Friday, March 27, 2009

Gadis lampu dataran merdeka

Ada lampu,
bersinar indah,
menerang menceria kuala lumpur,
dan hati seorang gadis.

Lampu-lampu itu,
berteriak melaung kata keramat,
merdeka,merdeka,merdeka,
yang diwarisi dari dulu.

Dan lampu-lampu itu,
akan tetap berdiri,
mempertahankan kemerdekaan ini.

Laungan lampu-lampu itu,
didengari hati gadis itu,
lalu dia merdeka,
dari kekusutan,
dan belenggu kelemahannya.

Seperti lampu di dataran merdeka,
yang menyenangkan hati gadis itu.

Thursday, March 26, 2009

mate mengantuk

mate ku mengantuk sejak tengah hari tadi. tapi tidak dapat tidur, kerna kelas. seterusnya ke taman budaya tolong adeq menjayakan final projek nya. ada seorg kwan adeq, sape ntah nama, dia jadi siniografer. ye kot eja dia. haha. dia kate, selama 3 tahun dia study, di akhiri dengan show yang x sampai sejam itu. haha. tu la hakikatnya. kadang2 kite blaja byk2, yg dinilai yg msk pekse x seberapa. kdg2 study bgai nk rak, tp exam susah gile. haha.

esok ada test ni, da bc seround da, nk igt kn je. tp da mls n nk tdo. tapi..... xleh tdo lg, ada org x bg tdo. kn la ikut, klu x ikt bahye. jadi ku tahan jua ngatuk ku ini. dengan harapan dapat ku hafal ape ku baca, bkan hanya merepek di blog ini mahupun di mane2 lg la.

kepada yg ngantuk, td la wei. jgn jd nocturnal. abnormal tu.

Wednesday, March 25, 2009

Latihan Kebakaran Dayasari.

da habis da. malam tadi da setel. Alhamdullillah.

terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.
x dilupakan penyelia penasihat, kak airene dan pengetua, Dr. Rohana serta semua penyelia.
yang banyak membantu dan memeningkan kepala, hehe, abang2 bomba.
para pegawai keselamatan yang turut sama2 menjayakan LKD.
wakil dari JPPHB gak, walaupun x sempat nk bg mkan, sowi. sape suh lari?
dan yang paling saya nk ucap terima kasih, SEMUA PENGHUNI KK5.
kerjasama yang baik dari anda semua, telah membuatkan LKD pada malam tadi berjalan lancar, dan bomba pun x bising sangat.

pape pun alhamdullillah.

Tuesday, March 24, 2009

Kekosongan itu...

bila saya banyak benda nak wat sehingga x teratur, saya jadi celaru. bila saya celaru, saya rasa kosong (blur). semasa saya kekosongan itu, sangat tidak best. rase cam nk tidur je. tp nk tidur pun x best, sebab xda feeling pape. teruknya perasaan itu.

selalu rasa begitu dan baru sekejapan tadi terasa begitu. kadang-kadang berkongsi kekosongan itu dengan rakan, namun mereka tidak paham kerana apa yang saya ceritakan itu kosong. tiada apa2. mengape ye. entah la. x suka begini.

sebab kekosongan itu masih menguasai sebahagian otak dan diri ini, maka post ini juga mungkin kosong dan saya akan menamatkan post ini disini. agar kekosongan ini tamat selepas post ini dipostkan.

tapi, klu ada idea mengisi kekosongan itu... boleh la kongsikan agar tidak kosong ye.

Monday, March 23, 2009

politik semasa dan PPSMI

1. politik semasa=kacau bilau. malas nk pikir da.

2. politik ni penting tapi da jd x penting ble benda remeh2 di jadikan isu. masing2 punya janji manifesto, rakyat lupa diorg pun lupa.

3. 1 je harapan saya dan mungkin sebahagian ramai rakyat malaysia. anda semua yang diatas, bapak2 menteri dan konco2nya, bykkan kerja bukan bercakap. keamanan dan perpaduan malaysia ni lg penting. jgn la pentingkan diri sendri.

4. pesanan tu juga untuk semua org yang berjawatan. x kisah la kecik ke bsr, x kesah kat rmh ke, sekolah ke kabinet. sume org.

