Sunday, September 25, 2011

Macam mana nak bagi hadiah birthday buat GF

Sebenarnya aku bukan tak hafal birthday dia, tapi aku terlupa. Jadi aku tidaklah jadi orang pertama yang mengucapkan hari tua kepadanya. Jadi sebagai menutup kesalahan aku tu, mari aku kongsi cara-cara memilih hadiah untuk si dia di hari bertambahnya uban-uban di kepala (mungkin).

1. Kenal pasti tarikh birthday dia.
Kalau boleh terus tampal kat dinding atau pun buat reminder. Tapi kalau korang kaki fb, suruhlah fb tu ingatkan ye.

2. Tanya pe yang dia nak.
Memang selalu dia kata tak nak apa-apa, tapi tu tipu je, sebenarnya macam-macam dia nak minta. So baik tanya sekali je. kang tak pasal-pasal menyesal.

3. Fikir pe yang dia nak.
Tadi dah tanya kan? kalau dia cakap tak nak apa-apa, selamat la. Tapi korang pikir lak pape hadiah yang sesuai nak di bagi.

Kalau dia minta pulak, bagilah kalau mampu. Kalau tak mampu, sila berdiam diri dan beli benda yang lain. Langsung tak da kena mengena dengan pe yang dia nak. Dibuatnya dia nak beg tangan LV, ko bagi beg danau, mau gaduh seminggu.

4. Kalau korang hebat, buat la hadiah tu sendiri.
Buat sendiri a beb, baru la lebih dihargai. Tapi kalau hasil tangan korang tu buruk sangat, korang pun muntah tengok, baik buang ke. tak pasal-pasal dia kata, korang kutip kat tong sampah.

5. Bungkus hadiah tu.
Ni tips yang di beri oleh wikihow la. Tapi aku tak suka bungkus-bungkus. Tak best.

Last but not least, jangan korang lupa bagi hadiah tu kat marka korang. Kalau tak buat perabis duit je beli hadiah.

Kepada awak yang saya terlupa nak wish birthday hari tu, selamat hari lahir yang ke 23. Semoga terus berbahagia disamping saya. huhu.

sumber dari wikihow.

4 comments:

moyu said...

yg penting ikhlas je la...
huhuhu

kepada awak:
jgn wat slalu sdh...
huhuhu

Unknown said...

Aku suka yg buat sendiri. baru eksklusif.

Mashe said...

aku suka yg ke 4. buat sendiri. peh.. ingat sampai mati tuh

fadh leyanie said...

reka puisi utk awek tu..btw tips yg bagus.:P