Thursday, December 20, 2012

Bomoh Mail

Hari mendung, awan hitam berarak perlahan, dari pagi sehingga ke petang. Entah apa yang didukakan si awan hitam. Angin juga bertiup sejuk nyaman. Jarang cuaca sejinak ini. Semalam semalam sering sahaja panas terik sehingga merenjis peluh membasahi busana.
Lagi indah kerana hari ini Esah ditemani Dani berjalan-jalan di Mid Valley mundar mandir melihat baju dan kasut. Yang itu dicuba, yang ini disarung, namun tiada satu pun yang dbeli.
…………………..
Dari jauh ada mata cemburu yang melihat keintiman Esah dan juga Dani. Api cemburu itu ialah bara yang tersimpan elok dalam bekas yang kalis panas. Langsung tidak terasa panasnya, tapi membara membakar dari dalam.

Nekad sudah disimpul kejap keinginannya untuk berdampingan dengan bomoh Mail, biar boleh hantu jembalang digunakan bagi memisahkan Dani dan Esah. Jijik dia melihat mereka berpimpin tangan. Berdosa besar. Jika memegang babi boleh lagi disertu dengan 7 kali basuhan air tanah, jika memegang bukan muhrim dosanya entah bagai mana.
…………………..

Malam ini bulan terang memantulkan cahaya yang dipinjam dari matahari. Dan malam ini juga, wajah bomoh mail bersinar dihias senyum panjang. Sudah lama dia tidak didatangi oleh sesiapa. Maklumlah sekarang zaman moden. Tak perlu lagi tuju2 dan sebagainya, hanya memerlukan sebuah telefon pintar subsidi kerajaan, seseorang itu telah Berjaya mendapat cinta, menabur fitnah. Semuanya bergantung pada strategi masing-masing.

“haa, tepat pada masa yang dijanjikan.”
Bomoh mail menyambut salam si tetamu dan mengajaknya masuk ke dalam.

“Tak apa, tak perlu di beritahu hasrat di hati, atok dah tahu dah. Maklum lah atok ni kan bomoh berteknologi. Tadi SU atok dah brief dah email yang kamu hantar tu. Gambarnya pun atok dah print.”

“Jadi tok, sebelum kita mulakan, boleh saya tahu berapa pengerasnya.?”

“La, tak da ke dalam web page atok. Apelah SU ni. Makan gaji buta ke apa. Tak berkat gaji.”

“Tak pe tok, atok santau je dia.”

“Ish tak elok camtu. Bukan sape pun, bini atok juga. Bini no 3. Mungkin lagi muda dari kamu. Rugi lah kalau santau awal2. Belum habis getahnya lagi. Hehe”
Ketawa bomoh mail menampakkan giginya yang buruk seburuk gigi Gollum.

“Ok berbalik kepada persoalannya tadi, pengeras ye. Tak mahallah Cuma Rm1000 je. Tapi, memandangkan year end sale, atok bagi discount 30%.”

“hah, mahalnya sampai RM700.”

“Memanglah mahal, supply kurang kan. Kalau tak nak tak apelah.”
Sindir bomoh mail. Marah dia dengan mentality masyarakat sekarang. Semuanya nak murah belaka.

“Err, ada warranty ke tok benda ni jadi. Saya bayar mahal-mahal nanti kalau tak jadi rugilah.”

Tak dapat menahan baran tua nya, Bomoh Mail mula meninggi suara.
“kamu ingat aku ni ape? Telefon Samsung S3, iphone 5? Ada waraanty bagai. Ingat kereta proton ada warranty. Aku ni professional!”

Bentak Bomoh mail sambil mengurut dadanya.
“macam doctor, kau demam pergi amik ubat dengan dia kau ada mintak warranty? Macam lawyer ko kalah kes, kau kena bayar juga kan. Aku pun macam tu. Professional.”

Terkedu Suzie ditengking Bomoh Mail.

“Harap muka aje lawa, tapi bodoh.”

“Tak pelah tok, saya balik dulu.”

“Baliklah, kalau tak puas hati depan tu ada kotak complaint. Tapi borang complaint tu harga dia RM50. Sewa pen RM10.”

“Taka pa lah, saya email je nanti.”


Saturday, December 8, 2012

Window 8

Window lapan .... Produk terbaru dari microsoft. Macam menarik, tapi aku pun belum cuba. Baru sahaja baca review dari Amanz.my
Lagi lah tambah berminat. Di bawah adalah carta prestasi window sejak dahulu kala sehingga window yang terkini. Carta dari salah seorang penulis amanz.


