Thursday, January 28, 2010

Gambar hari ini

Hanya gambar, mls berbicara. semoga terhibur.

PEMBAZIRAN SI PEMBAZIR


ADA ORANG TAK?



SILA JANGAN KENCING!!!





SEURAT RAMBUT

MATAHARI UNTUK ESOK

(suka gambar ni)








Monday, January 25, 2010

Demam.....

Hari sabtu yang lalu, aku pun pergilah kerja dengan malasnya, cemburu melihat orang lain yang bangun lambat menikmati hari sabtu. Sampai site jam 8.00 pagi, terus ajak membe pergi minum2 sarapan dikedai mamak, pekena milo tarik roti canai dan 2 butir telur separuh masak. pukul 9 barulah pergi site balik. huhu, rajinkan? skali skale je wat camni, lg2 hari sabtu, orang panggil saturday mood.

Aku pun g la round2 tengok orang kerja, check progress. Aku rase kakiku berat, kepala lak cam lalok2 gitu. so, aku ambil keputusan untuk pergi klinik nak mc. huhu. pergilah aku ke ss14th ke klinik ludhur kot nama dia. Doktor tu check ala kadar dan suh aku amik ubat n mc. melayang rm50 aku. balik makan ubat n tido. petang tu bangun dengan segar bugar.

Telepon ucu ajak g KLIA nak jumpa apek jap, before dia fly. nasib sempat. aku sampai je, salam dia n dia pun check in. balik tu kitorg makan sate kajang kat RnR dengkil. Berbaloi a, x rugi. sedap.... tengok a gambar sate tu, sedapkan? huhu


sate kajang

Aku rasa macam dah x demam, jadinya hari ahad lepas basuh baju dan sebagainya, aku pun g lah site. siapkan kerja2 yang aku tertangguh semalam. x banyak pun, just nak siapkan drawing n update progress. 2 jam je kerja aku pun siap. dari site aku terus pergi ke mid valley. nak bli barang dan jalan2 sikit. best gak cuci mata kat mid. ada bunga2 pink dan pepatung.


Pepatung

Bunga pink

balik je dari mid, aku pun makan tako dan 100 plus. hmm, sedap. Tanpa sebarang amaran, tetibe badan aku memanas. aku pun teruslah tidur, nk bagi panas tu hilang. tapi x hilang2 gak. jadinya, hari ni aku g lah klinik 12th tu amik ubat dan mc lagi.
semoga aku cepat sembuh...

Wednesday, January 20, 2010

rambang mata

anda semua pernah dengar tentang rambang mata x? rambang mata ni maksudnya nampak je nk, nampak je nak.

di jadikan cerita, aku pun mulalah memasang impian untuk membeli sesuatu. saja je, just nak merasa cam orang lain merasa. beli hp la, bli gadjet la, bli baju la kasut la dan sebagainya. aku pun mulalah usha2 digital mall dan internet. tengok itu, tengok ini. finally, aku berjaya la memendekkan list aku.
item2 nya adalah,
1. psp
2. ipod touch
3. smart hp
4. camera.

tapi aku tak tau la, aku ni sayang sangat ngan duit, kalau leh nak beli yang semurah mungkin. kedekut ke cam tu?

untuk tidak memeningkan kepala aku, dengan menggunakan duit saki baki last sem dan pemberian ayah ibu, aku pun belilah mp5. huhu, mp5 tu. korang ada jumpe ke?
mp5 ni sama je function dia macam mp4, just dia boleh play semua format video. jadi tak perlulah korang nak convert. murah je, sebab china brand kan. tapi aku beli gak sebab dia ada bg waranty 1 tahun. so klu pape pun aku ada jaminan nak tukar la.

dah best2 ada mp5, tetibe duit biasiswa pulak masuk. kawan2 aku sume beli macam2. ada yang membeli ipod touch, item yang pernah aku impikan. mmg x dinafikan ipod touch best la. tp aku xdalah terkilan sangat, sbb aku bukan jenis yang suka melayan bermacam jenis software. n tujuan aku pun dah tercapai dengan mp5 tu. perjalanan aku ke tempat kerja dan ke Melaka atau johor atau kemana-mana sahaja dah tak sunyi seperti dulu lagi. huhu.

setelah berpuashati dengan mp5 aku, tetiba kegeraman aku terhadap hp sek550 aku memuncak. dah lah brand cyber shot, tapi gambar cam haram. aku rasa vga pun lagi lawa. so tanpa berlengah aku pun g digital mall beli nokia 6220. camera 5mp dan ada gps. aku harap hp ni tak mengecewakan aku.

aku tak tau lah kenapa aku rambang mata sangat sem ni. aku harap 'pelaburan' ni tak sia2. aku harap 2 item yang aku beli ni memenuhi semua kehendak aku dan aku x nak membazir. daripada aku beli barangan teknologi yang jadi buruk esok, baik aku beli emas yang makin mahal esok. haha.

