekanan dia normal je, dalam lingkungan yang ditetapkan. Yang pasti lepas ni aku kena marahlah dengan ketua kita. Sedia jelah telinga ni.”

“Tapi aku takut ni semua ada kaitan dengan ancaman dekat kuantan tempoh hari kot. Nanti kalau jumpa Inspektor mizal atau ketua, aku nak beritahu merekalah. Kena ketatkan kawalan pada PM.”

“Tak payah, memang tu yang kami semua syak. Helicopter pun dah dipanggil. Mungkin lagi 10 minit sampailah dekat padang sekolah.”
“Oh, bagus-bagus. Ok lah aku nak pergi makan dulu.”

Jef berlalu dari situ dan terus memasuki dewan. Dilihatnya PM beramah mesra dengan warga felda. Biar sedar nyawa terancam, tapi demi undi beharga, mesra rakyat perlu diutamakan. Beberapa keping gambar diambil dengan memfokuskan wajah PM. Garis matanya Nampak berkedut seribu. Mungkin keletihan bekerja dan kurang berehat yang menjadikannya sebegitu. Setelah puas merakamkan gambar orang paling berpengaruh di Malaysia itu, Jef menuju ke meja hidangan buffet kerana makanan juga sangat berpengaruh bagi dirinya.

Mengambil hanya buah dan ulam. Bukan jaga makan, tapi sekali sekala makan makanan sihat apa salahnya. Sambil mengunyah potongan tembikai, dicarinya tempat duduk. Kalau ikut hati, dia nak duduk dengan rakan sebaya. Tapi malangnya semua rakan sebaya sibuk duduk dengan isteri dan anak-anak. Malaslah dia nak menyemak, nanti kena tolong jaga anak-anak mereka pula. Lalu dia pun mengambil keputusan untuk duduk sendirian. Sambil makan dapatlah dia melihat gambar-gambar yang diambil tadi.

Bermula dengan gambar matahari terbit dibalik bukit dia meneliti. Sambil melihat tersenyum sendiri memuji diri sendiri. Bukan masuk bakul angkat sendiri, tapi kalau dah tiada orang lain nak puji, pujilah diri sendiri. Bukan riak yang dicari, tapi motivasi. Tiba ke gambar konvoi PM tiba. Meriah gambar yang dirakam. Penuh warna warni dan teratur susunan semua hadirin yang terlibat. Tetapi dalam kemeriahan itu, terdapat beberapa gambar yang mencurigakan.

Terdapat beberapa individu yang tak dikenali berada disekitar hilux yang membawa PM. Wajahnya bukan wajah warga felda, Lagaknya tak seperti anggota polis dan susuk tubuhnya bukan seperti pengawal peribadi PM. Mungkin dengan meneliti gambar-gambar ini, Jef akan mendapatkan jawapannya. Diletakkan garfu ke tepi pinggan dan ditekan beberapa butang bagi membesarkan gambar di skrin kameranya.

“Hai, duduk seorang saja? Bolah Hawa join?”
Hampir terlepas kamera ditangan Jef. Suara yang sangat dikenalinya, tapi telah lama tak didengarinya. Memang lama, mungkin lebih 5 tahun, tapi belum cukup lama untuk melupuskan memori itu dari kepalanya.

“Eh, hawa. Boleh-boleh, apa salahnya. Duduklah.”
Cepat-cepat Jef mengemas pinggan yang ditinggalkan orang sebelumnya. Memang perangai orang Malaysia begitu. Makan tak pernah untuk kemas sendiri. Kalau dirumah sendiri pandai pula nak kemas. Kalau dekat luar lagak macam bos besar. Di fikirkan ada pelayan serupa bibik yang akan melakukan kerja-kerja mengemas.

Cair Jef dengan senyuman Hawa. Senyuman yang sama, sedikit pun tak berubah. Hanyut Jef dalam hangat darah yang menderu naik ke muka. Nasib mukanya gelap, kalau putih gebu, pasti merah menyala pipinya dan kalau bukan rengekan anak bongsu Hawa, mungkin Jef masih lagi hanyut dalam mimpi luar tidurnya itu.

Tuesday, March 26, 2013

Bom


Saat ditunggu kini tiba. Konvoi Perdana menteri telah tiba di ketuai inspector mizal lalu diikuti motorsikal berkuasa tinggi, kereta PM dan motorsikal lagi. Lihatlah kempen earth hour yang dijalankan malam tadi tidak terkesan pun pada mereka. Kalau diikutkan, penggunaan elektrik lagi mesra alam berbanding penggunaan enjim pembakaran dalam. Mungkin selepas ini kerajaan perlu mengganti semua kenderaan rasmi kepada kereta hidbrid.

Masuk sahaja kereta Pm di perkarangan dewan. Paluan kompang bergema meraikan PM. Kumpulan kompang ini terdiri dari anak jati felda sendiri dan dianggotai oleh 3 generasi. Generasi peneroka, anak peneroka dan juga cucu peneroka. Cara bermain kompang ini juga mudah sebenarnya. Alatannya hanya beberapa biji kompang dan paling kurang sebuah gendang. Bagi pemain kompang, paluannya dipechkan kepada 2 kumpulan yang memukul dengan rentak berbeza, Barulah ia dapat menghasilkan bunyi yang kita perlukan.

Masih lagi diiringi kompang. PM yang melangkah keluar dari kereta disambut dengan persembahan silat dari persatuan silat sekolah menengah. Walaupun baru seusia belasan tahun, tapi langkahnya Nampak kemas dan gagah. Bunga-bunga silat dipersembahkan dan salah dihulurkan. Satu budaya masyarakat melayu yang indah tapi semakin ditinggalkan. Kalau dulu paling kurang kita dapat melihat pergerakan seumpama ini dimajlis perkahwinan, tapi sekarang tidak lagi. Sekarang dah kurang, mungkin bukan tak nak diamalkan, tapi kosnya tinggi.

Silat sudah, kompang pun berhenti. Sebenarnya yang paling susah dalam bermain kompang adalah berhenti. Semua orang perlu peka dan bersedia untuk berhenti agar tiada sesiapa yang terlebih pukul.

PM kini dibawa menaiki kereta hilux. Beliau berdiri di bahagian belakang hilux bagi melihat perbarisan yang dianggotai pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Mereka semua memakai seragam unit beruniform. Ada yang memakai baju polis, bomba dan juga pengakap. Segak bergaya.

Selesai membuat pusingan U, tiba-tiba satu letupan berlaku.

Semua hadirin terkejut dan ada diantara mereka yang terjatuh ketakutan. Lagi-lagi bila mengenangkan insiden yang berlaku di kuantan tempoh hari. Adakah ini sorotan konspirasi menjatuhkan PM. Tapi tadi rakan Jef ada menyatakan yang penjenayah telah diberkas. Tapi mungkin penjenayahnya bukan seorang tapi satu kumpulan.

...

Selesai memberikan ucapan di Kuantan, ketika PM mahu menuruni tangga pentas. Tiba-tiba sebatang anak panah menembusi dada kanan sebelah belakang PM. Serta merta PM tersungkur. Bukan anak panah tradisional tapi anak panah moden yang digunakan dalam pertandingan olimpik. Semua pihak keliru ketika itu, langsung tidak memahami apa motifnya serangan itu. Jika benar mahu membunuh, kenapa tidak ditembak dengan senapang dan jika benar mahu mati kenapa tidak disasar di kepala atau dada kiri tempat letaknya jantung.

Selepas dijalankan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian, sebuah busur panah ditemui. Di samping busur tersebut terdapat sekeping nota. Nota amaran bagi semua pemimpin dan menteri Malaysia agar menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama.

Tapi kejadian itu tidak didedahkan kepada orang awam hanya pihak polis yang dimaklumkan. Yang diberitahu PM terjatuh ketika menuruni tangga. Semua dilakukan bagi mengelakkan suasana panic dikalangan rakyat.

...

Hilux masih disitu, tidak berkecai. PM masih disitu Cuma cepat-cepat pengawal keselamatan mengepungnya. Rupanya hanya tayar hilux tu yang meletup dan Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan berlaku pada sesiapa pun.

Lalu program diteruskan dan ucapan PM juga sedikitpun tak terjejas dengan kejadian tadi. Dalam ucapannya dia berjanji akan memajukan daerah Kota Tinggi dan beliau akan melakukan segala usaha yang diperlukan. Mungkin kalau terpaksa beliau akan menggantikan YB sedia ada yang telah mendapat mandat lebih 20 tahun. Tapi keadaannya serupa sahaja. Tiada kemajuan dalam pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Sampaikan ramai anak jati Kota Tinggi yang menetap di Kota Tinggi terpaksa berulang alik ke Johor Bharu semata-mata bagi mencari rezeki.

Sunday, March 24, 2013

Janji Melayu

Sekitar jam 8:30 pagi ramai orang dah berkumpul di dewan. Lalu Jef pun pergi menyapa mereka dan yang lebih menyeronokkan dia mendapat makanan sarapan percuma. Yang sememangnya disediakan bagi urussetia dan orang ramai. Selain orang awam, Jef juga nampak rakan-rakan polisnya yang telah segak berpakaian seragam bersiap sedia dilokasi yang ditetapkan. Jef mengeluarkan kameranya dan merakamkan mana-mana momen yang dirasakan berharga.

Kamera digantung dileher, dan dia pergi mendapatkan rakan-rakannya.

"Wei Jef, mari a ambil gambar kami."
"Okey, say peace?"
Dengan membuat simbol V 3 anggota polis merakamkan gambar mereka. Walaupun mereka polis tapi mereka adalah manusia juga, sama sahaja tingkah lakunya.

