Thursday, August 11, 2011

Bukan Safee Sali II

Masih ingat lagi cerita safee yang gagah, sasa itu. Seorang lelaki yang gemar memakai spender. Semalam beliau pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Maklumlah, musim nak masuk Universiti dah dekat, jadi masing-masing kenalah buat medical checkup.

Jadi procedure di mulakan dengan mengambil darah. Mula-mula cik misi tu menjerut bisep sasa Safee. Rationalnya bagi mengembangkan salur darah, lalu mudah la nanti dia nak amik darah. Tapi entah macam mana, Safee tetibe gemuruh. Di jerut saja bisepnya, kesejukan seluruh badan. Terasa mahu menggigil. Terasa ada takungan air jernih di hujung mata. Biar benar, takkanlah si Safee yang gagah ini gentar. Dia sendiri tidak percaya akan perasaan nya itu.

Tak pa, try buat macho sahaja. Dia bermonolog dalaman. Dan sekali sekala dia gelak-gelak kecil, bagi menyembunnyikan ketakutannya itu. Sepanjang proses itu di adakan Safee tengok dinding je. Sikit pun tak toleh ke arah jarum. Punyalah dia takut kan. Dan akhirnya selesai juga...

"Erk, belum lagi lah encik. Tak dapat tadi, kena buat sekali lagi kat tangan kiri"
Kata misi kepada beliau.

Baru dia menarik nafas lega tadi, sekarang dan takut balik. Apalah misi ni, memberikan harapan palsu sahaja. Kali ni pun sama macam tadi, sikit pun dia tak tengok jarum. Penakut sungguh.

"Doktor, urat dia ni lari-larilah"
kata misi kepada doktor.

Monolog dalaman safee.
"Ah, sudah. Takkan nak wat kali ketiga. nak cucuk tanga mana pulak nanti."

Lalu doktor tu datang dan sap sap soi je dia buat. Alhamdulillah, setel pun akhirnya. Selamat sudah. Lalu misi pun bagi botol untuk Safee kencing. Macam tau-tau je dia nerves sampai nak terkencing.

Kencing baik punya. tuju dalam botol. Tapi sebab sejuk, nerves tadi tak hilang lagi. Safee gigil sikit. Lalu air kencing sedikit tersasar dan membasahi tangan. Best juga hangat katanya. Hilang sikit rasa nerves tadi. penuh sahaja botol itu dengan air serupa teh warnanya, Safee serahkan kepada makmal. Masa dia lalu kat tempat orang ambil darah tadi, dia tengok ada seorang perempuan sedang dicuri darahnya. Dia nampak air mata perempuan itu bergenang.

"Oh, normallah orang ambil darah nerves. Aku bukan penakutlah tu. Aku normal."
cakap dalam hati, sambil senyum sorang-sorang.


3 comments:

moyu said...

geli je...
huhuhu..
pe motif???

bighagenjo said...

hahahaha! kau le tuh.

HEROICzero said...

hahaha cam celaka . perempuan kot yang bergenang tu .