5. PPSMI lak. nampaknya ramai pejuang bangsa dan bahasa sekarang telah keluar memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan kita.

6. Dari posisi seorang anak melayu yang tiada apa2, saya sokong perjuangan mereka.

7. Dari posisi seorng pelajar kejuruteraan, saya xtau a. haha. dulu kita belajar dalam bm leh je lahirkan jurutera. maybe cadangan PPSMI ni bgs, x yah la ssh nk wat rujukan kn. tp buat semua pelajar, jgn hilang jatidiri ye.

8. nak beri cadangan tentang kemelut PPSMI. wujudkan 1 jawatan kuasa bancian. ni perlu terdiri dari pihak pejuang bahasa dan pejuang PPSMI.

9. Buat kajian dan bancian terhadap semua pihak terlibat. (dari murid tadika sampai pensyarah universiti). jangan ada 1 pun yang tertinggal. Kalau betol nk tau berkesan atau tidak la.

10. bukan apa, takut yang dikejar x dapat, yang dikendong berciciran. ilmu x dapat, bahasa terlupa. akhirnya jadi ape? ntah la. pikir la sendri.

minta maaf air mata

air mata jatuh berjerai,
dari dia dan dia,
membuat mata membengkak,
tapi bila dia senyum,
manis senyumnya itu pasti mengaburi kebengkakan mata itu,
senyum la selalu ye.

minta maaf banyak2 pada sesiapa yang telah berlingan air mata, dan yang membuat org lain menangis cepat minta maaf. haha. hari ni hari emosi kot. tapi aku suke je. haha.

yang kuat nanges lak, da la xyah menanges je. x best pun. bawa2 la senyum.
kita menagis sebab sedih, kita ketawa sebab suka.
tapi boleh jadi kita sedih sebab menangis, kita suke sebab kita ketawa.

Sunday, March 22, 2009

Sunyi itu ...

tahniah halusinasi. Kita kalah dalam gembira, kita menang dalam kecewa. teruskan perjuangan kerna kita ada kita untuk tidak kesunyian.

pernah x korang terasa sunyi? takda kawan, teman dan sebagainya. masa ni mesti ingat kat mak ngan abah kan. pastu masa ni mst sangat geram ngan sume orang yang xda masa untuk kita yang kesunyian.

kita ke yang bersalah? bersalah kerana berasa sunyi, bersalah kerana tidak menghiburkan kawan-kawan yang sunyi sebelum ini.

Dalam gembira ak kesunyian. tiada tempat untuk berkongsi kegembiraan, tiada tempat mengadu ketidakpuasan. ak hanya perlu memuaskan mereka walau aku kesakitan. tapi benarkah mereka gembira dengan pengorbanan aku itu, mereka hargai ke? aku hargai ke, segala pengorbanan mereka?

entahla. Manusia sukar difahami, jika tidak memahami. sukar memahami, jika tak ingin difahami. berbelitnya ayat tu, boleh buat ak keliru. macam tu la ak keliru, tapi hanya angin mendengar keliruan itu. bertiup pergi sebelum membantu. tetap meninggalkan ak terus keliru.

Saturday, March 21, 2009

adikku sayang

Adik,
aku sayang padamu,
aku mahu kau juga menyayangi dirimu,
sesayang mak dan abah menyayangi kita.

Adik,
Kau membesar bersama dunia yang tua,
kau matang bersama akal yang belum sempurna,
semoga kau tua menjadi orang berguna.

Ingatlah adik,
cinta itu keindahan yang tak sempurna,
putih itu permulaan dan pengakhiran,
aku dan kamu, saudara selamanya.

kap raja sungai da habis...

seronoknya, latihan kami semua selama berbulan lame nya(dari bln 12), berjaya dipersembahkan dengan bestnya. kami sume sungguh berpuas hati. thanks sgt2 kat audience yang turut memberikan kami energy yang terbaik. Tq gak kat bdk2 5th yang datang terutama bdk2 mechy. sayang korang.

tapi kan, ramai yang cakap ak cam adeq. betol ke?? ntah la, sebab ak pkai jaket pink dia kot. huhu. saat paling mendebarkan, yukiko(pika) terjatuh. bapak seram yei. takut sangat kalau dia x leh blakon. nasib baik la ok. masuk ni da 2 tahun berturut turut, kitorang perform ada pelakon terjatuh. thun lepas fahrul. haha.

yang penting semalam sangat best. thaks kat adeq, kak intan, bdk2 5th dan sesapa la yang terlibat. Awek aku pun terlibat(tolong make up lg, haha). marilah kita berdoa agar kap raja sungai akan menjuarai lagi drama pentas bagi tahun ini.