"Kau dah sarapan belum. Kalau belum aku ambikkan karipap kat khemah sana tu. Nak?"
"Oh, aku dah makan dah tadi kat rumah. Tapi kalau kau rajin nak ambilkan apa salahnya."
Jef pun pergi mendapatkan beberapa biji karipap untuk diberikan pada rakan-rakannya.

Teringat dia akan seorang pemanggil radio yang mengogsikan kelebihan bersarapan. Lelaki ini berkata dahulu dia tak bersarapan. Macam-macam alasan diberikan. Tidak selera lah, tak lapar lah, tak sempatlah, dan akibatnya berat badannya sampai mencecah 110kg. Tapi apabila dia bersarapan, sekarang beratnya hanya 70kg. Entah apa faktor yang menyebabkan keajaiban ini berlaku. Dia tak dapat nak merungkainya. Sebab ilmunya dalam biologi dan dietition ni sangatlah sedikit berbanding ilmunya tentang nama-nama makanan. Maklumlah malaysiakan syurga makanan.

"Nah karipap. Pukul berapa jangka PM sampai ni."
"Entah, katanya pukul 9."
"Tapi lain macam ye kawalannya. Ni sebab kes yang dekat Kuantan hari tu ke?"
"Haah lah. Memang sebab tu. Tak nak jadi lagi."
"Habis orang yang buat serangan tu da dapat ditangkap?"
"Dapat dah. Orang perempuan yang buat. Sekarang perempuan pun dah hebat dah."
"Tulah, tu yang bahaya tu. Muka ayu je, badan lentik, bontot tonggek. Tetiba dia yang merompak kita nanti."
"Tapi aku peliklah. Tak boleh ke PM buat kerja kat pejabat je. Tak payah la buat lawatan macam ni semua. Ni semua propa sahaja."
"Betul gak tu. Keselamatan dia pun terjamin."
"Tapi tak boleh juga. Seorang pemimpin memang kena selalu turun padang. Biar info tu datang secara langsung dan telus kepada dia dari rakyat. Tak adalah nanti semua orang bawah laporkan benda yang tak betul."
"Betul-betul. Raja-raja sultan dulu pun beranikan. Siap pergi berperang lagi."

Tiba-tiba Jef terpandang kekasih lamanya yang kini telah beranak dua. Lalu dia pun meminta izin nuntuk beredar dari kawasan kawalan rakananya itu.

Diam-diam Jef mengekori Hawa. Dari jauh juga dia menangkap gambar Hawa. Dah lama dia tak nampak Hawa. Mungkin dia mengikut suaminya ke Shah Alam. Nak bersua muka pun Jef tak berani, takut gugup. Mungkin Hawa dah tiada apa perasaan dengannya. Tapi dia masih ada. Jauh disudut hati yang paling dalam, masih ada.

"Jef, buat apa?"
"Oh Wak. Buat apa lagi, tunggu PM lah. Mana ni Wak? Kata pukul 9.30?"
"Oh biasa lah tu. Kan orang melayu. Kalau tepati masa bukan melayulah namanya."

Malu Jef mendengar ungkapan itu. Inilah masalah melayu, tak pandai tepati masa dan tak paham sarkastik. Kalau paham pun tak akan berusaha untuk merubahnya malah bila hari-hari diprovok, dibanggakan pula. Sampai ada yang menyindir rakan-rakan yang tepati masa diakatakan murtad melayu. Macam manalah orang melayu dan bangga jadi melayu.

"Bukanlah Jef. Saja je bagitau pukul 9.30. Takut nanti tak ramai orang. Sekarang ni PM baru sampai kulai. Sejam lagi sampailah kot."
"Oooo, masa orang besar ni lagi berharga dari masa rakyat biasa ni kan."
"Yelah, nanti pukul 1 Pm dah nak balik g Melaka pulak. Petang nanti ada majlis perasmian. Sibuk sangat PM ni. Tu yang kalau boleh nak selaras dengan jadual dialah."
"Yelah, mungkin bukan sebab VIP kan. Tapi protokol. Kalau saya pun saya aturkan begini kot."


Konspirasi


“Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.”

Dalam mimpi Jef bernasyid lagu raihan ini. Satu kumpulan nasyid yang cukup gah suatu ketika dahulu, bukan setakat di Malaysia, malah mendapat sambutan diseluruh dunia. Habis menyanyikan rangkap ini, Jef tersedar dari tidur dan mendengar azan subuh. Mungkin hidayah dari Allah yang memberikan peluang buat dirinya meningkatkan tahap imannya. Maklumlah iman manusia ini bukannya malar, ia sentiasa berubah ubah. Tapi bukan juga dalam graph pergerakan harmonic yang macam sin dan cos. Mungkin tiada bentuk graph yang dapat menyamakan tahap iman manusia. Jika dapat diolah satu model matematik sekalipun sudah pasti ianya berbeza bagi setiap manusia.

Jef sedar perkara itu dan dia tahu yang walau banyak mana hidayah dan peluang sekalipun, kalau diri sendiri tidak bertindak, semuanya tak akan berubah. Sama keadaannya dengan keadaan rakyat Malaysia, lagi-lagi orang melayu. Walau banyak mana sekalipun subsidi yang diberi, walau besar mana sekalipun hak keistimewaan yang diberi, tapi kalau hanya duduk tunggu disuap, pasti orang lain akan menyambar dahulu. Sebab si pemberi pun kadang kala ada sifat bosan. Rasa penat bekorban, jadi jalan senang diambil untuk diberikan pada mereka yang dapat padanya. Lagi bagus kalau yang datang itu bukan dengan tangan kosong. Datang dengan hadiah. Situasi menang sama menang.
Dalam berangan, pak bilal telah pun mengalunkan iqamat. Pantas Jef berlari memnggosok gigi dan mengambil wudhu.

...

Selesai solat berjemaah, Jef bercadang untuk baring dan tidur semula, tetapi matanya pula degil tak mahu tidur. Selalu kalau hari kerja punyalah mengantuk, tiba-tiba hari cuti boleh pulak mata terang benderang. Dia pun mandi dan bersiap-siap. Perkiraannya pasti telah ramai AJK di dewan membuat persiapan akhir menanti ketibaan Perdana Menteri.

Kamera dimasukkan dalam beg, topi dicapai, tali kasut di ikat dan siap segaklah Jef berbaju biru seluar hitam. Dikayuhnya basikah fixie yang bersprocket mati, tiada brek tangan. Mungkin sebab itu ia murah. Mula-mula beli dahulu hanyalah ikut-ikut dan kekok. Tapi sekarang sudah biasa. Setiap minggu, paling kurang sekali pasti Jef akan mengayuh basikalnya keliling Felda.

Pagi ini sebelum syuruk lagi Jef telah mula mengayuh. Ikut pintu pagar belakang kuarters polis, Jef turun bukit naik bukit. Sengaja dia nak ikut jalan jauh, menikmati embun pagi. Kalau dulu masa dia kecik-kecik, pergi sekolah naik basikal yang diubah suai sendiri, penuh kabus sepanjang jalan. Tapi kini bukan semua kawasan berkabus, hanya dibawah-bawah bukit yang masih banyak pokok dikiri kanan. RIndu suasana itu, suhunya dan pemandangannya.

Dikayuh perlahan-lahan, bukan seperti biasa sebab pagi ini niatnya lain. Hanya untuk memenuhi ruang masa dan dia tak mahu terlalu berpeluh sebab nanti dia nak terus ke majlis meraikan PM.

Sepanjang perjalanan, rata-rata pintu rumah masih lagi tertutup rapat dan hanya ada sebiji dua kenderaan yang bergerak di jalan raya. Ramai yang masih beradu, menikmati hari minggu. Tapi jangkaannya tidak meleset, telah ada beberapa AJK yang berada di Dewan.

“Kabare?”
Jef melaungkan teguran dalam bahasa jawa yang bermaksud apa khabar pada wak lan. Walaupun Jef bukan berdarah jawa, tapi perkataan asas seperti ini pastilah dia tahu. Majoriti masyarakat felda di Kota Tinggi ini orang jawa.

“Waras. Aku ingat siapa tadi. Rupanya kau Jef. Maklum aja lah, mata ni dah kabur. Yelah orang tua, lepas tu malam tadi tak tidur. Berkemas.”
“Orang kuatlah katakan. Tak gitu Wak Lan.”
“Kuat tak kuatlah Jef. Demi agama bangsa dan Negara. Gagahkan jugalah. Lagi-lagi sekarang ni isu kristianisasi.”
“Isu apa pulak ni Wak Lan.”
“Itulah budak muda, tak nak baca surat khabar, tak tengok berita. Malaslah wak nak cerita, kau amik surat khabar ni kau baca. Wak nak balik dulu. Tidur sekejap, nanti pukul 9 nak datang lagi.”
“Pukul berapa PM sampai Wak?”
“Jadualnya pukul 930. Okeylah, aku nak balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Helaian surat khabar diselak. Bukan taknak baca surat khabar, bukan taknak tengok berita, tapi kadang-kadang cerita-cerita tu meleret sangat. Yang parti ini dengan cerita dia, yang parti sana cerita dia. Pening jadinya.

Tapi isu kristianisasi ni macam serius. Nampaknya ada pihak yang bercita-cita menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi di Malaysia. Bukan setakat pendakwahnya sahaja bersemangat, ahli politik pun turut serta. Nampaknya macam ada strategi terancang, isu demi isu digembar gemburkan. Mungkin ini konspirasi memancing undi penganut agama kristian. Tapi ini semua berita yang entah betul entah tidak.

Konspirasi ini banyak plotnya. Kadang kala ada yang sengaja menjatuhkan diri sendiri lalu Nampak bagai dijatuhkan. Ada pula yang memang merancang untuk menjatuhkan.  