Menurut penulis, pengalaman pertama agak mengujakan dan digambarkan dengan graf dibawah.



Untuk window 8 ni, microsoft turut menghasilkan sebuah tablet iaitu surface-rt. Macam menarik juga. Tapi apakan daya sebagai kuli batak, mana kan mampu untuk ku memiliki kesemuannya. Sesiapa yang banyak duit boleh lah baca review dari amanz.



Kalau yang tengah berpikir-pikir nak bli notebook atau tablet, mungkin boleh consider surface juga. Tapi rasanya menatang ni belum sampai lagi kat malaysia.

Ajari aku

Anuar Zain...
Siapa tak kenal lelaki bujang lapok ni. Kalau cakap kat lelaki ramai yang akan eeeyuuu, kalau cerita kat perempuan ramai yang aaaaaa anuar zain, jadilah pacarku, even boyfeind mereka ada disebelah.

Aku bukan peminat Anuar zain tapi orang yang aku minat, minat kat anuar zain. Dan berdasarkan lagu sedetik lebih, video klip dia best. Maka sambil bekerja, layan lah seketika video klip untuk lagu ajari aku. Pergh mantap...

Sila layani bersama.




Suka aku ngan cinematography video ni. Dari costume sampai ke angle camera. Just nice. Dan yang paling aku suka adalah suit anuar zain. Suit up.

Tapi seperti juga yang dikatakan peminat anuar zain yang aku minat tu, dia x paham pe kena mengena video klip yang sedih ni dengan lirik lagu nya. Lirik lagu seperti dibawah.

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Sumber video dari youtube. Sumber lirik dari liriklagu.

Thursday, December 6, 2012

Perjalanan

En John, seorang lelaki biasa berkaki dua bertangan dua. Sihat, cerdik cerdas dan juga subur.

Kira-kira belasan tahun dahulu, En john tidaklah sepandai mana, SPM pun terkontang kanting, tidak seperti rakan-rakannya yang lain, sana sini A tegak. Mungkin dia malang atau sedikit malas ketika dahulu, maka tidaklah dia dapat sebarang tawaran melanjutkan pelajaran, tidak walau ke tingkatan 6. Sedih malang nasib dirinya, nasib tidak dibuang keluarga.

Mujur ada seorang kawan yang menghampirinya dan mengajaknya bekerja di sebuah syarikat perundingan. Maka bekerjalah beliau sebagai kuli tukang lukis pelan. Lukis guna pensil atas kertas. Gaji pula entah berapa sen. Maklumlah zaman dahulu kala. 
Kesimpulannya, bodoh belajar, bodoh jugalah kerjanya.

Kerja punya kerja, demi kerajinan dan juga nasfu mencari wang, akhirnya si bos menghantar beliau mempelajari autocad. Teknologi baharu bagi melukis pelan. Tidak perlulah lukis di atas kertas biru lagi. Lalu apabila mahir sudah, hatta dinaikkan sedikit martabat menjadi seorang designer. Belajarlah beliau serba sedikit teori itu dan ini. 

Dasar bos, mentang-mentang syarikat dah maju, projek dah banyak, designer dihantar pergi ke meeting itu dan ini. Kalau bayar lebih tak apa, ini bayarannya designer juga. Habis teruk dimarahi semua pihak. Yelah hendak menjawab masih bodoh, hendak buat keputusan takut salah. Tapi dari situ jugalah dia belajar dan memperbaiki kelemahan diri. Lama kelamaan dia sudah matang dan pandai, lalu boleh pula memarahi orang lain. Dan dalam diam dia menggunakan wang kocek nya sendiri melanjutkan pelajaran ke Universiti Swasta.

Oleh kerana kejayaannya yang berbagai itu, ramai orang yang mempercayai kebolehan dirinya. Lalu ada seseorang yang menawarkan jawatan jurutera. Bekerja beberapa tahun sebagai jurutera bawahan, tiba-tiba ada pula yang berminat menjadikannya rakan kongsi. 
Inilah cerita budak lepasan SPM kini menjadi bos pula. Kalau mahu berusaha pasti berjaya.

Monday, December 3, 2012

Masa

Masa itu emas,
tapi kadang ada orang buat masa macam sampah,
lagi-lagi kalau masa itu bukan miliknya,
dia sibuk menilai masanya,
sampai terlupa harga masa orang lain.

Jangan biarkan masamu diurus orang,
lalu jadi sampah,
tapi uruslah sendiri,
agar ia lebih berharga dari ferrari.