Thursday, January 27, 2011

Cinta Taubat

Facebook kini sudah seceria dulu. Tiada lagi kata gurauan, madah rindu dan kasih sayang yang bisa buat hati K berbunga-bunga tetapi mata orang lain berbulu-bulu. Orang yang ditunggu tiada juga online dan segala tag tiada juga berbalas. Kemanakah Z menghilang? Sibuk dengan pelajarannya atau pun sedang bermadu asmara dengan si Mat Saleh tinggi bogel tapi berstokin?

Kemanakah kau pergi Z? rintih K bersama air mata. Makannya tiada selera, tidurnya tiada lena, mandinya tiada wajib kerana mimpinya tiada basah.

Dalam duka dalam gundah, K gagahi jua jari jemarinya menekan telefon menghubungi ibu Z. Biarlah segalanya terlerai hari ini juga. Kerana penantian itu sungguh menyakitkan, contoh terdekat, menanti giliran berak di tandas asrama. K memang pernah tercirit kerana penantiannya terlalu lama, membuatkan otot kolonnya tidak bertahan.

"Hello mak cik, saya bakal anak menantu mak cik ni"

" Siapa? anak hantu? aku takda pulak bela hantu, yang dulu tu aku da buang da."

"Saya bukan hantu, saya K lah. Balak anak mak cik, si Z yang comel loteh tu. Saya nak tanya ni, kenapa Z dah 2, 3 hari tak contact saya. Saya risaulah. Berat saya makin kurang ni, Z tak minat orang kurus-kurus."

"Oh, K rupanya. cakaplah betol-betol. Z dia masuk hospital kat US sana. Sebab tu dia tak contact kamu."

Telefon bimbit yang dipegang, terlepas dari tangan K, lalu pecah berderai. Begitulah juga hati K, berderai sama sekali. Derainya bukan kerana kecewa, tapi derai kerisauan. Iphonenya yang telah pecah, dibiarkan begitu sahaja, dibukanya pintu peti sejuk dikeluarkan setin Tiger. Beli sempena Promosi tahun baru cina (Diskaun 10%). K menangis semahunya. Ketika dia mahu membuka arak tersebut, dia terlintas untuk bertaubat dan menangani masalah ini mengikut lunas-lunas islam.

Malam itu, K bertaubat. mendirikan solat sunat taubat, kemudian solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan Z di seberang lautan. Tepat jam 3 pagi waktu malaysia, laptop K mengeluarkan bunyi buzz. Walaupun baru bertaubat, tapi K masih lagi mementingkan YM nya itu dari terus khusyuk bermunajat kehadrat ilahi.

Nampaknya doa K terus termakbul. Rupanya, Z yang mengebuzzny tadi. bukan main gembira dia. terloncat-loncat sehingga terlondeh kain pelikat. Nasib tiada siapa yang nampak, kalau ada nyah yang nampak, mahu ternoda K malam ini.

"sayang busuk kanda sihat?"

"sihat je, ni baru balik dari hospital. sorilah tak beritahu u. betry BB i ni kong."

"tak pelah yang penting baby sihat.Dah sihat kan?"

"Memang sihat je, baby pergi hospital temankan kawan je. bukan baby yang sakit."

"Cis, menyesal aku menyesal tadi. tak jadi aku nak bertaubat nasuha." Gumam K dalam hati.

Monday, January 24, 2011

Kerusi ini aku yang punya.

Kerusi adalah benda paling penting untuk kita duduk betol tak? ke bontot sebenarnya yang penting? lu pikirlah sendiri ye.

Seringkali terjadi, kerusi kita dicuri orang, atau kata lainnya, ketika kita pergi meninggalakan kerusi itu beberapa ketika, ia pasti curang. Ia pasti memburu bontot yang lain, kadang kala bontot itu tidak seberapa pun jika dibandingkan dengan bontot kita. Tapi apakan daya, kerusi memang terkenal dengan kecurangannya.