Kalau betul ancaman ini, alhamdullillah kita masih ada ramai pemimpin yang mempertahankan islam. Tapi masalahnya, pemimpin sahaja tak cukup, kita sebagai rakyat juga perlu tunjukkan. Bukan sekadar protes jalanan, itu tak penting. Yang penting kena tunjukkan ukhwah dan kesatuan kita dalam beribadah dalam mengamalkan ajaran islam. Barulah mereka tiada sebab untuk mempersoalkan integriti agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Yang pasti hanya satu, yang lemah pasti akan kalah. Kalau bangsa melayu terus lupa leka dibuai mimpi indah dan janji manis, tak kira pemimpin tak kira rakyat, pasti tanah air tergadai. Kalau umat islam terus lalai digoda syaitan, tak kira imam tak kira makmum, pasti akidah dipijak dihina.

Memang dari zaman dahulu mubaligh kristian ini semangatnya teguh. Sebagai contoh, ada Paderi Itali yang bernama Matteo Ricci. Berhijrah dan menetap di china pada 1583 demi untuk mengembangkan agama kristian. Yang menariknya, pendekatanya bukan hanya melalui akhlak dan amalan keagamaan, tetapi dia turut menggunakan pendekatan akademik dan asimilasi budaya. Dia telah memperkenalkan matematik barat pada cina dan dia juga menerbitkan peta china yang pertama. Lalu dia dilantik sebagai ahli matematik di Beijing dan mati pada tahun 1610.  

Allah itu maha adil. Yang berusaha pasti berjaya, dan yang duduk berdoa tanpa usaha lambat laun akan rugi. Lihat sahaja negara-negara bergolak, bergaduh sesama sendiri lalu yang menang mereka yang berusaha iaitu kristian dan yahudi.

Cepat-cepat Jef beristigfar dan berdoa akan kemakmuran dan keteguhan iman dirinya dan juga seluruh umat islam. Menyesal rasanya dulu dia tidak belajar bersungguh-sungguh sedangkan itu wahyu pertama yang disampaikan Jibrail. 

Saturday, March 23, 2013

Jam bumi


Nasib baik sempat solat maghrib. Hampir sahaja syaitan yang direjam berjaya melalaikan seorang insan. Jam di bahagian kiri bawah monitor menunjukkan waktu 8:20 malam. Masih awal, jadi Jef berkira-kira untuk duduk dahulu melayari internet sebelum pulang bila sudah bosan nanti. Namun baru sahaja membuka laman sesawang facebook, tiba-tiba satu pop out keluar menyatakan yang computer akan dimatikan secara automatik berikutan sambutan earth hour dari jam 8:30 sehingga 9:30 malam. Langsung mati minat Jef dan segera berfikir untuk melarikan diri ke kedai makan terdekat.

...

Azan isya mendayu-dayu dilaungkan muazzin di masjid yang letaknya di simpang depan. Tapi lagi ramai makhluk yang rancak bersembang di kedai kopi. Tiada hakim tiada saksi cerita sensasi di kedai kopi.

“Assalamualaikum ya ahli syurga.”
Jef memberi salam pada semua yang berada di kedai kopi tersebut. Maklumlah masing-masing kenal sesame sendiri, inilah untungnya duduk di felda. Masyarakatnya mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Lalu Jef duduk di sebuah meja yang rata-ratanya sebaya dengannya, yang sudah punya anak isteri tetapi lebih gemar menghabiskan masa di kedai kopi. Tidak peduli makannya apa, buatnya apa. Nanti besok dan jadi bala baru tahu nak menyesal dunia akhirat.

“Ahli syurga mende, orang pergi masjid kita lepak kat sini.”

Berderai gelak tawa apabila salah seorang dari mereka berkata demikian. Kata-kata itu hanya dijadikan gurauan, tidak sedikit pun yang terkesan dan rasa bersalah dengan kelakuan mereka. Alah bias tegal biasa, bila sudah biasa meninggalkan solat berjemaah, pasti tiada apa rasa. Malu tidak, bersalah pun tidak.

“Korang tau tak malam ni eath hour?”
Jef membuka bicara.

“Yang buat tutup lampu tu e. Tadi baru keluar kat TV. Tapi TV x black out pun.”
“Buat apa TV nak black out pulak, nanti tak adalah berita TV3.”
“Diorang ni tutup lampu bagai, tapi lepas tu bakar lilin. Kan membebaskan karbon dioksida tu. Sama je akibatnya nanti.”
“Entah, patut diorang tutup lampu duduk dalam bilik dengan bini. Baru a betul.”
“Betul tu, aku setuju. Lain kali kita cadangkan biar earth hour ni buat hari khamis malam jumaat je.”
“Kita untuklah, yang Jef ni macam mana?”
“Tulah, orang suruh kahwin tak mahu, kan da membujang sampai sekarang.”

Jef hanya mampu tersenyum mendengar gurau senda mereka. Bukan mereka tak tahu kenapa dia membujang. Tapi saja lah tu nak membahan kawan-kawan. Dalam diam dia berfikir, mungkin ada kesannya program earth hour ni. Sedangkan zaman dulu-dulu masa tak ada elektrik, pakai lilin pakai pelita, tapi kesan pemanasan global tu tak ada. Tapi mungkin juga sebab masa dulu populasi umat manusia ni tak ramai macam sekarang. Jadi penggunaannya kuranglah. Satu jangkaan rambang sahaja, perlukan kajian yang lebih untuk berbicara. Bimbang nanti bila bicara, faktanya songsang. Jadi bahan ketawa, jadi ajaran sesat. Biarlah berdiam diri melihat sahaja telatah mereka.

Sememangnya bumi sudah kronik. Dari cerita israk mikraj pun, Nabi Muhammad melihat bumi ini bagai orang tua bertongkat. Itu sekitar tahun 500 masihi, inikan pula 1000 tahun kemudian. Tapi kalau difikirkan betul-betul mungkin jangka masa 1000 tahun itu bukanlah apa-apa. Sebabnya bumi ini sudah berjuta tahun lamanya wujud. Sejak sebelum nabi adam dicipta. Sejak zaman dinasor. Kalau orang tua membongkok itu usianya berjuta tahun, jadi setakat 1000 tahun mungkin perubahannya sedikit sahaja. Sekali lagi teori rambang menerjah akal fikiran Jef, yang dia sendiri tak tahu ini ilham dari Allah atau sekadar bisikan nakal syaitan. Yang pasti dalam al quran ada menyebut, "Jadi, maka jadilah ia." Memang Allah itu maha berkuasa, dan kalau dia menginginkan kimat tika saat ini, dia mampu.

“Jef, macam mana persediaan PM nak datang esok?”
“Apa tanya aku pula, aku off besok. Tapi off pun tetap kena bertugas secara tak rasmi. Tolong kawal keadaan. Kalau pasal persediaan tu aku tak tahu. Aku pun tak pergi dewan lagi tolong-tolong. Yang korang ni pun tak tolong kenapa?”
“Kitorang ni pemerhati je.”
“Haah, pemerhati, tapi bila dapat rebat orang nombor satu sapu, kalau ada isu dia juga yang jadi wartawan nombor satu. Semua cerita dijaja, maklumlah ada iphone 5. Bolehlah baca Malaysia kini, tengok video ceramah sana sinilah. Tapi bab nak menolong sumbang tenaga tu tak ada.”
“Tak apalah, marilah kita pergi jenguk sikit nanti. Tunjuk muka pun jadilah. Kan dah ada AJK dan urusetia tu. Pandailah diorang aturkan.”
Semua mengangguk dan menghabiskan air minuman yang tersisa. Selesai membuat bayaran, masing-masing menghidupkan enjin motor dan bergegas ke dewan.

Thursday, March 21, 2013

Kalori

"Jom makan dekat kedai burger tu. Sekarang ni dia da ada sediakan fast food yang rendah kalori."

Rendah kalori, itu semua gimik semata-mata. Hanya untuk menarik pelanggan agar masuk ke premis mereka, lalu bila mata sudah rambang melihat menu lain, nanti hati berubah dan makan makanan biasa yang berkalori biasa.

"Suka hati la. Saya ikut sahaja."

Seperti dijangka, satu pai kambing dan kek keju ditempah beserta 2 air coklat panas.

"Terima kasih awak, sebab jaga saya dan sudi menyayangi saya."
"Hmm, sama-sama. Saya janji akan jaga awak dan rahsia kita."

"Nah ini sim kad baru. Tadi saya beli, lepas ni kita boleh lah daftar nombor masing-masing. Biar mesej biar call murah."
"Bagus juga tu. Tak payah lah bazir sangat dekat telefon."

"Boleh lah saya call awak hari-hari."
"Okey, tapi tolong jangan kongkong saya ye. Saya tak kongkong awak, awak jangan kongkong saya."

"Takkanlah saya nak kongkong pulak. Tak ada sebab pun nak kongkong."

Kata-kata itu ikhlas dari hati Suzie. Tapi nanti mungkin dalam tak sedar perangainya berubah. Perkara ini memang sering berlaku pada sesiapa sahaja sampai ada mutiara kata moden yang menyebut, "Hobi lelaki adalah main game, tengok bola dan tidur. Hobi perempuan pula adalah mengganggu semua hobi lelaki."

"Kenapa awak sibuk sangat nak makan makanan rendah kalori. Apa kalori tu sebenarnya. Bukan ke kalori tu unit tenaga. Saya belajar subjek haba ada pakai unit ni rasanya."

"Memanglah ni unit tenaga. Lebih tepat, kalori ni berasal dari perkataan perancis iaitu calor yang maksudnya haba. Tapi kita guni unit SI, jadi kalori tu kite tukar jadi joule."
"So apa kena mengena dengan makanan?"

