Friday, July 30, 2010

jangan panjat memanjat, bahaya.

tadi lepas sembahyang jumaat, aku pergi makan kat cafe kolej 12. siap makan nak gerak pergi kelas la. tapi sungguh hairan kenapa ramai sangat berkerumun memandang ke atas kat sebelah klinik 12th tu. aku ingat ada orang nak terjun bangunan. nak juga tengok drama camtu depan mata kan. tapi tak ada apa-apa pun kat atas sana. pastu aku pun merapatkan diri dengan manusia-manusia di sana. baru la tau cerita sebenar. katanya ada budak jatuh dan meninggal dunia kat situ. Innalillah wa innailaihirajiun.

aku tak nampaklah mayat dia, sebab diorang da selimutkan mayat tu. dan aku juga tak amik gambar pun. saksi cakap, budak tu budak pasum. dia nak cross balkoni. mungkin sebab tertinggal kunci. tak nak buat assumption banyak sangat, sebab aku tak nampak, takut silap lak. just pengajaran dia, biar lambat asal selamat. lagi satu jangan lah berani sangat, biar gayat asal selamat. tak pun pakai safety harness.

1 lagi kisah panjat memanjat. nama budak ni fikri (bukan nama sebenar). jangan tiru macam dia. bahaya!! budak ni masih kecik, baru 2,3 tahun je kot. aku pun tak ingat. dia ni suka panjat grill pintu. panjat grill tu da memang satu kesalahan. yang lagi bersalahnya dia ni sebab dia dengan yakin merebahkan badan ke belakang. mengharap mak cik, pak cik or atuk nenek dia sambut. bahaya doh.

kalau aku jumpa budak fikri ni, aku ikat dia kat grill tu. biar dia trauma dengan grill. haha.

Thursday, July 29, 2010

air suam

akak x: assalamualaikum, boleh tumpang tanya?

adik d: waalaikumsalam, tumpang tanya boleh la, tumpang kereta saya tak ada. kereta sorong hijau tu pun bapak saya punya, dia slalu wat angkat ojol.

akak x: ojol tu apa?

adik d: ojol tu susu getah yang dah beku. akak tak pernah nampak ye? saya pun tak pernah nampak akak ni. akak ni siapa nampak macam orang putih je.

akak x: huhu, janganlah puji lebih-lebih dik, akak tak dalah putih cantik sangat. akak ni wartawan surat khabar pekan kita ni, datang nak temubual adik. nak tau ape petua dan cara adik boleh dapat 4 flat dalam UPSR. siap dapat muet band 6.5 lagi.

adik d: ooo, wartawan. tapi maaf la kak, saya bukan puji akak cantik tadi, saya cuma cakap akak ni cam orang putih sebab, gaya educated tapi baju pun x cukup kain. nak saya pinjamkan kain batik mak saya?

akak x: x pelah dik, akak memang bangga tiru orang putih tu. maklumlah ikut orang malaysia ni takkan kemana. dah-dah, mari ke tajuk asal.

adik d: cepatlah kak, mak saya da wat muka garang tu. dia pernah pesan, jangan cakap lama-lama ngan orang yang x cukup kain ni. bahaya.

akak x: ok2, pe petua adik dapat keputusan gempak ni.

adik d: senang je kak, belajar sungguh-sungguh. tanamkan azam yang kita pun boleh berjaya dengan cara kita sendiri dan lebih hebat dari yang lain. jangan asyik nak meniru dan mengikut saya.

akak x: itu saja ke?

adik d: ada lagi 1, ingat pada tuhan.

akak x: 2,2 petua adik tu common je. akak nak yang special sikit. contohnya gaya pemakanan adik ke. adik ada bela sotong nama paul ke.

adik d: ooo, yang macam tu ye. ada-ada, saya amalkan minum air suam setiap pagi. mak saya kata tu amalan yang baik, dapat meningkatkan kuasa otak.

akak x: o, terima kasih adik. akak nak gerak dululah ye. akak takut la, orang kampung ni semua cam berahi je tengok akak. diorang ni gila seks kot. nilah masalah lelaki, selalu nak gangguan seksual. ok, terima kasih dik.

adik d: (dalam hati) kau tu yang buat gangguan seksual. pastu orang bagitau cerita betol tak nak. nak juga cerita ngarut-ngarut. manalah ada kena mengena air suam ngan kuasa otak. mak aku tu yang malas nak buatkan susu untuk aku. dari umur 4 tahun lagi aku dah kesan penipuan kurang bijak mak aku tu tau. kau yang da nak monopos pun tak boleh pikir ke?

nota: pe aku merepek ni. nasib korangla, paham ke tak.

