Thursday, April 30, 2009

dari hitam ke putih

saje je nak tukar layout. xda sebab yang rasional pun. best x warne ni? ke yg hitam tu gak best?

tadi baru hbs paper yang ke2, lega da sikit, tp ada lg 3 menanti. rumate aku tgl lg 1 je hari sabtu ni. nape la ak ny paper lambat sangat habis. boring. yg lagi menyakitkan kati,ucu da on the way balik da. x puas hati tol. da la esok dia nk g tioman. penat la nk std, berat pale ni. kepada rakan2 yang banyak lagi paper, berjuanglah. yang da habis, duk diam2. jangan kacau kitorg.

bye, nk baring untuk menghilangkan boring.

Wednesday, April 29, 2009

kenapa saya da lame x post blog?

sebab-sebab.
1. sebab saya da lama x buka blog.
2. sebab laptop saya masih ada problem ngan wireless.
3. sebab saya mmg xnk menulis blog, xda cerita, memikirkan 'demam exam'.
4. sebab segan nak gune laptop remy nak menulis blog.
5. sebab exam saya 30apr, 2, 4 dan 5 may.
6. sebab saya study last minute. awal2 sem dulu xnk std, pdn muke.
7. sebab skang musim bola gak. hah, tetibe je(malam td nye game x bp best, barca-chelsea 0-0)

cukup la tu sebab2nya ye.
di kesempatan ini juga, saya nak memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri saya, 0-0 e. saya juga mengharapkan anda semua mendoakan kejayaan saya dalam final exam semester ini.
haha, dan ucapan time raye.

Sunday, April 19, 2009

pilihan raya kecik lagi...

kat mane ntah tempat tu, kat pulau pinang a yg penting. ntah pape ntah alasan letak jawatan, cam budak2. haha, nk smbg blaja. np x pk b4 jd wakil rakyat. ntah la. mls pk.

tp tetibe najib cakap xnk bertanding, perabis duit rakyat. tol gak. byk tu modal, duit sape duit kite gak kan. ntha la, xnk pk gak. xda kaitan, tunggu je la pe jadi e. hehe.

tapi rasenya xyah wat pilihan raye a, biar kosong. leh x? haha. ye a, klu x asik cite pilihan raya je. bosan a. hehe, blah dulu e. chow.

earth day (17 april 2009)

hujung bulan 3 ritu earth hour kan, semalam (jumaat) earth day kat rumah ak. haha. bkn pe, just black out, xda letrik. mule2 pagi dari kul 7 sampai kul 2ptg. g solat jumaat pun xda letrik, panas2. pastu ada, lega rasenya. x best sungguh xda letrik ni. panas, kipas x gerak. boring, xleh tgk tv. macam2 lagi a. tapi tu siang, leh tahan lagi a. ada matahari beri cahaya.

petang berlalu, tibe lah malam. sedap2 layan tv, tetibe gelap. oh, tidak. xda letrik lagi a. gelap la temat ak tu. kitorg pergi la mencari lilin. haha. so malam tu, kitorg berteman kan cahaya lilin je. panas lak tu, berbahang. last2 ak sapu kaki 5, bentang tikar, baring kat situ. sejuk la sikit. tapi nyamuk la pulak. beredar la ak. namun, ak berjaya gak tdur dalam panas. pagi kul 6 baru lampu ada balik. tol2 earth day.

haha, tu la perasaan xda letrik. boring gak kan. camtu la gaknya, org dulu2. kite sepatutnya bersyukur. jgn bazir letrik dan sebagainya. duit pun xleh bazir. kalau bazir, nnt pokai. cam aku ni, da pokai. sape2 nak sedekah leh la. ak alu2 kan.

Saturday, April 11, 2009

ayu (3)

Pertama kali kulihat kamu,

Hatiku dicuri,

Dan mataku terlihat,

Bakal permaisuriku,

Dan bakal bonda anakanda-anakandaku.

Inginku khabarkan pada bulan,

Akan cintaku padamu,

Inginku lakarkan pada mentari,

Ayat-ayat cintaku pada mu,

Yang akan kuucapkan tanpa jemu,

Harap kamu tidak bosan mendengarnya,

Dan terus mendengarnya buat selamanya.

Masa dan kuasa,

Sering memisahkan kita,

Sampai kadang rajuk memuncak,

Namun rajukmu hanya sebentar,

Toleransimu itulah yang membuatkanku,

Bertambah sayang akan dirimu.

Teruslah menjadi dirimu,

Agar aku terus menyayangi dirimu.

