Thursday, November 10, 2011

Mari kahwin denganku

Jalal tau dia sudah tua, tapi nafsunya masih ada, masih perlu dipuaskan.

Sejak kematian isteri tercinta 2 tahun yang lalu, dia hanya memendam rasa. Bukan tidak lalu melihat janda-janda bergetah, bukan tidak stim melihat dara-dara montok. Tapi cintanya hanya untuk arwah isterinya. Saban malam dia kesejukan, kerana pakai air cond. Kalau dulu sejuk macam mana pun ada bini nak tolong peluk, sekarang nak suruh siapa. Takkan nak suruh anak lelaki dia yang peluk. Tak selera dia. Takkan nak suruh anak perempuan dia yang peluk. Kang kena tuduh sumbang mahram lah pulak.

Disebabkan kesejukan itu, tiap pagi juga dia bangun dengan seluar yang basah. Bukan mimpi basah, tapi kencing malam. Habis tiap pagi jugalah anak-anaknya bergiliran menjemur tilam king size bapak kesayangan mereka. Namun kesabaran mereka, ketaatan mereka ada batasnya. Penat juga wei nak ngangkat, bukan nya ringan. Lalu mereka memujuk Jalal, cari bini baru. Ibu baru buat mereka.

Dalam sedih Jalal mengenang arwah isterinya, Jalal tersenyum sendiri. Lalu dia gelak. Hahahaha. Esok pagi-pagi terus dia segak bergaya keluar dengan kereta Audi putih kepunyaannya. Lagaknya sama seperti kali pertama dia mahu mengurat arwah isterinya. Berseluar yanki, berbaju ketat, berambut letupan (rambut palsu).

Kini dia dah sampai di depan rumah orang tua-tua. Mungkin dia akan mencari kekasih lamanya. Lalu dengan langkah confident dia menyapa seorang wanita tua sebaya dengannya lalu bertanya, "puan, boleh saya cari Ida."

Ida, seorang gadis dara pekerja rumah kebajikan tersebut yang diimport dari Indonesia. Mendengar sahaja orang memanggil namanya, dia jalan terkedek-kedek bagai itik pulang petang pergi mendapatkan suara itu.
"Ye, ada apa encik?"

"Mari kahwin denganku."
Lamar Jalal dengan adiknya telah tegak berdiri. Namun, sperma-sperma yang telah lama bertapa, harus bersabar. Belum tiba masanya lagi.




3 comments:

moyu said...

citer ni de smbngan ke x ni???
huhuhu

♥ p a a n i ♥ said...

kompem ade sambungan, cm tergantung je nih

fadh leyanie said...

adakah ida akan mengahwini nya?