Wednesday, July 28, 2010

sorcerer's apprentice- magik vs teknologi

sape dah tengok cerita ni?
best ke x? kalau tanya aku best je, sebab (sile rujuk bawah).
1. dia menggabungkan benda mengarut ngan sains dan teknologi.
2. mencipta teori-teori baru yang macam bangang.
3. skrip yang kelakar, semua watak kelakar even dia watak jahat yang serius.
4. hero dia lagi x hensem dari aku.
5. herion dia agak cun gak la.
6. ada burung helang besi, cool.
7. cerita disney selalu memang best. har-har.

dah cukup la, nanti orang-orang yang lum tengok marah aku. kata aku wat cerita yang best tu jadi tak best.



Tuesday, July 27, 2010

mari daftar mengundi

suruhan jaya pilihanraya

tak lama lagi umur aku nak masuk 21 tahun da, pastu dah boleh mengundi da. tapi hari tu keluar kat surat khabar, yang cakap pemuda pemudi melayu ni sikit sangat yang daftar jadi pengundi. ntah ye ntah tak, aku pun tak tau.

dia letaklah macam2 faktor. aku pun tak ingat da. tapi pada aku satu je faktor utama. kita sebagai orang muda ni tak tahu nak daftar macam mana dan kat mana. tapi mungkin gak la ada sesetengah orang tu yang tak nak mengundi kan. tak nak mengundi takpe, tapi esok lusa jangan sibuk merungut je. dan lagi satu jangan esok luse kita yang majoriti ni leh kalah pulak sebab sikap kita yang malas ambil tahu.

tanpa berlengah, mari aku kongsikan sedikit info. mula2, syarat nak mengundi korang kena mendaftar sebagai pengundi, bila korang sume dah 21 tahun la ye.

kat mane nak daftar? kat sini:
1. pejabat-pejabat SPR
2. pejabat-pejabat pos (pos ofis UM pun boleh)
3. kaunter pendaftaran bergerak SPR. (mana ni, x pernah nampak pun. mai la datang sini, promo, jangan korang yang dibayar gaji pun malas.)
4. wakil-wakil politik yang dilantik SPR. (dia ni tak boleh masuk U, auku2, so x efisien untuk kita kot)
5. wakil-wakil jabatan/agensi yang dilantik SPR.

aku pilih wat kat pejabat pos je lah. kan lebih senang kan. ada bayar2 ke? ntah aku pun tak tahu lah. untuk maklumat lanjut klik SPR ni.


Monday, July 26, 2010

malaysia 1 - korea selatan 0



malam tadi 25/7/2010
sumber dari youtube, EPL soker

Sunday, July 25, 2010

the durian, the rambutan, the cempedak and the ayam kampung


the durian
the rambutan
the ayam kampung

sesiapa yang tak tahu, meh aku g tau. hari jumaat lepas aku balik rumah. ingatkan x ramai yang balik ke kampung, rupanya berduyun-duyun orang balik. s
ampai-sampai kat bukit jalil, aku panik, elektrik kat bukit jalil tu lak putus2. hampeh tol, tambah goyang kaki aku. pastu aku tibai je bas g JB. akhirnya aku sampai gak ke rumah. dalam kul 2 gak kot. ye la, bapak aku siap g bw mkn2, minum2 lg.

kembali kepada cerita asal, the durian, the cempedak, the rambutan dan ayam kampung. bunyi cam menarik kan. gambar pun menarik kan. mesti korang teringin nak rase kan. dan aku dah rase da semua tu hari sabtu ritu. best2. panas, n kenyang sungguh.

aku ni memang bukan penggemar durian. tapi nak wat camne, mak aku ni kerani ladang sawit yang dulunya ladang durian. so, masih adalah saki baki pokok durian yang berbuah. so, terpaksa juga aku makan. sebab da ada kat rumah kan. huhu. yang lagi best, siap mak aku yang kopek kan, nasib dia x suapkan je durian tu kat aku.

