Thursday, April 19, 2012

FRIENDZONE

Seperti hari-hari semalam, hari ini hujan turun lagi membasahi Kuala Lumpur. Hujan yang lebat deras itu tempias lalu membasahi dinding kaca restoran secret recipe dan di sebalik dinding itu terlihat seorang wanita mengalir air matanya.

"Sudahlah, jangan menangis lagi. Hidup kita ni kan macam monsoon timur laut. Siang-siang panas terik, petang nanti hujan, lepas tu kalau ada rezeki dapatlah tengok pelangi. Kalau pelangi tak muncul, malam nanti kan sejuk. Jangan nanges da e." Ujar Mikhail kepada teman baiknya Malisa.

"Mana ada nanges, mata masuk habuk la."

"Mata masuk habuk konon, yang lendir hijau kat hidung tu apa? nasib x kena kat kek kiwi tu. Kalau tak 3 kali ganda sedap kek tu. Betol2 secret recipe tu."

Cepat-cepat Malisa tutup hidung dan capai tisu. Merah pipi Malisa mcam orang pakai blusher.

"Iskh ko ni, buat malu aku je la."

"Da tu kau nak aku diam-diam pastu aku muntah?"

"Bukan la, patut ko lapkan, baru romantik."

"Romantik jadah, geli ada la."

"Ko ni tak sensitip la ngan perasaan aku, ko tak sedih ke ngan pe yang melanda hidup ku ini.?"

"Sedih kot, time dapat tau ko clash tu, aku nak menanges tau."

"Yeke, ko nak menanges sebab aku?"

"Tak la. Nak nages sebab sakit telinga. Taik telinga keras."

"Cis pengotor, dan aku tau taik tlinga ko lagi hina dari lendir hingus aku kan."

"Haha, kotor la kau. Ha, pelangi ni lah yang aku nak tengok."

"Man-mana?" Cepat-cepat Malisa memandang keluar.

"Ni yang depan aku ni, kau lah pelangi tu. Engkau tiba... bagai kan pelangi,,, tak bercahya namun kau berseri..," Pergh sedap suare aku.

"Thanks tau, kalau tak da kau, tak tahu lah aku, camne  aku nak hadapi musim monsun ni."

Diam... mata tentang mata, minda pusing ke zaman dahulu kala, muka skema dalam hati ada taman, muka comot dalam hati ada takut.

"memang aku nak couple tapi aku rasa dia suka aku sebagai kawan je la. Tak nak a tanya, nanti kecewa, lagipun takkan perigi nak cari timba."

"Dia ni selalu cakap I love You. Tapi pastu ada sambung I love you as a frend, confirm aku dah kena freindzone."

bibir getar-getar, tapi belum ada perkataan yang keluar.

"Jom kahwin." Tadi dah pelik, dan Mikhail pecahkan kebisuan pelik dengan soalan pelik. Dia sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ayat tu yang keluar. Hanya satu yang dia harap, jangan kena freindzone lagi.

Tuesday, April 10, 2012

Sayang nak berapa anak?

Boifren: Sayang nak berapa anak?
Girlfren: Sayang nak 4 la. 2 lelaki, 2 perempuan. Selang-selang.
Boifren: Banyaknya. tak nak la sampai 4. nak 2 je.
Girlfren: Kenapa lak? Abang tak mampu ke? muda lagi kan. Kalau tak mampu tak pe, nanti sayang belikan viagra. Tengok youtube tu ada orang boleh buat head spin bila makan viagra.
Boifren: Kalau batiniah, memang abang mampu.
Girlfren: Dah tu? Abang takut dah tak ketat ke nanti anank banyak-banyak? Tak pe lah, nanti sayang minum kacip fatimah.
Boifren: Bukan itu yang abang risaukan. 
Girlfren: Habis tu apa?
Boifren: Risau memikirkan masa depan anak-anak. Sedangkan PTPTN kita ni pun belum habis bayar. Takkan kita nak biarkan anak kita hidup dalam belenggu hutang juga. Buatnya nanti dah bankrup PTPTN tu. tak ke naya.
Girlfren: Alah, tak pe lah, kita simpan jelah setahun 1 ribu untuk setiap anak kita nanti. bila dia habis belajar nanti, masing-masing ada 20 ribu. Ok lah. Ambil engineering pun baru pinjam 28 ribu. Setakat 8 ribu pandai-pandai la dia nak hidup nanti.
Boifren: Ni masa sekarang. nanti dah 20 tahun lagi, harga barang makin naik, gaji sama juga.
Girlfren: Tak pelah bang, sekarang kita jangan pikir pasal tu dulu e, kita pikir pasal kita. Bila nak kahwin? tak sabar dah ni. Sayang dah gatal sangat dah ni.
Boifren: Ok, kita postpone dulu fikir pasal anak-anak e. Biar future abang and future sayang yang tentu kan.

Monday, April 9, 2012

PTPTN mansuh

1. Anwar kata: PTPTN akan dimansuhkan dan duit petronas mampu untuk menanggung kos pendidikan tinggi rakyat Malaysia.

2. Najib kata: Kalau nak bagi pendidikan tinggi percuma, rakyat mungkin perlu membayar cukai dengan kadar yang tinggi.

3. Jangan pikir pasal cukai pasal petronas, pikirkan saja apa yang korang buat dengan duit PTPTN korang. Sikit je kot yang korang guna untuk bayar yuran, beli buku dan alat tulis (kos pengajian). Selebihnya korang buat beli makanan, beli HP, beli baju, tengok movie, belanja awek. 

4. Jadi kalaulah nak mansuhkan PTPTN ni nanti kebulurlah budak-budak kat U ni. Melainkan kalau mak bapak korang kaya lah. 

Wednesday, April 4, 2012

anak, emak, abah

Masih kau ingat saat kau kecil?
Saat mana kau dibelai,
ditimang-timang,
dipeluk-peluk,
tapi sekarang kau dah besar,
dan emak abahmu sudah tua,
kau dah tak semanja dulu,
dan orang tuamu tak semesra dulu,
kau ingat kau dah besar untuk bermanja,
orang tuamu ingat mereka terlalu ego untuk bermain,
tapi kau orang semua tahu,
dalam hati ada tersimpan,
kalau bukan dipermukaan,
pasti ada di dasar hati,
keinginan untuk mesra macam dulu.

kalau kau emak dan abah,
kenang kembali saat indah itu,
kurangkan egomu dan mula memaafkan anakmu,
pinjamkan telinga untuk mendengar,
gunakan akal untuk mentafsir,
zaman kau dan dia berbeza,
baru guna mulut dengan berhikmah,
jangan ingat kau tua kau betul,
nanti dia akan lari lagi jauh.

kalau kau anak,
kenang kembali saat kau kecil,
saat kau menangis lapar,
saat kau menangis minta mainan,
mereka juga menangis tanpa air mata,
manangis tanpa wang ringgit,
pinjamkan mata hatimu,
analisis apa mahunya,
pinjamkan budi bahasamu,
dodoi mereka sebelum tidur,
pinjamkan tanganmu,
mengurut urat sendinya,
biar mereka rasa dihargai,
rasa macam kau sayang mereka,
dan sayang itu perlu ditunjuk,
dengan perbuatan dan juga perkataan.

Kalau kekasih kau boleh kenal belai,
takkan keluargamu kau ingin lepaskan,
Cepat, jangan dah tiada baru menangis.