Tuesday, March 17, 2009

Ayu (2)

Pagi ini,
mataku kelat,
badanku memberat,
bayu bertiup,
membuat masa berputar,
ke malam tadi,
dan malam-malam sebelumnya.

Seperti malam tadi yang hangat dengan cintamu,
sehangat itulah malam-malam sebelumnya,
memanja dan membelai dirimu,
dari kepenatan siang,
dan kesejukan malam.

Aku berjanji,
hingga roh meninggalkan jasad,
ku kan tetap menyintaimu,
aku berharap,
kita kan bertemu di dimensi itu,
menyambung cinta kekal selamanya.

Hanya kau ku cinta,
hanya kau dihati,
hanya kau selamanya.

Monday, March 16, 2009

Sinopsis Kap Raja Sungai

Teater kanak-kanak ini menceritakan tentang Kap, iaitu seekor kappa yang menyamar menjadi seorang budak lelaki.

kap merupakan putera kerajaan sunai yang nakal.pada suatu hari, kap ditangkap oleh manusia akibat tidak mendengar nasihat Raja dan Permaisuri serta rakannya Carpy. Air di kepala kap tertumpah menyebabkan dia hilang ingatan. lalu dia benar-benar percaya bahawa dia merupakan adik angkat michio.

kap raja sungai

kat atas tu tajuk drama yang akan dipersembahkan oleh Kolej lima untuk pertandingan Fesseni um yang akan bermula minggu ni. Kitorang akan yang persembahan tu pada:
20 mac 2009
jumaat
830 malam
dewan tunku canselor
tiket harga rm 3

datang la ramai2 bagi sokongan kat kitorang e. hehe

Friday, March 13, 2009

Aku Dan Kamu

Kala malam aku sendiri,

Mengenang kamu cantik berseri,

Terlihat diari di meja sisi,

Membuat aku tersenyum sendiri.

Terima kasih mama,

Kenalkan aku pada si dia,

Dia indah bagai permata,

Dia lembut bak sutera.

Sayang, janganlah resah,

Walau jauh kaki melangkah,

Aku dan kamu tetap berkasih,

Ikatan kita takkan terpisah.

Jangan, jangan,

Aku tak rela kamu dipermain,

Aku tak rela kamu ditukar lain,

Oh tuhan, inikah dugaan?...

Aku tahu ramai yang sayangkanmu,

Mereka membantu membela dirimu,

Tapi itu hanya seketika duhalu,

Kini mereka hilang lupakan dirimu.

Mereka lupa kecantikanmu,

Mereka tak ingat kesopananmu,

Mereka lalai dengan ‘yang itu’,

Mereka sebenarmya dipukau oleh ‘yang itu’.

Ini pesanku pada mereka,

Hidup umpama roda,

Aku yakin kamukan bertenaga,

Tunggulah masa dan ketika.

Aku sayang padamu,

Aku rindu kamu,

Bangkitlah sayang senyum padaku,

Dampingilah aku setiap waktu.


Aku bangsamu,

Kamu bahasaku,

Izinkan aku pergi dulu,

Sebelummu.

PPSMI

1. Saya pun x pasti ape makne bagi PPSMI.

2. Yang saya tahu, sume orang kena belajar gunakan bahasa inggeris. Senang ke susah belajar dalam bahasa inggeris? ni yang saya nak kongsi dari pandangan seorang mahasiswa. haha. saya da kira-kira 12 tahun la blaja. da lalui belajar dalam BM dan BI.

