Wednesday, February 17, 2010

Mencintaimu sampai mati

MENCINTAIMU SAMPAI MATI
Nafas ini untukmu,
hidup ini untukmu,
diri ini tercipta demi mencintaimu,
sampai mati.
bila dijemput,
ku terpaksa pergi,
dari panas jadi sejuk,
tiada lagi bernafas,
pucat memutih,
meninggalkan yang hidup,
menunggu kiamat,
sehingga saat itu,
zaman selepas itu,
ku kan tetap mencintaimu.

Monday, February 8, 2010

Pahlawan ayam

Pada suatu hari, muncul seekor raksasa di kampung baru, kuala limau.raksasa itu sungguh ganas, dia suka mengejar kanak-kanak dan menangkap mereka untuk dijadikan binatang peliharaannya. habis semua kanak-kanak lari bertempiaran apabila melihat raksasa tersebut.

demi menjaga keselamatan kampung itu, tok ketua kampung pun memanggil pahlawan ayam untuk menghapuskan raksasa kejam itu.

pertarungan sengit berlangsung selama beberapa hari. tapi ternyata pahlawan ayam sangat hebat lalu ia berjaya mengalahkan si raksasa durjana.

demi membalas jasa pahlawan ayam, tok ketua pun memberikan banyak emas kepadanya.
Pahlawan ayam terus berkhidmat untuk kampung baru, kuala limau dan mereka semua sentiasa gembira bila tahun baru cina menjelang.

Thursday, February 4, 2010

Wednesday, February 3, 2010

Avatar filem Amerika sejati


baru pulang dari menonton avatar 3d. best dan ingin menulis sedikit komen.

gambar yang sangat lawa, mencipta dunia baru yang menarik tak terjangkau imaginasiku.

jalan cerita yang biasa tapi masih best sebab sains fiksyen yang jarang dibuat.

filem amerika sejati sebab terang-terangan menyebarkan propaganda globalisasi dan idealisma penjajahan.


jangan salahkan mereka yang semamangnya tamak dan ego, sebab mereka layak untuk menjajah. siapa kuat dia yang menang.


untuk mengelakkan kita ditindas atau mungkin pupus, saya berpendapat, kita perlu 'work smart and hard'. kita perlu belajar dengan cepat dan menghasilkan teknologi yang lebih hebat dari mereka. kita perlu mencipta satu dimensi yang baru.

gambar dari google