Monday, May 31, 2010

cara melawan zionis

hari ini zionis si pengecut, yang takutkan kapal bersenjatakan makanan dan keperluan asas berpura-pura berani menembak membuta tuli membunuh. sama seperti hari-hari semalam dan mungkin esok.
jadi saya seorang insan biasa ingin melontar 1 idea bagi memerangi mereka. saya berpesan pada anda dan diri sendiri juga.

1. dirikan solat dan banyakkan berdoa. lagi bagus kalau kita berjemaah.
2. bersatulah. jangan ada perceraian kerana fahaman politik, mazhab, negeri asal atau apa-apa sahaja. kita muslim, kita bersaudara.

saya yakin, mereka akan gentar melihat kita bersama-sama bersatu. kita sebenarnya ramai dan kuat. kita sebenarnya bukan bagai buih-buih ombak dipantai.

Sunday, May 30, 2010

perginya sang pari-pari

pari-pari itu mendampingiku,
kala ku tersenyum,
kala ku menangis,
pari-pari itu tetap tersenyum manis,
mengotakan segala impian ku,
sejak aku kecil sehingga aku dewasa.

tapi pari-pari itu pergi hari ini,
dipanggil tuannya,
dipanggil untuk ke tempat lain,
yang takkan tercapai untuk ku,
dia yang selama ini menjagaku,
berpisah buat seketika.

akan ku kirimkan doa buatmu,
kerna hanya doa yang mampu ku berikan,
sabarlah menungguku wahai pari-pari,
aku kan menyusul mengikut jejakmu,
aku kan terus hidup tabah,
kerna aku yakin itu yang kau inginkan.

pergilah pari-pariku,
tunggu aku disana,
aku kan tetap cintakan kamu,
buat selamanya.

aku dedikasikan puisi tak seberapa ini buat babet atau syafiq ghazali yang baru kehilangan bonda beliau. salam takziah.

Friday, May 28, 2010

jubah labuh vs skirt mini, boxer koyak menjadi mangsa

bangun pagi menjiwang jap (rujuk entry sebelum ini), pastu blogwalking tanpa meninggalkan tapak kaki, so blog flying la. tetiba tringin nk menulis@menaip idea2 yang dah berhari2 tersimpan tak tersusun dalam pale otak ni. kalau tersimpan rapi mesti senang je nak kuarkan, tpi ni bercelaru secelaru dunia soSIAL zaman sekarang.

hari demi hari kehidupan dunia semakin soSIAL dan paling aku benci cerita2 rogol. rogol sana rogol sini, pastu cerita buang bayi. senang cakap, aku tak bace pun cite2 ni. sebab tu aku x suke paper metro. dari page depan sampai belakang, semua cerita pasal rogol. nak salahkan sape tu? nak salahkan jubah2 labuh yang berahsia atau skirt mini yang menjerit, tengok boleh sentuh jangan. tapi sebenarnya yang menjadi mangsa tetap boxer koyak.

kalau kita wat bancian jubah labuh n skirt mini, tanpa keraguan msti skrit mini menang. kesian jubah labuh, kian hari kian dipulau. tambah lagi dengan imej terorist yang entah muslim atau iblis kafir yang berlakon dan menjaja cerita. pendek cerita jubah labuh 1st round dah kalah dengan skirt mini.

dan bermulalah kisah tragis si boxer koyak. boxer koyak bangun pagi google imej "girl". dia inginkan gambar perempuan sopan untuk dijadikan poster minggu etika pakaian, tapi gambar lain lak yang keluar. terbantut niat nk wat poster, teruskan aktiviti google dia. dah boring boxer koyak pun pergi ke pekan. tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan, jangan kau melintas.port tu dah trbaik da. semua sudut ada nangka berbungkus baju budak tadika. segala bonjolan lemak terserlah.

sebenarnya bukan hari tu je, hari2 lain pun sama je. boxer koyak dapat menikmati pandangan dan hiasan dunia ini. dia rase sungguh bertuah hidup dipekan itu, tapi dia juga berasa malang, sebab dia boleh lihat je pegang tak boleh. jadi dia tak tahu camne dia boleh tahan. kang kalau tak tahan orang cakap dia gile seks. tapi macam mana hari2 si skirt mini yang sibuk membiarkan dada, pinggul, peha dan tubuh nya melambai manja.

kawan dia pernah cakap, xda istilah lelaki dirogol perempuan, sebab rogol takkan jadi kalau lelaki tu tak terangsang. masalahnya sapa yang buat lelaki terangsang. kadang2 boxer koyak pun terkilan ada kat pekan ni. kalau boleh dia nak pergi ke bandar tu. bandar tu ada undang2 etika pakaian. tapi macam ketat sangat lah pulak.

