Saturday, April 30, 2011

ZineSatuMalam

Korang-korang semua yang baca blog aku ni mesti blogger mahupun manusia2 yang rajin membaca kan. Tapi kekadang tak tahu dah nak baca apa, yala blog pun tak terupdate-update. nak membaca buku bukanlah tak minat, tapi tiadalah pula berkemampuan.Tak kurang juga yang bercita-cita nak menulis buku, novel, puisi dan segala-gala lah. Namun tak ada pula orang yang nak baca.

ZineSatuMalam ni adalah facebook group untuk makhluk2 yang macam korang. Dan yang bestnya, admin dia suka compile kan karya-karya indie ni lalu upload, biar semua orang boleh download. Jadi sila lawat fb ZineSatuMalam dan like la kalau suka.

Aku pun baru je mengenali benda ni. Dan baru je download 3 naskah yang dikeluarkan ZineSatuMalam ni. Sila download kalau korang masih boleh mendownload.
Bangang di sini
Terima Kasih di sini
puisi pagi buta di sini

kalau ada salah fakta jangan marah aku, budak baru ni.

Tuesday, April 26, 2011

Kiraan kelajuan cahaya dari Al-Quran

Cubaan meneka kelajuan cahaya dimulakan oleh Galileo pada 1667 dan sekarang distandardkan jadi 299 792 458 m/s. Namun begitu Al-Quran telah mencatatkan kiraan kalajuan cahaya ini sejak dahulu lagi.

Surah As-sajadah, Ayat 5.

Terjemahan (BM).
Dia (Allah) mengatur urusan dari langit kepada bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu.

Terjemahan (BI)
He arranges [each] matter from the heaven to the earth; then it will ascend to Him in a Day, the extent of which is a thousand years of those which you count.

Dengan menafsirkan urusan = kelajuan, satu hari = masa dan seribu tahun = jarak, kelajuan cahaya dapat dikira.


Dengan menggunakan sistem sidereal bagi bulan
satu hari = 23 jam, 56 minit, 4.0906 saat
= 86164.0906 saat

jarak 1000 tahun = 12 bulan x 1000 tahun x jarak bulan beredar kelilingi bumi setiap bulan
jarak bulan kelilingi bulan setiap bulan = kelajuan bulan x 0.89157 x masa bagi sebulan
= 3682.07 km/j x 0.89157 x 655.71986 jam

jarak 1000 tahun = 12 000 x 3682.07 km/j x 0.89157 x 655.71986 jam
= 2.583134804 x 10^10 km
> 0.89157 adalah cos 26.92848, merupakan sudut dalam sidereal month sistem

kelajuan cahaya = jarak 12 000 bulan / masa satu hari
= 2.583134804 x 10^10 km / 86164.0906 saat
= 299792.5 km/ saat = 299 792 500 m/saat

Kelajuan cahaya yang dikira menghampiri kelajuan cahaya yang standard.


Kalau ada kesalahan fakta sila bincangkan, segala fakta yang diberi hanya dari internet semata mata


Sunday, April 24, 2011

Nikah

Mungkin ramai yang tengah berangan dan berimpian untuk bernikah, bukan sebab gatal, tapi dah memang kehendak. Bukan senang kita hendak menahan-nahan, dan kita ada agama budaya untuk dipatuhi, tidak seperti masyarakat lain yang boleh beromen sesuka hati.


Isu sekarang ni, duit.
Agak-agak macam mana kita nak mengatasi masalah ni sekarang ni?
Senang je, wat kenduri kahwin kecil-kecil. Tapi nanti orang sibuk mengata pulak, apsal buat kecik sangat, apsal tak jemput.

camtu buatlah besar-besar. Buat je pinjaman dengan bank dengan along. tapi satu hal la pulak nak bayar hutang. Dah kahwin confirm beranak. kalau anak 1 je tak pe, ni nafsu cam kuda, jadi kilang anak la pulak kan. Camne pulak nak merancang keluarga.

Renung-renungkan, dan lu orang pikir la sendiri.

Monday, April 18, 2011

Ubat Ketiak

masih segar lagi dalam ingatan, betapa basahnya ketiak cikgu sejarah menulis nota di papan hitam. Dan masih segar juga ingatan Intan, betapa malunya beliau dingorat pak guard sekolah berbangsa nepal. Memang mula-mula berbunga juga hati si Intan, ada foreigner nak mengoratkan. Tapi bunga itu layu sebelum ia sempat mekar kerana lecak di ketiak digelak nepal.

"Adik manis, pakailah ubat ketiak, baru itu ketiak takda lecak. Tengok macam saya."

Nepal gelak terguling-guling di atas tar. Bagai berada di studio maharaja lawak dah gayanya dia. Tapi itu semua sejarah silam. Ketika dia masih berhingus di tingkatan 3. sekarang tidak lagi, tiada lagi lecak sebab dia dah pakai ubat ketiak nivea. Sekarang dia hanya tersenuym mengenangkan peristiwa itu. Dia dah tak amik hati da dengan pak guard nepal tu.

Kalau dulu, sanggup dia hari-hari panjat pagar belakang sekolah, tak sanggup nak lalu pintu depan. Malu... Lagipun dia tak kisah memanjat, sebab tak ada orang lain kat situ. Cikgu Zul sebarkan cerita yang ada seorang pelajar lelaki mati telor tersangkut kat pagar. Intan tak takut, sebab Intan tak ada telor.

Intan teringat semua kenangan tersebut kerana pada ketika ini dia rasa tertipu dengan iklan ubat ketiak nivea ni. Patutnya dia angkat tangan tinggi-tinggi ramailah jantan yang nak datang tolong, tapi hampeh, satu pun takda. Yang lagi bengang, dia telah mengorbankan lengan baju kurung dia tu, semata-mata nak menyerlahkan ketiak beliau. Orang semua lalu slow je, yang berenti takda. Mulalah dia memaki hamun iklan nivea tu. Dia bersumpah nak tukar brand lain lepas ni.

Tetiba emak intan keluar dari kereta.

"udah-udah la tu Intan. Yang kau bongok sangat percaya iklan tu kenapa. rugi je aku hantar belajar tinggi-tinggi. Dahla bongok, bulu ketiak pun tak pandai nak shave. Meh sini henpon tu, mak call boifren ko suh belikan petrol. Bawa kereta pandai isi minyak tak pandai, sampai aku pun jadi mangsa sekarang ni. Haish."

"Pergi sana cabut bulu ketiak tu. Kang bukan petrol je tak dapat, menantui pun aku tak dapat." sambung emak Intan lagi.

Intan pun buat muka sedih dan ikut nasihat emaknya.
"Adoi, Adoi."
Rintih Intan mencabut bulu ketiaknya.