Tuesday, March 30, 2010

tips mengisi borang kolej

tak sedar pun sekarang ni dah dekat ngan hujung sem, dah banyak kawan2 yang bergelumang dengan test, esemen dan juga persediaan menghadapi final exam. tak dilupa, pihak pengurusan mula mengeluarkan borang mohon tinggal di kolej untuk sesi depan. jadi meh aku kangsi sikit tip2 untuk stay kolej. maklumlah, masa first year join macam2 pun last2 dapat bilik bertiga. pelik dan hairan lah juga. tapi segalanya terjawab masa aku second year jadi JTK.

sebab-sebab aku x dapat bilik b'dua masa second year. ibarat orang atas pagar la ni.
1. aku rapat ngan JTK tahun tu, so berharap mereka dapat menolong aku.
2. aku mengisi borang ala kadar.
3. isi aktiviti yang aku rasa perlu je. cukup2 muat2 petak aktiviti tu je.

masa aku jadi JTK, aku mengira markah untuk melayakkan penghuni lain stay kolej, baru aku tau:
1. korang perlu menyenaraikan segala aktiviti yang korang join. bukan sahaja sebagai ajk, sebagai peserta, penonton, penyibuk, penderma atau pape skali pun la. aktiviti remeh temeh pun tulis. contoh, majlis pengenalan kerani baru kolej. tulis je segala benda yang korang ada menyumbang walau sekelumit jasa.
2. jangan assume JTK kenal korang, korang secure, barisan JTK tak boleh wat pape. lagi2 dibawah pengurusan mak cik rohana tu.
3. jangan assume penyelia nak tolong korang, diorang sume x sayangkan kolej macam korang. diorang tak pernah kesah projek jalan ke tak, feseni berseni ke tak, sukan tere ke tak. diorang tak pernah kesah or hulur bantuan, kalau dah menang baru nak gebang. cuma en partiban je yang aku tabik. dia jaga atlete dia, sbb tu sukmum always menang. tapi tahun ni aku xtau dianya mood camne.
4. pape pun sebab no 1 tu korang kn wat. biar lampirkan 5 helai lampiran aktiviti pun xpe. kalau nak stay kolej la.

tips ni xda sebab pape, just kesian tengok kwn2 yang berpenat lelah menjayakan pelbagai projek, mengharumkan nama kolej, tapi x dihargai. kalau dah baca tu, sebar-sebarkan lah ye. tolong kawan-kawan sendiri.

Monday, March 22, 2010

nasi lemak teh o suam

setiap hari, bangun pagi mandi2 solat dan naik motor ke tempat kerja. dah lebih kurang 4 bulan gak la rutin harian ku camni. Letih nak bangun pagi, dan sangat bahagia kalau hari ahad (cuti), leh bangun lambat, tu pun kalau aku x berjalan ke mana-mana. Barulah aku dapat rasa penatnya kerja, penatnya parent aku nk bangun pagi, bagi aku duit besarkan aku jadi camni. (malas segalanya dan lebihkan kawan dari mereka kadang2). harap2 diorang tak terasa dan diorang pun imbas kembali yang diorang pun camni mase muda remaja dulu. huhu.

kadang2 tu aku paksa diri bangun n bawa motor. kadang2 rase cam nak tertido je bawa motor. tapi kite kena kuatkan jugalah semangat tu. Demi menjalankan tugas dan tanggungjawab. cewah, semangat. huhu. sampai2 je, thumb print. tu yang kena cepat, klu stakat punch card leh tipu2 lagi, ni thumb print, nak tipu camne kan. xkan nak potong jari lak, tinggal kat ofis. ada yang hantu tokong depan ofis tu datang dalam mimpi. x pun cicak wat main ragbi 7 sebelah.

lepas je thumb print, brader2 ofis bg signal, tangan disuakan ke mulut berulang kali. paham2 la ye. kita pergi munim dulu. tambah tenaga, segarkan minda. bukan minda je, mata juga, dengan muak dibedak, rambut berkarat tidak reput, dan ada juga yang mempunyai potensi tangki susu cemerlang. tulah ciri yang terbaik untuk menyegarkan mata mamai dipagi hari.

