Saturday, January 2, 2010

mamat...

nama saya mamat. saya berusia 25 tahun, dan bekerja sebagai seorang operator, senang cakap kerja kilang. saya dah kerja kilang ni dekat sepuluh tahun dah dan saya tetap di sini, di kampung saya di negeri johor darul takzim. menetap bersama seorang ibu yang 40 tahun lebih tua dari saya. ayah saya da 5 tahun meninggal dunia.

tahun baru menjelang seperti tahun-tahun lalu, tapi tahun ini agak istimewa, kerana saya berjaya membeli sebuah kereta kancil 2nd hand. maklumlah, dengan menanggung kehidupan ibu dan duit gaji yang tak seberapa, ini jelah yang saya mampu. lalu pada cuti tahun baru, saya pun pergi ke kampung sebelah. mungkin dah ditakdirkan, saya pun berjumpa dengan seorang kawan masa saya sekolah menengah dulu, masa saya tingkatan 3. nama dia Yunus.

Yunus sangat segak, dengan baju biru dan jeans hitamnya. kaca mata hitamnya juga bukan murahan, bukan tiruan, dia kata kaca matanya itu berharga 300 ++. kereta yang dipandunya juga bukan kereta yang murah jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan kereta yang baru aku beli ini. tapi aku redha, aku sedar semua ini kerana perangai aku yang degil semasa di sekolah dahulu.

Yunus dan aku semamangnya berbeza. dia sangat rajin dan pandai. aku pula selalu sangat ponteng. setelah dimarahi cikgu berkali2, aku mengambil keputusan untuk bekerja sahaja. aku fikir, jika aku kerja dari aku berumur 15 tahun, aku bisa jadi orang kaya dan boleh gelakkan Yunus atau budak-budak lain yang dipenjara, dikongkong kesekolah. namun nyata aku tersilap.

10 tahun aku membanting tulang, yang aku ada hanya sebiji kancil 2nd hand. Yunus baru bekerja 2 tahun, dan dia kini memandu sebuah Honda Jazz. kalau setakat 2 tahun aku bekerja, aku rasa aku hanya mampu beli honda wave sahaja.

Yunus bercerita lagi, dia bekerja sebagai arkitek, kerjanya hanya menghadap komputer. aku pula komputer pun jakun kalau jumpa. malunya aku, aku hanya mendengar sahaja. mengangguk-angguk dan mengebil-ngebilkan mata. tambahnya lagi, dia tinggal dirumah yang lengkap berpenghawa dingin, aku pula dirumah hanya ada kipas capuk. hawa dingin kereta aku pun biol. hidup segan mati tak mahu. maklumlah kereta tua yang baru beli.

aku terfikir yang mak Yunus ni tentu bangga ada anak seperti Yunus. pasti boleh hidup senang. namun jangkaanku meleset, kerana dia bercerita yang dia tinggal di KL sendirian. aku bertanya, mak kau tak ikut ke?

dia kata, "tak payah lah, susah je nak bawa mak aku pergi KL. bini aku tak suka, kacau privacy katanya. biarlah mak aku duk sini je, jiran2 leh tengokkan."

lalu aku membayangkan aku menjadi tua macam ibu aku. yang nak berdiri pun payah yang kadang-kadang aku anak dia pun malas nak melayan kerenah dia, ada ke jiran-jiran yang nak datang jenguk jaga aku nanti? macam xda je...

bila aku membayangkan situasi ngeri itu, aku terus mengubah persepsi aku terhadap Yunus. mungkin dia berjaya dalam hidup, namun dia tidak berjaya menjadi anak. aku rela menjadi susah macam mana sekali pun, asalkan aku x lupakan ibu yang mengandungkan aku, membesarkan aku. kalau ayah masih hidup pun, takkan aku tinggalkan mereka sendirian menempuh hari tua.

tapi kalau aku boleh mengundur waktu, aku akan belajar bersungguh-sungguh, kerana baru sekarang aku melihat nilai ilmu itu...

5 comments:

ღ nOyuღ AidA Zღ said...

i lyke jek..hee

DAUD said...

aku berazam x kan mengabaikan ibu bapaku,
tu la azam tahun baru, haha
leh ke?

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

orang kaya memang begitu...

zarf_iera said...

takotnye....ak pn xnk jd cam2.lupekn mk bpak.even ak salu gado ngan mak ak.huhu...well..ko pn taw an?hihihi...

moyu said...

huhu...
nk de sumer bnd positif yg de kat yunus n mamat...
n kn cr suami yg b'tnggngjwb...
hahahaha