Tuesday, April 13, 2010

nikmatilah selagi ada waktu...

entri ini tentang kerja, bukan makanan mahupun awek-awek panas yang kadang kala tetap tewas dengan mak nyah. huhu.

orang selalu cakap ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, tapi aku nak pesan satu perkara je. nikmatilah zaman study ni sebelum korang semua menyesal time dah kerja nanti. kerja ni nampak je manis, tapi isi dia busuk, busuk sampai sesak nafas, nasib masih boleh bernyawa. kerja ni nampak cam mak nyah, dari luar bapak hot, punyalah cantik, kalah pelacur-pelacur sejati, tapi bile disingkap skirt pendek, terbantut nafsu liar. haha. jadi sebelum kita menyesali perit derita semasa bekerja, mari kita imbas zaman berhingus muka comot kita dulu.

sekolah tadika, the best time ever.
hari-hari bangun g tadika. semangat bukan main, bukan semangat nak belajar, tapi semangat nak bermain. yang lagi best time tu ada dapat makan time rehat. bahagianya rasa. xda exam, xda esemen. belajar dengan cara yang sungguh seronok. lumba sapa dapat siap paling cepat. last2 kalau aku kalah, ayat power aku adalah "Allah lagi cepat". huhu. so xda pemenang.

sekolah rendah
masa ni dah tak best sangat, sebab dah pandai berpikir. dah tahu erti penat, dah tau erti malas, dah ada cikgu yang "kejam" nak bagi homework. huhu, diorang kejam sebab mencuri masa kita bermain pondok2, kejar2 dan macam2 lagi permainan yang aku sendiri pun x bape nak ingat. tapi sebenarnya masih lagi best, sebab x ramai yang tau apa penting nya exam. semua buat x peduli je.

sekolah menengah
ni lagi satu zaman yang best. memanglah zaman ni masing-masing dah kenal erti tekanan. nak dapat result power, konon xnak hampakan mak bapak, tapi diorang x pernah pun merajuk kalau kita fail. kita lak yang gelabah mencari cinta. haha. ni namanya zaman cinta monyet. time rehat je ramai yang bergayut kat luar kelas, last2 putus gak. ntah couple kita tu wat pe skang pun kita tak tau.

zaman U
walaupun byk yang mengeluh, ada macam2 esemen. tekanan prasaan dan sebagainya, aku tetap boleh katakan ianya lebih indah dari bekerjaya. masa zaman ni, kelas korang banyak masa terluang, suka hati je korang nk tido siang, kadang-kadang dalam kelas pun ter"bedengkur". klu korang fail or tak dapat pointer gempak pun xda sama nak menjerit memaki hamun korang semua. jadi aku menunggu untuk kembali ke zaman universiti bulan julai ni nanti.

bekerjaya
hampeh, haramjadah penat. penat badan penat otak penat telinga. penat badan sebab banyak kerja, kalau korang kerja duduk depan komputer je pun, korang rase bontot kebas, mata pijar. penat otak sebab hari2 ada esemen, bukan setakat hujung sem je, tapi hari2 ada esemen. penat telinga bila korang dengan percuma eksklusif dimaki hamun bos or klien. tapi tak tahu la kalau ada yang tak pernah kn maki kan. aku ni dah lali dah dengan perkataa-perkataan mulia yang keluar dari mulut wangi mereka.

mungkinkah perasaan ini hanya aku seorang yang rasa? adakah ini perasaan bila kerja itu tak sepadan dengan kita? atau adakah sememangnya kerja memang suck?
tapi kenapa lak mak bapak kita relaks je kerja bertungkus lumus, x pernah mengadu yang kerja diorang tak best?

tak kesahlah pe pun jawapannya, yang penting sekarang ni aku nak sangat bulan jun cepat menjelma. ku sudah capek memerah keringat membanting tulang dan otak dari terbit mentari hingga terbenam matahari.

rinduku pada buku dan dewan kuliah memuncak-muncak. huhu.

6 comments:

Anonymous said...

zaman mtrx mne dow??
zaman mtrx la the best time ever..
selain tadika..

DAUD said...

matrik ko tuliskan la,
haha, matrik pun best gak,
3 subjek je. relax gile

Khairul Anuar Mohamed said...

x besh lah entry ko.
sbb aku tak suke pergi sekolah.
bukan mcm ko.
hahahaha

DAUD said...

mmg la ko x suke g sekolah,
orang pelik je tngk atuk2 g sekolah.
haha.

moyu said...

hahaha...
rnd nk blik um...
rs bebas...
tp x rnd nk std, wat esemen n tensen2 time nk exam...
huhu...
hrp2 cpt la dpt smagat blaja 2 blik...

DAUD said...

haha, nape rindu nak balik um ni?
nak balik um ke home sick?