Friday, December 24, 2010

cerita SMS ahmad dan halimah

ahmad memang suka berSMS dengan girl frend beliau bernama halimah. tiap masa nak SMS, nak makan SMS, nak mandi SMS, nak pergi kedai SMS, kesitu jelah kredit telepon dia habis. tapi apakan daya, dah memang tabiat dia macam tu, telefon bimbit tu ibarat organ dah, kalau tertinggal leh menyebabkan sesak nafas dan mungkin putus cinta atau putus nyawa. pernah sekali, telefon tertinggal, berlari deras ahmad balik sampai terputus selipar jepun beliau. nampak sangat telefon tu sangat penting.

tapi kadang-kadang, salah paham tu tetap ada. sebabkan banyak sangat benda nak taip, sebab banyak sangat nak tau, makna SMS tu tak sampai. adake patut, halimah tu bagi mesej yang berbunyi, "KEJAP NAK CEBOK BERAK"

terkedu ahmad baca. beriya sungguh SMS, sambil berak pun boleh. nasib SMS je, bukan MMS. boleh jadi hilang selera kalau dia MMS.
beginilah bayangan yang terpapar di pikiran ahmad pabila membaca mesej halimah. (ahmad tak nak halimah malu, sebab tu keluar kaki je, muka dah kena crop)

selepas di soal selidik, rupanya cebok berak anak sedara dia. barulah ahmad letak balik gambar halimah jadi wallpaper HP dia.


Thursday, December 23, 2010

ada apa dengan A?

tadi pagi keputusan PMR keluar menemui semua pelajar tingkatan 3 di malaysia dengan hilai tawa, linangan air mata dan macam-macam lagilah perasaan. selain perasaan perasaan liar tu, ada juga keinginan-keinginan liar yang menyelinap dalam setiap kepala hotak mereka. mulalah berpikir untuk menjadi liar, membela hidupan liar ataupun membeli belah dengan liarnya menggunakan duit mak bapak mereka. tahniah pada yang berjaya dan cuba lagi pada yang kurang berjaya.

para pemuda pemudi yang baru-baru akil baligh tu, beringat lah bahawa masih jauh lagi perjalanan hidup korang. tak semestinya gagal sekali gagal selamanya. ada je kawan-kawan yang dulu peksa bese2 je, tapi sekarang lebih bergaya dan berjaya berbanding mereka yang ada banyak A. korang hanya perlu membuat pilihan dengan betol je nanti. ada rezeki adalah kejayaan. tapi kenalah juga berusaha sedaya upaya sebagai mana korang berusaha untuk mengurat awek.

bila korang dah berjaya nanti jadilah pemimpin yang hebat. memajukan agama bangsa dan negara. jangan sibuk memajukan diri sendiri je dengan memakan rasuah seperti memakan nasi berlauk asam pedas ikan pari. bile korang dah berjaya nanti, majukanlah bandar atas air kota tinggi ye. pasang monorail cam gambar bawah ni. haha.

aku mau kota tinggi ada monorail wei.


Wednesday, December 22, 2010

demam

pelik sungguh aku, asal balik KL je mesti demam. ada puaka gak nya rumah ni. masuk kali ni dah 3 kali berturut-turut aku demam selepas pulang dari kampung halaman.

tapi serius pelik demam kali ni. kepanasan melampau. sampaikan kaki xleh rapat. kalau boleh aku nak berendam je. padahal mula-mula punyalah sejuk.

tu semua cerita semalam, sekarang ni dah makin ok, tapi tetibe kepala start pening balik. haish, jangan lah demam. nanti membuatkan aku terasa nak balik ke rumah, dahlah tesis aku pun xda progress.


Friday, December 10, 2010

bunga cintaku

andai aku bisa hidup tanpa hati,
akan ku belah dadaku,
ku petik hati ini,
dan ku ukirkan sekuntum bunga,
lalu ku persembahkan buat pandanganmu.

biarkan kau simpan rapi,
sekuntum bunga hati itu,
yang akan terus berdegup,
terus selamanya mencintaimu,
rentak degup itu tiap masa,
akan mengisi ruang pendengaranmu.

bunga cintaku hanya untukmu.


Sunday, December 5, 2010

seksi untuk diri sendiri


nita seksi untuk diri sendiri
kejadah apa seksi untuk diri sendiri tapi ambil gambar, masuk paper bagi aku tengok. pastu aku bagi korang tengok pulak. kan dah jadi nita seksi untuk kita semua.

tips seksi untuk diri sendiri.
1. mandi sorang-sorang, pakailah mini skrit, bikini. bogel terus pun tak pe.
2. time tak da orang kat rumah, berjalanlah, berlarilah, bergoleklah dari ruang tamu ke dapur tanpa sebarang pakaian atau baju-baju yang tak cukup kain.
3. seksi-seksi lah depan cermin atau bogel terus. pujilah diri sendiri bagi menaikakan keyakinan diri.

barulah betol nak seksi untuk diri sendiri. jangan bagi orang tengok.



Thursday, December 2, 2010

najib vs dr m, menara warisan merdeka

kata najib
1. menara berdaya maju, untuk buka peluang pelaburan dan sebagainya.
2. ini projek PNB. duit PNB. kerajaan tak rugi.

kata Dr. M
1. takut lebihan bangunan. tak ada orang nak guna nanti.
2. tak mahu menara berkembar dilawan orang. tunggulah dia dah tak ada baru buat menara baru.

kata aku.
1. kalau memang duit PNB, buatlah apa pun korang nak buat. tapi aku cadangkan, buatlah juga kat tempat lain. contohnya, kat kota tinggi ke. haha.
2. perlulah kaji tentang lebihan bangunan tu nanti. dah banyak dah tempat yang kena krisis macam ni. contoh kat Dubai. jangan nanti dia efek ekonomi seluruh negara. belajarlah dari kesilapan orang lain.


the crisis of credit..

aku tahu berok band korang ada yang macam siput. meh aku terang serba sedikit.
1. video ni pasal investor (bank), rumah dan pembeli.
2. orang beli rumah pinjam duit dari bank. modal bank pula datang dari orang-orang kaya. so adalah percent2 diorang semua kan. dividen dan sebagainya.
3. tapi, sometimes, akan ada orang yang x dapat bayar rumah tu. jadi dah kuranglah pulangan yang invester dpt.
4. so, bila sangat ramai yang x dapat bayar rumah, income investor(bank) pun berkurang. maybe terus tak ada. bankrupt.
5. bila ni berlaku, kira semua pelabur akan bankrupt juga. tu jadinya crisis of credit tu.

hope korang paham dengan penerangan aku. tak paham, korang load n tengoklah sendri.

nota penting: kenapa dalam diam dalam tenang, tiba-tiba harga minyak naik harga gula naik? kalau dulu sebab harga minyak global naik, sekarang???

hadiah buat perokok tegar


korang tahu tak ni gambar apa?
ni poster anti rokok. haha.
nice one. kreatif gile.

nak lagi gambar-gambar anti rokok yang best?