"Dalam makanan ada tenaga, dan setiap makanan ada kandungan kalori atau tenaga yang berbeza-beza."
"Patutnya kita makanlah makanan yang mengandungi kalori tinggi, Kenapa pulak nak ambil makanan berkalori rendah. Kelirulah?"

"Memang betul tu, tapi kalau kita makan lebih dari yang diperlukan. Tenaga tu akan bertukar jadi lemak. Tu masalahnya, tu yang jadi gemuk."
"Ooo, macam tu. Baru paham."

Makan malam pertama mereka sebagai kekasih dan yang pertama juga selepas pulang dari bercuti. Mereka mengharapkan agar esok akan membawa sinar bahagia. Biar semangat membara untuk terus berusaha mengahadap buku dan nota bagi menghadapi peperiksaan hujung semester.

Minggu hadapan merupakan minggu penting bagi setiap pelajar universiti Malaya. Biar ponteng sepanjang semester, tapi minggu akhir ini amatlah penting kerana kebanyakan pensyarah akan memberikan tip-tips dan juga soalan bocor.



Tuesday, March 19, 2013

Jatuh cinta


Dulu masa telefon bimbit belum ada, belum mampu dimiliki semua orang, budak-budak bercinta dengan surat cinta. Surat ditulis dengan cermat, dihias dengan ceria dan dilipat kemas. Kdang-kala dibuatkan sampul suratnya juga. Lalu surat cinta disisipkan melalui rakan-rakan yang menjadi posmen, walau kadang si pengirim hanya duduk dibelakang si penerima. Memang betul, surat lebih romantic. Bait-bait kata menusuk sampai ke hati dan kadang kala dibawa tidur menjadi azimat.

Cinta monyet, seringkali hinggap dijiwa mereka yang belum mengenal erti sebenar kehidupan. Tapi ini satu proses pembelajaran, dan kalau ada yang tersilap langkah pasti akan buta. Lalu menggelapkan masa hadapan.

Dulu Suzie juga tidak terlepas dengan perangkap cinta, rindu madah teruna dan dara. Farid namanya, dan dia yang memulakan surat utusan. Tulisannya ringkas dan jelas, sedap mata membaca sedap hati melayang. Beberapa utus surat berbalas, mereka berjumpa dan lagaknya sangat yakin. Yelah siapa tidak kenal Farid. Seorang lelaki yang popular di sekolah itu, olahragawan terkenal. Lariannya dihari sukan amat pantas sepantas lipas kudung, dan dia juga hebat dalam acara lompat tinggi. Kerana kebolehannya itu, seringkali dia melompat pagar asrama dan keluar membeli nasi goreng pataya. Dia sangat riak dengan kebolehannya itu, tapi kadang-kadang ramai rakannnya mempergunakannya demi memenuhi nafsu perut sendiri. Sebab riak, dia tidak sedar yang dia dibuli.

Sememangnya Dani telah melarang Suzie dari berkawan dengan Farid. Tapi kalau orang dah mabuk cinta, kentut pun berbau wangi. Jadi sikit pun Suzie tak mengendahkan amaran Dani, sehinggalah suatu hari Suzie mendapat surat minta putus. Tiada apa yang salah, hanya putus suka-suka. Mahu tukar angin katanya.
Memang Dani bukan ada apa-apa dengan Suzie, tapi Dani sahabatnya. Kalau peha kanan dicubit peha kiri terasa sakitnya, kalau Suzie bersedih Dani terasa peritnya.

Petang itu selesai kelas terakhir, dan ketika mereka berduyun-duyun pulang ke asrama, Dani mengambil sebatang kayu. Tanpa berfikir panjang di tetaknya kepala Farid dengan kayu tersebut. Pukul belakang, tidak dapat dilihat dan tiada peluang mengelak. Tepat mengenai kepala dan darah mengalir deras. Farid tersungkur tidak bermaya.

Kayu dilepaskan dari tangan lalu ingin disepaknya Farid yang terbaring ditanah. Gerak Dani pantas dihalang rakan-rakan Farid dan mereka menumbuk dan menendang Dani. Namun Dani yang pernah hidup sebagai gelandangan, hanya menahan pukulan itu tanpa balas. Sasarannya hanya Farid, dia hanya berdendam dengan Farid. Setelah puas mengerjakan Dani, rakan-rakan Dani mengalah. Biar ditumbuk, ditendang dan disiku tapi Dani tetap tegak berdiri. Hanya darah hangat mengalir dari bibirnya.

Mata tajamnya merenung tiap seorang dari mereka. Lalu tangan kanannya mengesat darah dari bibrnya dan digengam erat membentuk buku lima. Dinaikkan separas mata lalu dihalakan pada tiap seorang rakan Farid. Biar ramai, tapi mereka yang takut melihat lagak samseng Dani. Ini baru hero, bukan hanya kuat bila ramai, tapi turut berani walau sendirian.

Dalam semua bersedia jika Dani menyerang, Dani lebih dahulu mengorak langkah. Disepaknya perut Farid bagai menyepak bola dan diludah tanah disebelah muka Farid. Ludah yang mengandungi darah.

“Sakit? Mungkin sakit Suzie lebih teruk dari sakit yang kau kena hari ini. Cinta memang buta, tapi kalau kau main-main cinta Suzie lagi, mata kau yang buta nanti."

Dani terus berjalan tanpa memandang mereka dan kejadian ini hanya menjadi rahsia antara mereka. Tiada warden dan cikgu yang mengetahui kejadian ini. Kalau ada yang bertanya pun, luka-luka ini semua dapat dari latihan ragbi. Bukan bergaduh atau dibuli. Luka di kulit dapat diubati dan parut mungkin boleh hilang, tapi kalau dikenakan tindakan displin, luka hati ibu bapa tiada ubatnya.

Sebak Suzie mengetahui kisah itu dan sejak dari hari itu Suzie jatuh cinta dengan Dani. Cinta yang disimpan jauh dilubuk hati. Tidak diluah dengan kata-kata. Biar dari mulut, biar di atas kertas. Takkan timba mencari perigi. Biarlah ianya dipendam sahaja dan cinta yang bertepuk sebelah tangan itu mungkin nanti akan berbalas dan berbunyi.

Monday, March 18, 2013

Kisah Silam

"Tahniah, awak berdua telah berjaya buktikan pada diri awak dan juga seluruh penghuni asrama anak yatim ni yang setiap manusia boleh berjaya."

"Tak ada apalah ustaz, saya hanya jadikan mutiara kata yang ustaz selalu beritahu kami sebagai sumber motivasi saya. Tak salah kalau kita dilahirkan miskin, tapi kita yang bersalah kalau kita mati nanti tiada pa-apa."

"Betul tu ustaz, saya pun selalu beritahu diri saya yang Allah tak akan merubah sesuatu kaum tu kalau bukan kaum tu yang berubah sendiri."

"Alhamdulillah, sejuk hati saya dengar awak cakap macam tu. tapi sebenarnya semua tu bukan datang dari saya, semua tu ilham dan ilmu yang dipinjam kan Allah buat saya dan buat kamu berdua. Itu pun sifatnya sementara. Jadi selalu selalulah berzikir dan jangan tinggal solat ye."

"Baik ustaz."
Jawab Dani dan Suzie serentak.

"Memandangkan hari ini hari terakhir kamu di sini, Tak inginkah kamu berdua pergi menziarahi kubur ibu bapa kamu. Atau ke rumah saudara mara kamu? Kalau mahu ustaz boleh hantarkan."

"Tak apalah ustaz, sebab sebenarnya saya bukan anak yatim Tapi saya tak tahulah ibu bapa saya masih hidup atau tidak. Walaupun mereka ibu bapa kandung saya, saya lebih menghargai ustaz dan seluruh penjaga di pusat anak-anak yatim ini. Ustaz dan merekalah yang telah banyak berkorban demi kami semua. Bukan mereka."

"Tak baik kamu cakap begitu. Tapi kalau boleh ceritkanlah pada ustaz apa yang sebenarnya berlaku dan macam mana ustaz boleh jumpa kamu bergelandangan 5 tahun yang lalu?"

Termenung seketika Dani, lalu dengan menark nafas dalam-dalam, segumpal beban di hembus bersama udara dari dalam peparunya.

"Ibu bapa saya bercerai sejak saya berusia 3 tahun. Semenjak itu Ibu sering mengabaikan saya. Walau kadang malam-malam saya ketakutan tidur sendirian di bilik gelap, lalu pergi menangis mendapatkan Ibu, saya sering diherdik. Katanya jangan ganggu dia, dia mahu kerja esok hari. Cuba jangan pentingkan diri sendiri. Jadi saya belajar untuk berdikari. Dan pada usia saya 5 tahun, Ibu mula bercinta lagi. Saya mula lihat dia tersenyum, saya turut gembira. Lalu mereka berkahwin. Pada ketika saya masuk darjah satu, saya dapat adik tiri. Bermula saat itulah detik hitam mewarnai hari-hari saya. Apa sahaja yang dilakukan mereka pasti demi adik tiri saya. Kalau saya cuba dapatkan perhatian, saya dipukul dan dimarahi. Kata-kata yang sering dilemparkan adalah, jangan pentingkan diri sendiri. Semakin lama, semakin saya tidak mengerti bagaimanakah yang dinamakan jangan pentingkan diri sendiri. Jadi pada tarikh lahir saya yang ke 11, saya nekad melarikan diri. Mungkin itu yang diperlukan mereka. Lalu bergelandanganlah saya di sekitar ibu kota. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sehinggalah, ustaz menyelamatkan saya. Terima kasih ustaz."

"Inilah akibatnya. Ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah. Tapi kes awak ni, ibu bapa bergaduh cerai berai, anak yang teraniaya. Tak apalah Dani, jadikan itu semua sebagai pengajaran. Semoga awak dapat mengecapi hidup yang lebih baik dari mereka semua."

