Sunday, February 27, 2011

Parti bujang

"Parti bujang? siapa pulak yang nak kahwin ni?"
bebel mak esah, berat untuk melepaskan anak dara suntinya keluar malam-malam begini. Udahlah sekarang ni hangat dengan cerita Kasus pembunuhan tragis. Kalau anak lelaki tak apa lagi, hilang ke mati ke tak ada kesan banyak pun, diorang tu mengabiskan boras je kek rumah. Ni anak dara berbontot besar. Kalau apa-apa jadi kuranglah hantaran untuk diminta nanti.

"Takda sape2 pun nak kahwen mak. Kami ni semuakan masih muda remaja lagi. Tak mainlah kawen awal-awal."
Balas Aminah kepada maknya dengan sopan santun tanpa meninggi suara.

"Dah tu parti bujang apanya?

"Tadi Johan, budak lelaki yang saya minat tu, dia senyum kat Mutawasitah. Sebab tulah kami semua nak buat parti bujang."

"Hah? apa ke connectiviti nya tu. Tak tercapai akal mak nak memikir nya."

"Alah, mak ni bisinglah, amik lah gula-gula kapas ni. Makan diam-diam e. Sayang mak."

Dengan teruja Mak Esah mengambil gula kapas tu. Beginilah perangai Mak Esah sejak kematian lakinya. Dari siang hingga ke malam mengidamkan gula kapas. Puas dibawa berubat, tradisional mahupun moden. Tiada pawang tiada doktor yang mampu mengubatinya. Tapi mereka belum mencuba perubatan islam, belum terbuka hati untuk berjumpa ustaz Amirul.

Dengan senyuman jahat, Aminah keluar mengunci pintu dan mendapatkan kawan-kawannya yang telah lama menunngu di atas unta. Patut la dari tadi bunyi mengunta berkumandang. Rupanya memang ada unta.

Malam masih muda, tidaklah setua unta tunggangan Aminah, Masturah danMashitah tapi tidaklah lebih muda dari 3 anak dara tersebut. Keawetmudaan mereka itu adalah dari cara hidup mereka yang sihat. Hari-hari makan ulam. Kalau boleh beras mentah pun mereka nak telan. Selain sihat, dapat juga mereka berjimat. Jimat wang, jimat tenaga. Maklumlah masing-masing pemalas. Sebab tu masing-masing berbontot besar macam unta. Satu kampung bercerita bontot mereka.

Malam ini malam yang istimewa buat mereka. Mereka sebenarnya dalam perjalanan ke rumah Mutawasitah bagi mengadakan parti bujang. Minum-minum teh, makan-makan jajan dan mengunyah tembakau songeh. Walaupun masih di bawah umur, tapi mereka ini telah ketagih dengan makanan nenek moyang mereka suatu ketika dulu. Sebab tu bibir mereka sering merah mengiurkan tidak kira masa.

Sesampai sahaja di rumah Mutawasitah. Mereka terus mendail khidmat pesanan pizza. Mereka memesan pizza parti bujang yang didatangkang khas dengan penari gelek lelaki. Memang pakej parti bujang sangat. Sedang asyik menunggu ketibaan pakej parti bujang, mereka mulalah mengumpat.

Sedang sibuk mengumpat sambil menenyeh songeh tembakau, loceng pintu pun berbunyi. Lalu Mutawasitah pergi membuka pintu dan menjemput penghantar pizza merangkap penari gelek masuk ke rumah. Susuk tubuh beliau memang sasa. Wajah pun bukan main hensem. Sekali pandang ada iras-iras ronaldo. Teransang jugalah 4 anak dara tu melihat tegak sasanya dia dan langkah yang gagah.

Menyedari pandangan tajam dari mata bulat dan bersinar-sinar dari 4 gadis itu, si penghantar pizza terus membuka beberapa butang bajunya bagi menyerlahkan lagi dadanya yang tegap itu. Sambil menyikat rambut, si penghantar pizza berkata:
"Sorry, i am gay."

Pecah gelas yang dipegang Aminah, tergolek songeh yang ditenyeh Masturah, berterabur habis jajan Mashitah, terbalik terus pizza ditangan Mutawasitah.


Apa punya cerita da...
baik korang baca cengkerama: kasus pembunuhan tragis.

Friday, February 25, 2011

Aku dan kamu

Ceritaku mungkin akan habis,
pengalamanku mungkin tiada baki,
kreditku mungkin macam air,
tapi aku rela korbankan,
demi ingin bersamamu tiap masa,
cukup sekadar sms penyambung cinta.

Dan aku rela terus berusaha,
sampai kau jadi isteri,
sampai kau jadi mama,
sampai bila-bila yang kau sudi
membalas cinta ku.

Monday, February 21, 2011

Cengkerik

Aku berbaring memejam mata,

Terdengar jeritan cengkerik,

Tapi aku di kota batu,

Tiada belukar rumah cengkerik,

Cuma ada batu jalan belang,

Cengkerik dah berhijrah,

Atau aku hanya rindu,

Jeritan cengkerik dan suara desa.


usai membaca blog fynnjamal

terasa rindu untuk berpuisi tiap hari, sepertimana dahulu.

Monday, February 14, 2011

Jantina (repost)

Aku lelaki dan aku hebat,

Kacak bergaya tak kira masa,

Bertubuh gantang menjadi pujaan,

Kadang boroi tetap digilai,

Berkumis berjanggut penambah seri,

Dan kadang bulu liar berkeluarga di dada,

Menambah saham aku lelaki,

Satu asset diidam wanita,

Namun burung kuat ini untuk teristimewa.