Wednesday, December 1, 2010

burger keju


sebenarnya burger daging keju. tapi tidaklah seperti burger di mc donalds. sebab roti pun pakai roti potong biasa je.

bahan-bahannya.
1. mesti ada daging burger ye. pastikan ramli. lain2 pun boleh. kalau dah xda sangat korang guna belacan pun boleh.
2. roti. x kesah lah apa jenis roti sekalipun. roti burger la kalau nak lagi feel. tapi kalau nak try dengan roti nan, roti canai pun apa salahnya. burger korang, masuk dalam perut kuar ikut bontot juga.
3. keju. pergi je suparmarket, insyaallah ada. kalau pergi kedai runcit kat kampung janganlah berharap sangat. jangan dimarahnya orang jaga kedai tu kalau dia tak jual keju.

tadi bahan-bahan utama, ni bahan-bahan sampingan pulak.
1. tomato. dulu punyalah aku tak suka tomato, tapi tetiba sekarang suka pulak. rasa juicy pulak tomato tu dalam burger, rasa nikmatlah.
2. kobis.
3. jeruk. kalau korang perasan, dalam burger mcd, dia ada letak benda hijau masam-masam. mana sebenar aku tak tahu, so aku panggil jeruk je. letaklah pape jeruk pun. burger keju aku tu, aku letak jeruk pelam je. pergh sedap siot.
4. letak sos secukup rasa.
5. apa-apa lagilah yang korang nak letak.

cara-cara memasak
1. senang aja kalau korang ada mak yang serba boleh. haha.
2. tak pun korang ada adik kesayangan yang menurut perintah.

ekstra note: aku suka blog aku yang dah ada fb like button. sila klik beramai-ramai ye. dan sesiapa yang nak install fb like button tapi tak pernah berjaya. try klik link ni.

hantu kak limah balik rumah

oh, tidak kenapalah time-time kesusahan kepala otak dan kewangan nilah banyak sangat cerita yang kuar panggung. tak sempat lagi nak tengok mega mind dan tangle, dah macam-macam cerita macam best berderet minta simpati ditonton.

cerita melayu yang cam best nak ditengok, aku tak bodoh dan juga crayon. tak tahulah leh tengok ke x? kalau ada orang belanja pun lum tentu aku nak pergi tengok. duit, exam,exam tesis. testis jadinya nanti. haish.

k, hantu kak limah balik rumah. ni sebenarnya tajuk terbaru filem dari mamat khalid. estet baru je haritu kuar wayang, da kuar cerita baru lagi dah? cepat tol la mamat khalid ni. sebagai peminat filem-filem mamat khalid yang terencat tu, aku akan cube sediakan masa dan wang untuk dileburkan demi dia.
maklumat lanjut, korang pergi buka kosmo dan muka buku...
ni dia punya promo video. rembat kat youtube je.

sokonglah filem tempatan, tapi tak payah sokong 2 alam.
dengarnya ada 2 alam 2. target 80 juta pulak. haha

Tuesday, November 30, 2010

power giler barcelona



power giler barca. dia ayam kan je real madrid. 5-0 tu.
aku rasa barca team terkuat a kat plenat ni sekarang. haha.
bulan satu nanti korang dah tak payah beli mana-mana player baru dah. dah kuat dah tu.

award dari cik siti mashitah



terima kasih memilih aku sebagai top komenter. harap ko (siti mashitah saidin) dan juga orang-orang lain sudi-sudilah komen kat blog aku gak.

Saturday, November 27, 2010

spender singapore

design of the year.
merah menyala, dihiasi bulan dan bintang. sememangnya, bulan dan bintang tidak dapat dipisahkan. posisi bulan sabit itu juga sangatlah strategik. nampak gagah. haha.

player polo air singapore mempamerkan uniform mereka.
walaubagaimanapun, pemimpin singapore rasa terhina,
jadi mereka mungkin tukar spender lain ataupun berbogel sahaja.

ps: jangan ada yang wat ngan bendera malaysia, kang x pasal-pasal masuk ISA.

Friday, November 26, 2010

hingus dan kahak

persamaan
1. hijau
2. likat
3. penyakit
4. geli

perbezaan
1. hingus kuar ikut hidung
2. kahak kuar ikut mulut.

persoalan
1. adakah hingus dan kahak tu benda yang sama atau lain?
2. korang nak tengok gambar hingus dan kahak?

pergilah yang hijau likat ni, datanglah semangat kerajinan...

Thursday, November 25, 2010

1 selesai, lagi 4

aku tau la korang da habis exam. tapi nak wat camne aku baru start, dan bukan permulaan yang baik....

jadi dari cerita kisah sedih aku baik cerita kisah sedih orang lain...

caller:
hai encik DJ. boleh tak nak melepas kat sini?

DJ:
hah! melepas. melepas apa? kalau geram leh la, kalau lepas benda lain jangan.

caller:
kenapa pulak jangan? da saya duk kat dalam jamban ni.

DJ:
la, yeke? camtu pergilah penuhi tuntutan alam tu dulu, pastu call balik ye.

caller:
eh, xpe2. biar saya lepas geram dulu. nanti barulah leh berak ngan aman kan.

DJ:
ok, cepatlah, kang tercirit pulak awak.

Caller:
k, saya ni nak amik SPM, ada exam biologi nanti. susah la nak ingat jantung, hati segala tu. mansuhkan jelah exam biologi tu. kan bagus kalau exam fizik je 3 minggu. barulah best.

DJ:
haha, suka-suka hati kau je e. nak buat macam mana, dah ko daftar biologi tu. blaja je lah, bio biol ko belaja. haha.

semua di atas aku ubah kecuali dialog caller yang last. haha. sesungguhnya aku tensen ngan exam tadi dan nervous untuk exam lelain. doakan aku selamat jiwa raga ye.

Wednesday, November 24, 2010

stop child abuse

sesal pendera

api yang dulu marak,
kini telah padam,
tinggalkan kayu yang terbakar,
menjadi abu dan debu,
begitulah amarah,
yang dulu marak,
kini telah padam,
memadam ikatan,
meninggalkan dendam.

dulu kau ku penjara,
ku ikat di pokok kerangga,
ku pukul dahan segala,
ku cucuh api bara,
ku cemuh dengan kata-kata,
agar kau tahu siapa berkuasa.

tapi kini aku terpenjara,
senyum kendur tawa hambar,
berteman tangis hiba,
dan esak panjang,
sendiri disini,
mengenang sejarah darah kita.

entry ni dibuat untuk join kempen stop child abuse.
pada aku, penderaan yang paling aku rasa teruk sekali adalah penderaan mental. contohnya budak-budak yang hari-hari kena maki hamun. mungkin orang tak nampak, tapi ia berikan kesan yang mendalam pada bebudak tu.



unicef

Tuesday, November 23, 2010

productivemuslim.com

saya sedar saya bukan muslim yang produktif. semoga hari ini lebih baik dari semalam.
pergi web productivemuslim.com gak ye rakan-rakan. ambil lah apa-apa yang berguna.

