Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu

hari ibu akan berulang setiap tahun, dan setiap tahun itu jugalah tiada ucapan "selamat hari ibu" yang dilafazkan cinta buat ibunya kasih.

jika ditanya sahabat handai mahupun hati sendiri, cinta akan menjawab "hari ibu ni bukan sehari, hari ibu ni sepanjang masa". jawapan yang semamangnya lahir dari akal demi mematikan hujah mereka. dan cinta sendiri sememangnya menyayangi ibunya setiap nano saat. (nano tu sama dengan 10^-9). sebenarnya setiap mase. xda nya leh kire nano ke piko ke.

kadang kala cinta sangat takut untuk mendegar radio menjelangnya hari ibu, kerana terlalu banyak ucapan dan dedikasi yang ditujukan kepada ibu-ibu mereka. ada yang begitu menyentuh naluri keibuaannya. namun dia tetap teguh dengan prinsip atau alasannya.

sebenarnya, dia bukan mahu memberi seribu satu alasan, tapi dia tidak bisa melafazkan kata keramat itu. dia tidak mampu menzahirkan perasaan sayangnya kepada kasih, lidahnya kelu, akalnya mati memikirkan cara terbaik untuk menyatakan ucapan itu.

sama seperti tahun2 yang lalu, tahun ini dia tidak bisa lagi mengucapkan kata2 itu. dan hari kini berganjak menjadi hari yang baru, hari ibu telah menjadi semalam. dia hanya mampu mengumpul kekuatan dan azam mengucapkan selamat hai ibu pada tahun hadapan. dia berdoa agar dia mampu mengucapkannya tahun hadapan.

dia melihat ibunya, yang semakin hari semakin dimamah usia, semakin hari semakin lemah. entah bila izrail datang menjemputnya. dia hanya mampu berharap agar ibunya tahu cinta sayangkan kasih dan dia mampu melafazkan kata-kata manis itu suatu masa nanti sebelum mereka terpisah antara dimensi.

4 comments:

fyqa_pQa said...

selamat hari ibu wat mak daud..

Anonymous said...

oh ibu~!! setiap hari ku datingngan ibu ku.. anda bagaimana??

neway, nice words :)

DAUD said...

saya pun selalu dating ngan ibu saya.
tapi kalau kat rumah la.
slalu kat u,
dating ngan org lain je la.
haha

moyu said...

hahaha...
tiap tmpt de org nk dating ye...
slamat ari ibu...
ssh nk dilafazkan dgn kate2...
rs kasihku padamu...
luv u so much mama....