Satu cara yang ramai kawan-kawan aku buat untuk menyelamatkan kerusi dan meja mereka dari dicuri adalah dengan meninggalkan laptop kat tempat tu. Tapi sangatlah bahaya, silap-silap kerana sebuah kerusi, laptop yang menjadi mangsa. Jadi aku rasa cara tu tak efektif.

Sedang asyik melayari internet, aku jumpa gambar ni... Aku rasa ni lah cara paling berkesan untuk memastikan kesetiaan sebuah kerusi dengan bontot pejal kita. Mungkin cara ini diadaptasi dari cawat besi yang orang dulu pakaikan kat bini dia bila mereka nak pergi merantau. MUNGKIN...



Gambar ni menunjukkan seperti adanya minuman, makanan atau aiskrim yang tertumpah pada kerusi, jadi tak kan ada orang lain la nak duduk situ. Selamatlah kerusi anda.


Sunday, January 23, 2011

Kelas bahasa melayu

Kelas sesi petang memang sangat-sangat tidak best, walaupun paginya Kamal boleh bangun selambat mahu, tapi petang yang panas dan melemaskan itu terpaksa diharungi dengan terkurung mendengar celoteh guru-guru menconteng papan hitam. Jika tersengguk terlena kelopak mata digayuti syaiton nirrajim (syaiton yang direjam), nescaya, ada murid yang direjam dengan kapur, mahupun duster berhabuk tebal itu. Mau beruban kalau kena kat kepala.

Petang itu seperti petang petang yang lain, matahari telah pun condong ke barat, masuklah seorang guru wanita, guru bahasa Melayu. Cantik ayu berbaju kurung, namun kadang bahasanya tajam bak buluh runcing tertusuk dijantung. Bisa membunuh seseorang, bagai meragut motivasi dan maruah diri. Itulah hikmat si guru wanita.

Hari-hari pun belajar bahasa Melayu, padahal itu bahasa ibunda, bapak senang giler nak score. kata Kamal dalam hati dengan riak takburnya. Sedang khusyuk belajar tatabahasa, guru wanita itu yang ketiaknya sudah lecak berpeluh masam nampak basah dibawah ketiak bajunya duduk berehat mengambil nafas. Sambil duduk tarik nafas dalam-dalam dan menyuruh semua buat latihan, guru wanita tersebut mengeluarkan satu poster dari dalam beg tangan LV coklatnya itu.

"Perhatian sekejap ye. Ni ha, ada pertandingan menulis esei peringkat kebangsaan. Saya nak bunga tulis satu esei ye. Tulis bagus-bagus punya. Sebab saya tengok dalam kelas ni, awak pandai menulis berbanding dengan orang lain."

Apalah guru wanita bahasa melayu ni, tatabahasa dia teruk tollah. Tapi inilah dikatakan bahasa pasar. Getus hati Kamal. Lalu Kamal memandang ke arah Zainal dan membisikkan sesuatu.

"Alah apa cikgu ingat bunga je ke pandai tulis. Kita pun pandai tulis apa. Kalau tak, takdanya masuk sekolah menengah ni."

Entah macam mana, guru wanita itu terdengar, lalu dengan muka tenang dia berkata,
"Haah, awak dua orang tu memang pandai menulis, tapi tulisan masyaallah, buruk ngalahkan cakar ayam."

pergh... kata-kata pedih itu tepat menusuk ke jantung paru-paru dan semua organ dalaman mereka berdua, lebih-lebih lagi si Kamal. Akibat serangan laser itu, muka Kamal mula memerah. Air mata pun hampir-hampir tumpah. Nasib dia lelaki macho pujaan ramai. kalau tidak mahu dia meraung sepuas hati. Takpe, dia akan buktikan yang dengan tulisan buruknya itu, dia tetap bisa berjaya, tetap boleh duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan si bunga kebanggan guru itu. Semangat itulah yang membawa Kamal masuk ke universiti.

aku tak berniat mengutuk cikgu ye. sesungguhnya, semua cikgu aku hormati dan aku sanjungi jasa mereka.