Tuesday, November 16, 2010

selamat raya haji


jangan sedih ye. aku nak balik kampung jap, jadi blog ini akan berxcuti jugalah.
credit pada adik aku,
gambar ni dia amik masa june 2009,
gambar kawan-kawan dia juga.

award


telah memaksa aku menerima anugerah ni. apakah maknanya?
biar anda sendri membuat penilaiannya.

Monday, November 15, 2010

rawak

i
ramai yang bertanya,
bagaimana nak setia?
jawapnya satu,
jangan fikirkan masalahnya,
fikirkan cara penyelesaian.

ii
aku suka bila orang berpacaran,
tapi tak menuduh bila ikatan itu putus,
aku pasti mereka ada alasan sendiri,
dan mereka sendiri sebenarnya tak inginkannya.

iii
mulut dan minda anugerah agung,
bisa jadi cinta,
bisa jadi benci,
gunakan ia sebaik mungkin,
agar semua terima hikmahnya.

Sunday, November 14, 2010

malaysia 0 - 3 china

malaysia vs china, bola sepak piala asia. giler apa 3 kad merah. bongok nya ref... argh... marah aku. siap ada 5 kad kuning lain pulak tu, mampu 0-3 je la. nasib layak gak pergi pusingan kedua.

kad merah 1> dapat sebab sengaja sepak bola keluar padang... cam ayam bertopeng babi ref itu.
kad merah 2> kapten tanya, napa bagi kad merah 1, dapat kuning, tanya lagi kenapa dia dapat kuning, hambik kau lagi 1 kuning. so merah.
kad merah 3> langgar manja gitu pun leh jatuh? leh dapat kad?

tapi aku bagi pujian la, dari minit 24 sampai 61, main 8 orang + 1 keeper, still leh maintain 0-0. pasni korang masuk 2nd round, aku tak harap tinggi la. dengan injured + 3 kad merah. sapa lagi nak main. pastu lawan iran lak tu esok petang. pasrah...


baru jumpa video. tengoklah ref tu bagi kad, macam bagi bisnez card je.
kad merah 1. x patut.
kad merah 2 lagi x patot.
kad merah 3. bagi penalti boleh, tapi tak payah merah kot. bukan tackle ganas pun.

Saturday, November 13, 2010

boring lagi

aku tau dah ramai yang dah habis exam. tapi aku lum start exam lagi. jadi meh la study ngan aku. haha.

pastu kita makan pisang mutan ni pulak ye.

yang ni gambar hiasan je. harap2 jangan ada yang gatal2 wat seks, konon nak release tensen. tapi kalau dah memang korang tu degil cam syaitan. pakailah kondom, agar tak ada bayi terbuang.

finally, selamat maju jaya buat mereka yang lum exam, dan selamat bergembira buat yang dah merdeka.

semua gambar aku cilok dari win.failblog.org

Friday, November 12, 2010

gigit kuku punya cerita

ditakdirkan pada satu jumaat yang redup, sedang khatib membaca khutbah jumaat yang memberatkan mata. aku terpandang seorang budak sedang khusyuk menggigit kuku beliau. tapi kuku yang beliau gigit bukan kuku biasa, kuku itu adalah kuku ibu jari kaki beliau. kagum aku tengok kesungguhan beliau.

lalu aku try, leh tak kaki aku sampai ke mulut.

Thursday, November 11, 2010

banting orang

korang pernah tak jadi budak-budak? mestilah pernah kan, even benjamin butang yang lahir berbadan orang tua pun berpikiran budak-budak.

kisah ni kira-kira berbelas tahun dahulu, time aku darjah 1. masa tu pengaruh tv sangatlah hebat. macam cerita gaduh-gaduh tengok. dari jackie chan sampailah ke power rangers aku layan. sailor moon pun layan gak. haha. (tapi tu darjah 1 ke?)

tengok punya tengok, adalah beberapa cerita ajar cara-cara membanting orang, bukan membanting tulang saja, dengan orang tu terus kita banting. tak paham banting macam mana. tengok gambar.
nilah aksi membanting yang aku try nak tiru. haha

satu hari tu aku dengan semangat ingin mencuba yang tinggi, suh member aku diri belakang aku. lalu, tangan beliau aku ambil dan ketiaknya ku letak di atas bahuku. hiyaek... dengan bergaya aku menarik tangan dan membanting beliau.

gedegang.... bunyi kepala bertemu simen. haha. beliau control je mula-mula, pegang kepala dan buat muka kepam. beberapa ketika selepas itu beliau menjerit menangis. haha.

sori ye en. beliau. aku dah lupa dah siapa mangsa tu. tapi sori sangat-sangat, ingat dia landing badan dulu cam dalam cerita, sekali landing kepala la pulak. nak buat macam mana, aku tak expert lagi masa tu. haha. sekarang tak tahu la pulak, dah tak cuba buat lagi selepas peristiwa itu.

CONTEST MIMIK MUKA MENARIK


nilah first contest yang akan aku join,

cik cikin yang comel (kena lah amik hati penganjur kan, haha)
dengan ini saya pertandingkan gambar dibawah.
nama gambar ni
rindu sampai nak mati,
haha.

cik cikin bagi saya menang tau, sebab....
kerinduan itu bisa cetuskan tsunami,
tsunami darah yang bergelora,
yang akan membunuh diri sendiri,
mungkin dengan hadiah mesteri,
tsunami itu akan reda,
dan bisa menyelamatkanku,
dari terus rindu dan mati.


last but not least,
aku tag rimba sakti, Ein dan juga rodi.

Wednesday, November 10, 2010

jentik jentik makan apa?

anak: mak, mak... apa benda dalam kolah ni. anak ikan ke?

mak: tu bukan ikan tu jentik-jentik.

anak: jentik-jentik? macam mana dia boleh jentik orang mak?

mak: nama dia je jentik-jentik, dia tak jentik orang pun. ni sebenarnya anak nyamuk. nanti dia da besar dia jadi nyamuk la. pergi bunuh cepat. kalau jentik-jentik aedes leh jadi demam denggi nanti.

anak: jap, saya pergi amik ubat nyamuk ye. tapi boleh ke bakar dalam air?

mak: la, tak payah guna ubat nyamuk, tangkap, buang je dia. kalau nak lagi berkesan pijak2 dia nanti tau.

anak: ok-ok.

sambil menilik-nilik jentik-jentik yang telah dicurah ke atas lantai bilik air, si anak menggaru-garu kepala nya yang berambut penan itu.

anak: mak, jentik-jentik ni makan apa a? macam mana dia boleh hidup kat dalam kolah ni. mak ada letak makanan ikan e. patut lah makanan ikan cepat habis. rupanya jentik-jentik ni makan.

mak: mana ada mak bagi jentik-jentik tu makan. mak bagi kamu je makan jentik-jentik tu. selalu termasuk dalam air yang mak masak. haha (gelak jahat).

lalu kepala otak aku kabur dan cerita ni pun habis. haha.

