Monday, November 28, 2011

Ayu (6)

Dia istimewa...

Saat pertama kali aku melihat,
aku telah jatuh cinta,
dan dari benih cinta itu,
aku tanamkan azam untuk memilikinya.

Walau berulang kali ku tatap wajah,
walau berulang kali ku selami jiwa,
dia tetap istimewa,
dan tiap kali ku pandang dia,
aku terpikat lalu jatuh cinta lagi.

Wednesday, November 23, 2011

Khidmat Seks

Laki: Buat apa nak hantar dia ke sana?

Bini: Dia gersang tu, dah lama sangat berkurung kat rumah ni. Tu yang asyik bising, tak tentu arah siang malam. Awak mana lah tau, awak pergi kerja, saya ni yang duk rumah, sakit telinga mendengarnya.

Laki: Habis tu kalau beranak semua macam mana? Awak nak jaga? Nak jaga dia pun dah banyak guna duit, lagi nak jaga anak dia.

Bini: Tak pa, saya ada kawan. Dia kata nanti lepas puaskan si marry tu dan kalau lekat, dia akan ambil anak tu. Dia jaga, awak jangan risau ye.

Laki: Awak pasti ke kawan awak tu nak dan rela. Dan awak pasti ke Marry tu setuju?

Bini: Kawan saya tu mesti nak punya lah. Marry pun mesti ok je. Saya dah tengok dah kat mudah.my. Elok je. Selalu dia charge RM200, tapi ni sebab kawan-kawan dia bagi free. Dia nak tolong.

Laki: Betol ke ni?

Bini: Betol, kalau tak caya awak tengok ni. Khidmat Seks untuk kucing.

Wednesday, November 16, 2011

Flood Fesyen


Bangkok Thailand telah berminggu dilanda banjir. Mungkin dah sebulan kot, dan dalam sebulan je, mereka berjaya melahirkan satu fesyen baharu. Selain Nampak cantik dimata, dia juga mampu melindungi kulit gebu gadis-gadis serta jejaka tampan dari dimamah kesejukan air banjir dan juga diserang bacteria degil yang bersembunyi dalam air coklat seperti teh ais.

Seluar kalis air. Paling popular di masa kini.


Dengan pakai seluar ini, awek sexy tetap boleh bergaya seperti mereka dibawah.

Entry ni bukan nak mengejek warga thailand yang dilanda malang, sebaliknya memuji kekretifan mereka. Malaysia yang dah selalu kena banjir pun tak ada pakaian camni. Haha.

sumber Thaivisual.

Sunday, November 13, 2011

Jawapan Ida.

Ida termanggu, terpaku, tiadalah dia mampu berkata apa-apa dan tiadalah dia boleh melakukan apa-apa. Seluruh badannya bagai membeku, dan melumpuh. Tidak lagi ia rasakan kaki dan tangannya. Pandangan matanya tepat memandang ke anak mata Jalal. Dengan seluruh kudrat yang tersisa dia cuba menafsif apa sebenarnya erti pertanyaan Jalal tadi. Hanya gurauan atau satu kata ikhlas yang lahir dari benak si pendahaga cinta. Mata Jalal yang dilihatnya berseri-seri kita berpusing-pusing, lalu menggelap, dan Ida kini telah pengsan. Tiadalah lagi sedarkan diri.

"Ida! kenapa ni? nak kena bagi pernafasan dari mulut ke mulut ke?"
Tanya Jalal kepada mak cik makcik dan pakcik pakcik yang menghuni rumah kebajikan tersebut. Dengan segera juga dia menyingsing lengan baju dan menekupkan tangan ke mulut dan hidung. Dihembusnya sedikit nafas lalu dihirup menggunakan hidung. Saja sekadar mencuba tahap kebauan nafasnya.

"Woi-woi, ko jangan nak mengade ngade. Dah tua pun menggatal mengalahkan budak-budak." Cepat-cepat seorang makcik menghalang tindakan Jalal. Dalam hati terdetik "kalau buat kat aku boleh la, aku dah sangap ni, dah lama ditinggalkan arwah." Sedang elok dia memangku Ida, tiba-tiba dia menangis teresak-esak dan terus berlari masuk ke biliknya. Rindunya datang lah tu.

Ida yang dilepaskan secara tiba-tiba terus tersedar. Tapi dia masih lemah, masih terkejut. Lalu dia memanggil Jalal dan membisikkan sesuatu kepada jalal. "I do."

Jalal menjerit kegirangan. Terlompat lompat bagai beruk dapat bunga. Lompat punya lompat, dia pulak terjatuh. Lalu kakinya terseliuh.

Jadinya, mereka berdua masuk wad hospital.

Thursday, November 10, 2011

Mari kahwin denganku

Jalal tau dia sudah tua, tapi nafsunya masih ada, masih perlu dipuaskan.

Sejak kematian isteri tercinta 2 tahun yang lalu, dia hanya memendam rasa. Bukan tidak lalu melihat janda-janda bergetah, bukan tidak stim melihat dara-dara montok. Tapi cintanya hanya untuk arwah isterinya. Saban malam dia kesejukan, kerana pakai air cond. Kalau dulu sejuk macam mana pun ada bini nak tolong peluk, sekarang nak suruh siapa. Takkan nak suruh anak lelaki dia yang peluk. Tak selera dia. Takkan nak suruh anak perempuan dia yang peluk. Kang kena tuduh sumbang mahram lah pulak.

Disebabkan kesejukan itu, tiap pagi juga dia bangun dengan seluar yang basah. Bukan mimpi basah, tapi kencing malam. Habis tiap pagi jugalah anak-anaknya bergiliran menjemur tilam king size bapak kesayangan mereka. Namun kesabaran mereka, ketaatan mereka ada batasnya. Penat juga wei nak ngangkat, bukan nya ringan. Lalu mereka memujuk Jalal, cari bini baru. Ibu baru buat mereka.

Dalam sedih Jalal mengenang arwah isterinya, Jalal tersenyum sendiri. Lalu dia gelak. Hahahaha. Esok pagi-pagi terus dia segak bergaya keluar dengan kereta Audi putih kepunyaannya. Lagaknya sama seperti kali pertama dia mahu mengurat arwah isterinya. Berseluar yanki, berbaju ketat, berambut letupan (rambut palsu).

Kini dia dah sampai di depan rumah orang tua-tua. Mungkin dia akan mencari kekasih lamanya. Lalu dengan langkah confident dia menyapa seorang wanita tua sebaya dengannya lalu bertanya, "puan, boleh saya cari Ida."

Ida, seorang gadis dara pekerja rumah kebajikan tersebut yang diimport dari Indonesia. Mendengar sahaja orang memanggil namanya, dia jalan terkedek-kedek bagai itik pulang petang pergi mendapatkan suara itu.
"Ye, ada apa encik?"

"Mari kahwin denganku."
Lamar Jalal dengan adiknya telah tegak berdiri. Namun, sperma-sperma yang telah lama bertapa, harus bersabar. Belum tiba masanya lagi.




Wednesday, November 2, 2011

Digigit mentari

Hari-hari ku digigit mentari,
kulit yang dulu sawo matang,
dihiasi sedikit parut kurap,
indah cantik bagai sang sawa,
kini terbakar gelap,
digigit mentari.