Wajah Suzie sedih mendengar cerita Dani. Tapi seperti biasa, air mata mereka telah kering. Terlalu kerap menangis sehingga tiada lagi air yang boleh mengalir menzahirkan kesedihan itu.

"Rasa itu jangan disimpan sendiri. Kalau terlalu berat, luahkan sahaja. Saya yakin rahsia itu antara kita bertiga sahaja."
Ustaz menghembuskan kata-kata semangat agar Suzie juga mengongsikan perasaannya. Sebagai guru agama dan guru kaunseling, ustaz merupakan penjaga yang paling rapat dengan semua penghuni pusat anak yatim ini.

"Saya lahir dalam keluarga berantakan juga. Tapi mereka tidak bercerai hidup, tapi bercerai mati. Bapa saya merupakan seorang yang panas baran. Pantang ada salah sedikit, bukan hanya mulut jadi senjata. Tangan dan kaki juga turut dihayun. Jadi saya sebenarnya mangsa deranya, dan ibulah yang sering melindungi saya. Tapi malam itu ketika bapa memukul saya, tiba-tiba ibu bertukar watak. Dia menjadi sangat berbeza, kekuatannya juga bertambah ganda, mungkin adrelinnya meningkat mendadak. Tak terlawan kudrat bapa. Mereka bergaduh dan akhirnya bapa mati kerana kehilangan darah yang bayak di kepala. Selepas itu marah ibu masih tersisa, dan saya yang menjadi mangsa. Lalu jiran-jiran datang dan menangkap ibu. Ibu dituduh membunuh dan mendera saya. Pada ketika itu saya masih kecil dan tak tahu apa yang berlaku, apa erti semua itu lalu saya dihantar ke sini. Beberapa tahun selepas itu saya dapat tahu yang ibu membunuh diri di dalam penjara"

"Teruskan tabah. Saya yakin dia sebenarnya tak berniat untuk mendera kamu dan tndakannya itu hanya bagi melindungi kamu. Doakan lah dia selalu."

"Baiklah ustaz, saya pun fikir begitu dan saya tak pernah meratapi nasib saya dan keluarga saya. Saya yakin ada hikmah disebalik segala masalah ini. Terima kasih kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang."

"Jadi mulai esok kamu mesti berusaha lebih kuat lagi agar nanti esok lusa kamu dapat membantu anak-anak yatim yang lain. Tapi kalau tak mampu, cukuplah sekadar kamu memajukan diri sendiri."

....

Dani dan Suzie hanya melihat kereta usang ustaz semakin lama semakin mengecil dari pandangan mata. Hari pendaftaran mereka ke sekolah teknik, sekolah berasrama. Tidak seperti orang lain yang dihantar ibu bapa dan keluarga, mereka berdua dihantar ustaz sahaja.

Balik

Sama macam hari-hari semalam, stesen komuter seremban tidak pernah lengang. Ada sahaja manusia yang ingin menggunakakn perkhidmatan kereta api cabuk ini yang menghubungkan negeri sembilan dengan ibu negara Malaysia.

Dalam kesesakan itu terselit Dani dan juga Suzie. Usai membeli tiket sehala ke KL sentral mereka berdua menunggu di platfrom. Beginilah keadaannya di stesen komuter. Selagi isipadu kumulatif manusia itu tak menghampiri isipadu gerabak kereta api, selagi itulah kereta api tak akan sampai. Tak tahu mana silapnya, atau sememangnya tiada sebarang kesilapan dalam mengatur jadual perjalanan, tetapi memang sistemnya direka sebegini. Bukan keselesaan dan kepuasan pelanggan diutamakan, tapi keuntungan syarikat yang didahulukan.

Masih ingin lagi pada suatu ketika dahulu, Perdana Menteri yang ke lima turut pernah bersesak sesak dalam kereta api ini bagai ikan sardin dalam tin ayam brand. Ketika itu malu besar komuter, dan seluruh malaysia menjangkakan akan adanya perubahan positif dari pihak komuter. Namun semua harapan musnah walau dengan pelaburan membeli gerabak-gerabak terpakai. Rela membeli barangan bundle dari menghasilkan sendiri. Maklumlah memang budaya rakyat malaysia bekerja sambil lewa, tidak mementingkan kualiti. Jadi lebih baik beli bundle dari beli baru tapi 1001 masalah.

Setelah menunggu hampir sejam, barulah keretaapi tiba. Berasak-asak mereka menaiki keretaapi. Langsung tiada adab dan tatsusila siviknya. Masing-masing memikirkan akan diri sendiri. Penuh kerusi dengan bontot, penuh juga tiang, palang dan dinding dijadikan tempat berpaut mengelak dari terjatuh dan terhuyung hayang kerana inertia. Dalam kesesakan itu, Dani berdiri berhadapan dengan Suzie. Rapat, sangat rapat. Bukan sengaja tapi memang sesak, dan lebih baik Suzie di depan Dani. Rasa lebih selamat.

Tiba-tiba dalam terhuyung hayang dibuai gerakan kereta api yang halajunya sentiasa berubah yang lampunya kadang nyala kadang terpadam, telefon bimbit Dani berbunyi. Di seluknya poket seluar dan dengan bersusah payah dipandang skrin telefonnya. Lalu dibiarkan sahaja dan ditekan butang batal. Tidak ingin dijawab panggilan tersebut.

"Siapa?"
Tanya Suzie.

"Emak Esah."
"Dia nak apa?"
"Mana tau."

Dengan pantas Suzie mencapai tangan Dani lalu diambilnya telefon dani dengan cermat. Suzie bersandar ke dinding gerabak dan dengan kedua tangannya, dia membuka penutup telefon Dani. Lalu ditanggalkan kad simnya dan dipulangkan semula telefon Dani. Lalu dia tersenyum pada Dani.

Dani hanya termanggu. Tapi belum sempat Dani bersuara. Suzie menunjukkan telefonnya yang telah berbogel dan kad simnya turut dikeluarkan.

"Tak apa, nanti sampai KL Sentral kita beli nombor baru ye. Biar tak ada orang lain yang kacau kita lepas ni."

Baru Dani faham dan dia tersenyum. Senyum ikhlas, senyum kegembiraan, bukan senyuman yang dibuat-buat. Lalu Dani dengan spontan terus memeluk Suzie. Pelukan yang bukan bersifat nafsu, tapi pelukan yang penuh kasih sayang. Getar kasih itu dapat dirasakan Suzie dan secara tak sengaja tumpah air matanya membasahi bahu Dani. Dani tersedar, lalu melepaskan pelukannya perlahan-lahan.

"Kenapa Suzie? Aku ada sakitkan kau ke?"
"Tak ada apa, aku cuma terharu. Selama aku hidup, selama memori aku berfungsi, inilah kali pertama aku dipeluk dan pelukan ini penuh kasih sayang. Terima kasih Dani. Sebab jadi kawan aku, sahabat aku."
"Dah la jangan menangis ye. Lepas ni aku janji, aku bukan sahaja jadi kawan dan sahabat kau. Aku akan jaga kau dan aku janji akan berikan kasih sayang aku pada kau selama-lamanya."

Wednesday, March 13, 2013

DNA

Simpang kiri pertama selepas simpang Felda Air tawar 2, terletakkan pintu masuk ke Balai Polis Air Tawar 2. Ketika azan maghrib berkumandang, sebuah kereta proton saga BLM masuk ke perkarangan balai dan parkir di garaj. Lalu Jef keluar dari kereta dan memunggah "sampah" yang dijumpai sebentar tadi.

Dicampak sahaja "sampah" tersebut dibawah mejanya. Dia bercadang untuk menyerahkan barangan tersebut kepada unit forensik pada hari isnin nanti, maklumlah esok ahad dan juru teknik dan penyelia makmal bercuti. Baru hendak beredar, Jef ternampak sebuah fail biru di atas mejanya. Terus dia teringat akan panggilan dari unit forensik jam 4 petang tadi. Mungkin inilah fail yang menghuraikan cell epidermik di celah kuku mangsa. Dijana semangat ingin tahu, dia terus melabuhkan punggung ke kerusi empuknya. Keputusan itu juga dibuat kerana adanya suara-suara halus syaitan yang membisikkan hasutan biar secara tak langsung solatnya dilambat-lambatkan. Atau mungkin terus tertinggal.

Mangsa perempuan dilaporkan sebagai Esah binti Majid dan mangsa lelaki pula bernama Mohd Husin bin Bot. Masing-masing berusia 22 tahun. Maklumat penting ini diperolehi oleh unit forensik dengan melakukan imbasan cap jari mangsa. Disebabkan sistem biometrik yang diguna pakai kerajaan malaysia, setiap rakyat yang mempunyai kad pengenalan telah disimpan corak cap jari mereka dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Malaysia. Pengkalan data ini dapat diakses dengan mudah oleh semua agensi kerajaan bagi menyimpan perihal penting seseorang.


"Bendasing yang terdapat di celah kuku Esah merupakan cell epidermis. Beberapa siri ujian telah dijalankan bagi menstruktur semula DNA cell tersebut dan DNA cell epidermik itu sepadan dengan DNA mangsa lelaki, Mohd Husin bin Bot."

Ternyata Jef terkejut dengan isi laporan tersebut. Sangkaannya cell epidermik itu dapat memudahkan siasatannya, tapi kesimpulan laporan tersebut lebih mengusutkan benak fikirannya.

"Tak mungkin Husin yang membunuh Esah. Kalau Husin yang membunuh Esah, siapa yang membunuh Husin? Pasti mereka berdua dibunuh oleh individu yang sama, kerana cara pembunuhan adalah serupa iaitu mereka dipukul dahulu sebelum disembelih. Khemah yang dijumpai petang tadi juga menyokong teori ini"
Monolog sendirian Husin dimejanya.