review ESTET


poster estet
filem tamil by mamat khalid

estet by mamat khalid.... citer tamil. dia berjaya wat citer tamil, sama berjaya cam dia wat citer hitam putih (kala malam bulan mengambang).

bak kata cinta hatiku. "banyak-banyak citer mamat khalid, ni lah citer dia yang paling tak logik".
pada aku ok je, just sebab dia ni citer real life, so susah la kita nak menerima benda mengarut yang dia wat tu. tapi keseluruhannya best la. lawak dia tetap bodoh.

pelakon paling aku rasa bagus adalah rosyam noor. sindrom down tol dia dalam citer ni. watak paling kesian pulak adalah watak aru dilakonkan oleh arumugan. malang sungguh watak dia.

finally, aku bagi lah 5 bintang. memang citer ni kurang bagus compare magika, tapi kalau korang leh terima idealogi mamat khalid, pergilah tengok.

tunggu sekejap by hujan

suka lagu ni hujan nyanyi. ingat tadi lagu baru dia, rupanya nyanyi balik je. tapi best gak.

Thursday, November 4, 2010

kalau berpacaran

lirik kalau berpacaran

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
[smartiesmanis.blogspot.com]

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

best lagu ni, lirik power, muzik pun seswai, suara setan tu pun menjadi habis.


jersey malaysia baru

semalam tertengok berita, terdengarlah pasal pelancaran jersey malaysia yang baru yang akan mula dipakai pada sukan asia nanti. cari-cari akhirnya jumpa gak kat blog ideas.

nilah dia jersey malaysia yang baru,
aku tak minat sangat design dia,
yang lama lagi garang, lagi nampak gagah.

jersey malaysia lama.
garang dan gagah kan.
kuning dia tu mengancam.

iklan jersey yang lama.
patriotik sungguh iklan ni,
last sem selalu tengok iklan ni time balik kerja,


Monday, November 1, 2010

mana awak?

awak kat mana?
kenapa tak cari sari saya?
kenapa tinggal saya sorang-sorang?
kenapa biar saya tanggung semua ni sendiri?
dah lama awak pergi,
tak ada kat sebelah saya,
dalam mimpi pun awak tak datang,
saya rindu tau.

tapi saya tahu,
awak pun rindu saya,
dan saya saja tulis macam di atas,
nak biar awak tambah rindu kat saya,
sebab saya benci tapi suka merindui awak.

3 budak bodoh

ada 3 budak tak berapa bodoh tapi selalu dipanggil bodoh.

budak bodoh 1:
babilah kawan dengan kau ni. dulu poiter aku 3.8 maintain je. skang da jadi 3.5. marah mak bapak aku tau.

budak bodoh 2:
tol, ko ni cam khinzir kawen ngan hanjing. akulah satu-satunya harapan mak bapak aku. kawan dengan kau ranking aku consistent 2 dari belakang.

budak bodoh 3:
aku tahu korang marah kat aku, tapi ni semua bukan salah aku mahupun salah korang. yang penting korang kena ikut naluri, kata hati kau. serlahkan bakat kau.

budak bodoh 1:
senanglah kau cakap, kau tu genius.

budak bodoh 2:
entahnya, kau makan pe la agaknya kan jadi pandai camni.

budak bodoh 3:
ni bukan soal genius mahupun makanan, ni soal bakat. soal takdir, aku memang ditakdirkan pandai. harhar. tak sebenarnya, korang kena dengar alam semester berkata pada korang, pastu muhasabah diri sendiri, dan buat keputusan sendiri. pastu tawakal.

budak bodoh 1:
macam mana?

budak bodoh 2:
entah, macam mana? dah ni je yang aku leh buat.

budak bodoh 3:
bodoh 1! kau tu sebenarnya nak jadi potograper kan? yang masuk U belajar engineering tu kenapa? sebab tu kau tak pandai2. sebab kau tak minat. sebab hati kau tu sebenarnya nak kahwen ngan kamera. dah, jangan belajar engineering, meh amik gambar aku yang tuff ni.

budak bodoh 2:
dah tu aku? aku rasa aku tak da bakat lain dah. sebab dari dulu aku memang top student. kira aku ni memang nerd and top student lah dulu. sekarang je dah bongok. rasa tertekan sangat, sebab semua, satu kampung berharap kat aku.

budak bodoh 3:
ha, tulah punca ko jadi bongok. buang perasaan stress tu. belajar untuk kepuasan diri sendiri. belajar kerana ilmu. oklah aku nak gi nyanyi jap ngan awek aku. meh la join.

yes, powe giler aku olah skrip dalam cite hindustan yang aku tengok petang tadi. ni tengok kat komputer e, takda kat tv mahupun wayang. bukan tadi. tajuk dia 3 idiots. best2, aku suka. kagum,kagum. dia leh jadi bidan guna vacum cleaner je. sape-sape lum tengok lagi, gi lah cari dan tengok. mungkin leh bagi semangat untuk korang terus hidup. haha.

last but not least, jangan bunuh diri bila stress study k. letak gambar parent korang dalam dompet or hp. stress sangat tengok gambar diorang dan pikirkan reaksi diorang kalau korang bunuh diri. kalau tak da gambar parent, letak lah gambar awek. haha. tapi awek solehah la, jangan awek seksi. nanti lain yang jadi.

Sunday, October 31, 2010

kalau aku dah boring

kekemasan seketika, kemas ke?

multi purpose,
siang jadi langsir, mlm jadi selimut,
ada sesape nak sedekah ke?
orang johor panggil selimut, gebor.

good morning

good morning pe nya kalau terbangun kul 4 pagi, baring-baring sampai boring tapi otak ni degil tak nak tido. cam haram. kalau time aku form5 ke matrik ke, larat gak la nal qiamulail, ni da usia dewasa ni, keimanan kurang. iskh2, semoga Allah berikan nur dan hidayah.

cerita popular, malam tadi dan pagi ni mesti pasal kelantan vs negeri sembilan. walau negeri sembilan bermula cemerlang, tapi kelantan gak yang menang. hambik lah korang menang. tapi disebabkan match malam tadilah, ramai orang terlupa seketika EPL. so, update sikit, Man u menang ye 2-0 ke atas tottenham. team lain aku tak dulik.

masa baring-baring tadi terpikir yang aku ni da tua tapi duit tak da. duit tak masuk, kuar je hari-hari. ada orang kata duit tak pernah tidur, camnelah nak buat duit aku tu tak tido ye. kan best kalau duit aku tu leh main kawen-kawen, beranak. haha, leh aku guna anak2 en duit tu.

Saturday, October 30, 2010

review red












































Retired
Extremely
Dengerous

bapak besar poster, haha, google bagi. semalam aku pergi nonton cite ni. best o, cite aksi tapi kelakar. kalau korang ngah stress pergilah tengok cerita ni. leh la korang melepas kan stress. aku jamin. kalau korang rase lebih stress bila tengok cite ni, sila minta duit dari kaunter wayang tu, jangan minta dari aku.

so aku bagi 7 bintang dari 10 la. enjoy your weekend.

