Friday, December 24, 2010

cerita SMS ahmad dan halimah

ahmad memang suka berSMS dengan girl frend beliau bernama halimah. tiap masa nak SMS, nak makan SMS, nak mandi SMS, nak pergi kedai SMS, kesitu jelah kredit telepon dia habis. tapi apakan daya, dah memang tabiat dia macam tu, telefon bimbit tu ibarat organ dah, kalau tertinggal leh menyebabkan sesak nafas dan mungkin putus cinta atau putus nyawa. pernah sekali, telefon tertinggal, berlari deras ahmad balik sampai terputus selipar jepun beliau. nampak sangat telefon tu sangat penting.

tapi kadang-kadang, salah paham tu tetap ada. sebabkan banyak sangat benda nak taip, sebab banyak sangat nak tau, makna SMS tu tak sampai. adake patut, halimah tu bagi mesej yang berbunyi, "KEJAP NAK CEBOK BERAK"

terkedu ahmad baca. beriya sungguh SMS, sambil berak pun boleh. nasib SMS je, bukan MMS. boleh jadi hilang selera kalau dia MMS.
beginilah bayangan yang terpapar di pikiran ahmad pabila membaca mesej halimah. (ahmad tak nak halimah malu, sebab tu keluar kaki je, muka dah kena crop)

selepas di soal selidik, rupanya cebok berak anak sedara dia. barulah ahmad letak balik gambar halimah jadi wallpaper HP dia.


Thursday, December 23, 2010

ada apa dengan A?

tadi pagi keputusan PMR keluar menemui semua pelajar tingkatan 3 di malaysia dengan hilai tawa, linangan air mata dan macam-macam lagilah perasaan. selain perasaan perasaan liar tu, ada juga keinginan-keinginan liar yang menyelinap dalam setiap kepala hotak mereka. mulalah berpikir untuk menjadi liar, membela hidupan liar ataupun membeli belah dengan liarnya menggunakan duit mak bapak mereka. tahniah pada yang berjaya dan cuba lagi pada yang kurang berjaya.

para pemuda pemudi yang baru-baru akil baligh tu, beringat lah bahawa masih jauh lagi perjalanan hidup korang. tak semestinya gagal sekali gagal selamanya. ada je kawan-kawan yang dulu peksa bese2 je, tapi sekarang lebih bergaya dan berjaya berbanding mereka yang ada banyak A. korang hanya perlu membuat pilihan dengan betol je nanti. ada rezeki adalah kejayaan. tapi kenalah juga berusaha sedaya upaya sebagai mana korang berusaha untuk mengurat awek.

bila korang dah berjaya nanti jadilah pemimpin yang hebat. memajukan agama bangsa dan negara. jangan sibuk memajukan diri sendiri je dengan memakan rasuah seperti memakan nasi berlauk asam pedas ikan pari. bile korang dah berjaya nanti, majukanlah bandar atas air kota tinggi ye. pasang monorail cam gambar bawah ni. haha.

aku mau kota tinggi ada monorail wei.


Wednesday, December 22, 2010

demam

pelik sungguh aku, asal balik KL je mesti demam. ada puaka gak nya rumah ni. masuk kali ni dah 3 kali berturut-turut aku demam selepas pulang dari kampung halaman.

tapi serius pelik demam kali ni. kepanasan melampau. sampaikan kaki xleh rapat. kalau boleh aku nak berendam je. padahal mula-mula punyalah sejuk.

tu semua cerita semalam, sekarang ni dah makin ok, tapi tetibe kepala start pening balik. haish, jangan lah demam. nanti membuatkan aku terasa nak balik ke rumah, dahlah tesis aku pun xda progress.


Friday, December 10, 2010

bunga cintaku

andai aku bisa hidup tanpa hati,
akan ku belah dadaku,
ku petik hati ini,
dan ku ukirkan sekuntum bunga,
lalu ku persembahkan buat pandanganmu.

biarkan kau simpan rapi,
sekuntum bunga hati itu,
yang akan terus berdegup,
terus selamanya mencintaimu,
rentak degup itu tiap masa,
akan mengisi ruang pendengaranmu.

bunga cintaku hanya untukmu.


Thursday, December 9, 2010

Sunday, December 5, 2010

seksi untuk diri sendiri


nita seksi untuk diri sendiri
kejadah apa seksi untuk diri sendiri tapi ambil gambar, masuk paper bagi aku tengok. pastu aku bagi korang tengok pulak. kan dah jadi nita seksi untuk kita semua.

tips seksi untuk diri sendiri.
1. mandi sorang-sorang, pakailah mini skrit, bikini. bogel terus pun tak pe.
2. time tak da orang kat rumah, berjalanlah, berlarilah, bergoleklah dari ruang tamu ke dapur tanpa sebarang pakaian atau baju-baju yang tak cukup kain.
3. seksi-seksi lah depan cermin atau bogel terus. pujilah diri sendiri bagi menaikakan keyakinan diri.

barulah betol nak seksi untuk diri sendiri. jangan bagi orang tengok.