"Assalamualaikum, apa awak buat di sini Husin? tak balik lagi?"
Tiba-tiba ketua balai muncul dan menyapa Jef.

"Err, belum tuan. Saya pening memikirkan kes bunuh ni tuan."
"Oh, dah solat maghrib? Dah nak habis waktu ni. Kalau buntu mintalah pertolongan dari Allah, tuhan yang maha mengetahui. Perkara dulu, kini dan masa depan. Perkara yang nampak dan yang tak nampak."
"Hampir terlupa saya. Terima kasih mengigatkan."
"Lagi satu, saya dah baca fail biru ni, sila dapatkan nombor telefon ibu bapa mangsa untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah."
"Baik tuan, tapi saya ada jumpa bahan bukti di tempat kejadian tadi tuan."
"Buat laporan dan letak atas meja saya. Saya nak balik, anak bini dah tunggu nak dinner sama. Esok pagi saya masuk lagi."

Jef hanya mengangguk dan membiarkan ketua balai berlalu. Kerana kekagumannya terhadap ketua balai, dia terlupa untuk memberikan tabik hormat. Tetapi tidak mengapa, sebab ketua balai merupakan seorang ketua yang memahami dan penuh dedikasi.

Tuesday, March 12, 2013

Sampah


Setelah puas berendam dan berenang. Mujur datang dia hanya bersendiri, kalau bersama rakan mahu sahaja dia terjun tiruk dan lipat gulung menggila bersama seperti waktu muda remaja mereka bermain di sungai dan kuala. Dalam khayal mengenang kenangan lalu, mata mengerling ke tangan kiri dan jam g-sock menunjukkan pukul 6.00 petang. Nyaman air terjun membuatkan Jef terlupa untuk bersolat pada awal waktu. Lekas dia beristigfar dan keluar dari air. Lalu terus ke tandas membilas badan dan ke surau menunaikan solat asar.

Walau sudah hampir maghrib, tapi masih banyak lagi kereta di tempat parkir. Mungkin ada yang berhajat untuk bermalam di hotel dan mungkin ada yang masih belum puas berendam. Maklumlah kerana mengejar kemajuan, sudah kurang tempat untuk berkelah. Sedangkan pantai pun kotor inikan pula air terjun. Ramai yang tidak bertanggungjawab, tidak memikirkan orang lain dan generasi akan datang. Hanya fikirkan kesenangan diri sendiri terutamanya tentang pengurusan sampah. Sampaikan semak samun pun menjadi lubuk pembuangan sampah.

Sambil membuka tingkap kereta bagi menikmati udara segar, Jef memandu dengan perlahan-lahan. Tergeleng-geleng dia melihat monyet dan kera berpesta di tepi jalan menggeledah sampah sarap yang dibuang manusia. Jangan salahkan monyet kalau esok lusa, mereka menyerang bandar dan pandai membuka plastic roti, mengoyak jajan dan juga mengopek tupper ware. Ini semua disebabkan sifat manusia itu sendiri terutamanya masyarakat Malaysia yang hidup di Negara kelas ke dua tapi bersikap kelas ketiga.

Tiba-tiba, mata Jef tertarik dengan satu longgokan sampah berwarna merah. Tidak seperti sampah sarap lain yang menjadi kegilaan monyet dank era. Sampah ini seperti terbiar begitu sahaja. Lantas dia membelokkan kereta ke bahu jalan dan memarkir di situ. Di ambilnya kamera digital dan sebatang ranting sebesar ibu jari. Lalu diselak longgokan sampah tersebut. Ternyata ia bukan sampah yang biasa. Ianya seperti khemah. Bukan 1, tapi 2, dan keduanya berwarna merah. Cuma yang 1 merah terang dan lagi 1 merah pudar, mungkin lebih kerap digunakan.

Gambar khemah dalam kedudukan asal diambil beberapa keping. Lalu Jef mengambil plastic hitam yang sentiasa disediakan dalam bonet keretanya. Dimasukkan khemah tersebut dan segala barangan lain seperti lilin, plastic makanan dan periuk askar.

Jef berpendapat barangan ini ada kaitannya dengan sepasang mayat yang kini kaku di bilik mayat Hospital Daerah Kota Tinggi. Dia ingin membawa pulang ke Balai dan melakukan siasatan lanjut. Deduksinya menyatakan si pembunuh mengenali si mangsa dan mereka semua berkhemah bersama-sama. Berkemungkinan besar ada hubungan rapat antara mereka semua, sebab itu mereka dikebumikan walau tak sempurna. Kalau mereka tidak mengenali satu sama lain, sudah pasti mayat ditinggal begitu sahaja dan jika pembunuhan dirancang teliti kenapa ditanam ditempat terbuka dan tidak ditanam sedalam mungkin.

Penemuan khemah dan barangan lain juga memdedahkan fakta yang mereka datang untuk berkhemah bersama-sama. Sebagai seorang penjenayah yang dalam situasi kelam kabut untuk menyembunyikan mayat, dia pasti tak ingin meninggalkan bukti jelas. Jadi segala kelengkapan berkhemah di kemas dan dilarikan dari lokasi pembunuhan. Tetapi akal si pembunuh juga agak bijak. Kerana takut adanya sekatan jalan raya, lebih baik dia terus membuang khemah tersebut.

Jelas, gaya penjenayah amatur. Jenayah yang tidak dirancang dengan teliti. Dengan izin Allah, mungkin kes ini dapat diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Sedang asyik memikirkan segala kemungkinan, tiba-tiba plastic hitam yang membalut khemah tadi terburai ketika mahu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Objek pertama yang jatuh adalah sebilah pisau Rambo. Nasibnya Jef baik, pisau itu jatuh hanya beberapa cm jaraknya dari kaki Jef. Jika tidak mungkin kaki tercedera dan ke tulenan pisau yang dipercayai sebagai bahan bukti kes ini terjejas. Bila sudah ada darah Jef kebarangkalian untuk mengenal pasti komponen lain yang ada di pisau itu akan berkurangan.

Dikutip dengan berhati-hati lalu dimasukkan ke dalam plastic lutsinar yang lebih kecik dan diasingkan dari bahan bukti yang lain.  

Monday, March 11, 2013

Lokasi kejadian


Inilah tugas seorang anggota polis. Tidak kira masa, asal ada kerja, pasti kena melapor diri. Biar hari sabtu biar hari ahad. Kadangkala cuti tahun pun dibekukan jika ada kes-kes besar melanda. Tapi seringkali rakyat dan orang awan langsung tidak memikirkan perasaan anggota polis. Yang difikir hanya perasaan dia sendiri, hanya senang dia sendiri. Kalau banyak kes curi, polis dipersalahkan, kalau polis banyak buat rondaan, buat sekatan jalan, soal macam-macam nanti dia kata polis buat peleceh. Manusia, mana pernah syukur. Bagi malaikat jaga pun tak rasa selamat.

Kita ingat bos-bos ni kerja goyang kaki, kerja mengarah sana sini, datang kerja lambat, balik awal. Tapi ketua balai polis ini lain kerenahnya, dia merupakan seorang ketua yang berdedikasi dan sangat berdisplin. Walau hari ini hari sabtu, tapi kerana tugas dan janji seawall jam 7 pagi dia telah tekun membaca segala laporan yang disediakan anak buahnya. Dia lebih gemarkan laporan dalam bentuk kertas, dia tidak gemar membaca diskrin computer. Menyeksa mata dan dia takut maklumat-maklumat tersebut terbocor. Maklumlah, dunia kini tanpa sempadan dan jenayah juga kini tidak had perikemanusiaan.

“Selamat pagi tuan. Ini dia laporan yang Tuan minta.”

“Bagus, awal. Tapi lain kali tolong tepati masa. Saya minta petang, tolong bagi petang.”

“Maafkan saya tuan. Tapi tuan, saya ingin meminta pertolongan tuan. Saya dapati, doctor telah menjumpai cell epidermis penjenayah dicelah kuku mangsa wanita dan telah serahkan cell tersebut pada unit forensic. Boleh tuan arahkan mereka agar menyediakan laporan itu secepat mungkin?”

Ketua balai membaca laporan sepintas lalu dan mengutip info-info penting sambil mengangguk-angguk mendengar permintaan Jef.

“Baik, saya akan arahkan mereka memberi laporan itu terus kepada awak. Sila pastikan awak mendapat laporan tersebut sebelum isnin dan jika tidak dapat, beritahu saya dalam kadar segera.”

“Terima kasih tuan.”

...

Selesai menghantar laporan, Jef terus mendapat akal untuk pergi ke lokasi kejadian di Air terjun kota tinggi. Selain melihat tapak kejadian, mungkin dia juga dapat bermandi manda dan mencuci mata. Lalu dia bergegas pulang kerumah dan menukar pakaian kasual dan membawa beg galas yang telah terisi baju gentian serta tuala.

Sesampai di air terjun, penuh manusia berbilang bangsa dan lapisan umur. Bila dilihatnya anak-anak kecil bermain kejar mengejar, gelagat ayah mengajar anak berenang, kerenah ibu menghidangkan bekal makanan, sayu rasa hatinya. Jika peristiwa 7 tahun lepas tidak terjadi, pasti hari ini dia tidak kesunyian. Tapi apakan daya, biar jiwa kosong asal tidak derhaka. Biar dia seorang yang menanggungnya.