Sunday, October 24, 2010

menara warisan merdeka, 100 tingkat

menara warisan merdeka ada 100 tingkat. wow, hebat2. mesti leh jadi kebanggan macam KLCC.

inilah persektif pertama aku bila dengar berita ni, tapi tak tahu pulak pasal kenapa mengapa dan bagaimana ada orang yang membangkang pembangunan menara ni.

1. mula-mula terpikir juga kenapa, maybe sebab mereka rasa dari buat menara baik bagi kat aku je duit tu. 5 bilion tu. kalau bagi sorang seribu wat modal MLM pun masyuk pe.

2. tapi selepas membaca sikit-sikit, cerita sikit, dengarnya 5 bilion tu bukan duit kerajaan mahupun duit najib. tapi duit PNB. dan PNB yang dengan suka hati nak wat menara tu.

3. so aku pun ok jela. kalau da dia nak buat, buat je la. kalau dia tak buat pun tak da nya dia nak sedekah kat aku duit tu.

4. tapi 1 je la, niat najib nak bangunkan negara, nak jadikan menara tu tempat berniaga bumi dan non bumi. kalau jadi nanti tolonglah bagi sikit modal untuk aku berniaga kat sana ye. jangan rancang baik punya, nanti da jadi, kita gak merempat kerja makan gaji je kat situ. contohnya, KLCC. berapa banyak kedai & ofis orang melayu, tapi berapa banyak pulak pekerja makan gaji melayu.

andai ku salah betol kan, andai kau salah, jangan malu nak betol kn.

Saturday, October 23, 2010

Adolf Hitler berkata















gambar copy paste dari fb,
sila baca link bawah ni juga.

bangun pagi

kenapa ramai orang perempuan kata dia takut nak tengok cermin lepas bangun pagi?
pada aku ok je pe? hot and seksi je pe.
tapi janganlah sampai air liur basi penuh satu muka.
tu memang buruk la.

mungkin rupamu aku tak kesah,
tapi baumu yang akan ku pengsan. haha.

Sunday, October 17, 2010

selamat pagi

Embun yang gugur malam tadi,
masih segar berkilau di celah rumput,
dan kau yang tetap bersama aku,
masih tidur di sebelah sana,
dengan penuh rindu,
aku kirimkan kata cinta.

mungkin esok embun tiada,
namun pasti cinta kita sama,
masih segar di ruang hati,
dan kau kan tetap bersama aku,
masih tidur disebelahku,
dengan penuh rindu,
kan kucupkan kucupan cinta.

selamat pagi sayang.

Saturday, October 16, 2010

manchester united vs west bromwich

gua tak kira,
man u kena score gol gak malam ni,
at least 2 goal,
kalau tak aku xnak sokong man u da.
gua tak kira sapa score,
van der sar ke fergie ke?
yang penting ada gol.

Sunday, October 10, 2010

Einstein syiah? biar betol!!!


















ni lah pak cik einstein, kenal kan? dia ni memangt terkenal dan genius dulu, sekarang da mati da orang tua ni. teori dia yang paling terkenal, tu E=mc2. bapak senang nak ingat. lecturer aku pernah kata, equation yang pendek2 ni la yang tepat, equation yang panjang nak mampus tu, lum tentu dia betol.

back to einstein story. di petang yang damai ini, aku pun berblog walking. tetibe singgah la aku ke blog faisal tehrani. dengan teruja aku baca entry einstei pun syiah dan juga lagi kesyiahan einstein. sebenarnya aku kurang paham, tapi malas nak kaji bebanyak, sebab kang sibuk study pasal einstein, esemen aku lak yang ke parit.

jadi aku harap pembacaan dan penulisan tak seberapa aku ni, leh menjana kerajinan aku untuk mendalami ilmu alquran yang sebenarnya penuh dengan ilmu2 yang engineering dan lain2. aku je yang dah makin lama makin malas nak ngaji. hish pe nak jadi ni.


PMR sedang nazak...

haha, g mati lah kau PMR. dah nazak da sekarang, menteri da cakap da, jangka hayat ko tinggal 5 tahun je. 2016 nanti da ganti dengan yang lain.

aku setuju dan suka kau nak dibunuh. cam kejam je bunyi e. haha.

aku bukanlah cakap PMR tak bagus, bagus gak sebenarnya. tapi aku rasa kita perlu tukar format. jangan jadikan budak2 tu sumenya nerd. negara kita ni tak perlukan nerd2, kita perlukan pemikir2 kraetif, contohnya bloggers. haha.

aku harap nanti format baru yang ganti PMR tu leh la jadikan pelajar kita kreatif dan kritis. selain itu, dapat hasilkan gak pelajar yang berani ke depan, bukan hanya perut kedepan.

anugerah pelajar terbilang hari ni, aku bg kat mak cik bawah ni.
gambar makcik zaidah dan anaknya siti hawa,
baru grad, dpt 3.7+,
sumber google.

mak cik ni, selama 3 tahun duk kat U jaga anak dia yang sakit ni. mak cik, you are so awesome. membuat aku teringat kat mak plak.

10,10,10,10,10,10

rasa macam dibesar-besarkan sangat benda ni. jadi aku disini ingin mengecilkan nombor 1 dan 0 ini.

xda pape pun yang korang nak kecoh sangat, lainlah kalau korang yang kawen, kalau bukan korang yang kawen, baik korang bangun pagi gosok gigi cam bese je. xda pape pun probnya.

bagi peminat-peminat iphone tu mungkin patut truja la. sbb membe aku si peladang apple kata, ada jailbreak iphone keluar esok. walau aku minat ngan iphone, tp xda org nk bagi. so malas aku nak amik port.

last but not least, janganlah korang menggelabah sotong ye dengan 10,10,10,10,10,10 tu esok. relaks sudah.

Saturday, October 9, 2010

sofea jane by black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
[ Sofea Jane lyric found on www.lirik.my ]
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

copy paste dari sini


Saturday, October 2, 2010

sambal belacan


siapa tak tahu sambal belacan? rasanya semua orang tau dah.
siapa tak suka sambal belacan? lantak koranglah, yang penting aku suka. tapi sambal belacan ni ada 2 jenis. 1 yang pekat dan satu lagi yang cair. aku suka yang pekat tu. nak makan kena colet dulu baru campur dalam nasi. pergh... tetiba keyboard aku basah dah kena air liur yang meleleh ni.

tapi kan, aku selalu dapat sambal belacan yang pekat, yang dicolet-colet tu hanya di rumah. kat kedai makan jarang dapat, semua sediakan yang cair je. tak masyuk.

cuba bayangkan, nasi panas yang berasap-asap lagi. ikan kembung goreng yang masih garing dan ulam kacang botol. korang colet sikit sambal, cubit ikan tu dan patahkan sikit ulam tu. gaul mereka bersama, lalu tiup-tiup sikit masukkan dalam mulut. pergh, bapak sedap gile. pastu korang kepedasan plak. haha.

dah pedas-pedas tu, amik pulak air teh o suam. minum sambil buat bunyi, slurp-slurp. pedas sambal tu berlawan dengan panas teh o. hasilnya, pedas pun hilang, sangat selesa. hoho.

the best and the worse part adalah membasuh tangan. ni pengalaman aku la, orang lain aku tak tahu. selalu bau belacan ni amatlah harum. kadang-kadang dah basuh pun masih berbau lagi. tapi aku suke je, nanti duduk-duduk leh bau. best ooo.

oh sambal belacan... nak sambal belacan...

cinta 2

cinta itu hukum newton ke3,
perlu ada cinta yang sama nilainya,
pada arah berlawanan,
kita miliki cinta sama nilai,
aku cinta kamu,
kamu cinta aku.