habis cite durian, cerita rambutan lak. rambutan ni mak cik aku lak yang bagi, petang tu dia g dera adik aku mengait rambutan. aku pun x suke dak. tapi nak wat camne, mak aku da kopek kan gak. terpaksa lah aku makan. ayam tu lak, pagi2 bap
ak aku dah suruh aku pergi rumah wak baran. nick name dia ni aku tak tau nape, da wujud before aku ingat nama sendiri. pas amik suruh pergi sembelih kat rumah pak imam. tapi sebab malas dan ada kuasa veto, aku pun suruh la adik aku pergi amik. lagi2 bapak aku pun menukar fikiran dengan menyuruh adik aku tu sembelih ayam tersebut.maka problem pun solve la. ayam yang terberak-berak sebelum disembelih itu telash selamat menjadi makanan kami sekeluarga.

cerita cempedak pula. eh gambar mane?

ni dia, the cempedak goreng

bapak aku bawa balik 1 biji setengah cempedak pagi sabtu tu. oleh sebab xda sapa yang nak melapah cempedak tu hari sabtu, mak aku pun wat la cempedak goreng untuk sarapan hari ahad tu. wa, balik ke kampung yang sangat mengeyang kan.

sangat bersyukur kerana aku dapat rezeki yang melimpah ruah camni. alhamdulillah. terima kasih tak terhingga kepada tuhan yang maha esa, pada mak aku yang menyediakan makanan-makanan ni untuk aku, pada bapak aku yang support bahan mentah, dan pada adik aku yang mengait rambutan dan menyembelih ayam ni. aku sayang korang semua.

pada orang yang tertinggal di KL, sori la wei, x sempat nak tapau, semua da dikopek2 dan beg avon belang merah aku pun basah lagi. x leh pakai nak packing barang2 diatas.

Thursday, July 22, 2010

cinta


kau pernah nampak cinta?
ia cantik bagai taman,
ia harum bagai bunga,
ia merdu bagai buluh perindu.

kau pernah nampak cinta?
ia hodoh bagai hantu,
ia busuk bagai sampah,
ia sumbang bagai katak puru.

kau pernah bercinta?
itulah cinta,
manis dan pahit,
sangat rumit,
tak kan pernah terungkap,
kerna saban hari ia berubah.

dengan siapa kau ikat cinta?
seorang yang punya kelebihan,
untuk dikongsi dibangga,
seorang yang punya kehinaan,
untuk dibimbing didik.

mungkin ramai orang bercinta sbb nak kesempurnaan, tapi pada aku xda sapa pun yang sempurna, dan dengan cinta nilah kita saling melengkapi antara 1 sama lain.

Tuesday, July 20, 2010

horlick panas dalam polystrene cup

horlick panas + kuih muih = sarapan tadi pagi.

horlick panas cam haram. tak tau la nape masih ada pembuat air yang tetap sengal. buat air tu biar le orang boleh minum, ni tak, kadang2 da cakap nak suam pun dia bantai panas gak. kalau melecur bibir aku ni korang nak bayar? camne aku nak kiss2 soft toy yang awek aku bagi nnt. da susah aku nak tdo malam.

x suke horlick tu sbb panas, 1 lagi sbb dalam polystere. tau tak pe polystrene? kalau tak tau g kolej 12. kat situ sume pakai polistrene, dari piring ke cawan ke mangkuk semuanya polystrene. kalau korang tak caya pergi lah check sendri, kalau x polystrene pun cawan plastik yang nipis tu.

UM care sungguh kan peniaga2 di kolej 12. kata lah, UM nak suruh didik student bawa tupper ware sendri. kitorang x nk. haha, degil gak kan. so, UM da gagal kat situ, biar je la e. biarkan poster2, bunting2 tergantung, melambai2 tanpa sebarang makne?

kalau teruk sangat staff UM x leh pikir solution, meh aku bg idea.

korang tau x kertas minyak? tau, so, suh la cafe2 tu sediakan and bungkus makanan diorang dalam tu. tak pun pki la bekas yang cam polystrene tu tp yang warne coklat. dia bukan polystrene, cam kotak gitu. pe ntah nama dia.

um care kan, so, kuarkan la peraturan tu untuk semua cafe ikut. x nak ikut terminate je contract. pe susah, kita ada power. ni tempat kita.

mane lah MPMUM yang sibuk bermenifesto pasal polystrene ni dulu. da menang diam je e. ingat o, nnt masuk neraka. janji dimungkiri. orang2 besar UM yang lain pun sama. haluansiswa bgai nak rak promote UM care, tapi kat 12th tu bersepah pinggan polystrene. diorang x mkan kat 12th kot.

jadi korang nak bw tupperware ke, nak suh cafe2 tu sediakan pinggan2 bukan polystrene cam dulu? atau cadangan lain ke. yang penting aku x suke polystrene, x best., tapi sering terpaksa.