jadi dia berazam nak jadi perdana menteri dan wujudkan undang2 baru. undang2 yang bakal membebaskan boxer koyak dari penderaan mental dan batin.

pagi & mawar

bangun pagi dan hanya rindu,
rindu yang memenuhi ruang mata,
bersatu dengan udara,
memberi cahaya nafas buat ku,
aku yang rindu sama kau.

telah lama aku menunggu pagi ini,
pagi yang membebaskan aku buat seketika,
pagi yang membiarkan aku berbaring lama,
pagi yang aku rindukan,
pagi yang bisa aku rindukan kamu.



mawar merah buat kamu,
mawar yang akan terus mekar tanpa layu,
dari pagi ini, pagi esok dan selamanya,
sama mekar dengan cintaku padamu,
yang akan kekal abadi hingga ke dimensi seterusnya.
gambar dari google

Thursday, May 20, 2010

MATI

mati itu pasti, hidup ini barangkali.

aku telah cuba untuk tidak mati pada malam ini, tapi tiada apa yang dapat menggantikan mati ini. telah kucuba berpuisi, telah ku cuba bercerita, apa yang jadi cuma bogel. tapi aku tidak puas dengan bogel, minda ku terus inginkan mati ini. jadi aku ini mati, dan aku harap akan ada pembaca yang menghargai mati ini.

kita tidak tahu bila kita akan mati, kita juga tidak tahu bila orang disekeliling kita akan mati. kalau kita ni pembunuh sekali pun, kita takkan tahu bila sebenarnya orang yang kita bunuh itu mati. yang tahu hanya pencabut nyawa yang diarahkan Allah sahaja, dan kita langsung tidak bisa lari.

beberapa minggu lepas, jari kawan aku hampir mati, tapi dengan teknologi sekarang, jari itu dapat disambung semula. minggu ni pula, seorang anak kawan kerja aku ni mungkin akan mati. anak dia baru berusia 3,4 tahun dan dia kata ada kanser. doktor kata anak dia tu dah tak da harapan.

dia kata, "kalau tuhan nak amik, amiklah, biar dia tunggu aku kat syurga" dia kata lagi, "duit dah banyak dah habis, tak tahu nak buat macam mane lagi".

slalu kita hanya dengar, bapak dia meninggal. jadi kita kadang2 cuba letakkan diri kita kat tempat dia. kita rase sedih, sebab kita taknak kehilangan orang yang kita sayang, even kita tak da pun jaga dia. ni 1st time dengar pasal anak dah xda harapan, aku pun cube letak diri kat tempat dia. seyes, aku tak tahu nak buat apa. walau tak da anak lagi, tapi dapat rasalah.

harap anak dia cepat sembuh atau dapat pergi dengan mudah.

bogel

mari baca ini >> http://http//www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

berbogel sampaikan mesej keamanan. nilah yang dinamakan hate war, make love. beromen jelah. dah bogel2 tu kan. kalau ye pun nak aman2, kenapalah perlunya berbogel. banyak lagi kot cara lain. sapa lah yang ajar dia agaknya.

Monday, May 17, 2010

dalam biru...

dalam biru ada kita,
dalam biru ada cinta,
kita bersama menyulam cinta,
kita bersama untuk selamanya.
cross stich ni bukan aku yang wat ye, ni zaahira ayu yang wat, bagi kat aku. aku watkan puisi dalam biru je. harap2, puisi buruk ni cukup membahgiakan dia yang telah menceriakan aku, bukan hanya dengan cross stich ni, tapi macam2 lagi. thank, ayu.

Saturday, May 15, 2010

Mekanikal UM, dari 4 tahun ke 4 tahun setengah...

1. simboliknya gambar hitam putih ni adalah sebab nak tunjuk kan yang UM ni da tua, dah lama da, dah leh kira warga emas. bak kate orang banyak da makan garam. tapi banyak juga makan pasirnya. fakulti kejuruteraan juga yang paling lame rasenya kat malaysia ni dan orang kata yang paling top kat malaysia ni, walau banyak peralatan yang ketinggalan zaman sama tua cam warga emas.

2. kalau nak bebelkan tentang keburukan UM ni memang banyak, tapi kat sini kita bincang tentang satu cerita saja. tentang Engineering Acreditaion Council yang katanya berkata bahawa kejuruteraan mekanikal UM perlu tambah 1 sem lagi bagi mencukupkan 8 sem untuk diiktiraf ijazah kitorang ni.

