Monday, April 18, 2011

Ubat Ketiak

masih segar lagi dalam ingatan, betapa basahnya ketiak cikgu sejarah menulis nota di papan hitam. Dan masih segar juga ingatan Intan, betapa malunya beliau dingorat pak guard sekolah berbangsa nepal. Memang mula-mula berbunga juga hati si Intan, ada foreigner nak mengoratkan. Tapi bunga itu layu sebelum ia sempat mekar kerana lecak di ketiak digelak nepal.

"Adik manis, pakailah ubat ketiak, baru itu ketiak takda lecak. Tengok macam saya."

Nepal gelak terguling-guling di atas tar. Bagai berada di studio maharaja lawak dah gayanya dia. Tapi itu semua sejarah silam. Ketika dia masih berhingus di tingkatan 3. sekarang tidak lagi, tiada lagi lecak sebab dia dah pakai ubat ketiak nivea. Sekarang dia hanya tersenuym mengenangkan peristiwa itu. Dia dah tak amik hati da dengan pak guard nepal tu.

Kalau dulu, sanggup dia hari-hari panjat pagar belakang sekolah, tak sanggup nak lalu pintu depan. Malu... Lagipun dia tak kisah memanjat, sebab tak ada orang lain kat situ. Cikgu Zul sebarkan cerita yang ada seorang pelajar lelaki mati telor tersangkut kat pagar. Intan tak takut, sebab Intan tak ada telor.

Intan teringat semua kenangan tersebut kerana pada ketika ini dia rasa tertipu dengan iklan ubat ketiak nivea ni. Patutnya dia angkat tangan tinggi-tinggi ramailah jantan yang nak datang tolong, tapi hampeh, satu pun takda. Yang lagi bengang, dia telah mengorbankan lengan baju kurung dia tu, semata-mata nak menyerlahkan ketiak beliau. Orang semua lalu slow je, yang berenti takda. Mulalah dia memaki hamun iklan nivea tu. Dia bersumpah nak tukar brand lain lepas ni.

Tetiba emak intan keluar dari kereta.

"udah-udah la tu Intan. Yang kau bongok sangat percaya iklan tu kenapa. rugi je aku hantar belajar tinggi-tinggi. Dahla bongok, bulu ketiak pun tak pandai nak shave. Meh sini henpon tu, mak call boifren ko suh belikan petrol. Bawa kereta pandai isi minyak tak pandai, sampai aku pun jadi mangsa sekarang ni. Haish."

"Pergi sana cabut bulu ketiak tu. Kang bukan petrol je tak dapat, menantui pun aku tak dapat." sambung emak Intan lagi.

Intan pun buat muka sedih dan ikut nasihat emaknya.
"Adoi, Adoi."
Rintih Intan mencabut bulu ketiaknya.

2 comments:

♥ p a A n i ♥ said...

eleh yg tego tu lg basah ketiakknyeeee...haha

Moyu said...

Perempuan ini sgt sengal. Wat malu je. Haha