Dihadapannya kini tapak khemah teratas. Langsung tiada kesan. Lokasi tersebut telah dibersihkan agar tiada orang mengetahui kejadian itu. Bukan niat pihak polis untuk merahsiakan, bukan konspirasi kerajaan untuk menyembunyikan, tapi ini semua berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam. Mungkin tak ramai yang memahami, tapi tiada apa yang boleh mereka lakukan, lebih baik polis dan kerajaan yang jadi kambing hitam daripada nanti semua orang dalam ketakutan. Kesannya nanti bukan saja pada psikologi, tapi turut pada ekonomi.

Gambar-gambar yang telah dilihat semalam dipaparkan kembali dalam kotak mindanya. Ya, di sini mayat tersebut ditemui. Memang tidak dibiar tidak terurus, tapi lubang yang digali bagi menanam 2 mayat itu tidak dalam. Mujur penjaga air terjun dan kawasan perkhemahan disitu menjumpai mayat mereka kerana keganjilan terhadap pemukaan tanah. Mungkin kalau mayat mula membusuk, akan ada binatang yang terlebih dahulu menjamah mereka.

Dilihat dari bekas lubang, penggalian dilakukan tanpa peralatan yang sesuai. Kini dia sendiri meragui hipotesisnya. Jika mangsa dibunuh ditempat lain lalu dibawa ke sini, sudah pasti si pembunuh akan membawa peralatan lengkap. Lekas-lekas dia mencatatkan kesangsiannya itu di buku nota.

Dilihat lagi disekeliling kawasan tersebut. Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu. Hampir tersungkur. Lalu diperiksa dan terdapat besi cangkuk khemah di situ. Jadi mungkin mangsa diperangkap untuk berkhemah disitu lalu dibunuh dengan kejam. Tapi tidak pula dijumpai bekas bara api yang menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang berkhemah. Mungkin mereka semua menggunakan lampu berbateri dan juga memasak menggunakan dapur dengan gas kecil.

Segala butiran dicatat dalam buku notanya dan banyak gambar diambil mnggunakan kamera digital miliknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya bordering.

“Hello, ye saya. Oh dah ready ye. Ok tinggalkan di atas meja saya. Nanti balik saya ambil. Terima Kasih ya.”

Alhamdulillah, kerjanya hampir selesai. Laporan terhadap cell epidermis telah tersedia dan jika ikut perangai gila kerja Jef, mahu sahaja dia terus pulang dan membaca laporan tersebut. Tapi air terjun bagai bernyanyi memanggil jef untuk merasa sejuk nyamannya ciptaan Allah ini. Dari mana asalnya air yang sentiasa mengalir ini. Bagai mana tiba-tiba air boleh berada di puncak bukit. Mungkin dengan sedikit kajian Jef akan tahu semua jawapan mengenai air terjun. Tapi kini masanya untuk dia bermandi manda melupakan sejenak perihal kerja dan memanjakan dirinya.

Sunday, March 10, 2013

Kekalahan harimau selatan


“Apa a keeper dengan defence johor ni. Ayam je kena ngan Selangor. Dah la, aku nak balik a gini. Nasib baik aku tak ikut rombongan pergi Shah Alam, kalau tak lagi frust beb."

“Betol, meh la kita balik. Goyang telur kat rumah lagi seronok dari perabis masa tengok Johor kalah.”

“Tak ada luck ni. Johor dah conquer kot. Biasa la tu tak ada rezeki, Man u pun pernah kalah 6-1. Nah ambil fail ni. Kalau kau rasa nak tengok gak mayat tu datang isnin. Kalau Kau rasa nak urgent, datang esok pagi, tapi bayar la OT aku ye. Bukan freem walau rumah aku belakang rumah mayat tu je.”

“Yelah-yelah. Aku tau lah, bukan sekali dua aku deal dengan kau ni. Oklah keirimkan salam pada orang rumah kau tu.”

Selesai membuat bayaran, lekas-lekas Jef menghidupkan enjin kereta dan berlalu menuju ke rumah. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 20 minit itu, sempat juga dia membuka sampul surat dan mengeluarkan beberapa keeping gambar. Kalau petang tadi gambar mangsa di tempat kejadian, ini pula gambar mangsa yang telah dibersihkan. Lagi pucat putih. Sepertinya ada mayat lelaki dan juga perempuan. Dari gambar-gambar itu juga terdapat kesan torehan di leher-leher mangsa. Cara pembunuhan yang sama. Tapi benarkah mereka mati kerana disembelih? Semua fakta itu perlu dikaji dengan teliti dari laporan bedah siasat.

...

“Mangsa wanita berusia dalam lingkungan 20an. Tiada sebarang dokumen pengenalan yang terdapat dipakaian mangsa...
Mangsa mati kerana kehilangan banyak darah. Turut terdapat kesan-kesan luka dan calar seperti luka terkena objek tajam. Mungkin Terkena duri atau kuku manusia dan binatang...
Terdapat benda asing dalam kuku mangsa. Dipercayai epidermis si penyerang. Sample epidermis telah diserahkan kepada bahagian forensic polis diraja Malaysia bahagian kota tinggi...”

Cepat-cepat Jef google di internet mengenai epidermis. Kulit manusia terdiri dari beberapa lapisan cell dan epidermis merupakan lapisan cell yang teratas. Jadi jika benar ini merupakan cell daripada si penyerang, ini merupakan satu bukti penting. Matanya kini beralih kepada laporan mengenai mangsa lelaki.

“Mangsa lelaki berusia dalam ligkunagn 20an. Tiada sebarang dokumen pengenalan yang terdapat dipakaian mangsa...
Walau terdapat kesan torehan dileher mangsa, tetapi mangsa sebenarnya terlebih dahulu mati disebabkan pukulan kuat dengan objek tumpul dibahagian rusuk. Beberapa tulang rusuk patah dan mencucuk paru-paru mangsa. Kesan lebam juga terlihat diseluruh badan mangsa...”

Laporan bedah siasat itu dipadankan dengan laporan awal yang direkodkan oleh Inspektor Mizal. Yang menjadi kekeliruan di kotak fikiran Jef adalah kenapa kedua-dua mangsa tiada sebarang dokumen pengenalan dan kenapa mangsa berada di kawasan perkhemahan tapi tiada sebarang khemah didirikan.
Hipotesis awal yang dapat difikirkan Jef ialah mangsa telah dibunuh ditempat lain lalu dibawa ke lokasi tersebut. Tapi jawapan sebenarnnya adalah bergantung kepada cell epidermis yang terdapat dicelah kuku mangsa wanita. Mungkin bukti itu dapat membantu.

Friday, March 8, 2013

Tugas


Jam 5 petang, jadual kerja dia habis pada ketika ini. Sebagai seorang anggota polis yang berdisplin, dia segera pulang ke rumah, walau sebenarnya tidaklah gemar mana dia untuk balik ke rumah. Ini kerana tiada sesiapa yang menunggunya di rumah. Maklumlah bujang terlajak. Cinta dulu tersangkut ditengah jalan macam youtube yang buffer, lalu hati patah seribu bagai menangis di ombak rindu.

Mujur dia duduk di Felda yang segenap generasi peramah dan mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Lagi-lagi petang nanti berkumpul semua orang di padang, ramai-ramai bermain bola. Tapi ada juga yang sekadar menjadi penonton. Menyokong tidak membenci pun tidak.

Baru dia nk bersiap menyarung jersi darul takzim, jersi original yang dibeli ketika menonton perlawanan di stadium minggu lalu, telefon bimbitnya bordering.

“Waalaikum salam tuan.”
Ketua balai yang menelefon rupanya, mungkin nak bertanyakan perihal lembu yang mati tadi pagi.

“Apa tuan? Baik tuan. Saya gerak sekarang tuan. Assalamualaikum.”
Nampaknya dia tidak dapat meneruskan hasratnya bermain bola sepak. Tapi demi tugas dan tanggungjawab dia turutkan. Ada bukti-bukti yang pembunuhan telah berlaku.

....

Setibanya Jef di balai, ketua polis masih lagi sibuk berbual di telefon dengan pintu pejabat yang sedikit ternganga. Melihat sahaja kelibat Jef, Ketua balai terus mengisyaratkan Jef masuk dan duduk di depan mejanya. Sepertinya ketua polis berbincang tentang pelan kawalan keselamatan dengan wakil rakyat untuk majlis lawatan perdana menteri ke Felda Air Tawar 2 pada minggu hadapan. Lalu dia pergi memusingkan monitor komputernya. Membuka satu folder dan membuka gambar-gambar yang terdapat didalamnya serta mengisyaratkan Jef melihat satu per satu.

Ye ini memang kes bunuh. Itu sahaja yang terlintas dalam kepala Jef.

“Ok Jef, awak dah tengok gambar-gambar tadi?”

“Sudah tuan.”

“Jadi saya serahkan tugas ini kepada awak. Sila dapatkan fail laporan dari Inspektor Mizal. Saya terpaksa serahkan siasatan ini kepada awak kerana Inspektor Mizal saya perlukan untuk persediaan lawatan PM nanti. Esok sila ke Hospital Kota Tinggi dan dapatkan laporan bedah siatan. Saya juga nak awak siasat siapakah identity mereka. Saya nak laporan lengkap sebelum jam 3 petang esok.”

“Baik tuan.”

Sambil melangkah keluar dari bilik ketua balai, Jef terus sahaja menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon nokia 3310 nya. Bukan tak berduit nak beli smart phone, lagi-lagi sekarang ni ada rebat telefon pintar. Tapi Jef lebih selesa menggunakan telefon bimbit terulung ini. Lasak, memang sesuai dengan kerjayanya. Lalu dia menelefon penjaga bilik mayat yang merupakan kawan sepermainannya sewaktu kecil dahulu.

 “Bro assalamualaikum. Macam mana suasana kat tempat kau kerja? Meriah? Banyak yang check in? Ada Bilik kosong lagi tak?”
Bertubi-tubi soalan diutarakan dan jawapannya hanya ketawa berdekah-dekah.

