Thursday, July 28, 2011

Bukan Safee Sali

Safee seorang lelaki yang gagah, berbadan sasa, rambut terpacak. Hobinya bermain bola sepak, bola padang boleh, futsal pun boleh. Kalau dah gian sangat, layan Play Station berjam-jam pun jadi. Dan posisi yang digemarinya adalah penyerang. Tapi dia bukan Safee Sali.

Selain dari bermain bola, safee juga suka bergaya. Bak kata pepatah biar papa asal bergaya. Di sebabkan gayanya yang berlagak kaya itu jugalah dia berjaya memikat gadis cantik jiran sebelah. Tapi jangan buruk sangka, Safee ni bukan kaki perempuan, dia setia pada yang satu. Segala kemahuan aweknya dipenuhi. Tiap pagi hantar pergi kerja, tiap petang jemput dari kerja naik motor EX5 warna belang hitam kuning. Bukan sebab peminat fanatik harimau malaya, Tapi sebab papa, mampu beli sikit je cat kuning. Terpaksa lah belang-belangkan.

Disebabkan suka main bola jugalah Safee ni gemar memakai spender. Dia tidak berkenan dengan perkembangan fesyen masa kini. Pakai boxer. Dia cakap pakai spender lagi best. Tak goyang-goyang. Posisi statik. Jadi masa berlari kejar bola, tidak berayun ayun. Tambahnya lagi, lebih earodinamik.

Jadi macam biasa, Safee ni kerja syif malam, balik je terus buka jeans dan spender ganti pakai kain pelikat. Lalu dia pun tidurlah dengan bergayanya dan diiringi dengkuran irama melayu. Satu hari tu, baru je lepas zuhur, dan dia baru je terlelap 15 minit, awek dia call, cakap tak sihat. Minta hantar ke klinik. Sayang awek kan, gagahkanlh juga badan ni, sarung jeans, basuh muka dan merempit. Dari jauh tengok macam dia tengah tunggang rimau.

Dalam perjalanan nak pergi klinik ni, banyak pulak trafic light. Apa ke pelik, semua nya merah. Lagi pelik bila semua orang usha awek dia. Satu trafik light dia wat bodoh je. Dia memang tau awek dia cun. second trafik light, dia dah mula panas da. Motor sebelah tengok awek Safee, then tengok Safee plak. Atas bawah.

"Dah kenapa kau usha awek aku? Tau la awek aku cantik, tak puas hati aku dapat dia. Kalau berani meh la lumba. Sape kalah belanja ais krim. Panas-panas ni sedap gak makan ais krim. Esok lusa dah pose da, tak dapek nak makan tengah-tengah hari cam gini. Ada bran?"

"Lek la brader, kitorang bukan usha awek lu. Kitorang usha tu." Kata penunggan moto sebelah sambil menjuihkan mulutnya. Dah macam mulut ikan dah jadinya.

"Tu mane? cube tunjuk guna jadi, ko kudung ke?"

Disebabkan suara Safee kuat sangat, semua penunggang motor turut usha mereka. Lalu penunggang motor sebelah tu pun tunjuk ke kaki Safee dan berkata.

"Tu, Lu punya spender ada sangkut dekat kasut Lu."

Semua orang tengok, semua orang bantai gelak.

Lampu hijau je, terus Safee pecut lelaju, meninggalkan orang lain. Baru dia teringat, rupanya dia buka jeans dan spender tu skaligus. Jadi sebenarnya spender tu ada tergantung dengan jeans tu. Patut tadi dia caari spender tak jumpa. Rupenya spender yang patut kat kangkang, dah pindah kat kaki.

Malu giler beliau. Awek beliau pun malu, lalu break sekejap. Tapi sebab rindu, diorang sambung bercinta balik.

7 comments:

moyu said...

sedih tol...
awek pun 1 hal...
bgtau la awl2...
kte jiran sebelah...
wat malu je...
haha
haih, awak pun gi wat citer psl spender...

ayeDo Roslan said...

ahahaha.ngok la ko nh.wat citer lawak time aku nk tido watpe.dah hilang da ngantok aku ketawa pnye pasai.

mr.syazwan said...

hahahaha siot ja


ok2 akan ku pakai spender lps ni

>.<

Siti Mashitah Saidin said...

hahahhaa! supah lawak!

bighagenjo said...

:D. haha.

Siti Mashitah Saidin said...

hahaha malu kot!

bighagenjo said...

hahahaha! sengallll