3. wahai encik EAC, kami ni study 4 tahun, bukan 8 sem ke tu, even 1 sem tu kami praktikal, tak 8 sem ke tu? kami gi praktikal tu bukan study ke? cube check kat log book kitorang tu, pe objektifnya kitorang pergi praktikal. ingat kitorang suke2 ke nak jadi kuli selama 6 bulan. kerja teruk gaji murah.

4. janganlah dilihat pada bilangan sem, tolonglah lihat pada bilangan jam kredit, pada subjek2 yang kitorang belajar. yang lama tu x semestinya lebih bagus dari yang sekejap. sebagai contoh, matrikulasi diwujudkan untuk menjimatkan masa kan? leh je kami belajar dengan baik, boleh je kami gunakan ilmu tu untuk turut sama belajar macam student diploma mahupun STPM. Ada beza ke antara kami?

5. en. EAC, anda turut kena melihat dari segi wang dan masa. rata-rata kami meminjam dari PTPTN untuk 4 tahun, jadi mana kami nak dapat duit untuk setengah tahun lagi? UM ni dah lah mahal. dari segi masa pula, rugilah masa kami, kami ingat leh grad dalam masa 4 tahun dan tolong ibu ayah dikampung. bila dah dilanjutkan 1 sem, kena grad setahun lambat. maksudnya kami bukan hanya rugi setengah tahun, tapi setahun. en. EAC nak ke amik kami yang dah habis belajar tapi xda ijazah?

sebagai penutup bicara, saya tertarik dengan kata2 kawan saya, kalau kami ni anak en. EAC, en. EAC nak tambah 1 sem ke? nak ke en. EAC kuarkan blanje untuk anak en yang kena extand tu, walau dia 3 pointer setiap sem.
saya rasa takda sorang pun mahasiswa yang ingin diperlaku sebegini. kami rasa dipermain dan dibuli oleh pihak UM dan pihak EAC. kami mohon, en. EAC berpikir secara mendalam. yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti.

"kami mahukan kualiti bukan kuantiti"
nota gurau tapi seyes :mari kita pasang lawyer jom. budak2 law yang nak tolong pun boleh juga.

Tuesday, May 11, 2010

Dr. Ali-Mesin pengimbas memori

Jam 12 tengah malam, dan satu lembaga melangkah keluar dari makmal Dr. Ali. Melangkah longlai dengan iringan asap putih bersama bau harum bagai one drop perfume. Dalam kegelapan itu, terdengar suara erangan dari lembaga tersebut, sambil tangan meraba-raba dinding bagai mencari mangsa untuk di makan otaknya.

"klik" dan lampu pun nyala dan terlihat lembaga itu dengan rambut terbakar dan lab coat yang dulu putih menjadi warna arang. oh, Dr. Ali rupenya lembaga itu, dan si pembantu rumah, seorang mak cik dari mexico mengurut dada tanda lega. Lalu dengan selamba, mak cik mexico itu berlalu tanpa mempedulikan Dr. Ali. kalau hantu yang keluar tadi, dia ingin menangkapnya dan dijualkan kepada muzium untuk diletakkan dalam kalangan jenglot dan juga jerangkung dalam almari.

nampaknya eksperimen beliau masih lagi gagal. untuk malam ni saja dia telah menjalankan 5 eksperimen, tapi kesemuanya gagal. sekelumit hatinya bagai ingin mengalah, tapi beliau bukan orang yang sebegitu. sebenarnya eksperimen ini gagal kerana kekurangan tenaga elektrik, maka dia pun menghidupkan generator bagi menambah tenga elektrik sedia ada.

secara ringkasnya, eksperimen ke-6 beliau berjaya, dan esok beliau akan mempersembahkannya pada panel hakim.

hari yang ditunggu-tunggu kini tiba, hari pertandingan reka cipta peringkat daerah kota tinggi. seperti tahun-tahun lepas, Dr. Ali yang terkenal dengan kretiviti dan kepandaian beliau. beliau juga terkenal kerana sering kali menggunakan manusia sebagai model bagi mempersembahkan rekaan baru beliau. kalau tahun lepas, seorang orang kerdil dipanggil untuk rekaan lampu suluh pembesar beliau dan orang kerdil itu kini hidup gembira bersama model pakaian renang kerana jasa lampu pembesar itu. oleh itu, Dr. Ali pun berjaya mendapat hadiah stok pakaian dalam bagi setahun lamanya.

hari ini, Dr. Ali membawa seorang orang gila yang tinggal di lorong belakang pasar pagi bagi mempersembahkan rekaan terbaru beliau, "mesin penancar kenangan".