Friday, April 10, 2009

kau kucinta (E1)

mule2 nak minta maaf,sebab da lama x update blog, klu ada yang menunggu post baru la kan. nak wat camne, laptop da la menyedihkan, minggu ni pun minggu yang kosong gak. x tau nk tulis ape. nk berpuisi pun xda idea. so td dapat idea, nak wat cerpen bersiri kat sini, dengan gaya yang lain. cerpen dalam puisi. hope korang enjoy, n ak try update cerpen ni selalu. depend pada ilham la kan.



Kau kucinta. (E1)

Bunyi penggera mengejutkan Denial,
Dari mimpi basahnya,
Terus ke kamar mandi,
Dan menunaikan kewajipannya.

Hari ini hari bersejarah,
Melihat mentari terbit di celah awan,
Mendengar kicau burung di dalam sangkar,
Menghidu aroma masakan dari dapur,
Merasa angin yang membawa berita.

Sebenarnya hari ini,
Temu janji pertama Denial,
Dengan gadis Bandar tidak bertudung,
Yang dikenalinya dari internet.

Merah sedondon di taman bunga,
Bunga cinta mekar kembang,
Di hati Denial dan orkid,
Gadis pertama yang mencuri,
Hati denial.

Temu janji berakhir dengan lambaian,
Yang dibawa pergi pemandu teksi,
Namun dirakam kemas mata mereka,
Disimpan rapi di kotak minda,
Pasti mimpi indah milik mereka.

p/s: untuk awak yang mencuri hati saya, hati2, saya x kan lepas kan awak. dan jangan sesekali pulangkan apa yang awak da curi.

Monday, April 6, 2009

MPD 08/09 "raikan cinta"

malam tadi mengikut kata2 dan cadangan dari seorang gadis, ak pun pakai la kasut putih, seluar putih, kemeja pink dan selendang maroon yang dililit di leher. dengan menaiki viva putih aku membawa 4 anak dara orang ke palace of golden horses.

best a malam td, ramai orang yang bergaya. macam2 fesyen pun ada. ada yang pakai baju korea (acap cakap baju org ngandung) haha. kat meja kitorang, ak,remy,sufe n syahmi sume pakai yg lilit kat leher. haha.

da habis 2, sume amik gambar bagai nk rak. sume lupe nk balik. sian ajk terjerit2 suh naik bas.

pape pun sumenya best, tapi lambat sikit, lapar. sume nk berucap panjang, pe ar. n sesapa yang ada gambar mpd (terutama yang ada gambar ak), ak nak tau. huhu.

Sunday, April 5, 2009

semalam hari sabtu

Semalam hari sabtu, hari yang seronok. Aku ditemani seorang gadis melarikan diri dari kesibukan kolej dan UM yang x brape sibuk, berlari ke Bandar yang sibuk dengan manusia dan pelbgai kerja2 mereka. Secara ringkasnya, ak pergi ke Putrajaya dan Kuala Lumpur (KLCC je).

Mula2 pergi ke putrajaya naik tren(ERL), punyalah mahal, RM10 sorang. Hish mahal sungguh, tapi ok la. Tren dia cantik selesa dan pantas. Tidak seperti tren2 yg lain (LRT dan KTM). Berbaloi la gak ngan harga dia. Best g putra jaya, tempat dia lawa, stesen ERL dia pun da menarik minat ak. Mane x ny, tanpa penyaman udara, ak tetap berasa nyaman. Stesen tu dicipta ngan system pengudaraan yang cukup baik. Ak pun menunggu la di situ sambil menanti sepupuku datang bersama suaminya. Masa duk tunggu tu, ak ternampakla beberapa budak2 kecik yang comel. Lagi la comel bile mereka menyambut bapa2 mereka yang mungkin baru pulang dari overc. Tetibe teringat kat zaman budak2.

Best kan zaman budak2. Dulu kita x perlu pun piker apa2, yang kita tahu hanyalah bermain (terutamanya 9 tahun kebawah). Ape tujuan g sekolah? Main la kan, jumpe kawan. Haha. Ingat lagi dulu, baru hari selasa, kasut ak da kotor cam ape. Penuh ngan tanah, mane x nya, ak g main pepsi-cola ngan main bola, tapi guna tin penyek. Haha. Jap, korang tau x pepsi-cola tu camne. Yang pijak2 kaki tu. Best o. sian mak den nk basuhkan kasut. Hehe, thanks mak. Sayang mak.