Thursday, December 2, 2010

najib vs dr m, menara warisan merdeka

kata najib
1. menara berdaya maju, untuk buka peluang pelaburan dan sebagainya.
2. ini projek PNB. duit PNB. kerajaan tak rugi.

kata Dr. M
1. takut lebihan bangunan. tak ada orang nak guna nanti.
2. tak mahu menara berkembar dilawan orang. tunggulah dia dah tak ada baru buat menara baru.

kata aku.
1. kalau memang duit PNB, buatlah apa pun korang nak buat. tapi aku cadangkan, buatlah juga kat tempat lain. contohnya, kat kota tinggi ke. haha.
2. perlulah kaji tentang lebihan bangunan tu nanti. dah banyak dah tempat yang kena krisis macam ni. contoh kat Dubai. jangan nanti dia efek ekonomi seluruh negara. belajarlah dari kesilapan orang lain.


the crisis of credit..

aku tahu berok band korang ada yang macam siput. meh aku terang serba sedikit.
1. video ni pasal investor (bank), rumah dan pembeli.
2. orang beli rumah pinjam duit dari bank. modal bank pula datang dari orang-orang kaya. so adalah percent2 diorang semua kan. dividen dan sebagainya.
3. tapi, sometimes, akan ada orang yang x dapat bayar rumah tu. jadi dah kuranglah pulangan yang invester dpt.
4. so, bila sangat ramai yang x dapat bayar rumah, income investor(bank) pun berkurang. maybe terus tak ada. bankrupt.
5. bila ni berlaku, kira semua pelabur akan bankrupt juga. tu jadinya crisis of credit tu.

hope korang paham dengan penerangan aku. tak paham, korang load n tengoklah sendri.

nota penting: kenapa dalam diam dalam tenang, tiba-tiba harga minyak naik harga gula naik? kalau dulu sebab harga minyak global naik, sekarang???

hadiah buat perokok tegar


korang tahu tak ni gambar apa?
ni poster anti rokok. haha.
nice one. kreatif gile.

nak lagi gambar-gambar anti rokok yang best?

Wednesday, December 1, 2010

burger keju


sebenarnya burger daging keju. tapi tidaklah seperti burger di mc donalds. sebab roti pun pakai roti potong biasa je.

bahan-bahannya.
1. mesti ada daging burger ye. pastikan ramli. lain2 pun boleh. kalau dah xda sangat korang guna belacan pun boleh.
2. roti. x kesah lah apa jenis roti sekalipun. roti burger la kalau nak lagi feel. tapi kalau nak try dengan roti nan, roti canai pun apa salahnya. burger korang, masuk dalam perut kuar ikut bontot juga.
3. keju. pergi je suparmarket, insyaallah ada. kalau pergi kedai runcit kat kampung janganlah berharap sangat. jangan dimarahnya orang jaga kedai tu kalau dia tak jual keju.

tadi bahan-bahan utama, ni bahan-bahan sampingan pulak.
1. tomato. dulu punyalah aku tak suka tomato, tapi tetiba sekarang suka pulak. rasa juicy pulak tomato tu dalam burger, rasa nikmatlah.
2. kobis.
3. jeruk. kalau korang perasan, dalam burger mcd, dia ada letak benda hijau masam-masam. mana sebenar aku tak tahu, so aku panggil jeruk je. letaklah pape jeruk pun. burger keju aku tu, aku letak jeruk pelam je. pergh sedap siot.
4. letak sos secukup rasa.
5. apa-apa lagilah yang korang nak letak.

cara-cara memasak
1. senang aja kalau korang ada mak yang serba boleh. haha.
2. tak pun korang ada adik kesayangan yang menurut perintah.

ekstra note: aku suka blog aku yang dah ada fb like button. sila klik beramai-ramai ye. dan sesiapa yang nak install fb like button tapi tak pernah berjaya. try klik link ni.

hantu kak limah balik rumah

oh, tidak kenapalah time-time kesusahan kepala otak dan kewangan nilah banyak sangat cerita yang kuar panggung. tak sempat lagi nak tengok mega mind dan tangle, dah macam-macam cerita macam best berderet minta simpati ditonton.

cerita melayu yang cam best nak ditengok, aku tak bodoh dan juga crayon. tak tahulah leh tengok ke x? kalau ada orang belanja pun lum tentu aku nak pergi tengok. duit, exam,exam tesis. testis jadinya nanti. haish.

k, hantu kak limah balik rumah. ni sebenarnya tajuk terbaru filem dari mamat khalid. estet baru je haritu kuar wayang, da kuar cerita baru lagi dah? cepat tol la mamat khalid ni. sebagai peminat filem-filem mamat khalid yang terencat tu, aku akan cube sediakan masa dan wang untuk dileburkan demi dia.
maklumat lanjut, korang pergi buka kosmo dan muka buku...
ni dia punya promo video. rembat kat youtube je.

sokonglah filem tempatan, tapi tak payah sokong 2 alam.
dengarnya ada 2 alam 2. target 80 juta pulak. haha