"mesin ini dicipta untuk mengimbas memori seseorang dan pancarkan pada layar putih. secara senangnya, kita boleh katakan mesin ini seperti pemain cekera padat. cuma di sini, cd nya adalah otok manusia mahupun haiwan. mesin ini akan memancar apa sahaja yang difikirkan oleh seseorang yang disambungkan kepadanya. jadi, hari ini, saya ingin mengetahui apa sebenarnya orang ini sedang fikirkan." kata Dr. Ali lalu memasangkan mesin pengimbas memori itu di belakang tengkuk orang gila tersebut.

apabila lampu dipadamkan, terpapar seorang wanita tua di layar putih. dengan mata cekung, wanita tua itu menatap sayu para hakim. dengan suara tersekat-sekat, wanita tua itu berbicara, "terima kasih anakku, tapi bukan ini yang aku inginkan, bukan hadiah-hadiah cantik atau kata-kata manis pada hari ibu ini, tapi aku ingin kn kau di sisiku."

selepas kata-kata itu, terlihat wanita itu ghaib dan yang ada hanyalah iphone yang merakam kata-kata terakhir seorang ibu. imej iphone itu pula beransur-ansur bertukar menjadi sebuah keranda hitam dan wanita tua seperti di awal tayangan muncul lagi. rakaman yang sama berulang berkali-kali sebelum Dr. Ali mencabut alat yang di belakang tengkuk orang gila tadi.

lampu dihidupkan, namun tiada tepukan dari sesiapa. semua berdiam diri dan memerhati sekeliling lalu memandang ke dalam diri sendiri.

abah, emak, mama, saya mahu kahwin.

kata2 kat atas tu hanya mampu diluahkan di sini, dan dalam hati kecil ini ingin mereka membaca dan mungkin juga tak ingin mereka membaca. kalau nak diluah sendiri memang jauh lagi la. mungkin tahun depan atau tahun2 depan lagi. haha.

bukan nak menggatal mahupun berangan, tapi aku pun tak tahu nape ntah ramai je kawan-kawan perempuan aku yang cam gatal nak kahwin, lagi2 bila dah masuk tahun tiga. aku tak paham tol, sesape leh jelas kan? kalau yang laki lak, bese2 je, wat cam tak kesah. mungkin bukan sebab tak nak. tapi tak mampu. dari segi nafkah batinnya memang mampu, dari segi nafkah zahirnya mungkin masih dirangka-rangka.

sekarang dah tahun 2010, dah 5 tahun aku tinggal kan zaman sekolah. dah ramai gaklah kawan2 aku yang telah berumah tangga. harap korang sume bahagia bersama pasangan hidup korang. minta tips sikit camne nak collect duit nak kahwin. haha. duit ni yang problem ni, kita tak habis-habis lagi study, camne nak collect duit? nak berniaga, tak tahu nak niaga apa, nak kerja part time, malas, nanti penat da tak study lak. alasan je kan semua ni. kalau nak sangat usaha jelah. tapi lagi best kalau mak bapak kita tolong support. haha.

sampai bila lah nak diorang support. haish. kawan aku kata cikgu dia pernah suh kira, brapa agak2nya kos yang parent kita guna untuk besarkan kita. dia kata dia kira, jejak gak lah 1 juta. leh jadi jutawan, kalau kawan aku tu tak lahir. haha. aku lum kira lagi, nanti2 lah kira.

orang kata, ni orang katalah, nak kahwin guna banyak duit. tol ke? kenapa nak guna banyak duit lak? kalau guna banyak sangat, tak mampu nak uruskan persiapan nak kahwin, bilanya mampu kita nak kahwin ni? dah tak sabar dah nak melepaskan nafsu serakah. haha.

kalau orang tanya aku, aku jawab x susah. ada duit sikit, wat mas kahwin, pastu duit hari2 nak bagi makan minum, cukuplah kan. tapi setelah berfikir-fikir dan menjalankan sedikit survey, mana ada lagi orang nak camtu. sume nak wat majlis, tak besar pun kecik2. ada yang lagi sudi kahwin dulu, nanti2 dah 2,3 tahun kumpul duit baru nikah pun ada. tu pun nikah ngan orang lain. sian 2nd hand user tu.

lagi satu yang aku tak bape paham, leh ke duit hantaran tu di kira ikut kelulusan seorang perempuan itu? apa rasionalnya? lagi, kalaulah kita ni dah couple ngan perempuan ni lama da, sejak zaman sekolah lagi, leh tak kita minta hantaran tu harga sama ngan lulusan sekolah, sebab sepanjang dari sekolah sampai ke u tu lama tu. dah bape banyak dah kita laburkan kat dia. haha.

