Wednesday, December 30, 2009

kucing yang malas

kucing suke tidur kan,
kat mane2 pun dia leh tido ngan pelbagai gaya seksi,
huhu...

xtau pe tujuan post ni,
klu korang terer, teka a pe tujuan post ni,
huhum aku membiol disini....

Sunday, December 27, 2009

rakan2

post ini kas buat semua yang pernah menjadi rakan-rakanku.
-SK Kg Panchor
-SMK Tun Habab
-MRSM Serting
-Matrik Melaka
-Universiti Malaya.


kita pernah berjuang bersama-sama,
dan kala itu kenangan indah tercipta,
bagai bunga dan rama-rama,
bagai pelangi dan hujan renyai,
semuanya indah,
enggan berpisah,
dan ingin tua bersama.

tapi semamangnya masa mencemburui kita,
dengan kekuatannya dan magisnya,
ia bawa kita melangkah,
meninggalkan kenangan itu demi mencipta sejarah baru,
namun magisnya hanya mampu membawa jasad pergi,
gambar dan video indah masih kekal tersimpan,
dalam komputer super ciptaan ilahi.


Thanx budak2 Al Haizan, mini reunion.
pada kawan2 yang lain, aku rase cam rindu lak nk mengimbau sejarah lalu. huhu
good luck la dalam pe pun yang korang wat

Friday, December 25, 2009

25 disember 2009

12 am- bertolak dari rumah ........
1230am- damn, nape gate 5th ni da ttp, awal gile.
130am- tidur sudah
1010am- "bodoh" aku bermonolog luaran. lupa tiket bas kul 11am
11am-aku kejar bas, berpeluh, tapi berjaya naik gak. yeah.....
130pm- sampai di melaka sentral dan mkn mcd.
330pm- family aku baru jumpa melaka sentral dan amik aku ke afamosa resort
530pm- sampai je vila yang disewa bapak aku, tengok ada pool sebelah rumah, trus je tanggal baju, pinjam suar pendek bapak aku dan mandi.
630pm- kuar kolam and mandi di bilik air, siap2 untuk pulang ke KL
710pm- gerak ke melaka sentral
800pm- skali lagi tahan bas.
1030pm- berjaya sampai ke UM
1135pm- tulis blog
1159pm-mungkin tidur, esok kerja

Tuesday, December 22, 2009

masih sama

Masih memandang dinding yang sama,
Masih mendengar angin yang sama,
Masih menghirup udara yang sama,
Dan masih mengenang kekasih yang sama.

Terus rindu tiap hari,
Menginginkanmu ada di sisi,
Agar aku bisa menggenggam erat,
Tangan lembutmu menghangat cinta kita.

Friday, December 11, 2009

mas kahwin selangor RM300

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

link kat atas ni dari kosmo online, kadar mas kahwin terkini di sekitar malaysia.
perlu ke mas kahwin ni banyak2??
soalan ni ditujukan untuk semua, lelaki dan perempuan.

mari aku bawa korang mencongak.......

akaun dating dengan awek hari ini...
secret recipe..............RM50
movie..........................RM25
main bowling..............RM25
sewa hotel...................RM100
total.............................RM 200

wa, 200 je da leh wat macam2 da, da leh kahwin da. kahwin la bukan nikah...
ye a, nk nikah skang ni paling kurang k ada RM300.
x kire lagi nk wat majlis.

aku rase makin kuranglah orang yang nikah,
tapi makin banyaklah maksiat, anak luar nikah, buang bayi dan sebagainya.

bukan naksuruh orang wat maksiat,tap persekitaran seperti memaksa.
sepatutnya perkara2 macam tu di permudahkan,
agar semua orang memilih jalan yang betul.
tapi skang macam makin nak menyusahkan.

aku harap, anda dan aku kuat iman, tetap pendirian.

Thursday, December 10, 2009

saya mahu menulis

seyes aku nak menulis, tapi aku xtau nak tulis ape,
yang penting aku rindu family aku,
dan juga family to be aku, huhu.

skang ni aku da start LI,
so penat sikit la,
tapi best, suke sbb orang kat site sume best.

malam lak, aku g tgk budak2 training drama,
best gak la drama ni,
nnt kite g tgk ramai2 e.

da la tu, xau da nk tulis pe,
huhu.
bye