dengan memesan nasi lemak, teh o suam si pelayan dari seberang sempat juga memberikan semangkuk kasih sayang buat penyeri dan penyedap rasa sambal tumis air tangannya. dalam pandang memandang, perhati dan pelbagai teori diperoleh. sempat juga yang bersuara, menyapa 'hai' bertanya nama dan nombor telefon.

tapi aku tidak sama sekali berbuat demikian. huhu cam baik je kan. entahlah pada aku cukuplah sekadar nasi lemak dan teh o suam. tak perlu tambah lagi dengan mee goreng atau ais krim soda. sebab rasanya nanti aku muntah je. sama gak cam awek2 yang menjadi pencuci mata, biarkan mereka mencuci mataku, kerna aku sudah cukup dengan seorang kekasih. yang sentiasa akan mengenyangkan selera ku, tanpa buatku kebulur kurang kasih sayang mahupun muntah kerna gediknya dia.

dalam dunia yang meningkat usia ni, sebenarnya masih ramai yang tetap lapar biarpuntelah muntah berkali-kali. tidak pernah rasa cukup, padahal telah ada anak, bukan satu, tapi dua dan tiga. tetap juga mencuba nasib bagai kekurangan kasih sayang. sebab tu sekarang ni dah ramai yang obes. sebab diorang x sedar diri. makn-makan dan makan selagi ada benda yang nak di makan, walau kadang benda tu haram.

bayangkan arak dan babi sebangai sarapan. tetap dimakan, katanya hanya cuba, suka-suka. esok lusa taubat la. tapi mereka ini bangga dan menjaja cerita makan babi minum arak itu. mengajak orang lain turut cuba merasa sedap lalu gian hingga lupa yang halal sebenarnya tetap sedap seperti haram itu. mereka dah terlupa rasa nasi lemak dan teh o suam.

jadi camne kita nak promote balik nasi lemak dan teh o suam tu. buat la promosi. senang je, wat iklan besar2. suruh company haram support, angkat tauke2 itu membetolkan keadaan. nak wat camne, pak haji warung nasi lemak, bar teh o suam mana ada duit banyak. terpaksa la, berharap kat taukeh2 tu. hope n never change...

aku harap aku akan tetap dengan nasi lemak dan teh o suam yang tidak sempurna, kadang manis kadang tawar, tapi tetap boleh dimakan dengan senang hati. jangan pula esok lusa aku ketagih dengan pencuci mata murahan, arak dan babi berekor kerinting. harap korang pun begitu juga.

pesanan penaja: wat jahat sendri2, dosa tanggung sendri2, jangan cerita dan ajak orang lain buat sekali. MAKHLUK PEROSAK tol la kalau wat gitu, patut di sembur dengan racun serangga je. huhu

Monday, March 15, 2010

perihal mereka

separuh nafasku pergi,
dibawa angin selat petang,
tika mentari terbenam,
meninggalkan aku rindu.


dalam sendiri merindu bunga,
dia hadir bersama kumbang,
menceria hidup membawa tawa,
penghias ruang juga masa.


dari bukit datang ke pantai,
untuk bergembira menghidup malam,
memberi nyawa pada senyuman,
membawa nafas pada persahabatan.



thanks korang...

Sunday, March 14, 2010

dilema mimpi

Deringan jam loceng menyelamatkan aku dari mimpi ngeri. mimpi yang aku sendiri dilema untuk menzahirkan perasaan dihati.
beberapa minit sebelum loceng berdering, aku digari dan di rantai kemas dalam sebuah pondok usang. tiba-tiba muncul 2 perempuan 'hot' dengan ganas ingin merogol aku. dengan rakus mereka menanggalkan pakaian yang aku beli di danau kota. aku tidak mampu melawan ketika itu, maklumlah, aku dah digari dan diikat.
tiba-tiba ada bunyi loceng berdering dan serta merta bayangan perempuan tersebut hilang dan menyelamatkan aku dari di rogol. Alhamdulillah aku selamat.

satu persoalan timbul, lelaki leh dirogol tak? sesapa yang dah jawab, meh kita sambung lagi perbincangan kita e. haha.

p/s: aku di atas bukan aku, bukan cerita sebenar, hanya rekaan semata