entry kali ni bukanlah nak membincangkan sangat perkara di ats, sebab aku percaya, kalau lelaki tu dah sayang sangat kat pempuan tu, brapa banyak pun dia akan try dapatkan. dan kepada ibu bapa gadis2 jelita pula, tolonglah sikit kaum adam ni untuk mendapatkan cinta suci, syurga cinta. janganlah letak tinggi-tinggi sangat ye.

entry ni sebenarnya nak membincangkan tentang procedure2 untuk berkahwin. ni prosedur orang melayu dan islam lah. kalau prosedur jabatan agama pun leh letak gak, kalau ada yang tahu. tak pahamlah aku, apa tu merisik, bertunang, hantaran, cincin2 dan segalanyalah. apakah perlunya, dan apakah kepentingannya menjalankan prosedur2 tersebut.

kalau abah, emak dan mama terbaca, nak inform terus pun leh gak, tapi jangan riso, nanti saya tanya anda semua ye. bile agak2 saya dah ready dan agak2 bile saya dah gatal sangat nanti. haha.

Friday, May 7, 2010

Darah...

darah itu merah, semerah jus tembikai yang baru ku minum tadi, dan mungkin jus tembikai itu akan menjadi darah, dan mungkin juga darah tembikai yang menjadi jus tadi. darah, darah, darah dan darah... hari ini berdarah lagi, esok juga dan seterusnya, kerna ada yang mati dan ada juga yang hidup. semua kerna darah.


darah yang mengalir di hujung jari ini juga yang merepek menjadi pembuka kata...


secara jujurnya, aku tak takut darah, tapi aku geli ngan darah. kalau tengok darah, tak dalah aku sampai pitam atau rase nak pengsan, aku cume geli. badan tanpa kawalan bergoyang sedikit. gelilah senang cite. x leh tengok, x suka.

Monday, May 3, 2010

Dugaan

1 mei, hari pekerja, hari cuti. pastu jatuh lak pada hari sabtu. so leh sambung sampai ahad, best2. tanpa banyak pikir aku pun apply cuti 30 april n 3 mei. ingat dapatlah puas hati cuti 4 hari. tapi ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya ribut salji pagi2, hujan panas sebelum zuhur. tu tak kira banjir kilat antara pagi dan zuhur lagi tu. semua yang ku rancang sipi2 je jadi. haha

petang 29 tu aku ingat nak balik kerja awal, sebab tiket bas aku pun awal 730. tapi tetibe big bos datang. tensen tol aku. meeting jap ngan dia, dan dia telah memusnahkan kegembiraan yang baru aku bina semalam, iaitu ingin lari dari wat kerja yang susah. tapi apakan daya, hanya aku je yang leh wat kerja merbahaya tu. tepat je jam 5 petang, "thank you" kata mesin thumb print ofis aku. dengan kelajuan cahaya aku memecut balik um.

fuhh, nasib smpat tiba di bukit jalil. aku pun naik la bas ke destinasi dituju. tak da orang beb. ada 5 orang je penumpang. selesa gile aku. tapi tu la, harapkan panas sampai ke petang, tapi ribut salji melanda. punyalah sejuk. x tahan bai. aku dah pki long sleeve, pastu selimut lagi ngan kemeja, pun sejuk lg. masukkan tangan dalam baju kepit bawah ketiak, pun sejuk gak. tak tau nak wat camne. tahan jelah.

sampai rmh ingt leh tdo ngan selesa, tapi sekali terus balik rumah atuk aku da. dahlah ramai orang, ada 5 keluarga berkumpul. tdo pun kurag selesa, pastu kul 6 pagi dah kecoh2 suh bangun. hadoi, tensi saya. esok pun camni gak, sebab pak cik aku kahwen. so 2 mlm aku tdo ngan terseksa.

trus skip time nak balik tadi e. bas yang aku naik tu menyediakan perkhidmatan sauna. korang byangtkan dari kota tinggi johor sampai ke kl xda air cond. buka pintu bai kat highway. sabar jelah. dah cam ayam panggang pun ada rasenya. giler a panas. tapi da half perjalanan, kat area melaka kot, aku dapat tukar bas. alhamdulillah. syukur2.

tapi papepun, dugaan2 tu sikit je compare ngan nikmat sebenar menghidu bau kampung halaman. aku nak balik lagi. tak puas lagi cuti. aku nak stop da LI. penat da. cepat2 la 11 jun 2010. x sabar sudah.