Wednesday, July 14, 2010

hidup makin susah

bukan nak mengeluh, tapi ni realiti. kalau tak caya cube korang ingat balik, bape duit korang bawa g sekolah dulu. aku rase 50 posen pun da cukup da pagi sampai petang. pastu korang ingat lak, bape korang pakai untuk setengah hari sekarang.

dulu kecik2 aku tengok mak bapak aku cool je bagi duit kat aku. aku rase bahagia je ngan gaji kecik diorang tu, sikit pun x goyang lutut. tapi diorang sibuk cakap, blaja rerajin, biar dapat keje bagus, gaji besar. wat pe gaji besar, klu keje cam diorg pun da leh hidup kn. tapi skang aku da paham da, da terasa da. biorang tu sume penipu je, blakon lebih. muke wat2 cool bagi duit, tapi sebenarnya sengkek gak. haha. thanks mak abah.

dulu lah, bapak aku suke cite zaman dia budak2. sedih o dengar cite dia. sebab mase dia budak lagi ssh. korang tau guni beras? dengan benda tu arwah nenek aku watkan baju tuk dia. diorg g sekolah pun naik traktor je tau, bkn cam kite dulu. naik van, naik bas, naik kete.

lagi satu benda, ni klakar campur sedih. sebabkan xda duit, so bapak aku hanya dapat baju baru setahun sekali je. semestinya time raya. jadi skli raya tu, bapak aku pun g la bli baju and suar pendek. xdanya nak style2, dapat baju baru je pun da cukup hepi da. da x sabar nak tunggu raye nak pakai kan. bukan cam kita. bile baju selai pun da sratus, lek je lagi tunggu kuar ngan awek baru nak pkai. so bile pagi raye je, takbir pun berkumandang lah. sebagai orang islam, tambah2 lagi kanak2 yang suci, bapak aku pun semangatlah g semayang raya. tapi yang x leh blahnya, dia g ngan baju suar baru dia. semayang lah dia ngan suar pendek tu.

mungkin bapak aku lagi hebat cite kat aku, sampai aku xtau nak gelak ke nak sedih. n aku tau dia cite tu betul bukan cite tipu yang semua motivator canangkan. ada ke logik semua motivator ada pengalaman susah sangat cam diorang tu. bajet bagus sangat la diorang tu. bagilah ceramah yang ada info, ada ilmu sikit. ni x hbs2 cakap susah, susah. aku rase patut la kita susah nak termotivasi, da diorang asyik cite susah je. haha.

apa2 pun, thanks kat mak abah. korang yang wat aku ada kat sini, kenal blog ni, knl keyboard ni. even korang x pernah nak melawat aku kat UM ni, aku tau korang sentiasa ingat n ada ngan aku.


Monday, July 12, 2010

Tangisan sotong2 orange


x jumpa lak gamba diorang nanges, ni pun boleh lah. yang pasti mereka semua memang nages la tadi. padan muke korang, kalah kan brasil lagi. ni la balasannya. dan terima kasih buat spain. tapi game ni jauh lebih bosan dari game 3rd n 4th placing. ngantuk aku tgk game ni. nasib 4 thun skali, kalau tau mau aku balik tdo je.

kepada sotong2 orange sekalian, janganlah nanges, korang g je la curi paul tu wat nasi kukus. kukus dia sampai oren.

setelah bersengkang mate sampai pagi, mari kita mengangkang kat dewan kuliah plak jap lagi. kalau sesapa sound, korang sound balik, 4 tahun sekali ni, bukan selalu.

last but not least, cam essay dulu2 kan. aku nak brasil jumpa argentina final 2014 nanti.

