Tuesday, April 27, 2010

tiada kata untuk diungkap

pergh, tajuk dah best da, tapi korang jangan lah kecewa ye, sebab entry ni tak best. cuma nak bercerita tentang tiada cerita. tak tahulah napa tapi minggu ni sangatlah malas. tak de semangat nak kerja. banyak kerja tapi aku tak tahu camne nak wat.

ada orang cakap jangan pikir sangat, buat je. tapi kalau aku tak pikir, langsung tak buat lah jadinya. so, pembaca2 sekalian, berilah aku semangat ye. huhu.

Tiada kata untuk diungkap
Bodoh, babi, sial,
kata-kata yang dilarang untuk diungkap,
kalau emak tahu,
habislah mulut kena cili,
dulu tak paham kenapa perlu cili,
kini tahu kata-kata itu sendiri pedas berapi,
boleh buat orang angin,
boleh buat lidah bertikam,
boleh buat cedera parah.
tak tahu lah, kata-kata yang terungkap diatas, tak dirancang, tertulis seiring jari menari riang. tak de kena mengena dengan mane2 kejadian hari ini. semalam2 mungkin ada, tapi aku dah lupa kan.
tapi ingat, jangan mencarut, nanti mulut kena cili...

Sunday, April 25, 2010

Best resume ever - The possimpible by Barney Stinson

Cara baru buat resume, 110% mesti jaya. mari2, tgk dulu ye. pasni kita komen.

Kalau aku bos, aku nak je hired orang yang send video resume camni. gampak gile beb. tapi watak barney ni memang legend wait for it dary. memang best la dia blakon. dari cite how i meet your mother. pada sesapa yang lum tengok, g la cari kat kwn2 mahupun download sendiri. promote lak aku kan. cam lah aku ni duta How i meet your mother.

video ni amik kat youtube and dari how i meet your mother season 4 episode 14, The possimpible= where the possible meet the impossible.

Tuesday, April 20, 2010

hari esok

takkan pernah kita berjumpa esok,
kerna hari ini adalah esok bagi semalam,
dan esok juga akan menjadi hari ini bila esok.

takkan pernah kita tahu bagaimana rupa esok,
sehingga kita jumpa hari ini,
kita hanya mampu untuk menanam benih impian,
sabar menunggu hari ini untuk menilai usaha kita.

Tuesday, April 13, 2010

nikmatilah selagi ada waktu...

entri ini tentang kerja, bukan makanan mahupun awek-awek panas yang kadang kala tetap tewas dengan mak nyah. huhu.

orang selalu cakap ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, tapi aku nak pesan satu perkara je. nikmatilah zaman study ni sebelum korang semua menyesal time dah kerja nanti. kerja ni nampak je manis, tapi isi dia busuk, busuk sampai sesak nafas, nasib masih boleh bernyawa. kerja ni nampak cam mak nyah, dari luar bapak hot, punyalah cantik, kalah pelacur-pelacur sejati, tapi bile disingkap skirt pendek, terbantut nafsu liar. haha. jadi sebelum kita menyesali perit derita semasa bekerja, mari kita imbas zaman berhingus muka comot kita dulu.

sekolah tadika, the best time ever.
hari-hari bangun g tadika. semangat bukan main, bukan semangat nak belajar, tapi semangat nak bermain. yang lagi best time tu ada dapat makan time rehat. bahagianya rasa. xda exam, xda esemen. belajar dengan cara yang sungguh seronok. lumba sapa dapat siap paling cepat. last2 kalau aku kalah, ayat power aku adalah "Allah lagi cepat". huhu. so xda pemenang.

sekolah rendah
masa ni dah tak best sangat, sebab dah pandai berpikir. dah tahu erti penat, dah tau erti malas, dah ada cikgu yang "kejam" nak bagi homework. huhu, diorang kejam sebab mencuri masa kita bermain pondok2, kejar2 dan macam2 lagi permainan yang aku sendiri pun x bape nak ingat. tapi sebenarnya masih lagi best, sebab x ramai yang tau apa penting nya exam. semua buat x peduli je.

sekolah menengah
ni lagi satu zaman yang best. memanglah zaman ni masing-masing dah kenal erti tekanan. nak dapat result power, konon xnak hampakan mak bapak, tapi diorang x pernah pun merajuk kalau kita fail. kita lak yang gelabah mencari cinta. haha. ni namanya zaman cinta monyet. time rehat je ramai yang bergayut kat luar kelas, last2 putus gak. ntah couple kita tu wat pe skang pun kita tak tau.

