Monday, May 23, 2011

surat cinta terbuka

Kehadapan kekasih,

Ku tujukan surat ini khas buat dirimu, tapi maaflah, surat ini bukan seperti surat-surat yang sering dipaparkan dalam drama stereotype melayu. Baca surat kuat-kuat, kadang-kadang sampai keluar 2 suara. Suara lelaki dan suara perempuan, apa ke ada pondan yang tolong bacakan. Jadi pada kekasih dan orang lain yang suka menjaga tepi kain orang, baca dalam hati sudahlah ye. Tak usahlah menjerit berpidato membaca surat cinta hamba pada buah hati hamba.

Apa khabar kekasih di sana. Harapnya sihat bahagia bersama keluarga tercinta, walau aku tau kau terseksa merindui suara merduku serta kekacakan wajah mu. Selalu-selalulah menonton video lagu yang ku berikan padamu itu. Kalau hilang video tu, tatap sajalah gambar ku di telefon bimbit mu, dan telefon sahajalah daku ini. Akan ku nyanyikan lagu rindu buatmu, biar hujan ribut melanda Malaysia, asalkan gelora hatimu dapat aku redakan.

Sampai di sini sahaja dapat aku coretkan buat mu sayang. Esok lusa akan ku titipkan lagi surat buat mu.

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca harap komen...

3 comments:

mr.syazwan said...

F
U
U
U
Y
O
O
O


romantik seyh...

tersenyum lebar ni

tibebe

=_=

Moyu said...

Huhu..
Thnks abg..
Jg diri b'cuti 2..
Jgn smpi lp kat sy..
Mis u..

DAUD said...

tak kan pernah lupa