Friday, July 9, 2010

lelaki pun boleh period

tadi layan fb, tetibe sorang mamat ni post, diia x pasan dia period, konon nak wat alasan xnak g semayang jumaat la. kalau tol2 bontot tu berdarah baru ko tau wahai lelaki durjana. haha. dalam pada tu aku pun teringat satu cerita, yang di ceritakan oleh membe akku kepada aku.

pada satu petang yang riang, beberapa tahun yang lalu, segerombolan budak lelaki bermain bola sepak di atas padang nan hijau. berlari, menggelecek, membuat hantaran lintang, menanduk dan tendangan padu dilakukan oleh seorang budak kacak. tapi sayang keeper pantas memeluk bola itu, bukan sepertti keeper england yang bertangan dungu.

dengan tenang keeper tersebut menendang jauh mencari rakan sepasukan. rakannya mendada dan tiba-tiba asakan kasar dari belakang dilakukan pemain lawan. takda nya fre kick, main kampung je, play on kata mereka. menendang lagi, mengelecek lagi, dan kini tingal 1 lawan 1. si penyerang melakukan rembatan kencang, dan keeper tertewas. tapi sayang terkena palang gol dan bola melantun ke dalam semak.

Apalagi, orang yang tendang tu kenalah amik. tengah semua sibuk tunggu dia amik bola, tetiba terdengar raungan sayu. Aaaauuuuuuuuuu.....

semua berlari ke arah laungan itu dan terlihat ada sebatang lampu floresen terpacak di tepi lubang jubor si pengutip bola tadi. maka bbeliau mempunyai 2 lubang di bontot dan 1 kuar darah,1 lagi untuk kuar tahi. mereka semua gelak tawa sebelum menghantar mangsa ke klinik desa

Thursday, July 8, 2010

putus

putus itu sakit,
tak nampak darah,
tapi bisa membunuh,
tiada darah,
tapi nanah busuk,
yang akan jadi dendam.

jangan mudah kata cinta jika mudah lafaz cerai....
bukan jadi kat aku, tapi beberapa rakan yang aku sayangi....
buat je pe yang korang rase betol, sbb korang je yang paham hati korang,

dengan cinta aku berharap,
ada cinta menanti di hadapan.

paul si sotong

wah,wah,wah. abang paul kite ni memang sungguh hebat. tadi mase aku nak search gambar dia, aku type paul je, automatik dia kuar 'paul the octopus'. nampaknya kepopularan dia sama cam player bola la juga ye. nah ni dia gambar si paul, ehsan bing.
stakat ni dia dah berjaya teka beberapa match dengan tepat, lagi tepat dari penganalisis. aku rase dia ni pun berbakat dalam bidang kebarangkalian kot. haha. pasni dah x payah sheby da, g jemput paul the ocyopus ni je.

tapi aku pulak teka, paul ni akan jadi camni nanti.
tapi kalau da jadi tako camni, pos kat aku e. haha.
sungguh hebat abang paul, kagum aku ngan dia.

Wednesday, July 7, 2010

ingin rakan anda blanje makan? bagilah dia duit dulu

haha, brape punya panjang da tajuk dia. tak mau cerita panjang lebar, terus ke titik ye.
korang tau tak pe tu naffnang n segala macam iklan2 2 semua. sesapa yang tak tau g tengok sebelak kanan blog ni, iklan tu la... nampak x? kalau tak nampak, maknenya tinggal lagi dua jumaat la korang.

iklan2 tu sebenarnya boleh bagi owner tu komisen. carenya mudah, tapi ia perlukan pertolongan daripada para pembaca seperti anda semua. pembaca yang rajin perlulah mengklik atau menekan iklan2 tu. barulah pemilik blog tu dapat komisen. ni dari apa yang aku paham la.

jadi secara am nya, korang sume mesti baca blog2 kawan korang or blog2 yang cambest, maka tolonglah kwn2 korang tu dptkan sedikit side income. sebagai perangsang buat mereka untuk terus menulis dan mungkin dia tringin nak blanje korang makan.

dengan ini, bermula saat ini, saya minta korang sume tolong saya ye. x susah, skali klik saja. haha. saya juga dengan ini akan tolong rakan-rakan yang lain, insyaallah. apa salahnya tolong kawan dan bangsa kita jadi kaya sedikit. x rugi pun.

bagi sesiapa yang tringin nak wat nuffnang ni juga, sila mendaftar di web ni> http://www.nuffnang.com.my/

tekan2, duit2.