Friday, March 11, 2011

hikayat seorang penganggur

Bangunlah Abu wei. Matahari tu dah tinggi dah. Orang lain yang pergi kerja hari-hari, boleh je bangun hari ahad. Kau yang menganggur ni pulak tidur melebih-lebih. Aku rasa orang tanam anggur pun tak jahanam macam kau ni tau.

Alah. Kau apa tau tekanan orang menganggur ni. Tesen kau tau tak. Bosan gila. Tak tahu dah nak buat apa. Nail jemu aku layan facebook. Kadang-kadang terpaksa buka +*^#book.

Demikianlah keadaan Abu dan Ali. Mereka ni kawan baik sejak dari meja sekolah lagi. Dia punya rapat tu, mengalahkan jarak antara dua atom hidrogen. Kadang-kadang tidur pun satu katil, maklumlah Ali tu penakut sikit, tapi suka sangat tengok cerita hantu. Tengok je cerita hantu TV3 malam jumaat tu, mesti tidur dengan Abu. Tengok cerita hantu kak limah balik rumah pun dia takut. Sampaikan dia tak nak balik rumah lepas tengok wayang. Sanggup dia tidur kat kaki lima.

Walau rapat macam mana pun, walau tidur kadang-kadang berpelukan sekalipun, mereka ni tidaklah gay. Malam-malam mereka adalah sama seperti malam-malam orang lain, walau malam jumaat pun, mereka tidur je. Tak buat lain-lain.

Tu lah kau, dari dulu lagi aku dah suruh kau pergi interviu, minta kerja. Tapi kau degil mengalahkan lembu. Nilah akibatnya, tertekan menganggur. Muka pun dah macam anggur busuk da.

Aku bukan tak nak minta kerja. Tapi aku sayang nak potong rambut panjang aku ni. Bukan senang nak bela.

Tu lah kau, ada je alasan. Cubalah gunakan akal lembu kau tu. Fikirkan jalan penyelesaiannya. Fikirkan mana lebih penting.

Suasana jadi hening. Mereka berdua terdiam. Dari hujung cuping telinga, mereka hanya mendengar titisan air paip yang bocor. Dari anak mata, terpantul imej separa bogel mereka berdua. Dari lubang hidung Abu, masuk baubusuk umpama tahi.

Babi kau. Orang tengah fokus fikir masalah kau. Boleh pulak kau kentut. Bau tahi.

Sorilah, terlepas. Tu la kau suruh aku berfikir bangun-bangun tidur ni. Kan da dapat. Tapi semasa urat kentut aku melepas tadi, bagaikan ada idea bernas menerjah benak fikiran aku. Dengan idea ni, aku rasa, aku boleh yakin pergi interviu.

................Esoknya terus Ali pergi interviu. Nama company dirahsiakan............................

Selepas sesi interviu yang penuh nerves berakhir. Lalu Amoi HR pun masuk membawa beberapa borang dan surat tawaran bekerja.

Amoi, ni confirmlah i dapat kerja?

Belum lagi. U kena sign dekat sini, sini, dan sini. Lepas tu barulah u confirm.
Amoi tersebut menerangkan serba sedikit tentang beberapa prosedur sambil melirikkan senyuman manja. Mungkin Abu merupakan mangsa ilmu pisau cukurnya yang ke 44 atau pun merupakan mangsa pelengkap ilmu pisau cukurnya.

Selesai menandatangani dokumen-dokumen tersebut. Dengan yakin Abu membuka serbannya dan membuat head banging. beralun-alun rambut Abu. Lalu Abu menjerit.

Yeay, yeah... Akhirnya aku bukan lagi penganggur.

Amoi tadi terkesima.

Bukan u kata tadi u singh ke? orang singh mana boleh buka serban.

4 comments:

moyu said...

hahaha
bgs tol...
2,2 die dpt...

Anisa Hang Tuah said...

tanpa kentut,siapelah manusie..meskipun berbau tahi
hihih

kash said...

haha..ape da kentut2..

Hafiz Atan said...

aku x baca sampai habis lagi, tapi kelakar syial

aku dah follow kau