Wednesday, September 29, 2010

ketinggalan zaman

ini cerita yang aku dengar kat era tadi pagi. tapi aku akan menokok tambah la ye.

30 ramadhan tahun ni...
jalan jam seperti biasa, bak kata orang dulu-dulu, kalau kita bawa roti dah boleh makan kenyang-kenyang da. selet je roti korang disepanjang jem2 tu semua. tapi, kan puasa, so bersabar je la.

Dalam panas bahang yang menggigit, din menjerit menyanyi sekuat-kuatnya lagu balik kampung yang dahulu dinyanyikan merdu oleh sudirman, tapi kini sumbang macam katak sebab din yang nyanyi. sedang syok layan perasaan, layan feel dah lama tak balik kampung, tiba-tiba, telefon bimbitnya pula bergetar. habis bergegar-gegar tetelur din. kerana getaran mengelikan itu, beliau mematikan radio dan mengangkat telefon.

din: assalamualaikum nek. nek sihat? dah makan ke belum?

nenek: waalaikumsalam. nek sihat je. tapi belum makan. nenek kan puasa. puasa penuh lagi tau.

din: oh lupa plak, nenek dah monopos kan. huhu.

nenek: ko dah kat mana tu? cepatlah sampai kampung ni cu. nek dah rindu sangat dengan kau ni. hari-hari nenek buka album tengok gambar kau je. jumpa nya tidak.

din: kat highway lagi ni nek. jalan jam la. nak bawa laju cilok-cilok pun tak boleh, bahaya.

nenek: bawa la laju-laju, nanti cepat la sampai, ikut je lorong kecemasan tu. kadang-kadang slow pun accident juga. jadi baik ko bawa lelaju, kalau takdir kau selamat, selamat lah kau. jangan risau.

din: yela nek, saya dah kat lorong kecemasan la ni. tapi jam juga.

nenek: uih, jam juga? aku ingat arwah atok ko je dulu yang degil. rupanya semua rakyat malaysia sekarang dah degil.

din: diorang semua baik nek, semua tak ikut lorong kecemasan, jam ni sebab ambulance yang banyak sangat. ok lah, nanti kita jumpa kalau ditakdirkan ye. din nak main cilok2 ni. din pun rindu nenek. chow dulu nek. semekom.

sesampai dirumah nenek din. di bersalaman dengan neneknya. lalu dengan rakus neneknya memeluk erat. meraba-raba seluruh badan din. dirabanya dada dan perut din yang berkerut itu. lalu dia berkata.

nenek: ya allah din. kenapa kau gemuk ni din. selalu aku tengok gambar kau lain.

din: apa lain nya pulak. saya memang macam ni dari kecik. memang besar gajah cam ni. mana ada lain.

nenek: ni tengok album ni. dulu kau tuff je. kenapa sekarang da boroi da, da memboyot balik da. kenapa din? kenapa? kau putus cinta ke?

din: huish, mana ada pernah badan saya tuff camni nek. bohong dusta ni.

nenek: gambar mane boleh menipu din,. kau jangan nak tipu aku din.

tetiba. anak sedara din gelak-gelak dan berkata.

anak sedar: HOHOHO. ni ajim yang buat nek, guna photoshop. cantum kan muka cik din dengan badan malik nor. HOHOHO.

nenek: uih, boleh e? camtu, kau buat muka nenek cantum dengan paris hilton la ye ajim.

"seperti yang aku da cakap, aku edit cerita ni, sebab aku pun x dengar sangat mamat yang call era td pagi. haha.

5 comments:

hamzah ian said...

gua first komen ke??

man said...

gua bagi lu can hamzah..

AreDa said...

wahh...part mana ko tambah ni ha??part mana lak yg asli?eehehe
nway, nice story..

moyu said...

part asli part malik nor 2 je...
hahahaha
dsyt tol tokok tambah die

DAUD said...

tahniah kepada semua pengomen.
xkan ada no 1, 2 atau 3.
haha.

seperti kata moyu,
banyak yang ditokok dari kebenarannya.
huhu