Monday, March 22, 2010

nasi lemak teh o suam

setiap hari, bangun pagi mandi2 solat dan naik motor ke tempat kerja. dah lebih kurang 4 bulan gak la rutin harian ku camni. Letih nak bangun pagi, dan sangat bahagia kalau hari ahad (cuti), leh bangun lambat, tu pun kalau aku x berjalan ke mana-mana. Barulah aku dapat rasa penatnya kerja, penatnya parent aku nk bangun pagi, bagi aku duit besarkan aku jadi camni. (malas segalanya dan lebihkan kawan dari mereka kadang2). harap2 diorang tak terasa dan diorang pun imbas kembali yang diorang pun camni mase muda remaja dulu. huhu.

kadang2 tu aku paksa diri bangun n bawa motor. kadang2 rase cam nak tertido je bawa motor. tapi kite kena kuatkan jugalah semangat tu. Demi menjalankan tugas dan tanggungjawab. cewah, semangat. huhu. sampai2 je, thumb print. tu yang kena cepat, klu stakat punch card leh tipu2 lagi, ni thumb print, nak tipu camne kan. xkan nak potong jari lak, tinggal kat ofis. ada yang hantu tokong depan ofis tu datang dalam mimpi. x pun cicak wat main ragbi 7 sebelah.

lepas je thumb print, brader2 ofis bg signal, tangan disuakan ke mulut berulang kali. paham2 la ye. kita pergi munim dulu. tambah tenaga, segarkan minda. bukan minda je, mata juga, dengan muak dibedak, rambut berkarat tidak reput, dan ada juga yang mempunyai potensi tangki susu cemerlang. tulah ciri yang terbaik untuk menyegarkan mata mamai dipagi hari.

dengan memesan nasi lemak, teh o suam si pelayan dari seberang sempat juga memberikan semangkuk kasih sayang buat penyeri dan penyedap rasa sambal tumis air tangannya. dalam pandang memandang, perhati dan pelbagai teori diperoleh. sempat juga yang bersuara, menyapa 'hai' bertanya nama dan nombor telefon.

tapi aku tidak sama sekali berbuat demikian. huhu cam baik je kan. entahlah pada aku cukuplah sekadar nasi lemak dan teh o suam. tak perlu tambah lagi dengan mee goreng atau ais krim soda. sebab rasanya nanti aku muntah je. sama gak cam awek2 yang menjadi pencuci mata, biarkan mereka mencuci mataku, kerna aku sudah cukup dengan seorang kekasih. yang sentiasa akan mengenyangkan selera ku, tanpa buatku kebulur kurang kasih sayang mahupun muntah kerna gediknya dia.

dalam dunia yang meningkat usia ni, sebenarnya masih ramai yang tetap lapar biarpuntelah muntah berkali-kali. tidak pernah rasa cukup, padahal telah ada anak, bukan satu, tapi dua dan tiga. tetap juga mencuba nasib bagai kekurangan kasih sayang. sebab tu sekarang ni dah ramai yang obes. sebab diorang x sedar diri. makn-makan dan makan selagi ada benda yang nak di makan, walau kadang benda tu haram.

bayangkan arak dan babi sebangai sarapan. tetap dimakan, katanya hanya cuba, suka-suka. esok lusa taubat la. tapi mereka ini bangga dan menjaja cerita makan babi minum arak itu. mengajak orang lain turut cuba merasa sedap lalu gian hingga lupa yang halal sebenarnya tetap sedap seperti haram itu. mereka dah terlupa rasa nasi lemak dan teh o suam.

jadi camne kita nak promote balik nasi lemak dan teh o suam tu. buat la promosi. senang je, wat iklan besar2. suruh company haram support, angkat tauke2 itu membetolkan keadaan. nak wat camne, pak haji warung nasi lemak, bar teh o suam mana ada duit banyak. terpaksa la, berharap kat taukeh2 tu. hope n never change...

aku harap aku akan tetap dengan nasi lemak dan teh o suam yang tidak sempurna, kadang manis kadang tawar, tapi tetap boleh dimakan dengan senang hati. jangan pula esok lusa aku ketagih dengan pencuci mata murahan, arak dan babi berekor kerinting. harap korang pun begitu juga.

pesanan penaja: wat jahat sendri2, dosa tanggung sendri2, jangan cerita dan ajak orang lain buat sekali. MAKHLUK PEROSAK tol la kalau wat gitu, patut di sembur dengan racun serangga je. huhu

1 comment:

moyu said...

da prnh komen tp komen 2 x diapprove kot...
huhuhu...
sye setia m'bc...
best plak ns lemak...
nak2...