Friday, October 1, 2010

review magika


dari 10 bintang, aku bagi 5 bintang je.

dia best sebab
1. dia muzikal 1st kot yang orang malaysia buat. (yang aku tengok la).
2. dia punya latar tempat memang cun. cantik giler. i like.
3. pelakon perempuan dia best2. contohnya, maya karis jadi puteri bunian), syarifah amani n aleeya (bawang putih bawang merah), vanidah imran (mahsuri), ziana zain (nenek kebayan), raja azura (mak andeh), adibah noor (mak bawang), ning baizura (putri gunung ledang). ada lagi kot yang tak tersebut. pelakon laki pun not bad, tapi xnak sebut. cam gay je. haha.
4. merujuk senarai nama dan watak kat atas, cerita ni memang mengunpulkan banyak cerita rakyat kat malaysia. siap ada naga lagi. tapi moyu cakap, naga tu bukan naga asia. camne dia tau tu kena tanya dia. dia memang ada minor naga. haha.

dia tak best pulak sebab
1. banyak sangat nyanyi dan semua lagu bergenre kru. jadi sesiapa yang memang membenci lagu-lagu kru, dinasihatkan jangan tengok magika ni. ada orang sebalah aku ritu, telinga berdarah, mulut bernanah. tak berenti bising, nyampah asyik nyanyi je.
2. ni punca utama aku letak cite ni 5 bintang. sebab, pelakon utama perempuan dia adalah diana danielle. lain kali guna pelakon perempuan lain ye. huhu.

lagi cerita magika, klik sini.
pergilah tengok ramai-ramai kalau nak tengok filem malaysia genre baru.
janganlah pergi, kalau korang nyampah nak dengar lagu kru yang stereotaip tu.

Thursday, September 30, 2010

cikgu shida

korang tau sape cikgu shida? dia ni hanyalah "artis indie" haha. sebenarnya dia ni nak jadi youtube sensation. tapi dia bukan buat video lucah mahupun mengajar kanak-kanak pendidikan seks. tapi dia hanyalah miming (mengikut, mengajuk) nyanyian artis-artis popular.


pada aku dia berjaya buat orang terhibur dengan gaya giler-gilernya. mungkin ada orang yang tak setuju dengan cara dia berkarya. kalau korang tak caya, korang gitau bape banyak orang yang kondem dia compare dengan yang sokong dia. tengok kat youtube ye.

sian juga aku baca komen2 dia. sepertinya mereka membunuh karya dan idea-idea baru, kenapa tidak kita bunuh saja artis-artis malaysia yang kadang-kadang lagi tak senonoh dari artis luar malaysia.

aku bukan sokong seratus peratus cikgu shida ni. tapi jangan lah membunuh terus kekraetifan dia. kepada cikgu shida, bacalah juga ye komen2 yang mencemuh ko tu, dan ambil mana yang baik.

sebenarnya aku sering bosan dengan idea-idea stereotaip yang sedia ada. aku nak sesuatu yang baru. nak buat sendriri tak pandai. so cikgu shida, sila buat miming lagi yang best2 ye.

Wednesday, September 29, 2010

ketinggalan zaman

ini cerita yang aku dengar kat era tadi pagi. tapi aku akan menokok tambah la ye.

30 ramadhan tahun ni...
jalan jam seperti biasa, bak kata orang dulu-dulu, kalau kita bawa roti dah boleh makan kenyang-kenyang da. selet je roti korang disepanjang jem2 tu semua. tapi, kan puasa, so bersabar je la.

Dalam panas bahang yang menggigit, din menjerit menyanyi sekuat-kuatnya lagu balik kampung yang dahulu dinyanyikan merdu oleh sudirman, tapi kini sumbang macam katak sebab din yang nyanyi. sedang syok layan perasaan, layan feel dah lama tak balik kampung, tiba-tiba, telefon bimbitnya pula bergetar. habis bergegar-gegar tetelur din. kerana getaran mengelikan itu, beliau mematikan radio dan mengangkat telefon.

din: assalamualaikum nek. nek sihat? dah makan ke belum?

nenek: waalaikumsalam. nek sihat je. tapi belum makan. nenek kan puasa. puasa penuh lagi tau.

din: oh lupa plak, nenek dah monopos kan. huhu.

nenek: ko dah kat mana tu? cepatlah sampai kampung ni cu. nek dah rindu sangat dengan kau ni. hari-hari nenek buka album tengok gambar kau je. jumpa nya tidak.

din: kat highway lagi ni nek. jalan jam la. nak bawa laju cilok-cilok pun tak boleh, bahaya.

nenek: bawa la laju-laju, nanti cepat la sampai, ikut je lorong kecemasan tu. kadang-kadang slow pun accident juga. jadi baik ko bawa lelaju, kalau takdir kau selamat, selamat lah kau. jangan risau.

din: yela nek, saya dah kat lorong kecemasan la ni. tapi jam juga.

nenek: uih, jam juga? aku ingat arwah atok ko je dulu yang degil. rupanya semua rakyat malaysia sekarang dah degil.

din: diorang semua baik nek, semua tak ikut lorong kecemasan, jam ni sebab ambulance yang banyak sangat. ok lah, nanti kita jumpa kalau ditakdirkan ye. din nak main cilok2 ni. din pun rindu nenek. chow dulu nek. semekom.

sesampai dirumah nenek din. di bersalaman dengan neneknya. lalu dengan rakus neneknya memeluk erat. meraba-raba seluruh badan din. dirabanya dada dan perut din yang berkerut itu. lalu dia berkata.

nenek: ya allah din. kenapa kau gemuk ni din. selalu aku tengok gambar kau lain.

din: apa lain nya pulak. saya memang macam ni dari kecik. memang besar gajah cam ni. mana ada lain.

nenek: ni tengok album ni. dulu kau tuff je. kenapa sekarang da boroi da, da memboyot balik da. kenapa din? kenapa? kau putus cinta ke?

din: huish, mana ada pernah badan saya tuff camni nek. bohong dusta ni.

nenek: gambar mane boleh menipu din,. kau jangan nak tipu aku din.

tetiba. anak sedara din gelak-gelak dan berkata.

anak sedar: HOHOHO. ni ajim yang buat nek, guna photoshop. cantum kan muka cik din dengan badan malik nor. HOHOHO.

nenek: uih, boleh e? camtu, kau buat muka nenek cantum dengan paris hilton la ye ajim.