zaman U
walaupun byk yang mengeluh, ada macam2 esemen. tekanan prasaan dan sebagainya, aku tetap boleh katakan ianya lebih indah dari bekerjaya. masa zaman ni, kelas korang banyak masa terluang, suka hati je korang nk tido siang, kadang-kadang dalam kelas pun ter"bedengkur". klu korang fail or tak dapat pointer gempak pun xda sama nak menjerit memaki hamun korang semua. jadi aku menunggu untuk kembali ke zaman universiti bulan julai ni nanti.

bekerjaya
hampeh, haramjadah penat. penat badan penat otak penat telinga. penat badan sebab banyak kerja, kalau korang kerja duduk depan komputer je pun, korang rase bontot kebas, mata pijar. penat otak sebab hari2 ada esemen, bukan setakat hujung sem je, tapi hari2 ada esemen. penat telinga bila korang dengan percuma eksklusif dimaki hamun bos or klien. tapi tak tahu la kalau ada yang tak pernah kn maki kan. aku ni dah lali dah dengan perkataa-perkataan mulia yang keluar dari mulut wangi mereka.

mungkinkah perasaan ini hanya aku seorang yang rasa? adakah ini perasaan bila kerja itu tak sepadan dengan kita? atau adakah sememangnya kerja memang suck?
tapi kenapa lak mak bapak kita relaks je kerja bertungkus lumus, x pernah mengadu yang kerja diorang tak best?

tak kesahlah pe pun jawapannya, yang penting sekarang ni aku nak sangat bulan jun cepat menjelma. ku sudah capek memerah keringat membanting tulang dan otak dari terbit mentari hingga terbenam matahari.

rinduku pada buku dan dewan kuliah memuncak-muncak. huhu.

Monday, April 12, 2010

potong saga

mari2 menonton 1 lagi video hebat dari 15 malaysia p1wimax. x perlu bg tau sinopsis kot. nanti x best, meh tengok dulu e.

tak leh blah tol, siap leh pakai suar jeans lak pastu kn. naiki motor la lg, tgk awek lagi, sungguh seksa, x dapat ku bayang kan.

Friday, April 9, 2010

hak cipta (copy right)

tahukah anda apa itu hak cipta mahupun copyright? yang aku paham la, pe yang kita wat, yang kita hasilkan, tak kira lah gambar, karangan mahupun kereta mainan, itu adalah harta kita. jadi kita boleh jual idea kita tu dengan harga yang kita sukalah. x leh suka-suka orang nak cetak rompak.

ada sesetengah blog tu dia memang tulis hak cipta terpelihara, x boleh di gunakan tanpa kebenaran. dan kat blog ni xda. sebab aku rase xda sapa yang berminat nak copy paste cerita-cerita bosan aku ni. rupa-rupanya ada gak yang berkenan.

so kalau berkenan leh je nak copy paste. memang tak larang, tapi tolonglah beritahu aku. x pun credit kn lah kat post korang tu nanti. lagi satu jauhilah plagiarism. huh...

Thursday, April 8, 2010

rumah kita takkan sama dengan rumah orang lain...

tak tahu lah korang nak suka ke tak. tapi ni ape yang aku rase betol2 terjadi dalam dunia ni. yang kaya selalunya takkan ambil peduli si miskin. sebenarnya kalau setakat nak tolong sikit tu, harta dia tak luak pun.

perhatikan muke2 pelakon. terserlah emosi. watlah penilaian sendiri k.


sungguh aku tak puas hati dengan cikgu seni itu... huh.

Wednesday, April 7, 2010

kanak-kanak

kita semua pernah menjadi kanak-kanak dan sekarang aku teringin sangat nak jadi kanak-kanak lagi. tak mau penin2 pikir study atau kerja.saya juga ingin riang seperti itu.

sape ada time mechine. nak pinjam, n nak enjoy puas2.

Tuesday, April 6, 2010

makin tua.

makin hari kita makin tua,
makin hari kita makin sibuk,
makin hari kita makin pening,
pening menyesali hari semalam,
penat memikirkan cabaran hari ini,
penasaran mencorak hari esok.