Tuesday, April 26, 2011

Kiraan kelajuan cahaya dari Al-Quran

Cubaan meneka kelajuan cahaya dimulakan oleh Galileo pada 1667 dan sekarang distandardkan jadi 299 792 458 m/s. Namun begitu Al-Quran telah mencatatkan kiraan kalajuan cahaya ini sejak dahulu lagi.

Surah As-sajadah, Ayat 5.

Terjemahan (BM).
Dia (Allah) mengatur urusan dari langit kepada bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu.

Terjemahan (BI)
He arranges [each] matter from the heaven to the earth; then it will ascend to Him in a Day, the extent of which is a thousand years of those which you count.

Dengan menafsirkan urusan = kelajuan, satu hari = masa dan seribu tahun = jarak, kelajuan cahaya dapat dikira.


Dengan menggunakan sistem sidereal bagi bulan
satu hari = 23 jam, 56 minit, 4.0906 saat
= 86164.0906 saat

jarak 1000 tahun = 12 bulan x 1000 tahun x jarak bulan beredar kelilingi bumi setiap bulan
jarak bulan kelilingi bulan setiap bulan = kelajuan bulan x 0.89157 x masa bagi sebulan
= 3682.07 km/j x 0.89157 x 655.71986 jam

jarak 1000 tahun = 12 000 x 3682.07 km/j x 0.89157 x 655.71986 jam
= 2.583134804 x 10^10 km
> 0.89157 adalah cos 26.92848, merupakan sudut dalam sidereal month sistem

kelajuan cahaya = jarak 12 000 bulan / masa satu hari
= 2.583134804 x 10^10 km / 86164.0906 saat
= 299792.5 km/ saat = 299 792 500 m/saat

Kelajuan cahaya yang dikira menghampiri kelajuan cahaya yang standard.


Kalau ada kesalahan fakta sila bincangkan, segala fakta yang diberi hanya dari internet semata mata


2 comments:

cik mira said...

huh..walaupon minor aku ader math tp bab kira kena smbg2 cmnih mmg failed..igt blja add math form 4-5 dlu..
*Allah dh ceritakn segala2 nya dlm Kalam Allah(Al-Quran)..terpulg pd kita sme ade nk kji or x..

harrazdani said...

ilmu makin dicari semakin rasa diri ini sangat daif...nice info.minta izin share pada blog saya.tqvm