Daun terup

"Main daun terup ni berdosa, sebab kita menghampiri judi." seorang kawan aku merangkap pengerusi surau time kat hostel dulu. kebenaran kata-kata dia tu aku tak tahulah kan, sebab sepanjang bertahun-tahun aku main poker ni tak pernah sekalipun aku berjudi. Selalu memperjudikan nasib supaya jangan dijumpai warden adalah. Main duit tak pernah lagi.

Aku start belajar main kad ni masa start masuk asrama, masa form 1. Tapi masa tu tak berani beli lagi, main pun pinjam senior-senior punya je. Kadang-kadang main dengan diorang sebab, permainan ni kalau tak cukup 4 orang tak best nak main. Walau macam mana pun sebelum bermain, dan semasa game sedang berjalan, kita perlulah alert, jangan sampai kantoi dengan warden.

Pernah sekali tu membe aku kantoi, nasib masa tu aku tak main. Hukuman dia mudah je, tak susah pun. Warden tu belanja dia minum, minum air kad tu. Dia amik jug, masukkan semua kad dan godak-godak bagi ink dia terkeluar menghitamkan air. Lalu hambik ko kena minum. Sadis gaklah kan tengok.

Mengambil iktibar dari kejadian tu, kami bercadang beli yang plastik punya, so bila kena godak dalam air mesti takda effect kan. haha. Namun kedaifan form 1 masa tu tiada tolok bandingnya. Tak pergi beli pun, tak da siapa yang nak sedekah duit. Lantas, membe aku dengan otak yang genius, memotong kulit buku makmal yang biru tu, dibuatnya jadi daun terup. nombor-nombor semua tulis tangan je. Sempoi.

Problem solve... warden tak dapat detect da.
moral of the story... be creative. haha.

Aku tak pernah main kad joker... apa function dia pun aku tak tahu.

Saturday, January 22, 2011

Milikmu

Beberapa purnama yang lalu,

Aku sering bersamamu,

Memerhati keayuanmu,

Menggenggam erat tangan hangatmu,

Menikmati suara merdu kata-kata manismu.

Kini kau telah menjauh,

Pergi mengembara mencari ilmu,

Berjanjilah dikau agar tetap setia,

Kerna hatiku,

hanya milikmu.


cerita tahun lepas.........

Wednesday, January 19, 2011

Dr. Ali - Moyu Atia

Seekor helang berlegar-legar dengan mendepangkan kedua sayapnya yang lebar itu, dan melayang tenang sambil menjalankan tugasnya dengan amanah. Meninjau seluruh daerah Moyu Atia tanpa curi tulang, dan sememangnya haiwan yang tidak dikurniakan akal ini lebih jujur dari manusia yang sering lupa dan sentiasa tamak. Tamak harta, masa dan kuasa.

Dengan pandangan mata yang berkuasa tinggi itu, sang helang Berjaya merakam dan melaporkan semua kegiatan yang berlaku di bumi Moyu Atia dengan pantas dan tepat. Dari ketinggian itu juga dia melihat sekumpulan manusia yang terbaring kaku di tengah-tengah kawasan lapang di hutan Atilia, salah satu hutan di pinggir Moyu Atia. Selepas melaporkan kejadian itu, sang helang hinggap di sebatang dahan kerana ia di arahkan untuk memerhatikan kumpulan manusia itu sehingga pasukan bantuan tiba.

Tiba-tiba, salah seorang dari mereka duduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memakai pakaian yang pelik dengan menutup seluruh bahagian mukanya, hanya sedikit bukaan di bahagian mata. Lelaki tadi terus berdiri dan meninjau persekitaran di mana dia dan rakan-rakannya berbaring tadi dengan menoleh ke kiri dan ke kanan. Mungkin setelah berpuas hati dengan keselamatan kawasan itu, dia mengejutkan dua lagi rakannya yang memakai pakaian pelik itu.

Baru sahaja mereka bertiga hendak melangkah, seorang lagi lelaki yang berkulit gelap bangun dan dengan loghat bangsa india dia memanggil si pemakai pakaian pelik itu dan mengarahkan mereka agar terus berada di situ. Lelaki india itu adalah ah long dan pemakai pakaian pelik itu adalah ninja cho kit yang bernama Bakar, Lim dan Gopal. Mereka hanya dapat di bezakan dengan pengikat kepala yang tertera nama mereka. Sementara itu Dr. Ali dan pengurusnya Roxy masih terbaring tidak sedarkan diri.