Dia perempuan dan dia mempersona,

Cantik ayu harum sentiasa,

Bertubuh langsing bak jam pasir,

Tapi kadang bak labu sayung namun anggun,

Lemak lebihan di dada dan punggung,

Membuat mata tak ingin berkelip,

Saham meningkat seiring ketinggian lemak,

Namun lemak itu untuk teristimewa.


Yang teristimewa itu adalah suami isterimu yang sah. Aku join anti valentine day.

Saturday, February 12, 2011

Malawan zombie

"Argh......... Otak, otak"

Segerombolan manusia yang tak macam manusia berjalan terhoyong hayang menuju jalan yang lurus demi mengejar sebuah keluarga bahagia.

"Tolong.... zomba kejar kami. Zomba nak makan otak kami."

"Zomba, zomba. Zombie la."

Jerit suatu suara yang garau dari sebuah rumah sambil melambai-lambai ke arah keluarga tersebut. Si empunya suara itu ingin berkongsi tempat perlindungan dengan keluarga tersebut. Di kejauhan, seorang gadis melihat kejadian itu dengan perasaan hairan. Dia seperti tidak percaya wujudnya zombie di dunia nyata. Tiba-tiba sedang dia memerhati dengan khusyuk, suatu tangan kasar menyentuh bahu nya. Terperanjat beruk si gadis itu sambil menjerit, "Zombie!!!!"

Alih-alih dia tersedar dari mimpi. Oh, mimpi rupanya. Hampeh tol la. Dengan tidur meniarap dan mulut sedikit ternganga, berjujuran air liurnya meleleh membasahi telefon bimbitnya. Dengan selesa dia menghirup sedikit air liur yang masih bersisi. "Slurppppp". Lebih kurang begitulah bunyinya.

Dalam terpinga-pinga dia mengingati mimpinya tadi, dan tak semena-mena dia teringat yang dia sedang berusaha bersungguh-sungguh bermain game plant vs zombie sebelum dia tidur tadi. Agaknya itulah punca mimpi separa ngeri itu berlaku.
inilah zombie dalam mimpi tadi. sebijik dengan zombie dalam game. banyak sangat main, inilah akibatnya.

Sesiapa yang ingin mimpi zombie ni, try download game plant vs zombie.
kalau salah link jangan marah... huhu

Thursday, February 10, 2011

Anti hari kekasih

Hari kekasih ataupun valentine day disambut seluruh dunia pada 14 februari setiap tahun. DI malaysia pun ramai orang yang menyambutnya dengan cara-cara kurang siuman, sehinggakan adanya kabar angin dan statistik yang mengatakan 9 bulan dari valentine day ni, akan banyaklah bayi-bayi yang dibuang di sana sini. Selepas kedua-dua nya berair, merasa nikmat tuhan, tanpa rasa bersalah mereka membunuh bayi yang tidak berdosa. Patutnya mak diorang buang je diorang time diorang bayi-bayi dulu. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang je.

Sehubungan dengan statistik yang tidak mengembirakan itu, Jakim melancarkan "anti hari kekasih". Itu pun dengarnya cadangan dari pemuda PAS. Eloklah tu, mari kita sama-sama membanteras kegiatan haiwan bertopeng manusia ini dari melakukan kegiatan tidak bermoral.

Laporan diculik dari malaysiakini.

Pecah kaca pecah gelas,
pecah dara jangan terbabas.
Ada cinta ada batas,
Ada teruna simpan kemas-kemas.
Lepas kahwin balonlah puas-puas.

Tuesday, February 8, 2011

Pendrive

Cuti panjang sudah berlalu, sekarang perlu start bergelumang dengan ilmu semula. Sekarang juga aku akan merajinkan semula diri ini mengupdate blog, mungkin hari-hari, kalau permintaan ada dan juga idea ada.

Hari ni kita cerita pasal pendrive. Korang mesti tahukan apa kejadahnya pendrive ni kan. Kalau dulu dalam 8 tahun yang lalu, manusia yang ada pendrive ni adalah manusia terkaya kat sekolah. Kalau ada yang 128Mb pun da gantung kat leher, dari pagi bawa ke tidur. Punyalah sayang dan bangganya dia ada pendrive tu. Kalau dulu, sesiapa yang ada pendrive ni je lah yang pandai komputer kat sekolah tu. Dia lah yang buat flash presentation untuk hari guru, hari kualiti, hari sukan, mahupun hari perpisahan. Orang paling pentinglah kiranya. Pendrive tu sumber ilmu. Tapi sekarang, disebabkan dah murah dah jadi sumber lain dah. Lagi-lagi bebudak yang mak bapaknya tak pandai-pandai nak pantau.

Aku pun pernah jugalah merasa beli pendrive 1Gb RM100. korang ada? Korangnya mesti 4Gb RM30 je kan. Apa kelas murah-murah. Haha. Tapi sayangnya pendrive aku tu dah hilang. Begitu je RM100 aku lesap. uhuk2.

Sebagai tanda kenangan kat pendrive aku yang hilang tu, aku buat entry mempamerkan beberapa rekaan pendrive yang pada aku kreatif la juga. Jom cuci mata.
bagi orang yang selalu hilang pendrive, beli pendrive camni. Leh tulis nama no tepon semua skali, tapi kalau dah memang nak kena kebas tak leh wat pape gak.
yang teringin nak diet, jangan beli pendrive ni. Silap-silap pose ganti korang pun tak habis berganti. kalau betul nak diet, contact aku, aku kenalkan dengan kawan herbalife aku. Dah kurus dah dia sekarang ni.
Sesuai bagi membe-membe yang nak berenti merokok.

Last but not least. Pendrive taik. Kalau bagi free kat aku ni, confirm aku amik. pastu gantung kat leher. haha.

Semua gambar aku cilok tanpa kebenaran dari Craziest gadget.