Tuesday, May 11, 2010

Dr. Ali-Mesin pengimbas memori

Jam 12 tengah malam, dan satu lembaga melangkah keluar dari makmal Dr. Ali. Melangkah longlai dengan iringan asap putih bersama bau harum bagai one drop perfume. Dalam kegelapan itu, terdengar suara erangan dari lembaga tersebut, sambil tangan meraba-raba dinding bagai mencari mangsa untuk di makan otaknya.

"klik" dan lampu pun nyala dan terlihat lembaga itu dengan rambut terbakar dan lab coat yang dulu putih menjadi warna arang. oh, Dr. Ali rupenya lembaga itu, dan si pembantu rumah, seorang mak cik dari mexico mengurut dada tanda lega. Lalu dengan selamba, mak cik mexico itu berlalu tanpa mempedulikan Dr. Ali. kalau hantu yang keluar tadi, dia ingin menangkapnya dan dijualkan kepada muzium untuk diletakkan dalam kalangan jenglot dan juga jerangkung dalam almari.

nampaknya eksperimen beliau masih lagi gagal. untuk malam ni saja dia telah menjalankan 5 eksperimen, tapi kesemuanya gagal. sekelumit hatinya bagai ingin mengalah, tapi beliau bukan orang yang sebegitu. sebenarnya eksperimen ini gagal kerana kekurangan tenaga elektrik, maka dia pun menghidupkan generator bagi menambah tenga elektrik sedia ada.

secara ringkasnya, eksperimen ke-6 beliau berjaya, dan esok beliau akan mempersembahkannya pada panel hakim.

hari yang ditunggu-tunggu kini tiba, hari pertandingan reka cipta peringkat daerah kota tinggi. seperti tahun-tahun lepas, Dr. Ali yang terkenal dengan kretiviti dan kepandaian beliau. beliau juga terkenal kerana sering kali menggunakan manusia sebagai model bagi mempersembahkan rekaan baru beliau. kalau tahun lepas, seorang orang kerdil dipanggil untuk rekaan lampu suluh pembesar beliau dan orang kerdil itu kini hidup gembira bersama model pakaian renang kerana jasa lampu pembesar itu. oleh itu, Dr. Ali pun berjaya mendapat hadiah stok pakaian dalam bagi setahun lamanya.

hari ini, Dr. Ali membawa seorang orang gila yang tinggal di lorong belakang pasar pagi bagi mempersembahkan rekaan terbaru beliau, "mesin penancar kenangan".

"mesin ini dicipta untuk mengimbas memori seseorang dan pancarkan pada layar putih. secara senangnya, kita boleh katakan mesin ini seperti pemain cekera padat. cuma di sini, cd nya adalah otok manusia mahupun haiwan. mesin ini akan memancar apa sahaja yang difikirkan oleh seseorang yang disambungkan kepadanya. jadi, hari ini, saya ingin mengetahui apa sebenarnya orang ini sedang fikirkan." kata Dr. Ali lalu memasangkan mesin pengimbas memori itu di belakang tengkuk orang gila tersebut.

apabila lampu dipadamkan, terpapar seorang wanita tua di layar putih. dengan mata cekung, wanita tua itu menatap sayu para hakim. dengan suara tersekat-sekat, wanita tua itu berbicara, "terima kasih anakku, tapi bukan ini yang aku inginkan, bukan hadiah-hadiah cantik atau kata-kata manis pada hari ibu ini, tapi aku ingin kn kau di sisiku."

selepas kata-kata itu, terlihat wanita itu ghaib dan yang ada hanyalah iphone yang merakam kata-kata terakhir seorang ibu. imej iphone itu pula beransur-ansur bertukar menjadi sebuah keranda hitam dan wanita tua seperti di awal tayangan muncul lagi. rakaman yang sama berulang berkali-kali sebelum Dr. Ali mencabut alat yang di belakang tengkuk orang gila tadi.

lampu dihidupkan, namun tiada tepukan dari sesiapa. semua berdiam diri dan memerhati sekeliling lalu memandang ke dalam diri sendiri.

5 comments:

DAUD said...

kepada emak,
walau abang tak tepon wish hepi mother's day,
tapi abg tetap ingat kat mak, tiap masa.

-memang emak tak baca, sbb tu abg tulis kat sini,
sori, bukan xnak cakap, tak mampu cakap-

moyu said...

huhu
pe la abg ni...
suh wish xnk...
xpe2...
mak phm 2

daud said...

da abg suh ayu tolong wish pun ayu xnk

moyu said...

bkn xnk...
segan....
abg sndr pun x wish...
nnt emak kte ayu lebih2 plak..
huhu

daud said...

cakap la abg pakse.