Lantas, Ah long mengarahkan Bakar mengikat tangan Dr. Ali, Lim mengejutkan Roxy dan Gopal mengurut belakannya. Apabila Dr. Ali siap di ikat dan dikejutkan, Ah long dengan tenang menepuk tangan sendirian.

“tahniah, tahniah. Nampaknya ciptaan kau ini Berjaya lagi. Tapi cuba kau beritahu aku, di manakah tempat ini?”

“hah, kenapa aku masih dengan kau ni? Aku ingat aku dah masuk syurga dan korang semua dah masuk neraka.”

“hei, mulut tu jaga sikit e, lainlah kalau mulut kau tu ada insurans.”

“kat mana kita ni?”

“aku Tanya kau tadi, kau Tanya aku balik?, kalau kau tak tau, aku lagilah tak tahu.”

“habis tu apa yang kita nak buat ni?”

“kalau ini masih zaman yang sama, boleh lah juga aku bawa korang balik, telefon aku ada GPS, tapi kalau ni zaman Melaka, memang tak dapat la den nak tolong, eh tapi mana telefon aku?”

Ah long pun menyelok poketnya dan cuba mencari telefonnya itu. Namun setelah menyelok poket kiri, kanan dan belakang, dia tidak menjumpai apa-apa kecuali dompetnya dan butiran keemasan di poket kirinya, di mana telefon bimbitnya diletakkannya.

“ Ah long, aku rasa tak perlulah kau mencari dimerata tempat telefon kau tu. Sebenarnya setiap logam yang melalui mesin masa tadi akan terurai dan menjadi serbuk seperti yang kau pegang tu”

“Alamak, habislah video-video hot chick aku dalam tu.”

Tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi gelap bagai matahari telah kembali beradu, namun masakan dalam beberapa minit sahaja hari siang menjadi malam? Dan jauh di atas awan kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat.

Dari ketajaman biji mata sesekor helang, kumpulan 6 orang manusia itu bergerak ke sebatang pokok yang sangat besar tidak jauh dari tempat mereka sedarkan diri tadi. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi dan memberi minum kepada tumbuh-tumbuhan. Hujan pada hari ini merepakan hujan yang pelik bagi mereka berenam kerana hujan seperti ini tidak akan pernah turun di Bandar mereka. Hujan dengan air yang deras itu menambahkan lagi keyakinan mereka yang mereka telah mengembara ke masa silam, dimana hujannya hujan yang asli, bukan hujan buatan yang warnanya berwarna kuning dan berbau agak kurang menyenagkan.

Dalam kesejukan hujan itu, mereka masih juga tidak sedar yang mereka diperhatikan dan mereka sendiri masih belum pasti dengan apa yang bakal mereka hadapi. Yang mereka pasti, mereka dalam kesusahan kerana mereka tidak bersedia untuk ini. Tiada pengetahuan, teknologi, senjata dan sebagainya.

Sebenarnya ni episod ke3...

episod 1 klik sini, episod 2 klik sini.

dan ada gak cerita Dr. Ali yang tak berkaitan. Cerita keris dan pengimbas memori

Tuesday, January 18, 2011

Isu payudara Wanita Hari Ini

Aku tak tengok tv, sebab kat rumah ni tak ada tv, kalau ada pun tak kan pernah aku nak tengok Wanita Hari Ini. Baca kosmo barulah tau, yang semalam Wanita Hari Ini ada bincangkan isu membesarkan payudara. Korang suka ke besar-besar? setuju ke dengan membesarkan payudara? Tapi bukan isu tu yang aku nak bincang, jawapan korang terhadap soalan aku tadi terpulang, nak jawab ke tak.

Pastu habis facebook WHI tu menerima macam-macam komen, kosmo pun tak ketinggalan menerima macam-macam call, lain-lain aku tak tau, sebab kosmo state benda tu je. Dengan tiba-tiba je aku terpikir.....