"seperti yang aku da cakap, aku edit cerita ni, sebab aku pun x dengar sangat mamat yang call era td pagi. haha.

Tuesday, September 28, 2010

putus asa

"memang senang nak putus asa,
tapi lagi senang nak putus kan putus asa."
-kalau tak sialap, ayat dari komik shin chan.

putus asa

20 tahun telah aku hidup,
tiap hari digigit mentari,
tiap malam dipeluk angin,
dan aku tetap di sini,
memikirkan siapa aku.

dulu aku mencari diri,
telah jumpa namun hilang,
dan kini aku duduk termenung,
menanti seru,
agar ku temu diriku lagi.

aku ingin berenang kencang,
sehingga bernafas dalam air,
tidak ingin ku terus hanyut,
dibawa arus kelalaian,
tenggelam jauh ke dasar kegagalan,
dan mati berputus asa.

Monday, September 27, 2010

gadis semasa by yuna.

gambar hiasan semata-mata,
sebab tu gambar mata.

Gadis semasa by Yuna

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

copy paste dari liriklagubiz

video




entry suka2, mencari mood blogging yang hilang.

Friday, September 3, 2010

hitler, si misai kontot


korang kenal tak arwah hitler? ala yang misai kontot tu. mesti korang pernah tengok punyalah. tapi belum tentu korang tau sapa dia. aku pun sebenarnya tak tahu siapa dia ni sebenarnya. yang aku tahu, dalam cerita-cerita orang putih, diorang sangat allergik dengan hitler ni. contohnya dalam cerita bachelor party 2. haha. (tetibe terasa nak tengok movie ni). sesiapa yang tak pernah tengok try klik sini,

selama ni aku tak pernah ambil pusing kenapa diorang allergik sangat dengan hitler dan tak mahu ambil pusing pun. tapi satu nota fb yang aku jumpa kat blog separuh nafas mati telah sedikit sebanyak menjawab persoalan aku.

korang nak baca? klik sini.

dari apa yang aku baca, aku dapat simpulkan yang orang putih takut dan trauma kat hitler sebab.
1. hitler tak suka yahudi. dia anggap yahudi ni pembawa bencana.
2. hitler suka dan hormat agama islam.

gambar hitler.
cam bese dari google.

renung-renungkan... kalau ada info lain, tambah-tambah la ye.


buka kat hotel

jantan 1
minggu depan dah nak raya dah. kau balik kampung bila?

jantan 2
oh minggu depan e raya. tak perasan pulak aku. ingatkan lama lagi. rasa macam tak puas lagi aku puasa.

jantan 1
memanglah tak puas. sebab banyak tak puasa dari puasa.

jantan 2
haha, nanti aku puasa lah. dah tak larat, nak buat macam mana. kan tak da paksaan dalam islam.

janran 1
puasa ni rukun islam. memang wajib lah bongok.

jantan 2
relaks la. aku tau lah aku salah.
wei, aku ingat kan, bila aku dah kahwin nanti aku nak buka kat hotel la.

jantan 1
silakan. aku tau sekarang kau tak mampu.

jantan 2
eh, sorry sikit e. sekarang pun aku mampu tau. tapi aku bukan nak buka makan. nak buka bini. harhar.

jantan 1
cis, kau ni puasa ke tak puasa. imaginasi tinggi sungguh.

Tuesday, August 31, 2010

merdeka lagi dan takut pun datang lagi... damn

hari ni hari merdeka. apa aku buat? duduk terperap dalam bilik je. buat assignment sikit. blogwalking dan lain2. sebab dah bosan blogwalking kat blog rakan-rakan yang hebat, aku pun bacalah blog2 pakcik2 yang hebat, kickdefella = bahagian 2, memahami perpecahan melayu dari sudut orang biasa.

Dari dalam sudut hati dan kepala hotak aku, aku terpikir dan sedikit takut. macammana kalau semua ni betol2 terjadi? pastu aku roll2 lah pulak kat link2 blog orang2 lain yang ada kat blog dia. blog2 orang politik. dan seperti biasa, hari-hari bermain politik. aku tak tahulah depa ni ada pikir nasib aku ke tak. harap2 jangan politik je.

kadang rasa jemu nak memikirkannya, tapi bila kita tidak pikirkannya, dan tiada siapa memikirkannya, dengan cepat dan pantas mereka mengambilnya dari kita.

aku harap tahun depan masih ada merdeka.



pejam jangan tak celik

pejam celik, pejam celik,
tetibe dah merdeka,
pejam celik, pejam celik,
eh weekend ni dah nak balik,
pejam celik, pejam celik,
next week da nak raya,
pejam celik, pejam celik,
lahanat mid sem banyak gile,
pejam celik, pejam celik,
cilakak, assignment belambak.

~apa patut buat hari ni?

Monday, August 30, 2010

jawa melayu malaysia

aku orang jawa melayu malaysia,
yang tak pandai cakap jawa,
sebab mak abah sibuk suruh belajar cakap inggeris,
yang dah kekok tulis jawi,
sebab kat sekolah semua exam guna tulisan rumi.

aku orang jawa melayu malaysia,
aku tak da duit nak pergi beli bendera,
nak kibar kat motor, kat bilik,
takda orang nak bagi free,
lagilah takda yang nak tolong bayar.

aku orang jawa melayu malaysia,
walau aku tak kibar bendera,
tapi aku sayang bumi malaysia,
aku tak hipokrit tunjuk sana sini,
tapi memecah belah bangsa,
merogol perpaduan.

aku orang jawa melayu malaysia,
esok dah nak merdeka,
sikit je aku hairan,
sebab esok cuti,
banyak aku tak hairan,
sebab hari-hari aku merdeka,
hari-hari aku pertahankan merdeka,
cuma dengan cara aku,
cuma aku tak publish.
(baru hari ni gatal nak publish, har2)

aku orang jawa melayu malaysia,
kau, aku tak tau, melayu ke cina ke india,
tapi jangan sibuk nak kibar bendera je,
sebab bendera tu bendera je,
usaha tu penting demi erti merdeka.


gambar aku google cam bese,


Sunday, August 29, 2010

doraemon final



sinopsis by moyu. aku tunggu punya lama, x habis-habis load. cam haram. so, kalau korang pun xleh load gak, baca dan hayati je sinopsis ni. diulangi, sinopsis by moyu, kalau tak betol, marah dia, jgn marah aku.

pada suatu hari, nobita balik rumah cam biasa, nangis2 jmp doraemon. nangis2 tu dia pun bebel2 kat doraemon, tp doraemon xde response. pastu baru die sedar doraemon dah tak hidup lalu nobita video call ngan doralin. doralin kate batri doraemon da abis.

pas2 nobita da lega. Die kate tukar je la bateri baru kan. tapi doralin kate boleh, robot kucing cam doraemon ni ms org cipta, back up memory chip die kat telinga, tp doraemon kan da xde telinga. so kalau tukar batri doraemon da x igt pape.

nobita da riso la. pastu die kate kalau die wat tlinga baru gn alat doraemon mesti bolehkan? Tapi doralin kate poket doraemon x function klu doraemon mati. so ade 2 pilihan je
1) tukar je batri n hidup je ngan doraemon yg hilang ingatan
2) simpan je doraemon n tggu teknologi masa depan wujud n jumpa je ngan pencipta doraemon
dan doralin tak tau pencipta doraemon sbb 2 top secret, nobita kena tunggu masa depan juga.

