Sunday, September 6, 2009

melayu (tambahan untuk rodi)

1. dari dulu sampai sekarang bangsa melayu bangsaku suka meniru. tapi meniru itu tidak ada silapnya, yang silap meniru bodoh dan agungkan apa yang ditiru sehingga terpijak apa yang ada yang kadang-kala lebih baik dari yang ditiru.

2. antara sifat negatif yang ada dan telah bersarang serta telah diwarisi dari dulu hingga kini dan mungkin di masa depan, melayu ni malas, mudah berpuas hati dan tidak berwawasan.

3. kenapa kita ada sifat di atas? persoalannya bukan kenapa dan x perlulah kita sibuk mencari sebab punca, marilah kita sama2 mencari cara untuk meningkatkan diri kita.

4. untuk menjadi rajin, pertama sekali kita perlu menyiapkan segala kerja dengan segera. jangan bertangguh, kerna suka bertangguh itulah yang menjadikan kita malas.

5. jangan mudah berpuas hati. bunyinya seperti orang yang tidak bersyukur. tapi konsep syukur tak pernah menyuruh kita berhenti dari terus berusaha, cuma konsep ini ingin kita lakukan sebaik mungkin dengan nikmat yang kita perolehi.

6. untuk memupuk sikap susah puas hati tapi bersyukur, kita perlu selalu membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya dari kita. setelah berjaya menjadi lebih baik dari org itu, bandingkan lg dengan org yg lebih berjaya.

7. namun kita perlu ingat, banding saja tidak cukup, kita perlu juga usaha dan jgn sesekali melupakan org yg kurang berjaya dari kita. bantulah mereka dari segi moral metarial dan juga doa.

8. wawasan sebenarnya berkait rapat dengan sikap berpuas hati di atas. jadi caranya lebih kurang sama cuma di sini kita perlu keluar dari kepompong kita. perlu melakukan sedikit kajian tentang apa yang berlaku di luar kita yang menyebabkan kita di belakang.

9. sebagai contoh, seorang pemotong kelapa sawit yang sangat rajin dan xpernah puas dengan hasil yang diperoleh dan dia bercita-cita ingin memotong sawit dengan lebih banyak di masa akan datang. tapi hajatnya x tercapai kerana, buah sawit di pokok telah habis.

10. tapi bila dia keluar dari kebun sawitnya dan melakukan sedikit kajian camne orang lain boleh dapat lagi banyak. dan dia pun sedar, yg pokoknya baru sebatang, tp orang lain ada 10. sbb tu org lain lg dpt byk sawit. (pe aku merepek ni, harap korg phm la, huhu)

11. kesimpulannya bagi pejuang dan pencinta bangsa melayu, marilah kita sama2 mencari jalan dan berkongsi idea serta menunjukkan teladan yang terbaik untuk dipelajari dan diwarisi, jgn hanya perhati dan geram. kerna mereka bukan hanya tidak sedar, tetapi langsung x paham.

1 comment:

Anonymous said...

kau setuju dengan pendapat aku
kualiti lebih baik dari kuantiti
tengok saja malaysia
melayu berlambak tapi takde kualiti
harapkan kuantiti sahaja
lihat saja di University
top student kaum mana?
lihat saja alam pekerjaan
siapa yang x dapat pekerjaan?
lihat saja perniagaan
kaum mana yang conquer?
apa guna ramai tapi x guna?