Thursday, January 7, 2010

coretan rambang

aku rindu dia,
yang selalu menemaniku,
yang selalu mendengar dan bercerita,
yang menjadi sahabat terbaikku,
sentiasa ada bersamaku,
bila suka dan duka,
tidak putus memberi cinta rindu.

hari ini amarahku membara lagi,
ku simpan dalam-dalam,
ku sembunyikan dari semua,
kerna tiada siapa yang ingin memahami,
kecuali dia.

tapi kini dia sudah lama menyepi,
dan aku memahaminya,
tapi akukan terus menunggumu,
sehingga kau datang melintas meninggal jejak,
dan tanah ini akan terus mati,
jika kau melupakannya.

Saturday, January 2, 2010

mamat...

nama saya mamat. saya berusia 25 tahun, dan bekerja sebagai seorang operator, senang cakap kerja kilang. saya dah kerja kilang ni dekat sepuluh tahun dah dan saya tetap di sini, di kampung saya di negeri johor darul takzim. menetap bersama seorang ibu yang 40 tahun lebih tua dari saya. ayah saya da 5 tahun meninggal dunia.

tahun baru menjelang seperti tahun-tahun lalu, tapi tahun ini agak istimewa, kerana saya berjaya membeli sebuah kereta kancil 2nd hand. maklumlah, dengan menanggung kehidupan ibu dan duit gaji yang tak seberapa, ini jelah yang saya mampu. lalu pada cuti tahun baru, saya pun pergi ke kampung sebelah. mungkin dah ditakdirkan, saya pun berjumpa dengan seorang kawan masa saya sekolah menengah dulu, masa saya tingkatan 3. nama dia Yunus.

Yunus sangat segak, dengan baju biru dan jeans hitamnya. kaca mata hitamnya juga bukan murahan, bukan tiruan, dia kata kaca matanya itu berharga 300 ++. kereta yang dipandunya juga bukan kereta yang murah jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan kereta yang baru aku beli ini. tapi aku redha, aku sedar semua ini kerana perangai aku yang degil semasa di sekolah dahulu.

Yunus dan aku semamangnya berbeza. dia sangat rajin dan pandai. aku pula selalu sangat ponteng. setelah dimarahi cikgu berkali2, aku mengambil keputusan untuk bekerja sahaja. aku fikir, jika aku kerja dari aku berumur 15 tahun, aku bisa jadi orang kaya dan boleh gelakkan Yunus atau budak-budak lain yang dipenjara, dikongkong kesekolah. namun nyata aku tersilap.

10 tahun aku membanting tulang, yang aku ada hanya sebiji kancil 2nd hand. Yunus baru bekerja 2 tahun, dan dia kini memandu sebuah Honda Jazz. kalau setakat 2 tahun aku bekerja, aku rasa aku hanya mampu beli honda wave sahaja.

Yunus bercerita lagi, dia bekerja sebagai arkitek, kerjanya hanya menghadap komputer. aku pula komputer pun jakun kalau jumpa. malunya aku, aku hanya mendengar sahaja. mengangguk-angguk dan mengebil-ngebilkan mata. tambahnya lagi, dia tinggal dirumah yang lengkap berpenghawa dingin, aku pula dirumah hanya ada kipas capuk. hawa dingin kereta aku pun biol. hidup segan mati tak mahu. maklumlah kereta tua yang baru beli.

aku terfikir yang mak Yunus ni tentu bangga ada anak seperti Yunus. pasti boleh hidup senang. namun jangkaanku meleset, kerana dia bercerita yang dia tinggal di KL sendirian. aku bertanya, mak kau tak ikut ke?

dia kata, "tak payah lah, susah je nak bawa mak aku pergi KL. bini aku tak suka, kacau privacy katanya. biarlah mak aku duk sini je, jiran2 leh tengokkan."

lalu aku membayangkan aku menjadi tua macam ibu aku. yang nak berdiri pun payah yang kadang-kadang aku anak dia pun malas nak melayan kerenah dia, ada ke jiran-jiran yang nak datang jenguk jaga aku nanti? macam xda je...

bila aku membayangkan situasi ngeri itu, aku terus mengubah persepsi aku terhadap Yunus. mungkin dia berjaya dalam hidup, namun dia tidak berjaya menjadi anak. aku rela menjadi susah macam mana sekali pun, asalkan aku x lupakan ibu yang mengandungkan aku, membesarkan aku. kalau ayah masih hidup pun, takkan aku tinggalkan mereka sendirian menempuh hari tua.

tapi kalau aku boleh mengundur waktu, aku akan belajar bersungguh-sungguh, kerana baru sekarang aku melihat nilai ilmu itu...