"Orang Malaysia ni belum terbuka lagi dari segi membincangkan isu-isu macam tu, tapi mereka dah terbuka untuk membuka payudara."

Sunday, January 16, 2011

Gusti kanak-kanak


Pergh ganas sungguh budak-budak ni. Bapak dia pulak jadi refree la tu. Mau kejang tangan budak baju putih tu. gambar dari sini.

Tapi bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu, aku pun pernah taksub dengan gusti ni. Semua pengaruh bapak aku lah ni. Sampai sekarang dia layan wrestling, aku dah tak layan a, tak suka la, sekarang ni banyak cakap dari bertumbuk.

Korang ingatkan move Kurt Angle. Peluk lawan kat perut, pastu banting ke belakang. Korang pernah buat? Aku pernah. Buat kat adik aku, pastu dia balas balik kat aku. Best, tak sakit pun. Tapi bukan wat atas simen a, mau patah riuk tulang belulang aku. Mula-mula diri kat lantai betul-betul membelakangkan katil. Pastu angkat n bantinglah ke tilam spring setebal 1 kaki tu. huhu. Serius tak sakit.

Saturday, January 15, 2011

Angry Birds untuk PC


First time aku main game ni kat Ipod Touch member aku. Pergh best giler. Tapi apakan daya, aku tak mampu beli Ipod touch mahupun Iphone.

Pastu tengok pulak kawan aku main kat HTC dia. Pergh dah maju da angry bird ni. Ada kat HTC lak.

Semalam, aku tengok pulak kawan aku main kat komputer. Pergh lagila teruja aku. Dengan semangat ingin tahu dan ingin main, aku search dan search game ni di internet. Tak main la yang kena bayar-bayar kan. Mana ada duit nak bayar. Cari la yang free.

Penat cari, akhirnya jumpa gak link.
Nah ambik link ni, download, download....

Kepada siapa yang tak tahu game ni macam mana, tengok video bawah ni.

Friday, January 14, 2011

Buat orang bujang


Gambar kat atas tu adalah gambar pinggan. Pinggan yang boleh berdiri sendiri atau lebih mudah dipanggil pinggan berdiri atau pinggan berdikari.

Pinggan ni amat sesuai bagi orang bujang, pasangan pengantin baru mahupun family yang ada anak tunggal sebab, dengan adanya pinggan yang briliant ni, kita tak lagi perlu membeli rak pinggang. Kita juga tak perlu mengelap pinggang selepas penat membasuhnya. Hanya perlu dirikan ia berdikari dalam kegelapan dapur.

Seriously, kalau ada jual kat Malaysia, aku nak angkat 1. Tapi janganlah letak kat tepi tingkap pulak, walaupun ia membantu penguapan, risiko untuk jatuh pecah berderai juga amat tinggi.

Wednesday, January 12, 2011

Ikan lumba-lumba

Dunia Rin kini hanyalah ditemani kerusi rodanya dan binokular yang dihadiahkan oleh doktor di hospital pantai, bersempena penyakit yang dihidapinya. Dengan kerusi itulah dia berlegar-legar dalam rumah agam bapanya yang terletak di seberang anak sungai yang sungguh nyaman tiupan anginnya dan sungguh menyegarkan aliran airnya.

Petang ini, seperti petang-petang yang lain, Rin merenung ke arah anak sungai itu dan melihat kehadiran seorang kanak-kanak yang mungkin sebaya dengannya sedang asyik menilik-nilik batuan sungai dan sesekali dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya. Cepat-cepat Rin mengambil binokular dan meneropong budak tersebut. Bagaikan satu kebetulan, saat Rin mula meneropong, saat itu juga budak itu menoleh ke arah Rin. Pandangan mereka bersatu, tapi Rin dapat melihat dengan jelas lendiran hijau bergayutan di hidung budak lelaki itu. Sekilas ikan di air, sepantas itu juga, budak lelaki itu hilang dari pandangan Rin.

Rupanya budak lelaki itu bukan berlari balik ke rumah. Dia memanjat tembok rumah Rin dan meletakkan seketul batu berbentuk dadu, khas buat Rin.