3. Menurut statistik dan keputusan peperiksaan pelajar yang cemerlang akhir-akhir ini, mungkin ramai yang mengatakan bahawa belajar dalam BI lebih berkesan. pada saya bukan sebab BI itu yang menyebabkan eratus lulus cemerlang itu yang meningkat, tetapi adalah budak-budak sekarang memang rajin dan pandai. x kira blajar dalam bahasa ape sekalipun.

4. kenapa saya cakap macam tu? sebab istilah yang diajar tu la yang digunakan. walaupun senang nk jawab dalam BM, tapi da blaja istilah BI. tak kan nk buat bahasa rojak(BR). student pun tau gak nak gune bahasa yang lebih elok.

5. Memang tak dinafikan ramai juga antara rakan-rakan saya dan pelajar lain yang kata lebih mudah belajar guna BI. ini disebabkan mereka pandai BI. bagi pelajar luar bandar khususnya, mereka kurang pandai dalam BI. itu yang menyebabkan mereka lingkup. Namun kalau diteruskan saja sistem ini, saya percaya mereka juga bakal menguasai PPSMI.

6. Saya tidak tahulah, PPSMI ini langkah yang biajk atau hanya 1 proses melemahkan lagi tamadun melayu. Dulu sedikit orang yang tidak percaya pada bahasa melayu, tapi kini bilangan mereka yang tidak percaya telah bertambah. Dulu tidak banyak bahan ilmiah yang diterjemah ke BM sekarang sangat jarang orang terjemah bahan ilmiah.

7. Mungkin tidak lama lagi bahasa melayu hanya di kenali sebagai bahasa warisan sejarah. ia akan menjadi sejarah, sama macam kerajaan melayu melaka.

8. Ingatan kepada semua pihak, terutamanya makhluk yang mengalir darah melayu di dalam tubuh mereka, kekalkanlah bahasamu, walau kemana jua kamu berada. kerana bahasa jiwa bangsa. tanpa bahasa, nescaya lenyaplah bangsa.

Tuesday, March 10, 2009

Ayu

Kopi itu membuat mataku segar,

Namun badanku berontak,

Ingin ke tilam.

Dalam samar lampu meja,

Otakku terkenang gambar wajahmu,

Apakah istemewanya kamu?

Kenapa aku suka padamu?

Takkan terjawab soalan itu.

Yang kutahu,

Aku cinta padamu.

puteri

Jangan menangis puteri,

Aku juga pernah seperti kamu,

Sedih mengenang waktu suka,

Menangis mengenang waktu tertawa.

Air mata itu lambang ketabahanmu,

Sendu itu ikrar kesetiaanmu,

Namun angin masa akan meniup pergi,

Membawa bayu memelukmu tenang.

Sabarlah puteri menunggu angin masa,

Tabahlah puteri menunggu bayu tenang,

Senyumlah kamu di dalam duka,

Kerna duka itu mengajarmu satu erti.

Bila kau mengerti,

Kau kan lebih cantik,

Kuatkanlah dirimu,

Jangan lagi menangis.


Monday, March 9, 2009

Hitam

hitam macam bergaya. so, try la guna hitam. boring n penat la study, ni yang saje2 main taip2 ni. tapi kn gak study, sem ni nk try dapat result with flying colors. huhu. da beberapa sem ni ak nye result running color je.

hari mendung, so agak lembap persekitaran, orang-orang di sekeliling dan diriku jua. ni sebenarnya nk g lunch ngan seseorang yang kucinta. tapi ngah tunggu transfer movie. nk bg dia movie.

best ke a bloging ni. ntah la ak pun x tau. tapi leh la, bagi menghilangkan boring, meluahkan perasaan kan. alamak, bape lama la nk setel transfer ni. lembap tol la. same lembap cam persekitaran dan angin dan orang dan diriku jua.

Sape ada test next week???? saye la tu. da la ada dua test, ada preview lak tu. penin2. penat pun ada. nk kena buka kaunter untuk PM lak petang ni. adoi, sian aku. nk balik rumah pun x sempat.
jeles gak kadang2 kat member2 yang rmh dekat2, leh balik selalu. kalau ak tau, aku msk UTM je dulu. senang nk balik. haha.

k la, di sebabkan movie da siap di transfer, ak blah dulu lah ye. jumpe lagi di lain mase.