Nobita pilih nak simpan doraemon dan tunggu sampai teknologi 2 ade, sebab dia x sanggup doraemon lupa kat die. lepas 2 nobita pun sedih lah. tp dlm sedih 2 die tekad dan berubah. Die da x mainn2 da. die jd budak paling pandai. die da x kejar sizuka da, sizuka plak yg kejar die. semua igt die berubah sbb doraemon tinggal die, tapi semua org xtau doraemon abis batri.

bl diorg sumer da keje br diorg tau, nobita dah tekad nak hidupkan doraemon balik. time ni die dah jd engineer n dah kwen ngan sizuka. die buat telinga baru untuk doraemon dan tukar batri die. so mereka hidup aman damai.

nak tengok video ni, cam best, cepat-cepat lah tenet ok balik, jangan jadi cam haram lagi da.

Friday, August 27, 2010

ilusi optik>> Allah titik tiga

mari-mari, kita bermain dengan mata, bermain dengan kurniaan Allah ini.
gambar cam bese dari google,
google pun amik dari buaya merah blogspot.

aku dah try buat da. hasilnya, nampak cam spot light batman. lawa. cantik. indah.

MERDEKA!

hai kawan-kawan blogger. haha, skema giler. tengok aku dah join kempen 1 blog 1 bendera da. korang bile lagi. aku tau korang tak mampu nak beli bendera letak kat rumah atau motor kereta korang. jadi letak kat blog pun cukup la. dari tak letak langsung kan.

cara-cara.
1. korang klik je link ni.
2. pilih mana-mana bendera korang suka.
aku pilih yang ni. tengok kat side bar aku tu.
3. korang pergi tekan layout korang.
4. add item> picture.
5. copy paste jelah url gambar yang korang pilih tu.

lepas tu korang dah dikira merdeka da. haha. MERDEKA!!!!
kalau ada indon baling tahi kat korang, korang pikir lah sendiri apa korang nak buat. aku suruh fuck off kan diorang, tak boleh, nanti aku jadi hot cam salleh gregor lak. haha.

Thursday, August 26, 2010

iklan merdeka 2010 dari petronas


moral dia>> kalah menang tu tak penting, yang penting niat kena ikhlas.
kereta dia>> nice n cool. power gile, siap leh wat ABC.

aku nak buat kete yang boleh masak nasi lah. haha. masak ketupat terus ke.

Wednesday, August 25, 2010

flamming steamboot

flamming steamboat sunway tadi terbakar dengan semangat omnivor mechanical student berbuka puasa. baru pukul 6.50 pm je, semua orang da beratur panjang giler. budak2 ni pun tak melepaskan peluang. hasilnya, banyak giler seafood and yong tau fu stuff untuk direbus.

bukan steamboat je. ada yang lapar nasi pun gi mencekik nasi dan makanan goreng-goreng lain. yang lagi best ada yang berbuka dengan marshmallow yang disirami sedikit coklat, ada yang makan ice cream dulu, ada juga yang makan biskut panjang cam rocky tu. macam-macamlah senang cerita.

untuk air pulak, aku minum air mangga dan air longan. 2,2 sedap. pastu ada air bandung n teh tadi. pastu ada pulak yang gatal-gatal wat ABC. nafsu masing-masing dah macam apa dah. tak dapat aku nak describe.

yang lagi best, ada yang bukan hanya datang nak makan, datang nak tunjuk skill memasak. haha. macam2 dia campak dalam air rebusan tu. ntah pe rasa aku pun tak tahu. aku give up da. teringin nak makan, tapi tak mampu.

sesapa yang berkenan nak buka puasa or dinner nanti2 kat flamming ni meh usha web site dia.

untuk gambar-gambar, aku kena tunggu en. potograper upload kat fb dulu.

Tuesday, August 24, 2010

jejak kasih time sahur

cam haram punya lighter. tengah rajin nak bangun sahur. da siap masak nasi sume, tetibe ko lak nak touching2, nak merajuk, main nyuruk2. matanglah sikit wei wahai lighter. ko ni cam haram tol la. marah aku, mamai-mamai kena cari kau demi lauk telur goreng.

bangun-bangun dah 510. dengan harapan housemate yang rajin-rajin tu da siap masak. rupanya diorang ngah jejak kasih ngan lighter. (maklumlah, dapur bujang. kena bakar kertas dulu baru hidupkan gas)

angkat rice cooker, angkat ceret, angkat cawan, angkat pinggan. nasib kitorang ni sume tak tuff macam mr. world. kalau tak ngan kabinet-kabinet kitorang angkat.

cari punya cari punya cari. tak jumpa-jumpa. gua da angin da. celaka betul sapa yang pakai tak simpan lek lok. kalau lah yang silap letak tu aku, aku memang celaka la gak. tetiba, "da jumpa da, jumpa kat toilet"

cam haram, sapelah simpan dalam toilet. wat bakar tahi ke apa.
tapi tak pelah, sempat je kitorang bersahur. alhamdullillah.

Monday, August 23, 2010

time management

tengok gambar tu, muka cam orang sembelit, haha.
gambar dari google.

sesiapa yang bergelar student mesti selalu rasa macam ni, rasa masa mencemburui kita. dah lah banyak esemen, pastu kelas lak dari pagi sampai ke petang. bila la kita nak berehat kan? bila la pulak kita nak berdating, bila lah pulak kita nak quamilail dan bila lak kita nak layan meneran sembelit yang berhari-hari tu. (tula, sapa suh tak nak makan sayur, kan dah sembelit).

dulu aku pun rasa macam ni, selalu rasa xda masa, balik2 da penat, nak relaks main game jap, layan movie jap, pastu tetibe je dah ngantuk. dah tak buat kerja tu. takpe tangguh esok. haha. esok pun serupa je. selagi ada esok, selagi tu la aku camni.

aku jumpa ni. klik sini
tak tahu la membantu ke tak.

kalau cara aku, aku listkan semua kerja, then plan la. susun dari yang paling urgent pada paling tak urgent.

lagi 1 tip untuk orang2 yang kurang genius, tapi nak berjaya, tapi masa dah singkat.
senang je, pergi suruh orang yang genius, yang dah master subjek tu ajar korang. settle. tak payah pening pale baca buku, baca nota yang cam haram tu.

kena ingat, masa jeles ngan kita. pandai-pandailah korang jaga mood masa tu. huhu