Setiap hari, budak lelaki itu tanpa jemu mengutip batuan berbentuk unik dan diletakkan di atas tembok rumah Rin, sampailah pada suatu hari, kegiatan budak lelaki itu kantoi dengan mak Rin. "Kamu ke yang hari-hari letak batu atas tembok mak cik ni?"

Terpancar ketakutan di muka budak lelaki itu, terketar lutut, terasa mahu terkencing.
"Erk, minta maaflah mak cik, saya tak sengaja. Boleh saya tumpang kencing?"

Selesai kencing, mak Rin mengajak budak lelaki tersebut berborak-borak.
"Siapa nama kamu ni? terima kasihlah hadiahkan Rin batu-batu yang cantik tu. Dia sebenarnya ada penyakit, sebab tu hanya boleh meneropong, tak dapat bermain seperti kamu."

"Nama saya Bo, saya sebenarnya terpikat dengan anak mak cik. Tapi saya belum berduit mahu menhantar rombongan meminang mahupun hantaran kahwin. Saya harap batu-batu tu dapat menghiburkan dia segembira bila dia berkahwin dengan saya nanti."

"Janganlah berharap sangat ye, kamu tu dah la berhingus lagi. By the way, lusa Rin tak ada, dia nak pergi ke Amerika nak buat pembedahan."

"Semoga berjaya saya ucapkan. Boleh saya tahu Rin suka apa?"

"Erk, apa ye. Haaa, dia suka ikan lumba-lumba. Tiap malam mengigau berenang dengan ikan lumba-lumba. Lepas tu habis basah tilam dia kencing malam. orang jawa panggil ngompol."

Bo terdiam. Tanpa berlengah, dia minum jus laju-laju dan meminta diri untuk pulang.

Esoknya......
Hujan lebat mencurah-curah, bagai bersedih dengan pemergian Rin ke Amerika untuk pembedahan hari esok. Dalam kesedihan alam itu, Rin juga sebenarnya diruntun sedih. Hujan turun, sudah tentu Bo tidak akan hadir menghiasi pandangannya, dan menghadiahkan batu untuknya.

Namun deduksinya tidak tepat, bagaikan seorang teruna gagah perkasa, Bo muncul di tengah hujan sejuk itu dengan berbaju hujan, menjalankan rutin hariannya. Mencari seketul batu bagi menceriakan hati seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya.

Lusanya...
Di lapangan terbang
"Rin, ada bawa batu bertuah?"

Rin mengangguk dan tersenyum riang sambil genggaman tangan kanannya dibuka. Seketul batu berbentuk ikan lumba-lumba menjadi azimat kekuatan untuk ke Amerika dan melalui pembedahan nanti.

Di atas pokok durian
Bo tekun melambai setiap kapal terbang yang dilihatnya dari pagi hingga ke malam. Dan pada senja itu, dia melihat Rin bersama Ikan lumba-lumba yang terbentuk dari awan perang di langit nan merah tersenyum riang kepadanya.

Tuesday, January 11, 2011

Ana rafali, Fasha sanda dan Dr. Rozmey

Ana Rafali
Tahniah Ana Rafali menang AJL. Tapi nak buat camne kan, dah ko tak ramai peminat, pulak tu lagu ko susah sangat orang nak faham. terlalu puitis. Pasrah je la orang membenci kau ye.

Tapi sebenarnya, janganlah membenci si Ana Rafali ni, dia tak bersalah, dia nyanyi je, yang bersalah juri-juri tu. Marahlah kat juri ye lepas ni. haha.

Fasha Sanda
Seyes dia ni memang lawa, tapi..................................
Awal-awal tahun dah kecoh gambar pakai bikini. Dan dengan seronoknya banyak surat khabar menayangkan gambar-gambar hot dia. Walaupun dia dah menyesal, tapi kerana dia jugalah, anak penerbit, penulis dan pembaca surat khabar teringin nak berpakaian sebegitu.
kan catik pakai macam ni, udah-udah lah tu pakai seksi-seksi. kalau korang nak tengok dia berbikini, carilah sendri ye.

