Tuesday, March 30, 2010

tips mengisi borang kolej

tak sedar pun sekarang ni dah dekat ngan hujung sem, dah banyak kawan2 yang bergelumang dengan test, esemen dan juga persediaan menghadapi final exam. tak dilupa, pihak pengurusan mula mengeluarkan borang mohon tinggal di kolej untuk sesi depan. jadi meh aku kangsi sikit tip2 untuk stay kolej. maklumlah, masa first year join macam2 pun last2 dapat bilik bertiga. pelik dan hairan lah juga. tapi segalanya terjawab masa aku second year jadi JTK.

sebab-sebab aku x dapat bilik b'dua masa second year. ibarat orang atas pagar la ni.
1. aku rapat ngan JTK tahun tu, so berharap mereka dapat menolong aku.
2. aku mengisi borang ala kadar.
3. isi aktiviti yang aku rasa perlu je. cukup2 muat2 petak aktiviti tu je.

masa aku jadi JTK, aku mengira markah untuk melayakkan penghuni lain stay kolej, baru aku tau:
1. korang perlu menyenaraikan segala aktiviti yang korang join. bukan sahaja sebagai ajk, sebagai peserta, penonton, penyibuk, penderma atau pape skali pun la. aktiviti remeh temeh pun tulis. contoh, majlis pengenalan kerani baru kolej. tulis je segala benda yang korang ada menyumbang walau sekelumit jasa.
2. jangan assume JTK kenal korang, korang secure, barisan JTK tak boleh wat pape. lagi2 dibawah pengurusan mak cik rohana tu.
3. jangan assume penyelia nak tolong korang, diorang sume x sayangkan kolej macam korang. diorang tak pernah kesah projek jalan ke tak, feseni berseni ke tak, sukan tere ke tak. diorang tak pernah kesah or hulur bantuan, kalau dah menang baru nak gebang. cuma en partiban je yang aku tabik. dia jaga atlete dia, sbb tu sukmum always menang. tapi tahun ni aku xtau dianya mood camne.
4. pape pun sebab no 1 tu korang kn wat. biar lampirkan 5 helai lampiran aktiviti pun xpe. kalau nak stay kolej la.

tips ni xda sebab pape, just kesian tengok kwn2 yang berpenat lelah menjayakan pelbagai projek, mengharumkan nama kolej, tapi x dihargai. kalau dah baca tu, sebar-sebarkan lah ye. tolong kawan-kawan sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

waa..
tips yg sgt menarik nih..
huhuhu
nnt aku tulis k..
hahahaha
tq bro..

Khairul Anuar Mohamed said...

mekasih daud..
lepas ni jgn harap laa aku nak duk sblik ber3..
huh! 10 keping kertas tntg xvtv aku tulis..
tq sgt2! sgt berguna info ini.
sayang daud.

Anonymous said...

alamak daud.. sampai ade org sayang dia..huhu syabas la..
^_^

moyu said...

mslh nye...
org yg syg 2 bkn org kolej...
hahahhaa
camne 2 nk wat 2..

botol kicap kelantan said...

weyh..aku tulis sket jek...tahun depan first time aku mintak stay kolej 5 as a civilian..takut x dapat aku stay bilik ko lah nanti ark? hehehe