Tak sampai 5 minit Abu dah berdengkur da. Mendengar sahaja dengkuran si Abu, senior-senior pun terus mengambil beberapa selimut dan cadar junior lalu mengikat kaki dan tangan Abu di setiap penjuru katil. Maka terkangkanglah si Abu bagaikan hendak dirogol, diseksa gayanya.
Senior Abu yang paling buruk parasnya mengeluarkan topeng hantu, yang lebih kurang sama buruknya dengan muka dia. Lalu berbekalkan telekung yang dicuri dari surau perempuan, dia menyamar menjadi hantu dan senior-senior yang lain bersembunyi. Tanpa fikir panjang, senior hantu terus menyergah Abu. Abu terjaga dan menggigil ketakutan.
"Abu, matilah kau Abu, Aku datang nak cekik kau sampai mati."
Abu cube lari, tetapi disebabkan telah diikat, dia hanya mampu meronta-ronta.
"Jangan la cekik aku wei hantu. Ko tak nampak ke ada ayat kursi kat locker aku tu" Abu berkata dengan suara terketar-ketar. Nasib baik sebelum tidur tadi dia da kencing, kalau tak mau basah tilam tu.
Mendengar saja akan hujah Abu, semua seniornya ketawa terbahak-bahak. Dan Abu pun lega, sebab itu bukanlah hantu, hanya senior bertopengkan hantu. Apabila senior-senior tu blah meninggalkan Abu yang masih terikat, Abu pun sambunglah tidurnya. Namun cerita Abu bukan berhenti di sini. Ada cerita yang lebih mengerikan.
Beberapa minit sebelum azan subuh. Tika Abu masih lagi di alam mimpi. Dia pergi merayau-rayau sekitar kampung mencari awek untuk di usha. Tiba-tiba perutnya memulas, apa lagi, Abu pun pergilah ke semak. Toleh kanan, toleh kiri, orang tak da, kambing pun xda. Lalu mencangkunglah Abu.
Teran, punya teran, punya teran. Secubit tahi pun tak terkeluar. Ape sembelit agaknya. Tapi banyak je buah-buahan yang dimakannya. Sayur-sayuran lagi lah banyak, Jus rumput pun dia bedal time main ragbi petang-petang time hujan. Jus rumput yang campur lumpur tu. Sedap, rase cam kerbau.
Setelah sekian lame, sampai penat meneran, Abu terjaga. Oh, mimpi rupenya. Lalu Abu check bontot beliau. Nasib baik tak terkeluar.
2 comments:
pe citer ni...
hahaha...
geli je la
hahahahahaha!
sumpah lawak
Post a Comment