Dr. Rozmey
Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Dr. Rozmey yang berambut hensem ni? mesti semua dah kenalkan. Mungkin peminat Facebook yang bersedih pada bulan 3 akan datang, akan berterima kasih dengan Dr. Rozmey.

ni memang aku printscreen dari fb dia,
tak ada sebarang photoshop,
Dr, lu memang bercita-cita tinggi,
tapi gua tak minat rambut lu.

Sunday, January 9, 2011

Facebook ditutup bulan 3


uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Facebook akan ditutup pada 15 march 2010. Begitulah yang diberitahu oleh artikel ini.

Kalaulah betul Facebook akan ditutup, macam manalah rakyat Malaysia nak mengisi masa lapang lepas ni. Haha. Macam manalah pulak kita nak buat reunion dengan kawan-kawan lama kan. mesti dah susah.

Disebalik kerisauan itu semua, ramai juga yang menganggap beritu tu palsu. Harap-harap palsulah.
Pengasas facebook tu cakap dia tak mau duit, dia dah penat uruskan facebook, dia nak kehidupan dia yang dulu. Kalau macam tu, aku cadangkan kat Zuckerberg supaya dia jual atau pun sedekah je facebook ni kat sesiapa yang rajin nak mengelolakannya. Ye tak?

house mate aku sorang takut tak boleh main game kalau FB dah tutp. haha.

Saturday, January 8, 2011

Masa

Masa sentiasa mengkhianati kita,
dan seringkali kita mempersiakannya,
mungkin kerana itu ia sering berlari,
membiarkan kita terkapai mengejar,
kadang kita dapat menyainginya,
namun ia akan terus mencemburui kita.

Wednesday, January 5, 2011

Kerana sehelai tudung

Sejuk angin subuh masih belum hilang dimamah kehangatan cahaya mentari, namun keheningan pagi itu telah dipecah cerakinkan oleh nenek kiah yang baru usai mandi berkemban ditepi perigi. "Hei Usman, anak bertuah, bangun kau dari katil. Kau tengok apa yang aku pegang ni. Siapa punya tudung yang tersesat dalam kereta kau ni. Kau curang ye dengan bini kau yang secantik Vanidah Imran, yang sesolehah ustazah Masitah Ibrahim. Jawab, jawab, jangan kau berdiam diri."

Dalam mamai Usman terkejut. Dengan gigi yang belum sempat dibasuh, Usman menjawab dengan bau mulut seharum kasturi.
"Ishk, tak ada kerja saya nak curang dengan bini saya tu. Cubalah mak selidik betul-betul, check cap jari semua. Ambil sample rambut mahupun kutu yang ada dekat tudung tu. Ada ke patut saya dituduh sedemikian rupa. Mungkin juga ini angkara Saiful, anak teruna saya. Marilah kita menyoal siasat keterunaan si Saiful tu."

Api amarah masih lagi membara di hati nenek Kiah, dan kini api itu telah berjangkit kepada Usman. Mestilah marah, tidurnya yang bagai bayi itu diterjah suara garau ibunya dan dengan sewenang-wenangnya maruah kelelakian Usman dicabar begitu sahaja. Apa muka Usman ada muka lelaki murahan, apa darah Usman ada potensi HIV positif? Senang-senang sahaja Nenek Kiah menuduh Usman berjalangan dengan perempuan lain.

Bagai memukul kompang Nenek kiah menampar Saiful. Tamparan wanita itu telah mengejutkan Saiful yang sedikit lagi mahu menikmati mimpi basahnya. Sesungguhnya, pagi itu bukan rezeki beliau untuk mengecapi nikmat tuhan yang esa.

"Dari mana asal usul tudung sekerat ini hah? Tak pernah ada dalam keluarga kita yang memakai tudung sependek ini." teriak nenek Kiah dengan mencekak pinggang.

"Tudung Ikin macam ni mana ada keluarga kita pakai. Mak kamu pakai tudung bawal, adik kamu pun guna tudung 2nd hand mak kamu. Selepas bertahun-tahun akhil baligh, kau dah jadi perogol ke apa?" Tambah Usman sambil berpeluk tubuh kerana kedinginan pagi itu.

