Sunday, May 29, 2011

Perbankan Islam

Banyak dah kat Malaysia ni. Tapi mungkin ramai yang tau dan ramai juga yang tak tahu macam mana rupa perbankan islam je. Mungkin ada yang kata sama je dengan conventional banking. Mungkin juga ada yang pikir macam mana islamic banking nak untung kalau tak da riba'.

Aku pun baru belajar tapi boleh lah berkongsi serba sedikit. Perbankan Islam ni berasaskan syariah islam yang berlandaskan al quran dan sunnah. Bukan macam conventional yang gunakan hukum manusia semata-mata. So, melalui perbankan islam ni, kita dapat mengelakkan riba', penindasan dan lain-lain.

kebanyakan dari kita selalu takut akan riba' bila perlunya membeli kereta mahupun rumah. Kalau tak meminjam dari bank, manakan dapat tunai beratus ribu. Kalau mahu menyimpan, bilakan pula nak merasa. Kalau conventional banking, kita akan meminjam, dan akan membayar semula wang pinjaman beserta bunga (riba'). Tapi kalau dalam perbankan islam, bank akan membeli kereta tersebut dari penjual lalu bank akan menjualkan kereta tersebut kepada kita dengan harga baru yang ditetapkan oleh pihak bank. Maka tiada riba' di sini. Bank hanya mengambil untung jualan yang dipersetujui ke 2 belah pihak.

Tapi kadang-kala, bila kita lambat bayar bulan-bulan. Perbankan islam mungkin akan kenakan denda dan bayaran tambahan. Namun jangan dirisau, kerana denda ini akan didermakan ke mana-mana manusia yang memerlukan. Maka urusan kewangan kita bebas riba' dan penindasan.

Info diperoleh dari reader digest oktober 2011 dan zahiruddin@net

Monday, May 23, 2011

surat cinta terbuka

Kehadapan kekasih,

Ku tujukan surat ini khas buat dirimu, tapi maaflah, surat ini bukan seperti surat-surat yang sering dipaparkan dalam drama stereotype melayu. Baca surat kuat-kuat, kadang-kadang sampai keluar 2 suara. Suara lelaki dan suara perempuan, apa ke ada pondan yang tolong bacakan. Jadi pada kekasih dan orang lain yang suka menjaga tepi kain orang, baca dalam hati sudahlah ye. Tak usahlah menjerit berpidato membaca surat cinta hamba pada buah hati hamba.

Apa khabar kekasih di sana. Harapnya sihat bahagia bersama keluarga tercinta, walau aku tau kau terseksa merindui suara merduku serta kekacakan wajah mu. Selalu-selalulah menonton video lagu yang ku berikan padamu itu. Kalau hilang video tu, tatap sajalah gambar ku di telefon bimbit mu, dan telefon sahajalah daku ini. Akan ku nyanyikan lagu rindu buatmu, biar hujan ribut melanda Malaysia, asalkan gelora hatimu dapat aku redakan.

Sampai di sini sahaja dapat aku coretkan buat mu sayang. Esok lusa akan ku titipkan lagi surat buat mu.

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca harap komen...

Monday, May 2, 2011

Riwayat Osama

Benci la I tengok muslim ni, buat macam mana pun tetap ada je. Walau dah tak hebat macam dulu, tapi, tetap di gemari satu dunia. Kita ni United State yang gagah perkasa ada banyak superhero pun ramai musuh. Macam mana nak buat ni?
Tanya Bush kepada penasihat beliau.

Sambil belagak tengah berfikir, mundar mandir ke depan ke belakang, Albert pergi menuang arak berwarna serupa air kencing dan diteguk segelas dua.

Oooi. I panggil U hari ni bukan nak belanja arak free. Nak suruh u pikirkan strategi.

Alah, bukan arak Mr. Presiden pun. Beli guna duit rakyat. Duit I ada juga menyumbang sedolar 2.
Selamba je Albert menjawab. Yela dia ni la juga yang support kempen si Bush tu dulu, so, kadang-kadang Bush ni jadi cam pak turut dia je.

Selesai menghirup titisan arak terakhir, Albert mengesat mulutnya menggunakan lengan baju beliau, lalu menarik papan putih dan mencapai sebatang marker pen. Dengan tenang dia melukis 2 buah segi 4 menegak lalu melebalkannya World Trade Centre. Nampak sangat beliau tidak pandai melukis. Lalu beliau tersengih sendirian memandang manja pada Mr. Presiden.

Dah kenapa U senyum-senyum sorang-sorang tu. Dah mabuk sangat la tu. Ada apa dengan WTC tu. Nak buat expo anti muslim besar-besaran ke?

Macam ni Mr. Presiden. Apakata, kita runtuhkan WTC ni. Lepas tu kita tuduhlah ni serangan pengganas. Pengganas muslim. Jadi kita dapat mencemarkan imej dunia islam.

Briliant!!!!. Tapi nak runtuhkan guna apa? Bom pemusnah bangunan yang biasa tu? Nampak sangatlah kita punya security ni lemah. Silap haribulan Soviet pulak yang betul-betul serang kita.

Hmmmm. So apakata kita runtuhkan guna kapal terbang. Apa salahnya I laburkan 1 kapal terbang untuk U bagi 5 kontrak lain kan.

Small matter. So, bila boleh kita jalankan rancangan kita ni?

Perancangan teliti perlu dibuat Mr. Presiden. Kita kena fikirkan nama sesuai bagi kumpulan pengganas dan pemimpin dia. U ada apa-apa cadangan?

Apa kata bagi nama Al-Qaeda? nampak sikit ciri-ciri islam nya. Nama pemimpin pulak, bagilah nama Osama. Benci la aku dengan budak Obama tu. Cita-cita nak gantikan aku pulak. Haish.

OK lah, I balik dulu, nak lukis story board detail untuk plan kita ni. Nak create character Osama ni lagi,
Alfert pergi begitu saja, meninggalkan Bush sendirian menconteng white board tadi.

Aku still samar akan realitinya Osama bin Laden. Lagi-lagi bila dia disemadikan dengan dicampakkan di dalam lautan. Biar siapapun dia, yang penting kita hidup macam biasa jangan dimomok-momokkan dengan sandiwara dunia penuh tahi.

Sunday, May 1, 2011

Rindu pendam, menghantar pesan buat mu.

kau buat aku demam,
memikirkanmu saban hari,
menantikanmu yang pergi,
meninggalkan aku sendiri,
mungkin hari pertama dan kedua itu nikmat,
menikmati bujang yang dirampas olehmu,
masuk hari ketiga,
nikmat itu hilang,
rindu datang menerjah ruang minda,
ruand nafas,
dan kini aku demam,
ruang nafasku diselaputi lendir hijau,
semua salah kau,
dan mungkin juga salah aku,
kerana terlanjur mencinta,
lalu merindui kamu,
tapi peduli apa aku,
kerana ketelanjuran itu yang aku mahu,
ketelanjuran itu yang aku cari,
dan kini ketemu dalam dirimu.

cepatlah pulang wahai kekasih,
pulanglah padaku sepantas kilat,
biar lepas aku menaip,
kau ada bermanja denganku.

~tapi aku tetap kena menunggu, sigh~