Sesi flash back da tamat, akan bersambung di lain masa. Hehe. Sepupuku pun tibe. Dalam kete dia gtau yang putra jaya ni panas. Panas ke, KL lagi panas. Haha, xpe la tu da mmg ngah global warming. Kat kutub pun ais mencair lagi a kat khatulistiwa kan. Pastu ak amik kete, drive balik kl. Lg best, jumpa banyak gile tol. Baru je org sebelah simpan dompet, plaza tol menjelma 1 km di hadapan. Patut a org marah tol kalau harga tol naik. Rupenya tol mmg banyak.

Da selamat sampai di kolej, solat jap. Sebenarnya rumate2 ku semua xda. Diorang g main bowling tadi. Ak pun terpikir la untuk g jalan2 makan angin kat KLCC. Dengan azam xnk membazir, ak pun mengeluarkan duit dari dompet, tinggalkan 20 je. Hehe, agak2 berjaya x ak guna kurang dari rm20? Jawapannya, hamper Berjaya tapi nafsu x menyebelahi. Haha. Ak telah digoda oleh burger anw. So, x Berjaya la misi untuk guna rm20 je. Xpe, lain kali cube lagi.

G solat kat surau tu, nmpak lagi bdak2. Sesuke hati ngan slumber je dia main lari2, lompat2, pastu jumpe mane2 budak kecik pun dia main kawan je. Best2. Nak kembali menjadi budak kecik, leh x? hehe. Pas solat, ak g la melepak kat taman jap, tgk air pancut. Ramai gile orang, x sangka ak. Penuh keliling kolam tu. Tapi kat situ mmg agak best a. pemandangan pun agak cantik, ngan air tu lampu lagi. Best2.

Then balik la ak kembali ke kolej. Hehe, best o. Semua di atas merupakan aktiviti yang jarang ak lakukan. Sebab jarang buat la best kot. Jadi carilah sesuatu yang rutin untuk anda, bile bosan pula, buatla pape yang x rutin. Hehe, habis da sesi bercerite. Jumpa lagi di lain masa. Bye.

Eh lupalak nk gtau, malam ni ada diner. Best2, tapi xtau nk pakai baju pe.

Friday, April 3, 2009

cerita minggu ini

boleh x nk marah org kat sini? suke hati a kn. ni blog ak. tp xnk a, x sopan. ak kan org yg sopan, hehe. tapi just nk meluahkan perasaan, geram. org suke wat menda yg x menyeronokkan kita, salah diorg ke salah kita a. kita slalu wat menda yang x menyeronokkan org kot. ntah la.

topik seterusnya, hari ahad ni malam penghargaan dayasari (MPD), diner kolej la. ak stil xtau nk pakai ape. ada 2 pilihan. suggest kat ak, nk pilih A ke B. haha. harap2 ak akan berjaya memulihkan moodpa. harap2 juga ak dapat mengenjoykan dr ak mlm itu. tahun lepas x enjoy. ntah la ape yg kurang, ak pun x tau.

ape lagi nk tulis, nk lepas gian, da lama x post. maklum la, laptop ku sengal, ni pinjam laptop org. hujung minggu yg lalu ak blk rmh, jd dpt la tgk tv, tertengok persidangan umno. tgk pak lah, dr M n najib angkat tgn sesama. so sweet. haha. harap2 diorg leh bekerjasama. harap2 gak najib akan memerintah ngan baik. lg satu harap dia tegas. biar xda yg brani nk kucar kacir kan malaysia. boring ngan isu2 seperti hindraf, raja dan sebagainya. maklumla, baru std etnik. hehe.

tadi ada yg bertanya, "ko x takut ke nak exam ni". ak ngan slambe jawap, "malas pk". haha. teruknya saya. ni la tanda2 motivasi diri yg kurang. camne nk tambah ek. senang je, jgn mlas, jadi rajin. haha, camne tu. pk la sendri, n harap2 ak pun leh pk solution dia.

k, la chow dl. mlm ni, mlm juara2 feseni. kepada yg menang, tahniah, yg kalah cube lagi lain masa. mungkin korng bagus, tapi judge x pasan. hati2, takut ada bom kat dtc. haha. Assalamualaikum.

Wednesday, April 1, 2009

nk study

kepada semua, saya minta maaf kerana:
1. laptop ku bengong, so sukar la nk mengupdate blog.
2. saya nak cube study dengan tekun. haha. doakan saya berjaya.

kepada semua, sila study rerajin dan lakukan sebarang perkara dengan yang terbaik.