"Eh, mana Saiful tahu, inilah pertama kali Saiful melihat tudung ungu ni. Janganlah tuduh Saiful sembarangan."

"Dah tu, kalau bukan kau yang punya angkara, siapa lagi. Bapak kau ni yang buat?"

"Mak janganlah menuduh saya sembarangan, saya mana ada bawak kereta semalam."

"Entah nenek ni, semalamkan nenek yang bawa pergi balai raya. Ada mesyuarat tingkap katanya."

"Oh, ye tak ye juga. Semalam Kak Senah hujung jalan tu ada promosi tudung kat aku. Ni lah tudung yang dia suruh aku tengok tu agaknya. Alahai makin menjadi-jadi penyakit nyanyuk aku ni. Tak pelah nanti petang aku pulang kat dia." Nenek Kiah berkata antara dengar dengan tidak sambil membelek-belek tudung pendek itu tadi.

Lalu dia mengangkat kepala, dan dengan muka terperanjat dia bertanya, "Cepat korang anak beranak bangun hari ni, kalau tak pukul 10 baru nak buka mata." dengan selamba, Nenek Kiah berlalu dengan lenggang kangkung.

Terkesima Usman dan Saiful. "Parah nyanyuk nenek kau tu Saiful, patut bapak bawa pergi klinik ke tidak, jumpa nurse." sambil geleng-geleng kepala, mereka berdua sambung tidur di katil masing-masing.

persoalannya, mampukah Saiful menyambung mimpinya tadi?



Tuesday, January 4, 2011

tanda akhir zaman

dulu time sekolah, ustaz ustazah pernah cakap tanda-tanda akhir zaman. pastu aku pun pikirlah, bila kita dah diberi tahu tanda-tanda tu, takkanlah kita nak buat dan mendekatkan kiamat tu dengan kita.

Contoh tanda kiamat yang aku rasa boleh dielak.
banyak bangunan pencakar langit dibuat. tapi masalahnya, semakin hari semakin ramai pulak yang berlumba-lumba buat bangunan tinggi-tinggi. diorang tak tahu ke atau sengaja tak nak tahu.

pastu aku ada dengar ustaz cakap pasal gurun-gurun, padang pasir akan menjadi hijau.
maknanya akan suburlah kan. dan hari ni, terbaca pasal cara sainstis buat hujan dekat gurun.
satu teknologi genius, dan sepatutnya menjadi ingatan untuk kita semua. jangan jadi macam mereka, yang sanggup berbogel dalam sejuk demi sepasang baju berjenama.

binatang dalam meja

siapa suka meliar seperti binatang liar?
kalau suka bolehlah beli meja yang ada binatang liar ni letak kat ruang tamu. macam menarik.
meja en. serigala

meja en. memerang

macam menarikkan.
tapi tetiba aku terpikir idea lain. pe kata letak akuarium je jadikan meja. cuma kena pastikan yang takda kucing laparlah kat dalam rumah.


more info click here, the manufacturer.

Monday, January 3, 2011

conan edogawa

setiap pagi aku bangun mesti adik aku tengah layan cerita conan, walaupun aku sering berebut remote astro dengan beliau, tapi tiap pagi juga aku biar kan tali besen itu menayangkan cerita tersebut. sebabnya, saja je aku nak bagi chance kat dia layan cartoon dulu, pastu satu harilah ko jangan harap dapat remote. selain tu, aku pun sebenarnya layan gak cerita conan tu. best....

aku memang respek kat conan tu yang hebat, lagi hebat dari encik mauri, tapi aku lagi kagum dengan kesetiaan kak ran. setia gile dia, even shinichi tak contact dia.
tiba-tiba aku teringin nak jadi conan. dahlah hebat, pastu leh tinggal kat rumah awek aku. haha. biar kan dia rindu kat aku, sebab tak leh lah bongkar rahsia kan, nanti aku kena halau dengan en mauri. haha.

apalah aku ngarut ni. haish. oh, inikah entry tahun baru aku? damn.....
extra: memang aku rindu, tapi aku lagi suka biarkan dia merinduku.