“Wei mayat lelaki perempuan yang mati dekat air terjun tu dah bedah siasat belum? Aku nak laporan dial ah. Aku kena follow up kes ni.”
“Ok cun, malam ni jumpa kat Haji Daud. Tengok JDT lawan Selangor. Mesti bungkus a Selangor tu.”





Thursday, March 7, 2013

kes bunuh?

Pagi hening, mata berat lepas kena nasi lemak sambal sotong lagi-lagi dibalut dengan daun pisang dan surat khabar lama gambar kumpulan rock rimba bara. Tiba-tiba suasana tenang nyaman di Balai Polis Air Tawar 2 gempar.

"Assalamualaikum tuan."
Seorang pemuda melangkah masuk. Dengan muka berkerut seribu dia memulakan cerita.

"Tuan saya nak buat laporan tuan. Ada kes mati tuan. Saya suspek Kes bunuh ni."
Tanpa segan silu dia terus duduk di meja membuat laporan.

"Tenang cik tenang. Kes mati ni bahaya, Jadi saya minya encik tenangkan diri. Mula-mula keluarkan kad pengenalan, saya nak ambil butir peribadi encik."
Jefri polis yang bertugas menjalankan tugasnya dengan penuh berhemah. Walau pengadu cemas dengan kes kematian, dia tetap tersenyum lebar. Biar sejuk hati si pengadu.

"Ala tuan, saya lupa bawa IC. Dari dalam tadi terus mengakas datang sini. Mana saya ingat nak balik rumah amik semua tu. Ok, nama saya Imbran. No IC 980504017654. Nak itu jekan?"

"Ye, jadi teruskan dengan laporan awak."

"Macam ni tuan, tadi tengah saya menebas lalang, tiba-tiba saya ternampak lembu saya dah berbuih mulut dia tuan. Mungkin dia kena racun tuan."
Panjang lebar Imbran menceritakan perihal lembu ternakannya yang terbunuh itu. Sampaikan cerita dia menampar lembu tu pun ada.

"Assalamualaikun tuan, saya balik dulu. Minta tuan siasat la ye. Sekarang kena dekat saya tak apa, lembu saya banyak, kalau kena dekat jiran saya tu, kesian dia. Dah lah lembu sepasang. 2,2 jantan. Gay agaknya lembu dia tu."
Imbran bersalam lalu bergegas meninggalkan balai polis denga menaiki kereta wira merah hasil ternakan lembunya itu.

"Kenapa tu Jef. Buat report kenapa?"
"Ala pasal lembu dia mati."
"Hish apa lah nak jadi zaman sekarang ni kan. Sikit-sikit report, sikit-sikit saman. Tak ada benda lain. Yang jadi mangsa siapa.?"
"Kita juga."

Wednesday, March 6, 2013

Terakhir

Dalam diam hening malam Dani membuka ikatan yang membelenggu Suzie. Lalu dipeluknya Suzie erat-erat. Suzie juga membalas pelukan itu.

Husin terkejut dengan perlakuan tersebut.
"Apa kau buat ni Dani. Kau nak lepaskan pembunuh ni ke?"

Dani melepaskan dakapan lalu berpaling memandang Husin, sambil jari jemarinya mengeggam jemari Suzie. Sambil menggelingkan kepala berkali-kali.

Husin mula resah dan dia dapat merasakan bahaya. Sebelum terlambat dia mula membuka langkah. Bukan langkah silat, tapi langkah seribu. Dengan tangkas dia melompat dan berlari ke anak tangga. Biar apa pun niat Dani dan Suzie lebih baik dia melarikan diri dahulu. Strateginya adalah untuk turun ke tapak khemah terbawah dan mendapatkan pertolongan dari manusia-manusia hilang akal si kaki botol tadi.

Belum sempat menjejakki anak tangga pertama, kolar bajunya disentap keras. Dani lebih pantas. Halkum Husin tersakiti lalu nafas bagai terhenti sedetik. Namun tindakan kasar Dani itu tidaklah apa-apa, dan dengan tiba-tiba Husin melayangkan satu tumbukan deras. Dani melepaskan kolar Husin dan berganjak kebelakang dengan pantas, menyebabkan tumbukan deras Husin hanya memakan angin.

"Sudahlah Husin, baik kau jangan lari ke mana-mana. Aku janji yang kau akan selamat."

"Macam mana aku nak percayakan kau. Kau sendiri yang melepaskan Suzie. Mungkin kau pun sebenarnya memang mengetahui segala rancangan ini. Dan memang jelas, kau turut terlibat."

"Apa yang kau merepek ni Husin. Aku tak tahu apa-apa pun pasal rancangan ini. Aku pun sedih kehilangan Esah."

"Masalahnya semua benda macam menunjukkan kau bersubahat dengan Suzie. Pertama, kau yang beriya memperkenalkan aku dengan Suzie, Kedua, kau yang mencadangkan air terjun ni, satu tempat yang terpencil. Pandai kau pilih tempat ye, jadi lepas ni kau berdua boleh cuci tangan. Ketiga kau lepaskan Suzie yang terang-terangan menjadi pembunuh Esah. Jadi aku berhak mengesyaki kau."

"Aku perkenalkan kau dengan Suzie sebab aku kenal kau lebih dari orang lain, dan aku lebih yakin untuk membiarkan kau membimbing sahabat aku ni. Tentang air terjun ni, aku pun tak tahu apa-apa pasal tempat ni, just ada bloggers2 yang cakap tempat ni best. Dan aku lepaskan Suzie sebab aku rasa bukan dia sahaja yang patut dihukum. Sepatutnya aku lah orang yang lebih layak dipersalahkan. Tapi aku tak nak lah benda ini jadi lebih teruk. Apa yang dah berlaku biarkan. Esah yang dah mati, kita semua patutnya teruskan hidup seperti biasa. Dan aku pun dah berjanji akan menjaga Suzie sampai bila-bila. Tak sanggup lagi aku membiarkan dia melakukan benda-benda negatif demi aku. Kalau betullah mata aku ni buta dengan cinta dia, biarlah aku gunakan deria lain bagi melihat dan merasai cinta hati dia."

"Bullshit!!!"
Husin tidak dapat menahan marah lalu melancarkan serangan. Seperti kebiasaan seorang pengamal teakwando, tendangan yang menjadi pilihan. Dengan menendang jarak serangan adalah lebih jauh berbanding dengan tumbukan. Tendangan itu mudah ditepis oleh Dani. Belum sesaat kaki kanan Husin mencecah tanah, kakinya sekali lagi diangkat setinggi peha mensasarkan tulang femur dan dengan keadaan bersedia Dani ingin menangkap kaki Husin. Namun Husin hanya bermain muslihat. Dengan pantas dia mengalihkan titik sasaran mengarah ke leher Dani yang kini sedikit condong kerana kesediaannya untuk menangkap kaki Husin. Namun sasarannya sedikit tersasar, bukan leher jadi mangsa, sebaliknya mulut Dani.

Bila bibir terhimpit ditengah kaki dan gigi, bibir yang berdarah. Penuh darah membasahi mulut dan diludah keras ke tanah. Dani mengesat baki darah dan kini bunga persilatan dibuka, kuda-kuda dipasang kemas. Melihat lawannya bertambah serius, Husin terkinja-kinja sambil mengacah-acah Dani. Tapi asas persilatan selalunya hanya menunggu, jadi Dani sedikit pun tidak bergerak hanya matanya tertumpu pada paras pinggang agar setiap gerakan dapat dibaca. Biar kaki biar tangan.

Kaki kiri diacah tapi kaki kanan yang menendang, sama strateginya semasa berlawan dengan Suzie tadi. Tapi Dani telah bersedia dan dia dengan pantas maju kehadapan dan menyiku peha Husin yang separas dengan dadanya. Husin berundur kesakitan dan semasa itu juga Dani menundukkan badan menggenggam sedikit pasir lalu di campak kewajah Husin. Mata Husin kepedihan sehingga dia terpaksa menutup mata, satu dua das tumbukan mengenai dada, kepala Husin dirangkul diletak diketiak lalu ditarik dan perutnya di asak dengan lutut Dani. Hanya mengerang kesakitan dan Dani mencampakkannya terus ke tanah.

Belum sempat mengambil nafas, Dani melompat kesisi Husin dan bertalu-talu buku limanya menghentam wajah Husin. Berdarah lebam muka Husin, lembik lesu tiada lagi tenaga untuk berlawan. Mujur Suzie menghalang. Kalau tidak mungkin ada beberapa gigi yang akan patah.

Api kemarahan masih membara, lalu Dani pergi menjauh dari Husin dan berbaring. Kata orang kalau marah, duduklah atau lagi bagus berbaring, nescaya marah itu akan hilang. Mengambil peluang itu, Suzie mengikat Husin, sama seperti dia diperlakukan tadi.

.......

Dani bangun dari pembaringan, marahnya beransur hilang.
"Hah, kenapa kau bunuh Husin ni? Kan dah janji tak nak membunuh lagi."

Terperanjat Dani dengan tindakan Suzie. Dia sebenarnya tadi bergaduh bukan bertujuan untuk membunuh, bergaduh hanya untuk menghalang Husin dari lari. Tapi pabila bergaduh, syaitan yang menguasai diri, bukan lagi akal.

"Suzie tak nak ada saksi. Biarlah lepas ni kita sahaja yang tahu."

Hilang kata-kata. Tapi dia terpaksa mengorbankan semua rasa itu demi membendung masalah psikologi Suzie. Kalau Suzie sanggup melakukan semua ini demi dia, dia juga harus melakukan segalanya demi Suzie.