Wednesday, October 17, 2012

Mandi Pagi

Orang tua-tua cakap, jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki ditarik balik. Entah mana hadisnya mana dalilnya semua orang cakap sahaja. Tapi tak pelah, sekali sekala rasa hangat mentari pagi bagus juga. Banyak vitamin D, baik untuk kulit. Tapi nak buat apa ya. Bumi twitter pun masih sepi, buka tv pun ada kartun je. Duduk termenung Dani bermonolog dalaman.

Orang tua-tua cakap kalau nak cari isteri, carilah dekat pasar tani di pagi ahad. Tapi orang muda-muda cakap kalau nak cari teman wanita, carilah dekat taman jogging petang-petang.

Bagus juga tu kalau pergi jogging. Nak mandi pun sejuk lagi. So baik panaskan badan, keluarkan peluh pergi jogging hirup udara segar. Hari ni target nak jogging dari UM ke taman petaling jaya sebelah Amcorp Mall lalu jalan gasing.

Jogging perlahan-lahan, membiarkan kereta motor memintas. Jalan nampak lengang, tidak sesesak pagi-pagi biasa. Namun ketika peluh membasahi ketiak, sesampai di simpang KWSP perasaan pelik menyelubungi diri.
Apsal banyak kereta parking tak keruan di tepi jalan ni. Ada event apa-apa ke?

Dani memperlahankan lariannya dan meninjau serba sedikit. Oh, ada gereja rupanya. Orang kristian sembahyang la ni. Tak ubah seperti umat islam ke masjid pada hari jumaat. Habis semua bahu jalan dijadikan   tempat parking. Maklumlah kereta mampu milik.

Larian disambung. Terdetik kagum dihati. Pagi-pagi begini pun ramai jemaah yang berjaya dikumpulkan bapak-bapak paderi. Semestinya ramai cina-cina yang masih belum mandi di dalam sana. Sana macam Dani. Tapi kisah apa mandi ke tidak. Paling kurang mereka dah celik mata melihat dunia, mengutip rezeki dunia. Kawan-kawan Dani, masih diulit mimpi. Kewajipan tuhan kelaut, kewajipan dunia ke sungai. Seringkali kelas pagi jam 8, ponteng. Membiarkan si mata sepet membodek pensyarah, lalu dengan mudah melebal perkauman.

Salah siapakah semua ini? Memang bukan salah ibu mengandung, tapi mungkin salah ayah yang lambat cabut. Sepatutnya ketua keluarga inilah yang mendidik anaknya, solat itu lebih baik dari tidur. tapi yang diajar yang diamal, mandi itu lebih baik dari solat. Kalau tinggal solat tak apa, tinggal mandi jangan sesekali kau keluar rumah.

Mengenangkan kepincangan keluarga nya, Dani jadi sebak. Lalu dia berazam akan didik dan tunjukkan contah yang baik buat anaknya nanti. Semoga diizinkan Allah.

Allah!
Hampir... kemaluan Dani mahu melanggar pili bomba warna kuning. Nasib dia segera tersedar dari khayalannya tadi. Jika tidak mungkin musnah harapan Dani untuk ber anak.

2 comments:

Aieda Adnan said...

bangun pagi, mandi, solat ;)

moyu said...

Trus kan tulis. Nnt leh compilekn.. huhu